Aku datang jika kau mahu,
Jika tiada lagi di perlukan,
Aku pergi tanpa kata,
Pergi tanpa sebarang nota.
Hadir ku disini,
Kerana ku rasa perlu,
Perlu itu aku tahu,
Aku rasa di perlukan,
Lalu ku ada di sini,
Bersama insan memerlukan.
Ada juga ku tinggalkan,
Pergi tanpa nota,
Kerana ku rasa tidak perlu,
Jadi ku pergi,
Pergi jauh darinya.
Perlu atau tidak,
Ku cuba tangkis diri,
Memerlukan yang tak wujud,
Kerana ku tahu,
Yang wujud yang mengerti,
Segala isi hati.
Sekian daripada ku.
Relax tenang.
Comments
Post a Comment