Yo whatsup bro and sis, Salam ku hulur kepada anda dengan ucapan Assalamualaikum.
Timbul seorang mamat meluahkan kepada ku:
Sesungguhnya aku dah penat,
aku dah penat risau pasal orang,
aku dah penat menjaga orang,
aku dah penat memberi nasihat,
aku dah penat menjaga hati orang,
aku dah penat melayan kerenah orang,
aku dah penat mengawal emosi ku,
aku dah penat bersabar,
aku dah penat ambil hati orang,
aku dah penat pujuk rayu,
aku dah penat mengalas tanggungjawab,
aku dah penat melihat dunia ini
makin menjadi jadi di zaman ini,
aaahhh penat dan penat,
macam penat aku rasai,
rasa bagai mahu lari daripada kepenatan ini,
tingga di hutan yang tiada orang hanya alam,
Ok, mamat tu cakap macam ni je kat relax.
Eeeermmm, hidup di dunia bro, mestilah penat. tempat persinggahan sebelum ke sana. Mesti lah ujian bertimpa-timpa, nak-nak kalau kau Allah sayang, lagi lah banyak dugaan nya.
Relax bro, jangan penat, kau lihat balik apa perbuatan kau yang memunculkan penat tu lalu kau cuba elakkan kan. Dengan izinNya tak penat dah.
Lagi satu tips relax nak cakap, jangan membuat sesuatu yang nampak macam kau ni takda langsung pergantungan kepada Allah.
Ingat macam ni la senang bro,
Kadang-kadang,
Kita bercakap,
Orang tak nak dengar,
Cakap berulang kali,
Masih tak dengar,
Sudah tiba masanya kau hanya berdoa,
Berdoa kesejahteraan orang lain,
Kau biarkan mereka di bawah jagaan Allah,
Kerana kau dah tak mampu nak buat apa-apa,
Serah semua kepada Allah,
Semoga di beri Allah hidayah kepada kita semua.
Pergantung kepada Allah jangan lupa bro, kita hamba, bukan tuhan.
Kita ada Dia, Dia yang atur segalanya, kembali semula kepada Dia,
Semoga kita semua kuat wahai kenalan,
Sekian daripada relax,
Tegur ku andai ku salah.
Comments
Post a Comment