Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Mampukah kita berfikir

Lama tak update dalam ni menyepi daripada dunia blog gara-gara bekerja. Hahaha... ok alasan je semua tu. Bla bla bla... Terfikir di saat bersendiri, Apakah nasib ku nanti, Apa terjadi terhadap diri ini, Tiada keyakinan kini, Mampukah diri ku menempuh semua ini, Tiada dapat membeza mana betul, Mana salah, Apabila ku lihat, Benda yang tiada di senangi, Ku biar kan ia, Diam dan diam, Kadang ku suka diam, Aahhhh kenapa di campur campur tulisan ini, Biarlah apa pun, Biarkan aja. Oklah sekian daripada ku...

Risiko upgrade handphone

Do you want to update your phone? Persoalan ataupun soalan yang boleh di kata kan banyak di tanya di dalam handphone baru yang baru di beli. Di sebabkan inilah relax tergerak hati nak tulis artikel kali ini. Sesalan yang relax dapat setelah update handphone. Itulah pengalaman yang relax dapat setelah update phone sony relax. Dahulu phone relax tak lambat dan cameranya ok. Tetapi lepas update phone relax jadi slow dan camera tak ok. Setelah di teliti relax merasakan android baru ni tak stabil bagi handphone relqx. Itulah sebabnya handphone relax lambat. Almaklumlah, handphone lama nak pakai android baru. Mesti la slow sebab faktor grafik dan fungsi android baru tak sesuai dengan spesifik handphone. Jadinya di sebabkan kejadian ini relax tak nak upgrade handphone samsung relax. Takut perfermonce samsumg relax jatuh. Ceritanya sekarang relax nak bagi tau korang bahawasanya berhati hatilah jika nak upgrade handphone korang takut performonce drop dan ada masalah lain seperti bateri ce...

Bualan kosong orang permukaan

Terlalu lama tengelam di lautan, Kau ingat mudah ke permukaan kembali Setengah orang hanya di permukaan Takut untuk menyelam Takut sukar nak timbul kembali Takut tengelam tak timbul timbul Di sebabkan itu Mereka lebih gemar berada di permukaan Lalu melihat orang menyelam Melihat juga orang tengelam Tiada tangan yang menghulur Mereka lebih suka melihat ke permukaan Di biar orang yang tengelam Yang mereka tahu Ketawakan dan bercakap tentang tengelam Sembang kosong Tiada di rasa Hanya bualan kosong Sampai bila aku tak pasti

Cara selesaikan masalah

"Susahnya aku nak tinggal dia. Payah nya. Aduh kenapa aku sering di sakiti. Kenapa dan kenapa jadi begitu." Kadang kadang kita dengar orang mengeluh seperti di atas. So relax tergerak hati nak bagi penyelesaian kepada perkara di atas. Senang je hidup ini. Nak selesaikan masalah semua bukan susah sangat. Bila korang hadapi sesuatu masalah korang cari la punca masalah itu dan seterusnya fikir jalan penyelesaian. Sebagai contoh. Korang sering di sakiti dan menangis kerana perempuan atau lelaki. Cari la punca kenapa terjadinya masalah di atas. Jadi, misal kata punca terjadinya perkara tersebut ialah kerana kau sayang sangat dekat dia. Biasa la bila dah sayang ni kau risau la apa la kat dia dan banyak lagi lah. Cara penyelesaiannya ialah alir sayang korang tu dekat tempat lain atau kurangkan sayang tu. InsyaAllah tak jadi masalah td. Trust me bro n sis. Contoh kedua pula. Bila korang banyak bercerita dan banyak bagi nasihat. Tetapi orang kata kau ni tau bebel je. Payah apa ka...

Kuatlah pengelar insan

Tahniah di atas sijil di dapati, Perjuangan selama ini tidak sia sia, Menjadi juga seorang yang berguna, Boleh berbakti kepada bangsa, Agama, dan negara, Jadilah seseorang yang di segani, Di hormati kerana kesopanan dan tingkah laku itu, Pergi jua nun jauh di sana, Bersendirian tiada teman, Hanya bergantung kepada Dia, Semoga kuat dan kuat, Tabah dan tabah, Tiada bersedih lagi, Pemergian itu mungkin tidak lama, Kembali jua di sini nanti, Bersabar lah di saat ini, Mungkin dugaan buat diri itu, Cuma ingat di dalam diri, Dia sentiasa ada untuk kita, Selalu melindungi kita, Menjaga kita, Berserah lah kepada Dia. Semoga kuat wahai insan. Tiada apa mampu ku beri, Hanya tulisan peganti diri, Melakar ayat daripada hati, Kata akhir daripada diri ini. Tiada kata se indah tulisan hati.

Adap sebagai seorang pemimpin

Busy kerja, berbeza waktu belajar dan kerja ini. Baru tau kenapa orang cakap "Waktu belajar la nak berjalan sana sini, nanti kerja dah tak boleh dah." Serius waktu kerja memang dah tak boleh jalan sana sini. Semu kena rancang, sebab nak apply cuti bagai. Lepas tu tunggu manager approve dulu cuti tu. Baru la boleh cuti dan seterusnya berjalan. Makna kata semua kena rancang secara teliti tak boleh main bedal ja. Dulu waktu belajar kalau nak pergi mana pun, cakap je terus On walau ada kelas. Sekarang tak boleh dah. Sedih sedih sedih.... Baru berapa bulan meninggalkan alam belajar dah mula rindu alam belajar. Nak sambung ke peringkat lebih tinggi tajuk pula takda nak buat researh. Kalau minta dekat lecturer tajuk research, takut dia bagi tajuk yang bukan-bukan pula. Mapuih relax nak research nanti. So tahan dahulu diri nak sambung belajar. Kita kerja dulu, cari pengalaman kerja, kenal orang luar bagaimana dan lain-lain lagi.  Ayuh belajar liku-liku hidup... Per...

Beruzlah kita

Salam ku hulur pembaca sekelian. Assalamualaikum semua. Tak sangka dah nak dekat berapa bulan tiada kerja tetap diri ini. Teetttt... sabar sekejap. Adalah nanti. Tinggalkan dahulu luahan di atas. Ingin relax kongsi sedikit ilmu yang di dapati di dalam surat khabar. Relax baca lalu pemahaman relax tentang apa yang di baca di terjemahkan di dalam artikel ini. Mengasing diri tidak kira lah seketika atau lama semata mata ingin melihat kebesaran Allah dan mengingati Allah dengan beribadah, inilah makna atau erti beruzlah. Sebagai contohnya kita lihatlah kisah Rasullullah yang mengasingkan diri di dalam gua hirak daripada masyarakat luar yang semakin teruk perangainya.  Tujuan beruzlah ialah ingin mendapat kembali kasihNya dan juga muhasabah diri kita kembali. Dengan beruzlah juga kita akan dapat perbaiki diri dan mengesan kelemahan diri.  Beruzlah itu dapat mengesan punca sesuatu masalah lalu menyelesaikan masalah tersebut. ...

