Skip to main content

Pandangan ku tentang jodoh


Dah lama tak bersoal tentang jodoh ni.

Hari ni rasa nak tulis pasal jodoh ni. Jodoh ni seperti yang kita tahu sudah di tetapkan sejak azali lagi.

Usaha kita ialah berkawan untuk kenal hati budi kita masing-masing. Tetapi dalam berkawan tu kena jaga juga la adab-adab sesama kita. Di dalam berkawan, jangan pula letak pengharapan kepada manusia. Harapan hanya kepada Dia. (Eeerrrmm relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan).

Pengang ayat "Kalau dah jodoh tak ke mana. P mai p mai tang tu."

Bila korang pegang ayat di atas, mesti korang rasa tenang sikit. Tetapi nak pengang dan percaya ayat di atas tentu tentu la kena iman yang kuat. Tak semua orang boleh pegang ayat di atas.

Tetapi yang relax belajar bab jodoh sebelum ni memang macam tu. Usaha la macam mana pun, kalau di takdirkan jodoh korang bukan dengan dia. Tak jadi bersatu juga. Sama la juga, tolak la macam mana pun, kalau dah jodoh korang dengan dia, bersatu juga.

So, tenang aja.

Faham ku kini tentang jodoh:-

Kepada lelaki yang tak mampu bertenang dahulu, dah kau tahu tak mampu, jangan duk usik perempuan. Nanti kesian kat perempuan tu menunggu kau yang belum tentu hidupnya. Bila dah mampu baru la mencari pasangan. (tengok balik dalam Al Quran orang yang mampu berkahwin dalam Islam tu macam mana)

Kepada perempuan pula, eeermmm pandai-pandai la memilih lelaki untuk di jadikan suami. Sebab dia la yang akan bimbing korang. Kalau korang nak serius dengan lelaki tengok juga latar belakang lelaki tu. Pastikan dia mampu, baru la boleh korang nak serius, sebab dia dah mampu, mesti-mesti la kalau korang ajak lekai tu kahwin. Mesti dia nak. Tetapi bila seseorang lelaki tu dah mampu, dia bagi banyak alasan lagi nak kahwin dengan korang, korang tinggal je lelaki tu. Boleh jadi dia tak serius pun dengan korang.

Meh sini nak tulis sikit ayat pendek pasal jodoh ni:

Jodoh,
Cerminan bagi diri,
Baik diri mu,
Baiklah jodoh mu,
Begitu juga sebaliknya,

Jodoh,
Sudah di tetapkan,
Bertenang saja,
P mai p mai tang tu,

Agak dah mampu,
Istikharah lah dahulu,
Minta petunjuk,
Benarkah jodohku,

Dia saja yang tahu,
Siapa jodoh kita,

Kita hamba,
Bukan tuhan,
Usahalah seperti hamba,
Jangan melampau batas,

U know what I mean.

Sekian daripada relax.

Salah silap relax mohon di tegur.

Bertenang saja.


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...