1,2,3……………………..
Sekian intro untuk hari ini.
Berbalik kepada yang asal. Ada orang cakap kat relax
“Apa hal kau tak keluar dari sini, dari
dulu sampai sekarang duduk kat sini je. Tak teringin nak keluar ke (merantau)
cari pengalaman baru.” (ayat yang keluar lepas diorang tengok relax sambung
belajar kat sini)
Ku balas pertanyaan tu dengan “besa la, aku memang nak duduk sini je, nak
belajar sini, nak kawin dengan orang sini dan nak keje pun kat sini gak. Tak
nak keluar dah” , kata ku secara spontan.
Wahai orang yang berkata begitu kepada ku, korang tak tahu sebenarnya
asal usul aku dan di mana asal aku. Ish2 main cakap je. Orang tanya la relax
dulu.
Untuk pengetahuan korang, relax berasal dari KL dan hidup
kat sana pun dah lama dah. Siap berpindah ke Selangor lak lepas 2.
Setakat nak suruh relax keluar dari sini, then pergi shah
alam untuk sambung belajar. Memang relax tak pergi la. Sebab kalau betul relax
nak keluar dari sini, bukan shah alam or KL yang relax nak pergi, tetapi negeri
lain. Kalau Shah Alam or KL relax dah pernah pergi dah.
Disebabkan masa isi hari 2 cos yang dipilih Cuma ada dua
tempat je, iaitu shah alam dan kat sini. So, relax lebih rela pergi kat sini.
Sebab sana memang dah pernah pergi dah. Kalau ada tempat lain, relax dah mintak
dah bro.
Sebenarnya tak excited sangat pun nak pergi sana. Kalau
negeri lain mungkin relax excited nak pergi. Dengan sesaknya, dengan kos sara
hidupnya tinggi memang relax tak pergi la.
Lagi pun, apa ada kat shah alam and KL 2, Cuma ada
bangunan-banguanan tinggi, bangunan yang pelik-pelik, asap kereta, bunyi
bising, jalan sesak dan banyak lagi la. Lagi pun hari 2 pergi KL bukan ada
perubahan yang baik sangat pun kat sana. Makin sesak lagi jalan ada la, bangunan
lak semakin banyak.
Boleh pening kepala rasanya kalau relax duk sana.
Kut mana pun, kalau ada rusuhan ke, or sewaktu dengannya, KL lah tempat pertama
yang menjadi mangsa (ini paling bahaya).
Sebenarnya bagi diri ku, kita perlu gunakan segala advantage yang ada. Sebagai
contoh kalau tempat belajar ada dekat dengan rumah, baik pergi yang dekat
dengan rumah. Buat apa pergi jauh-jauh, guna duit kut. Mak pak dah la orang
biasa-biasa je + adik beradik ramai lak. Semua tak keje lagi kut.
Faktor inilah diri ku fikirkan bila nak belajar. Inilah juga
sebab kenapa relax sambung study kat sini je. Tak nak study jauh-jauh.
Bukankah penting diri sendiri namanya jika relax nak sambung
kat sana atas tujuan nak dapatkan pengalaman baru, dan nak merasa duduk kat
sana. Tambah-tambah kalau relax pergi sana menyusahkan relax balik. Nak kena
naik bas la nak balik, nak makan pun mahal dan sebagainya. Duit dah la
pinjaman, bukan duit sendiri. Kalau habis duit pinjaman nak kutip duit mana cik
abang oit, ko nak bagi ke.
Korang cakap la apa pun, kiraan dan analysis sudah di buat.
KIraaan membawa ku supaya study di sin je, jangan pergi jauh-jauh. kalau korang
nak bagi duit kat relax bila duit relax habis masa ada kat sana, memang takda
masalah relax nak keluar dari sini.
Ketahuilah, relax hanya akan merantau or keluar dari penang
ni jika duit yang relax ada ialah duit relax or factor-faktor lain yang tak
dapat di elakkan. Semuanya bergantung pada takdir dari Nya.
Harap orang yang cakap ayat di atas boleh memahami kenapa relax nak study kat
sini je.
Hehe, korang senang la cakap kalau sumber duit korang bukan pinjaman je.
Sekian penjelasan ku untuk ayat diatas.
Selamat ku ucapkan kepada korang sekalian…
Pai….
Comments
Post a Comment