Nampak keras tetapi tidak

Keras ku di luar tidak melambangkan kerasnya ku di dalam, Mungkin hati ku ini tidak sekeras yang dilihat di luar, Di marahi dan di tengking, Luar ku tersenyum, Di dasar hati siapa yang tahu, Luka di dalam boleh kah di lihat, Hanya yang memahami tahu, Siapa diri ku ini, Mungkin kena belajar mengeras yang di dalam, Agar satu hari nanti, Tiada perasaaan saat di marahi, Boleh tenang aja. Sekian daripada relax... Ada orang kata la kan hati itu boleh keras dan tidak boleh di cucuk oleh lidah apabila sudah kuat kasih Nya di dalam hati. Jadinya, kuatkanlah hati itu. (Orang kata naa, bukan relax kata) Sekian daripada ku. Peace yoo.

Tekad itu satu keazaman

Hai semua, Entah la, tak tahu la relax nak memulakan intro macam mana. Eeermmmm, hari ni relax nak cerita sedikit tentang tekad. Bagi relax tekad itu membawa maksud satu keazaman yang sangat kuat di dalam diri yang melahirkan tindakan terhadap keazaman tersebut. Kuat tekad kita, maka kuatlah tinddakan diri terhadap keazaman tersebut. Tersenyum seketika di dalam hati dan bermenolog dalaman di dalam diri saat peristiwa itu: "Aik, aku dah agak dah kau tu kuat sebenarnya. Sebagai buktinya tengok lah sekarang. Bagus-bagus" Lebih kurang macam orang dahulu la, yang bertekad nak berjuang bermati matian demi Islam. Sehingga kan mereka tiada takut mati dan contoh yang berkaitan. Tekad itu lah di gunakan untuk mengubah diri ini. Mulakan dengan keazaman yang sangat kuat di dalam diri lalu badan akan menurut kata dan niat mu itu. Segalanya bermula daripada dalam sis dan bro. Jadinya, ayuh la berazam atau bertikad di dalam diri untuk sesuatu kebaikan. Warning Warning Wa...

Cukuplah bagi ku satu lilin

Sudah cukup satu lilin menemani ku, Di kala malam tiada berlampu, Buta seketika mata itu, Satu lilin sudah mampu menemani ku, Menyuluh di dalam gelap, Menyusuri bersama menempuh kegelapan, Peneman setia di dalam gelap, Temannya sehingga di penghujung hayat, Tiada lilin gelaplah hidup ku, Meraba di dalam gelap, Punah lah hidup ku, Sekian daripada ku, Kisah ku bersama lilin. Lalalala. Pai pai...

Kayalan menafsir diri

Kayalan yang menerang siapa diri??? Di dalam kesepian, Ku pejamkan mata, Bayangan laut menjelma, Jalan di ketepian pantai, Terpandang ku kura-kura di kiri ku, Ku teruskan perjalanan, Terpandang pula sang penyu, Depan sedikit daripada penyu, Terpandang pula rumah papan yang elok binaannya, Indah di mata ku, Tertarik ku melihat isinya, Ku buka lalu terlihat pasu yang terukir corak di atasnya, Tertanam pula sekuntum bunga di dalamnya, Terlihat pula kaca berselerakkan di lantai, Lalu ku bersihkan kaca itu, Kelihatan di belakang rumah itu air terjun yang bagi ku setingga 6meter. Ada gua di tengah air terjun itu, Masuklah diri ku di temani kura-kura dan sebatang lilin. Sekian cerita hayalan daripada ku. Tafsirannya: Diri ku di lihat di kanan ku, \ Di kiri ku diri sebenar ku, Kemewahan yang ku pandang hanyalah sebuah papan, Kreativiti ku pula bagai pasu bercorak di atasnya, Tertanam pula bunga di dalamnya, Masalah yang di hadapi ku tangk...

Lahiriah itu daripada batiniah

Peringatan ringkas daripada relax untuk hari ini, Apa yang kita fikirkan, Apa yang kita lakukan, Apa yang kita cakapkan, Apa yang kita lihatkan, Apa yang kita tafsirkan, 5 apa yang lahir daripada satu benda iaitu hati. Bersih hati itu, maka apa yang kita fikir, lakukan, cakapkan, lihat dan tafsirkan adalah mengikut syariat Islam dan di tuntut syarak. Itu sebab ada setengah orang kalau korang tanya: Boleh tak seorang suami atau isteri makan berdua dengan berlainan jantina???? Dan orang tersebut akan jawab: Boleh ja, apa salahnya. Makan je pun, dekat tempat terbuka. Sama juga bila korang tanya: Boleh ke seorang isteri atau suami berbual dengan berlainan jantina berdua sedangkan orang lain sedang melakukan sesuatu??? Dan orang tersebut akan jawab: Boleh ja, kami berbual bukan di tempat yang tersorak, dekat tempat yang orang ramai kan. Relax berani jamin, tentu beribu jawapan yang akan relax terima jika soalan di atas relax ajukan kepada orang lain. Ada ya...

Mengapa ego yang kau pilih

Baru kini ku ketahui, Apa itu ego diri, Mengapa wujudnya ego itu, Apakah kegunaan ego, Tapi macam selalulah, Jangan terlalu ego, Rosak pula diri itu, Jangan pula di buang ego itu, Merana juga diri itu, Bagi sedang-sedang, Di mana tengah-tengah, Ada kebaikan ego itu, Ada juga keburukkan ego itu, Kena pandai memilih, Waktu bila perlu wujudkan ego itu. Hehehe, Harapa korang faham apa yang relax mahu sampaikan, Peace yoo.. Lalalala...

Terasa kesunyian itu

Entah mengapa diri ku merasakan kesunyian, Rasa bagai ada sesuatu diri ini perlukan, Masih mencari  dan tercari apa kah benda itu, Cuba ku tafsir tiada tercapai akal, Sunyi dan sepi, Terasa kini, Ada saja tiada kena, Cuba turut kata aku, Cuba jaga diri itu, Walau tiadalah sempurna, Tiada salah mencuba, Never give up. Sekian daripada ku, Semoga tiada sunyi lagi hati ini. :(

Pejam celik tiba tiba kredit habis

Pejam celik dan pejam celik lagi. Relax pelik, asal topup habis kedit. Tam buat apa pun padahal. Pelik dan pelik, sungguh pelik. Kenapa jadi macam ini. Relax pakai number celcom. Letih top up. Lalu relax malas topup dah. Lalu pergi pusat celcom dengan niat bertanya perihal hal ini. Lalu sampailah pusat celcom. Bertanyalah relax tentang hal ini dekat diorang. Lepas tu dia cakap la yang selalu makan duit relax ialah message daripada istagram bernumber 2999. Dia pun tanya la relax pernah langgan benda ni tak sebab dia duk makan duit drpd 2013 lagi. Persoalannya relax tak pernah pun langgan benda benda gitu. Ish ish sabar je la. Oklah tamat cerita. Relax nak share sikit langkah langkah pencegahan tertelan duit topup tanpa kita ketahui. Begini langkahnya: 1. Sila matikan push message kat message setting. 2. Hantar message stop dekat number yang telan duit korang. Apa yang bro kat celcom tu buat dua ni ja. Tips daripada relax berkenaan hal ini pula ialah: Bila dah tau duit kena te...

