(Dari banyak menjadi satu.)
Wahai ….h…t ku,
Menemani ku di kala aku kesunyian,
Menjadi penghibur di kala aku kesedihan,
Suka dan duka bersama mu,
Akan ku semat di dalam ingatan ku,
Akan ku cuba menjaga dan lindungi mu,
Sebagai mana diri ku menjaga keluarga ku,
Bersama mu membuat aku lupa segala masalah ku,
Walau kadang ku rasakan kita tiada keserasian,
Pandangan kita berbeza,
Cita rasa kita berbeza,
Tapi itulah pengukuh hubungan kita,
Diri mu ku jadikan ikutan,
Aku kagum dengan ketekunan mu,
Terlintas di fikiran ku,
Ingin menjadi setekun itu,
Tapi apa kan daya,
Diri ku ialah diri ku,
Tidak boleh menjadi orang lain,
Tetapi ku simpan hasrat di hati,
Ku kuatkan azam untuk jadi seperti itu,
Kerana ku tahu,
Hakikatnya kita sama,
Kita adalah manusia.
Comments
Post a Comment