Skip to main content

Couple dan zina hati



Elo-elo,

Hari ni relax bagi seorang pemuda lak menyuarakan pendapat dia... Tengok bawah ni....

--------------------------------------

Terbaca 1 artikel yang membuatkan ku menyuarakan pendapat.

Erm mungkin inilah penyebab kenapa couple semakin menjadi-jadi.

Secara ringkasnya artikel ini menceritakan tentang zina hati dan couple.

Klik sini untuk membaca artikel tersebut.

Antara kandungannya:


APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?
Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).


Apa yang saya faham bila baca artikel dekat atas ini ialah, bercinta boleh kalau batas-batas pergaulan dijaga. Ulang bercinta (cuba fahamkan apa maksud ayat ni)!!! Dalam erti kata lain bercouple boleh kalau kita menjaga batas-batas pergaulan.

Pada pandangan saya, bercinta tidak boleh, mencintai seseorang boleh, tetapi janganlah melebihi daripada cinta pada Ilahi.

Masalahnya sekarang ni, orang dah terlebih sayang menyayangi. Belum kawin dah buat 3b iaitu berpegang-pegang, bersayang-sayang dan berdua-duaan.

Bagi saya, memang cinta sesama manusia boleh, tetapi haruslah disalurkan ke jalan yang betul dan tidak melanggar syariat-syariat islam.

Persoalannya sekarang ni, dari mana datangnya istilah couple ni.

Masa zaman Rasulullah SAW xde pun istilah couple ni.

Penulis dalam artikel ini memang ada memberi hadis-hadis dan ayat Al Quran untuk mengukuhkan pandangan dia.Tetapi saya minta maaf banyak-banyak, saya dah cuba fahamkan hadis dan ayat Al Quran tersebut. Yang saya faham kita hanya boleh mencintai dan bukan bercinta.

Dalam ayat ini tidak ada langsung kiasan mahupun pemberitahuan bahawa kita dibenarkan bercouple kalau kita cintakan seseorang tu.

Cuba fahamkan ayat ini betul2.

Kalau kita sukakan seseorang tu kenapa kita tidak berkawan biasa2 je dengan dia (adap berkawan dalam islam), tidak pelu terlalu istimewa. Cukup keperluan, hantar rombongan. Cara ni kan lebih baik.

Cuba korang cuba baca kisah percintaan antara Saidina Ali dan Fatimah Az Zahrah.

Ada tak couple sebelum kawin. Kedua-duanya hanya kenal antara satu sama lain.

Klik sini Kisah percintaan Saidina Ali dan Fatimah Az Zahrah.

Saya rasa mungkin inilah cinta yang sebenar-benar cinta.

Iman korang kuat tak?
Tak takut ke, kalau korang couple nanti ada timbul perasaan bukan-bukan dekat Gf or Bf korang. Sedangkan para sahabat yang mempunyai iman yang kuat pun menghindari perkara-perkara sebegini. Inikan pula kita, yang sering leka dengan dunia ni. Sering menjadi hamba kepada nafsu. Sedar-sedarlah.... kita lemah.... Hindarilah perkara macam ni.....

Akhir kata dari ku, NO COUPLE BEFORE AKAD...

Just kenal-kenal sudah.

Tak payah nak lebih2.

Cukup keperluan masuk minang.

Sory ye, penulisan kurang baik, biasa la saya ni bukan penulis... hehehe.....

Tegurlah diri ni, jika ada melakukan kesalahan...

Bersamalah kita tegur-menegur.....


---------------------------------------

Sebenarnya relax pun kurang memahami, apa itu zina hati, sebab relax dengar berbagai istilah pasal zina hati ni. Kena tanya ustad la nampaknya lepas ni....

Cau lu....

Smile
:)

Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...