AKu kata itu dan ini

Aku kata ini, Aku larang itu dan ini, Kerana sayang ku kata begitu, Walau diri ini tidak lah se sempurna yang lain, Tegur yang mana perlu, Di kata berleter, Tidak suka leteran, Takkan lah diri ini perlu diam, Jika melihat satu kesalahan, Jangan risau, Ku tegur, Ku suruh itu dan ini, Jika tiada masih di turut, Ku akan diam, Diam dan terus diam, Itulah diri ku, Kerana ku tahu, Kita hanya mampu menegur, Mahu ke tidak di turuti, Itu mengikut dia, Mengikut hati mereka, Kita hanya mampu menegur, Selebihnya redha dan berdoa, Kepada Dia yang memegang hati. Peace yoo.. Betulkah cara ku ini???? Soalan yang bermain di minda ketika ini. Sekian.

Untuk mu wahai hawa

Hawa, Walau sekeras mana, Tetap lembut di dalam nya, Mana boleh hawa menjadi adam, Hawa, Ingin di kasihi, Ingin di sayangi, Bohonglah jika berkata sebaliknya, Hawa, Pelik bagi ku, Sukar di ramal, Pening kepala memikir, Menterjemah bahasa hawa. Kata itu, Tetapi bukan itu, Tetapi ini, Aduh pening. Walau pening, Mereka lah pelengkap adam, Memberi satu kebahagian, Melahir generasi baru, Pelik mereka, Merekalah yang menjaga anak, Menjaga rumah tangga, Menjadi penenang di kala marah, Menjadi tempat meluah kasih, Itu lah hawa. Okay sekian analisis ku tentang hawa. Lepas ni adam pula ye. Tegur ku andai ku salah.

Hati itu jangan di matikan

Hati yang bersih, Memancar menjadi tingkah laku, Tingkah laku yang baik, Memberi kesenangan kepada orang lain, Menjadi baik di mata orang lain, Akal fikiran memikir berlandaskan agama, Itulah hati, Raja diri, Mengawal diri. Satu artikel ringkas menyentapkan hati yang mati. Hehehe... Tenang aja. Relax tenang. Pai.

Memberi satu kebahagian

Aku ingin memberi satu kebahagian, Tidak kira siapa dia, Bukan susah, Ikut sahaja apa kemahuan mereka, Mereka nak itu, Mereka nak ini, Turutkan sahaja, Tetapi jika kita buat sebegini rupa, Kita bukan memberi sayang kepada dia, Tetapi meletak racun kepada dia, Ini kerana, Jika sayang, Kita perlu menilai dahulu sesuatu kemahuan, Adakah perlu, Adakah tidak, Jika tidak, Jangan di turut kata kemahuan, Itu sebab agama di jadikan rujukan, Di dalam semua keadaan, Semoga kita tidak sangat mengikut kata kemahuan, Demi mendapatkan satu kebahagian, Sekian daripada relax...

Kisah taufiq dan hidayah

Percintaan antara taufiq dan hidayah, Sungguh memeritkan, Ada sahaja yang menghalang, Tidak bersatu mereka berdua, Punah lah satu harapan, Asal bersama, Kembali terpisah, Mereka mencari antara satu sama lain, Cuba bersatu kembali, Di halang dan terus di halang, Sampai bila, Tidak pula ku tahu, Yang ku tahu, Hidayah akan terus mencari taufiq, Taufiq akan terus mencari hidayah, Kerana mereka saling memerlukan, Antara satu sama lain, Ku mendoakan bertemulah kalian, Bersatu menjadi satu, Terjalin tanpa perpisahan, Semoga di perkenan kan. Sekian bait-bait ayat daripada relax, kita baca pula artikel di bawah:- Selalu dan sering kali kita mendengar orang kata di dalam doanya "Ya Allah, berikanlah aku taufiq dan hidayah." Tahukah anda apa itu taufiq dan apa itu hidayah??? Adakah sama taufiq dan hidayah itu??? Bagi diri relax, Taufiq itu satu kekuatan. Manakala hidayah itu satu petunjuk. Taufiq perlu ada untuk melaksanakn satu hidayah. Jika tidak, h...

Boleh kah kita ke syurga bersama???

Saya mahu ke syurga bersama awak. Satu soalan yang bermain di minda ku, Entah mengapa diri ini memikirkan soalan ini, Boleh atau tidak, Setiap orang Islam relax pasti punyai jawapannya, Jadinya jawapan untuk soalan ini ialah: Bolehkah saya bersama awak hingga ke syurga? Boleh jika mendapat keredhaan Dia selalu. Jika tidak, bahagia kita di sini. Terseksa kita di sana. Kuncinya ialah, cuba sedaya upaya mendapatkan keredhaan Dia. Jangan mengaku kalah. Kita orang Islam perlu kuat di dalam bermujahadah. Tersungkur bangun kembali. Kayuh dan terus kayuh mendapatkan Dia. Itulah jawapanya. Apa-apa pun, semoga mendapat taufiq dan hidayah kita bersama. Sekian daripada ku. Tegur ku andai ku salah. Peace yooo.

Soalan yang boleh di tanya ketika di interview

Ok baiklah... Nak tulis apa tah. Lupa pula. Aaaaiiyyoooo.... Mencari kembali idea yang hilang... Eeeermmmm eeeeerrrrmmmm eeeerrrrmmmm eeeerrrmmmmm eeeeerrmmmmm eeeeerrrmmm eeeerrmmm eeeerrmmmmm Thinking................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... Ok baru ingat... Macam selalu, apabila kita meminta kerja. Di akhir interview kita akan di tanya sama ada kita ada soalan ke tidak untuk  di tanya kepada orang yang interview kita. Jadi sekarang ni, relax nak tulis antara soalan yang boleh di tanya kepada orang yang interview kita. Antara soalan yang boleh ditanya ialah:- 1. Apakah job scope untuk kerja yang kita minta ini? 2. Company ini ada overtime tak? 3. Bayara...

