Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Daun pokok cerita pengubat pelbagai jenis penyakit

Khasiat daun pokok cerita. Pengubat darah tinggi. Asslamualaiku semua.. Hari ni relax nak post pasal satu kaedah tradisional orang mengubati penyakit. Tak perlu makan ubat dan segala bagai. Cukup la makan benda ni je, Insha Allah sembuh. Untuk pengetahuan korang juga, perkara ini di praktik kan oleh diri ku sendiri dan memang berkesan. Jika korang terkena:- 1. Demam 2. Selsema 3. Sakit tekak 4. Batuk Korang try la makan daun pokok ceqita. Atau pun nama lain nya pokok hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis Paniculata (mungkin, tak pasti sangat la) Selain itu, pokok di bawah juga sesuai di makan untuk orang yang mengidap darah tinggi . Cara-caranya ialah rendam beberapa daun pokok ceqita dengan air panas dan di minum semasa suam setiap hari. Isha Allah dapat mengurangkan darah tinggi tadi. (di praktikan oleh ayah ku sendiri) Serius relax cakap kat korang, memang bila relax demam atau batuk atau sakit tekak atau selsema, m...

Cara nak buat tempat CD terbuka dan tertutup sendiri

Cara nak buat tempat CD terbuka dan tertutup sendiri  Satu dua tiga, tiga empat lima, enam tujuh lapan, lapan sembilan sepuluh. Segala yang ditulis di atas ialah nombor. Harap maklum. Kita teruskan kepada tutorial kita seterusnya. Untuk hari ni relax nak ajar korang cara nak bagi tempat letak CD terbuka dan tertutup untuk PC. Manakala untuk laptop pulak, bila korang buat benda ni tempat letak CD tersebut akan terbuka dengan sendiri nya dan bila korang tutup CD tu, dia akan terbuka balik. Begitula operation untuk program yang bakal relax ajar korang ni. Bersedia untuk belajar yo, Seperti sebelum ni, software ni juga boleh digunakan untuk..................... (pikir sendiri boleh digunakan untuk apa program ni) Cara nak buat: 1. Buka notepad 2. Paste code di bawah di dalam notepad Set oWMP = CreateObject("WMPlayer.OCX.7") Set colCDROMs = oWMP.cdromCollection do if colCDROMs.Count >= 1 then For i = 0 to colCDROMs.Count - 1 colCDROMs.Item(i).Ejec...

Lampu pada capsLock berkelip-kelip

Cara nak bagi lampu pada capslock berkelip-kelip atau pun huruf masa type sekejap besar dan sekejap kecil. Lama gile tak update blog tentang tutorial ni. Seperti biasa, kalau dah diri takda kerja, akan ku menjelajah alam maya untuk mencari sesuatu yang menarik. Setelah penat menjelajah akhirnya relax jumpa satu tips or trick (tip/trick haaaa apa-apa jela) berkaitan notepad. Bagaimanakah caranya nak bagi lampu caps lock pada keyboard untuk menyala berterusan sambil berkelip-berkelip. Bahan yang diperlukan 1. Laptop or computer 2. Notepad 3. Keyboard dan barang lain yang korang rasa di perlukan Cara-caranya ialah:- 1. Buka notepad 2. Copy dan paste code di bawah di dalam notepad Set wshShell =wscript.CreateObject("WScript.Shell") do wscript.sleep 100 wshshell.sendkeys "{CAPSLOCK}" loop (pahamkan sendiri macma mana code ni berfungsi) 3. Save notepad tadi dalam bentuk .vbs. (Letakkan nama apa-apa pun then akhir sekali pas...

Berdiamlah jika tiada benda yang nak di katakan

Hola, laho, hoho, haha Baru relax perasan, relax ni rupanya tak boleh cakap elok-elok dengan orang, kalau cakap elok-elok je mesti takda idea. Tapi kalau relax merapu or sakitkan hati orang ada je idea.  Macam hari ni la, chat dengan seseorang, niat asal nak cakap elok-elok, sampai la satu ketika idea takda. Lepas tu relax start la merapu dan keluarkan ayat sakitkan hati orang. Lepas tu ada je idea.  Ish2 pelik betul dengan perangai relax ni. Nampak sangat hati belum bersih lagi. Perlu bersihkan hati lagi ni. Selalunya orang kata, apa yang kita cakap tu ada hubung kait nya dengan hati. Kalau hati bersih, apa yang kita cakap pun orang tak sakit hati. Kalau hati gelap, jadi macam relax la, nak cakap benda yang elok-elok takda idea tapi kalau cakap benda yang tak berfaedah ada je idea.  Ingat ya kawan-kawan ku, jangan la jadi macam relax. Sepatutnya kalau dah takda idea nak cakap apa, diam sudah la tau. Jangan duk merapu lak.  Ingat yo, jangan jad...

