Skip to main content

Perbuatan yang salah semasa bergaduh



Asyik relax je berbicarakan. So, hari ni relax nak kasi mamat tak puas hati berbicara pulak.


*********

Di dalam artikel ini, pergaduhan = betumbuk / bersepak / bertolak

Di tuju kepada lelaki di luar sana.

Bukan pergaduhan biasa hendak ku katakan di sini tetapi pergaduhan yang melibatkan pukulan, tolak menolak dan sebagainya. (ala pegaduhan macam budak-budak lelaki kat sekolah 2)

Jadi sekarang ni, aku nak cite sikit kat korang fakta yang di rujuk dari otak ku.



Perbuatan yang salah korang buat semasa bergaduh:

*Bergaduh di tempat awam.

Relax nasihat kan kalau betul korang nak bergaduh jangan bergaduh di tempat awam. Ini kerana bergaduh di tempat awam hanya membantutkan pergaduhan korang.

Tetapi kalau tujuan asal korang nak bergaduh hanya untuk menunjuk hero, berlagak hebat, nak meraih publisiti murahan dan segala macam mak nenek lagi yang berkaitan, ok tak pa bergaduh la di tempat awam.

Manakala jika tujuan asal korang bergaduh kerana tak puas hati dengan orang yang korang tak puas hati, sila cari tempat yang sunyi dan takda orang langsung. Lepas 2 bertumbuk la sampai pihak lawan lunyai or hilang nafas. Baru betul boleh hilangkan perasaan tak puas hati 2 kan.

Ini tidak, bergaduh di tempat awam apa korang dapat. Seronok la 2 ramai orang tengok korang bergaduh. Hampehnya budak….


*Panggil geng bila bergaduh.

Ni lagi satu masalah budak-budak or orang-orang zaman sekarang. Pergaduhan di antara dua pihak yang berlawanan dalam erti kata lain 1 by 1. Tetapi yang korang pergi panggil geng 2 buat apa.

Korang tak puas hati dengan si A. Korang sorang pergi setel dengan si A sudah la. Yang pergi panggil geng 2 buat apa. Ish2 loser betul orang yang buat sebegini rupa (pehal terasa ke).

Pada pandangan ku, orang yang sebegini memang pengecut tahap gaban. Erm nanti dulu, entah-entah korang ni kuat dengan geng je pa. Kalau sorang-sorang takut. Betul ke apa aku cakap ni??? (jawapan di tangan anda)



*Bawa keluar senjata bila bergaduh.

Orang macam ni bagi aku memang orang yang kurang berkeyakinan. Kalau betul korang yakin dengan diri korang, tak payah guna senjata la bila berlawan. Boleh sebenarnya bergaduh pakai senjata tetapi pastikan pihak lawan pun bersenjata gak. Baru adil bro + kita pun puas hati bila menang bergaduh dengan dia.

Ini tidak korang je yang bersenjata. Nampak sangat korang memang tak boleh menang bila bertangan kosong. Hehe. Lawak2. Dah tau takda keyakinan dalam diri, tak payah bergaduh la bro.

Syoh2  gi main jauh.  



Aku pelik dengan orang yang berkumpul ramai-ramai menyaksikan sesuatu pergaduhan dan selepas itu bersorak. ??????? apa yang best sangat tengok orang bergaduh ni. Pelik, pelik aku pelik dengan orang macam ni. Apa yang diorang dapat dengan membuat perkara sebegini rupa. ?????? bingung aku memikirkannya.

Tambah pelik lagi apabila melihat orang ramai berkumpul melihat perempuan bergaduh. ??? aku pelik la tolong2 aku pelik dengan orang macam ni.

Yang lagi pelik aku rasa bila orang melayu berkumpul melihat perempuan or lelaki melayu bergaduh, siap rakam lagi. Diorang yang berkumpul 2 tak rasa diri kurang pandai or tak rasa malu ke melihat bangsa sendiri bergaduh di kalayak ramai.

Errrrmmm memang aku pelik. Serius aku pelik… Sampai sekarang aku pelik… Pelik pelik pelik

Dah la relax oit, semakin pelik bila aku pikirkan.

**********

Ish2, sebenarnya relax pun pelik gak dengan diorang ni. Entah la lain orang lain pemikiran.


Warning
 Jangan la bergaduh-gaduh, takda faedah pun. Sudah-sudah la 2, sabar je.

Sekian

J


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...