Sedang menanti satu kata pasti

Hai semua, 16/9/2015. Relax wujudkan tulisan ini, hanya menulis apa yang ada di dalam fikiran ini. Sedang menanti satu kata pasti, Sangatlah memenatkan hati, Apa jalan yang ku ada kini, Elak hati daripada mati, Hanya itu yang ku ada kini. Sabar menanti satu keputusan yang pasti, Semoga kuat hati ini, Peace yooo..

Menanti satu kerja tiba

Masih tercari kerja yang tiada kunjung tiba, Mungkin belum tiba masanya lagi, Untuk ku ke alam kerja, Sekarang hanya mampu bersabar, Menunggu tibanya kerja, Aduh begini rasanya, Menjadi penganggur terhormat, Hahaha, Relax saja, Rezeki itu ada, Sudah di tetapkan, Sebagai hamba kena rajin mencari di manakah sumber rezeki itu, Huhuhu, Seseorang menulis ayat di bawah. Relax copy paste aja. Jom kita tengok apa yang dia nak cakap. Tiba-tiba terfikir. Selamatlah tak kahwin lagi, kalau tak mesti lagi pening nak memikirkan soal kerja. Sekarang ni hanya mampu support diri sendiri, tu pun kena belanja sambil fikir-fikir mana perlu atau tidak. Kalau dah kahwin tanggung bini dan anak lagi. Ish, nampak benar tak mampu lagi nak kahwin. Hahaha... Apa-apa pun respect dekat orang yang kahwin awal. Confirm orang yang kahwin awal ni seorang yang rajin dan beriman. Rajin cari nafkah dan mampu bersabar dengan ujian di dalam perkahwinan. Gua respect lu bro. Torbaik. Thumbs up. ...

Terkenang dia

Terkenang dia yang sudah pergi jauh. Terkenang dia yang memasakkan keropok saat pergi rumahnya. Terkenang dia yang tak pernah mengeluh saat menjamu kami yang bertandang di rumah. Hahaha... Begini rasanya kehilangan seseorang selamanya di dunia. Sedih. Walau ku cuba bertenang, Takungan air tetap ada di mata itu, Saat kenangan itu hadir di fikiran, Saat itu juga titisan sukar ku tahan, Ok, Bertenang saja. Pai..

Berbicara ku lagi tentang cinta

Hai semua, Salam sejahtera dan semoga di rahmati Allah selalu wahai saudara seIslam dengan ku. Entah mengapa relax rasa nak tulis tentang cinta akhir-akhir ni. Eeermmm pelik betul. Berbicara tentang cinta. Usah berbohong dan berbicara tentang cinta jika hanya teori semata. Cinta itu perlu di rasai untuk di ungkap dan di ceritakan. Sakit lah diri jika terlalu menyinta. Di sebabkan itu relax pohon kepada orang di luar sana. Usah la terlalu menyinta. Sakit nya sukar ku ungkap. Cintai manusia, cukup lah sekadarnya sahaja kerana cinta itu pemberian dariNya. Dia bagi untuk kita rasa. Boleh jadi satu ujian, boleh jadi juga sebaliknya. Sudah berulang kali ku kata, cinta itu milik Dia sepenuhnya. Dia sahaja yang layak di beri cinta. Setulu Ikhlasnya hati. Dia pandang hanya hati. Hati yang ikhlas kerana Dia. Makanya hati itu harus di cuci. Di cuci dengan amal. Eeehhhh relax masih memikirkan, perlu tidak ku ceritakan. Perkara bermain di minda. Sekian daripada...

Berbicara kembali tentang cinta

Berbicara soal cinta. Tentu sakit andai di sakiti. Ditinggal oleh yang di cintai. Tentu punah hati. Punah juga andai cinta itu ditolak. Ku melihat sekeliling ku. Banyak juga kecewa kerana cinta. Tiba tiba takut hadir dalam diri. Takut pula ingin bercinta. Takut di sakiti. Takut juga di tinggalkan. Tentu sakit tak terperi. Luka dalam sukar dilihat. Mungkin kena berhati hati. Dengan cinta sebelum kahwin. Mudah mudahan berhati hatilah kita sekalian. Ok habis dah bab tulisan pendek. Meh sini relax nak terangkan sikit perbezaan antara cinta sebelum dan sesudah kahwin. Cinta belum kahwin Cuba bayangkan korang suruh awek korang buat sesuatu. Lalu awek korang tak nak buat. Lepas tu korang marah awek korang. Korang sedar tak, awek korang sebenarnya tak wajib pun ikut perintah korang. Tak dapat dosa pun kalau awek korang tak ikut perintah korang. Nak tahu tak kenapa? Sebab korang bukan suami dia. Sedar tak korang. Hehe. Dalam erti kata lain korang tak ada hak sepenuhnya lagi t...

Kerana cinta itu

Aku kuat kerana cinta. Cinta yang begitu mendalam. Demi cinta ku belajar segalanya, Kerana cinta ku kenal erti dunia, Semua kerana cinta, Jika cinta, Pelbagai rasa di rasai, Jika tiada, Itu bukan lah cinta, Boleh jadi, Suka atau pun sayang, Cinta, Jika ku ulas, Pasti tiada yang mempercaya, Ini kerana, Cinta itu ilmu rasa, Hanya yang rasa, Dapat mengungkap, Apa itu cinta. Sekian daripada relax, Untuk mereka yang bercinta, pahit manis tempuh la jua. Semoga di bawah rahmatnya kita bersama. Tegur ku andai ku silap.

Maaf daripada ku

Berbicara tentang harapan ni, jujur nya relax tak suka orang letak harapan kepada relax, sebab relax manusia, harapan kepada manusia takut di kemudian hari patah hati dan tidak temui satu ketenangan. Harapan hanya kepada Dia. Mohon ingat ye saudara dan saudari sekalian. Relax tahu siapa diri relax, Dia tahu siapa diri relax, Tidak sempurna diri relax, Ada juga kesilapan diri relax, Kadang terkandas di persimpangan, Sehinggakan ku biar diri terkandas, Bergerak sedikit demi sedikit walau terkandas, Jadinya, Maaf ku ucap daripada ku. Pai pai.

Tips bertemu jodoh

Tips daripada kakak relax untuk mencari pasangan hidup. Buat selama 3 hari berturut-turut. Bangun pagi dalam lingkungan pukul tiga: Lepas tu solat: 1. Taubat 2. Tahajud 3. Istikharah 4. Hajat Dia kata dia pernah buat, menjadi katanya. So, kepada sesiapa yang nak mencuba tu boleh la kut cuba tips di atas. Walahu'alam. Sekian daripada relax.

