Skip to main content

Dari hati


Hola semua...

Merayu-rayu mamat ni suruh relax post artikel dia. Dia kata artikel ni di copy dari dalam hati dia. Dia juga kata dia tuju kat semua orang yang dia kenal. Dia juga kata, minta maaf bnyk2 sebab selama ni duk kacau hidup korang. Akhir sekali dia kata jaga diri eluk2.....

---------------------------------------

Dah penat mulut ini berbicara oit… x dengar2 gak… pelik betul la… apa la salah aku…. kalau apa yang aku cakap salah gtau aku. jangan duk diam ja…

Kepada orang yang mengenali diri ku, ketahuilah aku uat ni semua bukan sebab aku jeles, dengki, x suka korang, dan sewaktu dengannya. 

Aku uat ni sebab aku xnk tengok orang yang aku kenal jadi orang yang bukan2…. 

Naluri untuk dimiliki dan disukai adalah fitrah. Bukan salah kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.

Aku duk jaga korang, korang x jaga diri korang. Macam mana ni. 

Patut la bila aku cakap. Aku rasa macam bercakap dengan bayangan dalam cermin. 

Bila diberi nasihat masuk kiri keluar kanan.

Aku dah xtau dah nk cakap apa.

Skang ni macam ni la….. Lepas ni korang uat la pe yang korang nk uat aku x kesah n aku x nk bik tau. : ) 

Korang nk jatuh dalam kegelapan. K xpe silakan . Memang aku x de hak pun nk halang korang.
: ) 

Pe2 pun aku berdoa agar aku dan semua orang yang aku kenal x jatuh dalam lembah kegelapan.

Saya keluar dengan dia makan2 je bukan buat apa2 pun?

Baca balik kisah Adam dan Hawa. Dan jadikan iktibar.

Sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

(lasia87.wordpress.com)

Aku couple, tapi jaga batas2 pergaulan?
Ikut suka korang la… dah besar panjangkan…. Mmg aku tabik kat korang la, sebab korang boleh jaga batas2 pergaulan….bagus2 kuat iman….. dapat tunduk’n nafsu… boleh ajar aku…

Aku couple dengan dia sebab aku ada niat nk kawin dengan dia….. bukan sebab suka2..?
Ikut suka korang la….

Nisbah girl lebih banyak dari boy, ini bahaya ni.. kena cari laki cepat…. Laki minta couple aku perlu cakap yes, jangan jual mahal, peluang mcm ni bukan dtg selalu?
Ikut suka korang la….. sape aku nk menghalang… bukan abang or bapa korang, abang or bapa korang xpe je. Ni x, aku yang lebih2….ish2… x sedar diri betul la…..

Kalau aku x couple skang, takut nnt xde orang nk kat aku. Sementara orang duk mintak couple dengan aku baik ak terima ja.. lagi pun laki 2 baik?
Ikut suka korang la, tp selagi seseorang itu bergelar manusia, dia tetap ada nafsu…. Nak jumpa laki yang boleh menundukkan nafsu dia zaman skang ni susah dah…. Mngkn 20 peratus. Mngkn laki 2 xbuat ap kat korang, tp dlm diam duk tengok badan korang (zina mata). Pas 2 berzina hati (zina hati iatiu khayalan berahi dengan kekasih).

Kalau x couple macam mana nak kenal hati budi dia?
Ikut suka korang la, nmpk’a aku kena couple dengan semua kawan2 aku ni kalau nak tau hati budi diorang.

Pehal kau ni anti couple sgt ni?
-------------------------no answer………………….. pikir sendiri……

Mungkin aku perlu betulkan diri aku dulu, baru apa aku cakap masuk dalam hati seseorang. Tp kalau dibiarkan agak sedih, klu orang yang dulu ok tiba-tiba ko. Errrmmm entah lah..

Sory ye….

Peace no war….

-----------------------------------------------

Pe la yang mamat ni uat. couple 2 perkara besa la... zman skang kebanyakkan semua bercouple.... 

Yang baik: 
couple pas 2 jaga batas2 pergaulan tapi duk bersayang-sayang, berabg-abg macam orang dah kawin.(btl ke!!..... pikir sendiri) 

Yang kurang sikit:
Macam orang dah kawin terus.  

Betul ke macam ni.... Entah la labu...

Betul ke tindakkan mamat ni suruh relax post benda2 cam ni, biar la kat dia. Dia meluahkan perasaan la 2.... 

Lagi satu mamat 2 gak pesan, 
"Bila dia ada bagi pendapat or bercakap sesuatu, kalau orang yang dia kenal x setuju or nk tegur dia, silakan.... Dia xnk bercakap dengan bayangan dalam cermin dah, hanya mengangguk.... X tau setuju ke x dengan dia....."

"Kalau nk ceramah dia, silakan."

Akhirkata dari ku, bersamalah kita meningkatkan dakwah dari benci dengan hati ke lisan lak... Kan benci dengan hati selemah-lemah iman. Kalau dulu kita benci dengan hati, skang pun kita benci dengan hati, xkan la dulu smpai skang iman duk lemah je... Paling tidak pun try....Cuba la walau pun sekali...

Cau lu....

Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...