Skip to main content

Stress kerana adat


Hai semua.

Seorang mamat bagi dekat relax suruh post artikel dia. Katanya luahan perasaan dia. Haha. Kita layang kan je la artikel mamat ni. Jom kita tengok artikel dia.

................................................................



Aku dah penat, aku makin stress. Semua benda tak settle lagi. Aku pun tak tau orang yang nak kahwin ni macam mana. Aku pun tak tau salah aku kah, salah family aku kah salah pasangan akukah.

Yela, stress di tempat kerja, stress pula di rumah. Kalau tak ada pegangan agama ni, boleh la nak bunuh diri semua tu. Hahaha...

Stress pasal kahwin sebab:
Duit yang sedia ada takda la banyak sangat, aku pun cakap la nak jemputan kecil kecilan sahaja, tapi bila bincang-bincang diorang kata tak boleh, kena buat jemputan dalam 1000 orang juga. Aduh stress pula aku.

Keluarga aku mahukan hantaran, bincang punya bincang belah sana tak nak hantaran pula. Cakap dekat keluarga aku, diorang tetap mahukan hantaran. Aku yang orang tengah ni pening kepala. Keluarga aku nak kahwin ka, aku yang nak kahwin ni. 

Setahu aku hantaran semua ni hanyalah adat. Besar ke kecil kah keduri juga hanya lah adat. Entah lah pening aku fikir. Kenduri aku, aku nak buat macam mana, ikut suka aku lah kan. Aduh tak tau la aku. 

Belum masuk goodies bag lagi, aku cakap nak bagi biasa-biasa aja. Keluarga aku cakap bagi air dan kek. Aduh stress lagi. Aku cuba nak jimatkan semuanya. Almaklumlah aku nak gunakan untuk bina kehidupan lepas kahwin. 

Aku cakap belah laki nak buat lambat sikit, dua-dua pihak tak bagi pula. Katanya tak boleh buat begitu. Bunting pelamin la apa la. Kalau aku tahu macam ni, aku buat kepala aku ja senang. Tak payah melibatkan orang lain. Settle masalah.

Entah la aku, nak kahwin susah, tak kahwin lagi la susah. So, lebih baik kahwin, sunah kut untuk yang berkemampuan. Kes aku ni yang aku nampak aku mampu, tu sebab aku nak kahwin. Tapi bila masuk adat ni, nah jadi tak mampu terus. 

Siapa nak kahwin ni yang ikut adat tu mampuih la korang, belanja besar lah korang. Hahahahaha....

Stress pasal kerja sebab:
Pangkat manager tu sekarang secara tak langsung aku pegang Sebab manager aku kemalangan. Tapi aku masih technician. 

Orang tanya aku kenapa tak minta ja kerja kosong sebagai manager tu?
Mai sini aku nak jawab, stress wei jadi manager deparment aku ni. Complain orang kena settle kan. Tak settle manager kena. Nak handle 2 orang bangla dan 2 indonesia lagi. Yang 2 orang bangla ni pula boleh tahan keras kepalanya. Untuk pengetahuan korang lagi, 2 orang bangla dan 2 orang indonesia ni pula ialah operator sebenarnya. Tapi di tukar menjadi general worker, technician dan cleaner.

Di sebab kan diorang pegang macam-macam position diorang kadang memberontak tak nak repair apa-apa kalau rosak. Aku pula tak boleh cakap apa kalau diorang kata tak nak sebab di dalam kontrak diorang memang diorang seorang operator. Jadinya kalau aku complain pasal diorang pun, diorang bagi tahu ejen diorang kata company aku sekarang ni buat macam ni dekat diorang memang diorang menang. Sebab bukti diorang datang ke company ni memang sebagai operator.

Lagi satu kalau aku report dekat HR pula, tak boleh buat apa sebab department aku sekarang ni memang tak cukup orang. Makna kata kalau diorang 4 orang ni tak da. Habis la aku, semua kerja aku kena buat. Nak serap masuk orang lain pula, diorang tak nak. Sebab department aku ni semua kerja buat termasuklah pencacai cuci lubang najis.

Jadi nya aku tak nak pegang jawatan manager tempat aku ni. Pening wei. Pening wei. Pening wei...

Untuk pengetahuan korang juga, aku masih di sini kerana ada hutang yang perlu aku lunas kan iaitu PTPTN, Motor dan juga sebab aku nak kahwin wei.

Hahahaha...

Korang yang baca ni pun mesti stress. Kalau tak stress korang kena jadi aku. Duduk tempat aku. Baru korang tahu stress ke tidak. 

Sekian luahan kali ini. 

Bai-bai.

-----------------------------------------

Sekian sahaja nukilan daripada dia. Dia bagi dekat relax artikel ni, katanya suruh post dalam blog ni. Jadi relax post lah. Cuma nasihat relax, kau ikut je la apa yang ada dalam Islam bro. Jangan ikut kata orang lain. Biasa lah kau tu nak kahwin, buat benda baik, ada sahaja la dugaan dia tu. So chill n relax sahaja bro. 

Ingat lah, setiap yang berlaku atas izin Allah.

Peace yoo..


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...