Tenang di rasa bila berjumpa jodoh kita

Ada satu ayat yang relax tak faham, Ada orang kata, apabila kita dah bertemu jodoh kita, kita akan berasa tenang. Eeeermmmm bila bermain soal hati dan cinta ni, boleh kah kita bertenang. Eeerrmm entah la. Relax tak tau, masih mencari dan menafsir apa kah maksud tenang. Sebab relax tengok, orang yang dah kahwin, ada je yang bergaduh sana sini. Adakah mereka merasakan ketenangan di dalam diri??? Masih mencari jawapan kepada ayat ni. Sesiapa yang tahu jawapan nya mohon bagi tau relax ye. Peace yoo..

Pandangan ku tentang jodoh

Dah lama tak bersoal tentang jodoh ni. Hari ni rasa nak tulis pasal jodoh ni. Jodoh ni seperti yang kita tahu sudah di tetapkan sejak azali lagi. Usaha kita ialah berkawan untuk kenal hati budi kita masing-masing. Tetapi dalam berkawan tu kena jaga juga la adab-adab sesama kita. Di dalam berkawan, jangan pula letak pengharapan kepada manusia. Harapan hanya kepada Dia. (Eeerrrmm relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan). Pengang ayat "Kalau dah jodoh tak ke mana. P mai p mai tang tu." Bila korang pegang ayat di atas, mesti korang rasa tenang sikit. Tetapi nak pengang dan percaya ayat di atas tentu tentu la kena iman yang kuat. Tak semua orang boleh pegang ayat di atas. Tetapi yang relax belajar bab jodoh sebelum ni memang macam tu. Usaha la macam mana pun, kalau di takdirkan jodoh korang bukan dengan dia. Tak jadi bersatu juga. Sama la juga, tolak la macam mana pun, kalau dah jodoh korang dengan dia, bersatu juga. So, tenang aja. Faham ku kini tenta...

Semoga termui jodoh yang baik semua

Mengikut peredaran waktu juga di kenali masa. Relax mulai sedar hakikat hidup. Hakikat perkahwinan. Kenal siapakah diri ini. Kelemahan dan kelebihan diri. Segala puji bagi Nya. Banyak lagi kena pebetul sebelum melangkah ke alam yang lebih advance. Kini ku tiada harapan kepada manusia, ku berharap kepada Dia. Dengan izin Nya. Jujur nya kini relax lebih memikirkan cara sara diri dan bayar hutang. Al maklumlah, belajar dulu guna duit pinjamankan. Apa apa pun kepada siapa yang sedang mencari jodohnya. Satu tips relax nak bagi, dekat kan diri kepada Dia. Nanti datang la tu jodoh. Lepas tu berdoa banyak-banyak. Sekian kata yang terpancar di fikiran. Doa baik-baik ku kepada kalian. Semoga termui jodoh yang baik juga. Peace yoo...

Beristeri 10

Salam semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Di atas limpah dan kurniaNya. Dapat ku tulis di sini tentang apa yang ingin relax tulis. Ok baru lepas interview hari ni. Ok lah. Segala puji bagi Nya. Tertengok video di laman sosial tentang seorang lelaki yang punyai 10 isteri. Semua isterinya tinggal sebumbung. (Berita dekat Ind.............) Eermmm korang cari sendiri video 2 eak. Tak pakar sangat bab hadis dan terjemahan ni. Cuma tertanya la boleh kah kahwin lebih daripada 4? Lalu proses mencari jawapan pun bermula. Inilah hasil carian relax.

Perginya seorang yang di segani

Hujan turun bagai mengerti satu kesedihan tersemat di hati Tidak terluah di bibir Tersembunyi di dasar hati Hanya mampu memberi Satu potongan ayat di masa ini Begitulah hidup di sini Kembali juga kepada Ilahi Redha kan diri Menerima takdir ini Ayuh melangkah mencari kembali Benda yang tiada pasti Syurga atau neraka Itu urusan Ilahi Hidup bukan hanya disini Di sana pula nanti Amalan di sini Penentu kita di sana nanti Khamis 6/8/2015 0810 (tak pasti masanya. Dalam lingkungan ni) Perginya mak tok ku Kerajinan dan kebaikannya menjadi contoh Semoga di rahmati Dia selalu

Terjumpa ayat ni

Ayat copy paste drpd Misbah Zubir. ⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇ Assalamualaikum ustazah..seorg sedara sy nie sgt suka memburuk2kan dan melaga2kan koga sedangkan yg sebenar2nya dia yg melakukan tp dia menuduh org lain yg buat cth pinjam wang,berbohong pd org tuanya,mgumpat,pecah belahkan koga dan mcm2 lg sehinggakan koga dh jd sedih dan menyampah pd dia..apakah yg harus kami lakukan utk menginsafkan diri dia dr terusan bersikap begitu..tksh. 👉Nabi saw sendiri pun Allah tak suruh ubah perangai orang. Yg boleh ubah perangai orang hanyalah Allah. Kita nak nak pi ibah orang memei laa kita akan pening 😊 Soo apa yg kita boleh buat, Ubah diri kita terlebih dahulu, Kalau urusan kita dgn Allah selesai.. Kemudian kita minta (Doa) Allah ubah orang lain untuk diri kita.. Hanya Allah yang mengetahui sesuatu perkara itu benar atau tidak. Tegur relax andai relax salah.

Berteman menyapa alam

Hari ni di temani alam lagi, Kali ini ku membawa teman, Beramai ramai menikmati alam, Berusaha menyapa alam, Demi satu ketenangan, Demi satu kegembiraa, Sudah ku kata, Keseorangan itu ketenangan, Beramai itu kegembiraan, Dalam diam ku senyum keseorangan, Melihat telatah teman, Tetapi mereka kuat, Kuat menempuh rintangan, Nampak satu semangat, Dalam diri wahai teman, Semangat itu lah di bawa dalam kehidupan, Menempuh segala rintangan, Berjuang dan terus berjuang, Semoga kuatlah kita sekalian.

Datang dan pergi

Mana mungkin kau tahu erti kerinduan, Jika tiada cinta di hati, Rindu, Menyapa di kala kesunyian, Tiada di minta tiba-tiba hadir, Jika adanya ubat rindu, Tentu ramai membelinya, Dahulu bersama tidak lagi kini, Di pisah dengan satu kematian, Pilu tiada nampak, Di sembunyi dengan satu senyuman, Jika di amati matanya, Dapat dilihat sedihnya diri, Bertabah lah wahai insan, Kita datang, Kita pergi, Lumrah alam.

