Skip to main content

Makna di sebalik lagu itu


Kulit- Tersingkap kini rahsia tersembunyi


Tersingkap kini rahsia tersembunyi
Yang tak pernah lagi ku ketahui
Baru kini aku menyedarinya takku sangka
Kau telah dimiliki
Sungguh kejamnya engkau
Bersandiwara dengan lagu nan mainan cintamu
Sehingga aku terpesona keasyikan
Di dunia impian ciptaan mu

Mengapa dulu tak berterus terang
Yang dirimu kini telah berdua
Dan diriku...
Kau anggap persinggahanmu
Untuk melepaskan kesepian mu

Kaulah insan bertopeng kepuraan
Kecuranganmu menghiris hatiku
Kembalilah pada yang menantimu
Dia yang harusnya engkau cintai

Tak tergamak hati ini
Meyakiti insan sepertimu
Jangan cuba kau merayuku
Tertutup sudahlah hatiku

Maafkan diriku biar dunia tentukanmu
Terus berlagu di pintu hatiku
Sedangkan aku hanya mampu menjawab
Salam kasih mesramu oh kekasih
Antara kita tiada lagi cinta


Seperti ku katakan dalam artikel yang lepas. Kadang lagu boleh menjadi medium untuk menyampaikan sesuatu message. 

Berdasarkan lirik lagu di atas, lagu ini berkisahkan seorang lelaki yang sukakan seorang perempuan yang sudah di miliki oleh orang lain. Perempuan itu juga merahsiakan status dirinya. Akhirnya, lelaki tersebut dapat tahu kebenaran bukan dari perempuan itu sendiri. Maka sedih lah lelaki tersebut. Dapat disimpulkan disini bahawasanya lelaki itu telah dipermainkan oleh perempuan tersebut. 

Itu apa yang korang dapat ketahui bila baca lirik di atas. Tetapi cuba korang fahami betul-betul lirik tersebut dan cuba keluarkan satu message dari lirik tersebut.


Agak malas nak nak cari biar relax tulis jela message yang ingin ku sampaikan.

Sebenarnya dari lagu tersebut relax ingin sampaikan message supaya korang (girl) berterus terang kepada lelaki jika korang (girl) sudah punyai insan lain di hati korang or dah kawin or dah bertunang or tak suka kat laki tu ke or memang tak boleh terima lelaki itu tu ke dan sewaktu dengannya.
  
Makna kata, jangan biarkan lelaki itu ternanti-nanti cinta yang tak pasti. Jangan juga memberi harapan palsu kepada lelaki tersebut.


Tuntasnya, berterus terang je lah kalau melibatkan hal-hal yang macam ni. Jangan duk diam or menyimpan sesuatu di dalam hati.

Sebagai contoh, 
Apabila Lelaki mengucapkan "sebenarnya aku suka kat ko la, dah aku nak kawin dengan ko." 
Kalau korang (girl) tak setuju, cakap je "mintak maaf banyak-banyak aku tak boleh terima kau _____________ (bagi la alasan apa-apa pun)"



Korang (girl) jangan buat:

1. Diam.
2. Jawapan yang tak jelas maksudnya (korang tak cuba berterus terang).
3. Jawapan yang putar alam dan susah nak fahami.
4. Sekejap kata nak sekejap kata tak nak (boleh pening kepala lelaki 2 kalau korang buat cam 2).
dan sewaktu dengannya....



Kalau korang (girl) terima: "Jumpa mak pak aku la" or sewaktu dengannya.

Hehe.... Bukan apa, bila dengar lagu kat atas. Rasa kesian pun ada gak kat laki yang nyanyi 2. Bayangkanlah kalau benda ni berlaku kat relax. Ish2 sedih gak la. 


Jadi girl-girl di luar sana. Ku menyeru kepada kalian semua supaya bagi kata putus yang membawa kepada ya or tidak apabila seorang lelaki mengatakan serperti di atas. Jangan lak korang bagi kata yang membawa kepada tengah-tengah antara ya or tidak, boleh pening lelaki 2 kalau korang buat cam 2.

Apa-apa pun ikut keadaan la kalau nak jawab. Pertimbangkan segalanya dulu.  Pikir la dulu sebelum jawab jangan ikut sedap mulut je jawab. hehe...

Kata akhir dari ku:
Artikel dibuat untuk mengelakkan lelaki jadi seperti di dalam lagu di atas.

KU TUJU LAGU INI UNTUK SEMUA ORANG YANG MERASAI DIRINYA PEREMPUAN.

Harap maklum la ye wahai kaum hawa.

Sekian dari ku,
Wakil lelaki.

Pai,
Tata...

Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...