Skip to main content

Segalanya tentang perkahwinan


Assalamualaikum semua,

Bertemu kembali kita di dalam blog ku ini.

Sebelum ni relax ada tulis pasal pertunangan. Kali ni relax rasa nak tulis pasal perkahwinan pula.

Tahukan anda perkahwinan itu bukan sahaja satu tempat yang menghalalkan semua perkara. Tetapi perkahwinan itu lebih daripada itu.

Untuk berkahwin, kita perlulah kuat daripada segi semua perkara termasuklah fizikal dan mental.

Jika diri masih lemah atau pun mental masih lemah, lebih baik korang kuatkan jika korang nak berkahwin.

Apabila berkahwin, korang akan ada lebih banyak tanggungjawab.

Itu sebab ku mengatakan kita perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Bermacam ilmu perlu kita tuntut jika nak berkahwin dan mendapatkan keluarga yang bahagia.

Ibu bapa yang bertunjangkan Islam sebagai kehidupan mereka, InsyaAllah akan melahirkan keluarga Islam.

Wahai lelaki,
Apabila berkahwin,
Perlu dikau medidik Isteri,
Perlu juga menyara keluarga,
Itu sebab pemilihan isteri sangatlah penting,
Sebab kita sebagai lelaki perlu mendidik mereka,
Perlu di cari isteri yang pandai menjaga diri dan juga harta kita,
Perlu juga di cari isteri yang senang di didik,

Yang ku tahu,
Isteri yang baik dan solehah itu tenang di lihat,
Senang hati kita meninggalkannya saat kita tiada di rumah,
dah lain-lain.
(Pandai-pandai korang la fikir sendiri apa lagi selepas tu)

(Ye la, kena cari yang pandai jaga diri la, kita bukan selalu boleh duduk rumah, kita pergi kerja kan. hehe.)

Oklah, itu je yang relax ada bab mencari isteri ni yang di beri tahu my mom kepada ku.

Erm, jodoh itu sudah di tetapkan, jika benar seseorang itu jodoh kita, pi mai pi mai tang tu juga. Jika seseorang itu bukan jodoh kita buat la macam mana pun, bukan milik kita juga.

So, relax saja bertindaklah sebagai seorang hamba kepada Allah.

Peace yoo.

Tegur ku andai ku salah.

Relax tenang


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...