Bisikkan alam

Berseorangan itu mendatangkan ketenangan, Ketenangan itu bagi ku mengasyikkan, Terbuai mimpi alam, Satulah ia menjadi satu, Angin lalu membawa keindahan, Lalu mata itu ku pejam, Merasai sentuhan angin, Mendengar bisikkan angin, Ku hayati keadaan itu, Meraih satu ketenangan, Terlalu lama ku di sini, Tiba masa ku berundur, Wahai angin, Nanti ku datang kembali, Mendengar bisikkan mu. Berseorangan selalunya ketenangan kita dapat, Berdua itu selalunya kegelisahan kita dapat, Kegelisahan daripada bisikkan, Bisikkan daripada api asalnya, Mintak sama sama di jauhi, Daripada asalnya api. Sekian nukilan daripada ku terhasil daripada bisikkan alam. Tegur ku andai ku salah. Pai.

Ramai itu menjadi sedikit

Dahulu ramai, Riuh rendah di buatnya, Meriah di rasai, Tetapi kini, Yang tinggal hanya huruf 4, Mengapakah jadi begini? Jawablah selain 4, Memang benar masa itu merubah semuanya, Satu hari nanti, Mungkin yang 4 pun begitu, Hanya Dia yang tahu. Walau apa pun, Ramai itu tetap 4. Tentu sedih jika ramai menjadi empat seterusnya kosong. Pilihan di tangan kita. Lalalalala

Tidak samalah keduanya

Ooppsss lupa memberi salam. Assalamualaikum Dari dulu hingga kini, Cakap itu dan ini, Lain kata lain dalam ni, Bila nak seiring ni, Aduh mungkin diri ini, Terhalang oleh sesuatu perkara ni, Susah di ungkap benda ni, Biarlah perkara ni, Terungkai dengan sendiri, Eermmm susah nak seiringkan. Lebih gemar melukakan. Walau penyesalan itu ada. Ok apa relax mengarut ni. Apa jele. Selamat semuanya. Peace yoo.

Manusia itu sering tiada puas hati

Berhari raya. Sungguh, relax juga berhari raya. Itu dan ini, dilihat orang membuat anggapan. Mereka tidak tahu benda tiada terlihat. Terasa itu. Terasa ini. Susah, memang susah nak memuaskan manusia. Meja bulat di lakukan. Merungkai pemasalahan terasa. Terbongkar itu dan ini. Ooohhh begitu ceritanya. Biasa la wahai manusia. Jika di ikut kata manusia dan kemahuan manusia. Susah juga hendak di puaskan manusia ini. Jadinya semat di hati kalian. Jangan di ikut kata manusia. Ikut kata Dia. Di tegah jangan di lakukan. Di suruh lakukan. Orang lakukan itu dan ini. Api di beri balaslah dengan air. Jangan di balas api juga. Takut membakar keduanya. Tiada apa yang tinggal melainkan debu. Tiada guna di waktu itu. Sabar dan terus sabar melayan telatah dan kerenah manusia. Allah bersama sama orang yang sabar. (Surah apa tah, tak ingat la). Sekian kata melompat daripada pemikiran. Selamat semuanya dan di rahmatilah bersama. Peace yoo...

Suka duka berhari raya

Sebagai seorang bakal pemimpin. Relax rasa banyak lagi kena belajar. Belajar itu dan ini. Ish2 terlalu banyak. Eeerrmmmm layan kan aja. Eerrrmmmm tidak usah di layan. 2 pilihan yang boleh kita lakukan di dalam kehidupan. Sebagai contoh, orang maki kita, kita ada pilihan di atas. Nak layan or tidak mahu layan makian itu. Jika layan yang di pilih makanya kita pun makilah dia balik or sewaktu dengannya. Jika tidak mahu layan yang dipilih makanya kita diam dan sewaktu dengannya. Apa apa jela. Sebenarnya cuma nak ingatkan, setiap apa yang terjadi dalam hidup kita dan berlaku ke atas hidup kita. Kita di beri pilihan nak buat apa dengan perkara tersebut. Makna kata buatlah pilihan yang tepat dan betul. Sekian daripada relax. Tegur ku andai ku salah. Maaf zahir dan batin. Pai pai. Wweerrkkk.... kalis makian dan tomahan negatif. InsyaAllah. Selamat membuat pilihan.

Raya tahun 2015

Segala puji bagi Nya. Tuhan sekalian alam. Tahun 2015, pelbagai pengajaran dan tentang hidup relax pelajari. Pahit getir kegembiraan di tempuh dengan jayanya. Sehingga kini makin bernafas dan masih menempuh dunia ini. Semoga bertambah kuat dan berjaya lah hendaknya di kemudian hari. Perkara lalu bukan untuk di kenang, tetapi harus di jadikan pengajaran di kemudian hari. Cari yang positif terapkan di masa ini. Negatif itu harus di tinggalkan, cari penyelesaian untuk sesuatu pemasalahan. Yeah masih banyak yang perlu di pelajari. Selamat hari raya maaf zahir batin. Dia dan dia. Pilih lah Dia. Semoga berbahagia kita sekalian. Maaf di pinta. Selamat Hari Raya. Peace yoo... Tegur ku andai ku salah Pai2...

Berbicara tentang iman

Berbicara tentang iman. Iman penentu akhlak dan pemikiran kita semua. Tinggi iman, berbudi perkertilah kita. Baguslah akhlak kita. Sabar lah kita. Lemah iman, kurang ajar lah kita. Panas baran la kita. Penting dirilah kita. Tahu juga tanggungjawab diri andai iman berpaksi di dada. Tahu kita akan tanggungjawab sebagai seorang anak dan sewaktu dengannya. Ingatlah wahai diri, ingat lah kita semua, akal dikawal oleh hati, baik hati itu maka baiklah diri itu. Makna kata batin itu baik, InsyaAllah zahir itu turut baik. Jadinya bersihkan lah hati itu. Elak hati terus keras. Hitam di hati boleh di cuci. Cucinya dengan taubat. Di tambah juga istiqfar. Kuatlah wahai kalian. Peace yoo. Wallahu'alam. Tegur ku andai ku salah.

Sembang hati ke hati

Hati itu tidak seperti dahulu, Kuat dan penuh sinar, (Oppsss terperasan pula, Hehehe...) Tidak seperti dahulu, Kerana sudah hancur di makan dunia, Dahulu tiada calar, Kini tercalar-calar, Baru ku tahu dunia ini bahaya, Perlu palang hati dengan baju besi, Baju besi itu keimanan, Elak dunia terus mencalarkan, Berenang-berenang ke pemukaan, Demi sampai ke daratan, Tegur ku andai ku salah. Peace yoo.