Jodoh itu rahsia Ilahi, tidak perlulah bersedih

Adoyai, malam-malam ni la mat jiwang duk kacau relax mintak kebenaran untuk post artikelnya dalam blog ni. Nak sangat ya kamu post artikel, nah post la mat jiwang oit... --------------------- Kata jawapan dari artikel lepas iaitu " Pengakhiran kisah cinta ku " Hai, dah lama rasanya tak sembang kosong dengan korang ni, hehe... Putus cinta!!! Apakah itu!!! Boleh kah anda terima yang hakikatnya anda putus cinta? Ada yang mengatakan "Sudah 10 tahun, tetapi diri ku masih sedih kerana putus cinta"... Artikel yang lepas menunjukkan kepasrahan dan kesedihan aku apabila putus cinta, Memang la hakikat semua orang sedih apabila cintanya tidak di balas, begitu juga lah aku. Tetapi takda la aku sampai menangis-nangis, sampai tak boleh nak buat kerja, sampai tak boleh nak bertegur sapa dan sebagainya (macam orang dalam filem duk buat). Buat apa aku nak buat semua benda di atas, buat apa aku nak sedih berpanjangan. Semua ini su...

Cara mengetahui sesuatu hadis tersebut sahih atau daif

Salam dan selamat pagi ku ucapkan kepada kalian. Setelah lama menghilang ku kembali dengan harapan yang baru, dengan hati yang tenang, dengan hati yang semakin cerah. Dengan hati yang punyai harapan. Dengan hati yang bertampal-tampal..  Sekian kemerapuan ku hari ini... Ramai orang nak jadi penyampai di dalam alam maya ini. Pelbagai medium di gunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan salah satunya ialah Blogger, Facebook, Twitter dan sebagainya. Tetapi tahukan anda, di dalam menyampaikan maklumat mungkin kita tersilap menyampaikan. Sebagai contoh di dalam Facebook, si A post pasal sesuatu hadis dan korang pun kongsikan hadis si A tadi tanpa memeriksa sama ada ada hadis tersebut sahih ataupun daif. Hadis yang sahih ialah hadis yang boleh di terima. Manakala hadis daif membawa maksud hadis yang di tolak.  Persoalannya sekarang, hadis yang di kongsikan tersebut benar atau tidak. Niat korang yang pada mulanya baik dah jadi sebaliknya. Un...

Cara daftar PTPTN untuk pelajar ijazah atau master.

Cara daftar PTPTN untuk kali kedua or ke atas Assalamualaikum ku ucapkan kepada pembaca yang terbaca or sengaja baca blog ku. Oleh kerana ada yang bertanyakan kepada diri ku bagaimana untuk memohon ptptn jika kita sudah memohon dahulu. So, hari ni relax akan ajar korang macam mana nak memohon ptptn untuk kali yang kedua or ketiga dan keatas. Jika korang dah mohon ptptn masa diploma dan nak memohon ptptn untuk master or ijazah, korang boleh la tengok step bawah ni. hehe.... Ok, jangan buang masa lagi kita start tutorial or cara-cara memohon ptptn untuk kali kedua (or above): Step 1: - Seperti biasa, korang kena pergi beli no pin  dekat Bank Simpanan Malaysia (BSN). Step 2: - Pergi ke portal  http://www.ptptn.gov.my/ . Then klik laman PTPTN online, seperti dalam rajah di bawah. Sebelum klik Selepas klik Step 3 - Log in guna account yang korang dah buat masa pemohonan kali petama dulu.  Selepas di log in Kalau korang lupa kata lalu...

Berhati-hatilah semasa berurus niaga

Satu kisah cinta hendak ku ceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua. Cinta ku bermula setelah diri ku kenal seorang gadis. Seorang gadis yang cantik rupanya dan baik budi pekertinya. Tetapi sayang dia bukan untuk ku. Dia bukan milik ku. Tiada apa boleh ku lakukan melainkan pasrah dan terima segala takdir dari Nya. Aku sedar siapa diri ku, jangan lah kau menghina ku. Buat apa ku mengejar sesuatu yang bukan milik ku. Jika itu kata kau, aku tak akan kejar diri mu lagi. Ok sekian ayat sampingan untuk memanjangkan artikel ku kali ni. Hehe, sebenarnya artikel kali ni di terbitkan untuk memberi peringatan kepada semua. Kisah bermula setelah ayah dan ibu ku pergi kedai untuk membeli bumbung. Masa kat rumah n kedai dah kira duit memang cukup. So, ibu bapa relax pun bagi la duit kat kedai 2. Lepas 2 pekerja kedai pun kira la duit tu. Then dia nak bagi kat tukang duit. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pekerja 2 nak bagi duit kat tukang duit, boleh la dia patah balik kat ibu ...