Skip to main content

Ayuh ubah diri


Salam sejahtera dan assalamualaikum semua. Tiba-tiba rasa idea datang dan terus datang untuk ku membebel dalam blog ni. (Apa-apa je la, tengok je la relax nak tulis apa)

Allah dah tutup aib kita. Di tutup sebenar tutup pula tu. Tetapi kita sendiri yang membukanya. Kita menunjukkan buruk kita di kalayak ramai. Kita memberi tahu buruk kita kepada kalayak ramai(memberi tahu dengan cara menunjuk). Lalu kita bersedih orang memandang rendah kepada kita. Kita bertanya kepada diri kita, “Mengapa orang kata aku begini dan begitu?”.

Saat persoalan itu bermain di fikiran, cuba renungkan sejenak dan berfikir sebentar, kenapa orang ramai berkata begitu kepada kita. Mungkin kita ada menunjukkan perlakukan yang kurang sopan dengan orang lain, mungkin juga kita ada menunjukkan sikap yang orang lain tidak suka.

Ketahuilah wahai teman, orang sekeliling akan bertindak mengikut siapa kita di mata mereka, jika keganasan yang kita berikan kepada orang lain, makanya keganasan lah yang kita akan terima kembali.

Jika tiada kesopanan kita di kalayak ramai, makanya tiada kesopananlah orang lain kepada kita. Jika maki hamun yang kita berikan kepada orang lain, makanya maki hamun lah yang kita dapat. JIka kekasaran yang kita bagi kepada orang lain, makanya kekasaran lah yang akan kita dapat. Apa kita bagi, kita akan dapat balik. Itu hokum alam yang ku tahu.

Jadinya, cuba jadi sebenar diri, diri di waktu kita kecil dahulu. Yang tiada tahu erti maki hamun, yang tiada tahu erti kekasaran, yang tiada tahu erti biadap. Dalam erti kata lain,  cuba buang sifat negative atau perangai negative dalam diri.

InsyaAllah, jika sifat negative yang ada dalam diri kita buang. Benda positive akan berlaku kepada diri. Selain itu, orang sekeliling juga akan bertindak positive kepada diri kita.

So, pengajarannya, buang sifat negative di dalam diri.

Itu lah bebelan ku.



Cerita ku:

Jujur ku kata, dahulu ku bermulut kesat, lancang di dalam berkata. Lalu apa yang ku terima ialah orang sekeliling ku juga berkata kesat dan lancang di dalam berkata-kata kepada ku. Dahulu ku tiada tapis di dalam berkata-kata bak kata orang penang, ikut dan je dalam berkata, apa yang ku terima kembali setelah perlakuan ku ialah orang sekeliling tiada tapis juga di dalam berkata-kata kepada ku. Sehinggakan hati ku sakit, sakit dan terus sakit. Sehinggakan tiada tahan menahan sakitnya hati ini.

Lalu ku renung diri mengapa mereka di luar sana selalu menyakitkan hati ini, selalu bermulut kasar kepada ku. Setelah lama ku berfikir, satu ayat ku jumpai. Ayat itu ialah



Apabila ayat di atas ku temui, tersentap hati lalu ku sedar. Satu perubahan di dalam diri harus di lakukan. Perubahan itu ialah berhati-hati di dalam berkata-kata. Hormat orang lain dan banyakkan bersabar dengan kata-kata menyakitkan yang di lemparkan. Jangan membalas, hanya bersabar.


Sekian lama ku lakukan perkara di atas, iaitu bersabar, akhirnya mereka tiada lagi mengeluarkan kata kesat yang menyakitkan hati kepada diri ini.


Jadinya, cuba jadikan cerita ku ini sebagai satu pengajran kepada kalian dan ingatlah apa kita bagi, kita akan dapat balik. Jika bagi buruk, makanya buruklah yang kita dapat. Jika bagi baik, makanya baiklah yang kita dapat. Selalunya begitulah.

Andai sebaliknya, redha saja dan terus bersabar. Di dalam memberi satu kebaikan jangan pernah mengharap balasan biarlah ikhlas. Apa-apa pun selalulah memberi kebaikan.

Sekian cerita daripada ku ini,

Yang benar,

Relax tenang saja,

Hip hop, hip hip huray,

Senyum saja.

Assalamualaikum semua.

Pai.



Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...