Sesungguhnya aku dah penat

Yo whatsup bro and sis, Salam ku hulur kepada anda dengan ucapan Assalamualaikum. Timbul seorang mamat meluahkan kepada ku: Sesungguhnya aku dah penat,  aku dah penat risau pasal orang,  aku dah penat menjaga orang,  aku dah penat memberi nasihat, aku dah penat menjaga hati orang, aku dah penat melayan kerenah orang, aku dah penat mengawal emosi ku, aku dah penat bersabar, aku dah penat ambil hati orang, aku dah penat pujuk rayu, aku dah penat mengalas tanggungjawab, aku dah penat melihat dunia ini makin menjadi jadi di zaman ini, aaahhh penat dan penat, macam penat aku rasai, rasa bagai mahu lari daripada kepenatan ini, tingga di hutan yang tiada orang hanya alam, Ok, mamat tu cakap macam ni je kat relax. Eeeermmm, hidup di dunia bro, mestilah penat. tempat persinggahan sebelum ke sana. Mesti lah ujian bertimpa-timpa, nak-nak kalau kau Allah sayang, lagi lah banyak dugaan nya. Relax bro, jangan penat, kau lihat balik...

Aku ambil ia menjadi pengangan

Sering kali situasi tertentu berlaku di sekeliling ku. Membuat relax berfikir tentang hikmah jadinya situasi tersebut. Lalu keluarlah pengjaran di bawah. Sepanjang hidup relax ni. Macam-macam perkara jadi. Dugaan demi dugaan menimpa. Lalu terfikir sejenak, dugaan itu tandanya sayangnya Dia kepada kita. Jadi hadapilah dengan hati yang tenang dan penuh ketabahan. Antara pegangan yang relax rasa korang kena pegang di dalam hidup korang. "Di dalam bercinta, jangan di beri keseluruhannya. Jika di beri keseluruhannya, parah diri saat cinta itu tiada di balas atau di khianati." "Jangan menyalahkan orang lain, sebaliknya salahkan diri sendiri di atas sesuatu perkara." "Tiada orang yang selalu di sisi, yang selalu di sisi ialah Allah." "Jangan berharap kepada manusia, pengharapan hanya kepada Allah." "Iman dan hati, berhubung sesama sendiri, memancar dalam bentuk akhlak dan pemikiran." Rasa nak tulis ayat ringkas pula: S...

Jom sembang kosong

Berbicara kosong sementara tunggu waktu berbuka... Ish-ish, Apa ni, Tegur dan bagi nasihat sikit kata membebel, Orang yang macam ni seakan tak boleh terima nasihat daripada orang, Sedar-sedar lah, hidup ini memang perlu kan nasihat menasihati, Bila jumpa orang yang macam ni, Korang kena suruh dia pergi duduk dalam hutan, Hahaha.... Terbaca di dalam satu artikel tak ingat kat mana dia cakap: "Akhlak dan pemikiran seseorang bergantung kepada keimanan di dalam diri seseorang itu." Bila tengok je ayat di atas, satu persoalan di dalam diri relax muncul. Situasi dia macam ni: Bila si A marah si B sebab menolong orang lain dengan berkata: Si A: Balik sekarang berbual dengan saya, duk buat rajin tolong orang dah kenapa. Sama juga dalam situasi rumah tangga, Sang suami sedang bekerja, lepas tu si isteri suruh suami balik sekarang layan dia.  So, bila relax tengok situasi di atas, relax rasa pelik. Apa hal ...

Waah makin besar!!!!!

Yo salam ku hulur kepada pembaca semua. Assalamualaikum semua, Eeermmmmm, Rasa diri dah besar la, Bohong la kalau tiada inginan nak kahwin, punyai anak, kerja yang bagus, nak bahagiakan kedua ibu bapa dan yang paling penting nak jadi orang yang berguna di mata masyarakat. Biasa la, dah besar kan. Keinginan itu mesti la ada. Orang normal kan. hehe... Apa-apa je la. Dunia yang penuh dengan liku-liku, harus di hadapi dengan keimanan. Kuat iman boleh la nak hadapi dunia ini. Kalau kuat iman, kita juga boleh lah nak berjaya di dalam hidup. Kuncinya ialah iman. Di sebabkan diri makin meningkat dewasa, rasa nya post artikel yang geli geliman sikit. Nak tau pasal apa baca sendiri bawah ni. Berbicara tentang rumah tangga, Tentulah kita mahukan kebahagian, Mahu bersama pasangan kita selalu, Suami dan isteri, Punyai peranan dan tanggungjawab masing-masing, Si suami harus mendidik isteri, Harus menasihati isteri selalu jika isteri memb...

Apa yang aku mahu dalam satu perhubungan

Lama tak update blog, biasa lah busy dengan karangan yang panjang untuk tempat relax belajar ni. Adoi yai... Relax tenang aja. Seseorang tanya aku, Apa yang kau mahukan daripada satu perhubungan??? Hahaha... Soalan yang agak luar biasa orang tanya aku, Tak pernah lagi orang tanya macam ni kat aku, Okay jawab dalam ni je la yo si petanya soalan, Apa yang relax mahukan dalam satu perhubungan???? Sesungguhnya dalam satu perhubungan, Aku mahukan keredhaan, Keredhaan Dia, Andai tiada keredhaan, Takut aku dengan sesuatu hubungan itu, Setiap hubungan punyai tanggungjawab, Tanggungjawab yang harus di laksanakan, Hubungan dengan ibu bapa, Tanggungjawab sebagai anak perlu di tanggung, Hubungan dengan kawan, tanggungjawab sebagai seorang kawan, Hubungan dengan tunang, Tanggungjawab bakal suami perlu di laksanakan, Bukan kah setiap ataupun sesuatu hubungan itu harus di susuri tanggungjawab, Orang Islam, Kena lah bertanggungjawab kan. Ok, jawab ke ...

Dia hadir kembali

Sejarah silam bermain di minda, Saat satu kebahagian hadir, Ingin ku singkir, Dia hadir juga, Lalu ku lelapkan mata, Melupakan perkara lalu, Apa kan daya, Kenangan itu kembali juga, Kembali dan terus kembali, Takut dan takut, Aku jadi takut, Apabila di kenang, Aku takut, Sungguh hebat penangan sakitnya itu, Lebih baik ku terus begini, Tenang dan tiada pengharapan, Just smile.

Rintiknya hujan

Hadir dia tanpa di minta, Hadir dia membawa seribu duka, Hadir dia membawa seribu bahagia, Suka dan duka, Berganti-ganti, Bagaikan pelangi di sebalik rintihan hujan, Basah tubuh ku, Tersembunyilah rintihan diri, Ku biar diri di celahan hujan, lalalalalalala... Wweerrrkkkkk... Sambung sendiri... Peace yoo...

Penantian itu

Sehingga kini ku menanti, Satu jawapan yang tiada pasti, Tiada terjawap di fikiran ini, Sampai bila harus ku nanti, Tiada kata, Tiada dengar, Diam seribu bahasa, Mana pergi yang di cari, Dalam diam ku tangisi, Pemergian yang di nanti, Masih menanti, Satu jawapan yang pasti, Akan terus menanti, Menunggu jawapan kepastian.

