Perkara yang dapat ku fikirkan di masa kelapangan......
Situasi: Ayat boy or girl minta putus dengan korang.
Kepalsuan: Kita putus la, sebab awak terlalu baik untuk
saya.
Kebenaran: Sebenarnya saya dah ada girl lain dah or saya dah
boring dengan awak.
Comment: Kalau sesorang itu baik, sepatutnya kita lagi
terima, sebab dia baikkan. Ini tidak, nak putus sebab dia terlalu baik. Apa
kes.
Situasi: Apabila seseorang meletakkan gambar di dalam FB or sewaktu dengannya. Seterusnya tulis dekat gambar 2, saya tak cantik la.
Kepalsuan: Saya tak cantik la dalam gambar ni.
Kebenaran: Cantiknya gambar yang aku baru upload ni.
Comment: Kalau gambar tak cantik or hodoh ada ke orang nak
upload dalam FB or sewaktu dengannya.
Situasi: Apabila orang yang tak sihat menjawab pertanyaan "Kau sihat tak? or apa khabar?"
Kepalsuan: Aku sihat je.
Kebenaran: Aku sebenarnya tak sihat.
Comment: Sebenarnya ikut suka korang la nak bagi jawapan apa
pun. Lagi pun orang yang bertanya 2 bukan boleh buat apa-apa pun kalau korang tak sihat.
Situasi: Apabila orang yang syok kepada seseorang di tanya sama ada syok ke tak kepada orang yang dia syok 2.
Kepalsuan: Aku tak syok kat dia la.
Kebenaran: WTP (what the pandai), macam mana dia tahu aku
syok dia ni.
Comment: Perlu ke mengaku kat orang kita syok kat seseorang.
Situasi: Apabila orang tanya sama ada korang terasa tak dengan
kata-kata dia.
Kepalsuan: Aku tak rasa apa pun kau kata.
Kebenaran: Gile pedas kata-kata dia, bercalar dan
terobak-robak hati aku.
Comment: Berterus terang je la kalau dah terasa 2, ini tidak
terangkan melalui bahasa badan. Tak semua orang boleh baca bahasa badan kalau korang
nak tahu.
Situasi: Apabila orang tanya kat korang sama ada baju dia pakai
cantik or tidak.
Kepalsuan: Gila cantik baju kau pakai 2.
Kebenaran: Peeeeaarrrggg tak cantik n tak kena dengan gaya
terkini.
Comment: Nak jaga hati la katakan.
Situasi: Apabila orang yang banyak cakap or menceritakan topic yang
membosankan dan memang korang tak berminat pun dengan topic 2.
Kepalsuan: Korang dengar je apa yang dia cakap.
Kebenaran: Bila nak habis dia cakap ni. Cepat la
habis, cepat la habis.
Comment: Demi menjaga hati pencerita, korang dengar je kan.
Baiknya korang. Ketahuilah korang kadang pencerita tersebut tahu korang boring
dengan cerita dia, tapi dia saja teruskan gak, sebab nak suruh korang
berhentikan dia bercakap. (betul ke cam ni)
Situasi: Jawapan korang bila seorang girl or boy melafazkan
kalimah keramat kat korang. (faham sendiri apa itu kalimah keramat)
Kepalsuan: Korang memberi kata kiasan yang kadang-kadang susah nak di fahami dan punyai beribu persoalan or memberi jawapan
putar alam or mendiamkan diri.
Kebenaran: I don’t like, I don’t like….. Aku tak nak dia, tak nak, tak nak... Kenapa mesti dia, kenapa, kenapa.... Alamak dia la.....
Comment: Demi menjaga hati, korang pun gunalah kepalsuan itu
dari kebenaran. Kan ke elok kalau korang berterus terang, takda la boy or girl
2 tertunggu-tunggu. Masalah betul dengan orang cam gini.
Sekian kemerapuan untuk hari ini….
Kalau rajin relax buat Kepalsuan dan kebenaran versi 2 pulak ye….
Info:
Kadang kebenaran itu lagi bagus dari kepalsuan….
Kerana ada sesetengah manusia lebih suka kepada kebenaran dari kepalsuan. J
Pai….
Comments
Post a Comment