Ayuh mendaki Gunung Cabang

Hai korang, bertemu kembali kita di dalam blog relax tenang ini. Pelbagai artikel menarik terkandung di dalam blog ini. Kuang kuang kuang…. Menarik ke???? Menarik ke tidak itu tak penting. Yang penting blog ini adalah hasil daripada tarian jari jemari ku. Hehehe… Senyum dan senyum jangan stress ye kepada orang di luar sana yang stress. Sesungguh nya ku tahu. Oklah setiap tahun rasanya dalam dua gunung akan relax daki. Tinggi yang berbeza beza pula tu. Ada yang tinggi ada yang rendah. Sudah tentulah latihan bagai setiap gunung berbeza beza. Ini kerana bagi mengelakkan kecederaan di anggota badan kita. Yang terbaru dan baru sahaja di daki ialah Gunung Cabang. Di daki pada 31/5/2014 pada pukul lebih kurang dalam 8pagi dan sampai semula di bawah pada pukul 10malam.  Masa daki lebih kurang sama dengan masa turun. Sepatutnya masa turun akan kurang daripada masa daki. Biasalah, ada lah sebabnya tu. Sekian sedikit sebanyak ataupun ringkasan tentang perjalanan ke ...

Cerita di kedai makan

Salam, hai korang. Cerita hari itu. Macam ni ceritanya. Jalan ceritanya bertempat di kedai makan tempat belajar relax. Sesudah makan ku sudahi dengan melihat sekeliling ku. Entah mengapa mata ku terpandang seorang wanita yang pada pandangan ku seorang yang ranggi. Ku melihat tingkah laku nya. Cuba menafsir apa yang di fikirkannya.  Ku terfikir mengapakah dia begitu rupa. Entah la, makin ku cuba selami diri dia. Makin pelik ku rasakan. Pening ku memikirkan. Lalu ku biar dia di alam nya.  Ku kalih pandangan di tempat lain. Mencari mangsa baru untuk ku perhati gelagat mereka. Sedang ku mencari, wanita tadi lalu di hadapan ku. Di waktu ini nasi sudah tersedia di hadapannya.  Kali ini ku tersentak. Semua gara-gara wanita tadi. Tersentak dek kerana melihat dia sebelum menjamah makanan. Tidak ku sangka begini rupanya wanita itu. Ketika ini, sesuatu bermain di fikiran "sungguh tiada boleh kita menilai seseorang daripada luarannya." Mana tidak ku beranggapan begitu, w...

Akan ku cuba membentuk

Kau menulis, Mata pena di atas kertas, Terhasillah perkataan perkataan di fikiran, Di lihat orang, Tersentak, Menangis, Gembira, Itu terserah kepada kau, Bagaimana mata pena itu di bentuk, Aku membentuk mengikut kemahuan ku, Kau membentuk mengikut kemahuan kau, Berbeza beza bentuknya, Tetapi kita sama, Kita berpegang kepada satu, Matlamat kita sama, Kau cara kau, Aku cara aku, Apa tujuan di bentuk, Aku tahu, Aku akan terus membentuk, Membentuk apa di fikiran, Terhasilah ia untuk tatapan, Sekian daripada aku.

Aku tak suka itu dan ini

Aku tak suka orang kutuk aku, Aku tak suka orang marah aku, Aku tak suka orang maki aku, Bagi relax semua orang tak suka benda negatif berlaku ke atas diri mereka. Termasuklah juga semua orang pasti tak suka orang buat benda negatif kepada diri mereka. Tetapi bagi ku ada benda yang relax rasa benda yang kita tak suka harus di tukar kepada suka seperti: Aku tak suka di tegur. Adoi oit, benda ni kena suka la manusia oit sebab tegur itu salah satu tarbiah daripada Allah kepada kita. Kadang-kadang Allah tak tegur terus kepada kita. Lalu di gerakkan orang sekeliling kita tegur kita di atas kesalahan diri. Jika tak suka di tegur di atas sesuatu kesalahan makna kata kita dah tolak satu nikmat daripada Allah. Ish-ish belajarlah diri untuk suka di tegur ye manusia sekalian. Aku tak suka di paksa. Adoi tepuk dahi relax ni dengar tak suka macam ni. Kadang-kadang kita harus di paksa oleh orang lain di dalam sesuatu kebaikan. Sebagai contoh, kawan kita paksa kita bang...

Aku yakin jawapan aku betul

Assalamualaikum semua, Hari ni nak cakap sikit kat korang tentang budaya menegakkan sesuatu perkara. Hari tu ada bersembang dengan seseorang dan seseorang itu bercakap: “Aku ni kalau merasakan apa yang aku cakap ni betul. Aku akan cuba membetulkan apa yang aku cakap ni.” Ok bagi ku ayat di atas boleh di pakai tetapi haruslah mengikut keadaan dan apa yang di cakapkan itu. Cuba bayangkan kalau ada dua orang yang berpegangan seperti di atas bertemu lalu mereka berbeza pendapat. Relax berani jamin tentu tiada jalan penyelesain yang di temui kerana dua-dua mahu betulkan pandangan mereka. Tidak mahu mengalah. Kita ambil contoh kisah seperti di bawah ye: Situasi nya begini, Si A hanya mengetahui maksud ‘memerlukan’ di dalam English ialah ‘need’. Manakala si B hanya tahu maksud ‘memerlukan di dalam English ialah ‘want’. Si C pula tidak tahu terus maksud ‘memerlukan’ di dalam English apa dia. Cerita bermula begini: Si C bertanyakan apakah maksud ‘memerlu...

Siapa lebih kenal diri kita

Lama dah nak post tentang ni. Bila tak post rasa teringat teringat. Ibarat isi post ni di minta untuk di pamerkan. Haha. Lalu relax pun post la dalam ni. (Ops poyonya ayat) Siapa paling kenal diri kita? Allah. Sebab itu Dia dah tetapkan undang-undang ke atas diri kita. Kita tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Kita perlu buat itu, kita perlu buat ini. Ada yang ditegah, ada yang di suruh. Semua ini di lakukan kerana Dia sayang kita dan Dia kenal siapa manusia itu. Jadinya jika ada perkara yang di larang Dia di lakukan oleh manusia. Sudah tentu lah buruk kesannya kepada diri kita. Jika kita melakukan apa yang di suruh Allah. Sudah tentulah perkara baik yang kita perolehi. Dia kenal siapa kita lalu disuruh Dia lakukan ini, lakukan itu. He knows who we are. Jadinya korang nak tau tak apa yang Dia suruh dan apa yang Dia tegah? Buka Al Quran dan fahami isi nya. Dia ada bagi tau dalam tu apa yang Dia suruh dan apa yang Dia tegah. Bahagia di peroleh jik kita l...