Ku tempuh segalanya,
Sendirian tiada teman,
Kerana ini perjuangan ku,
Ini penentu nasib ku,
Sungguh di kau tiada mengerti,
Apa yang ku tempuh selama ini,
Sungguh banyak pahit dan duka,
Kita berbeza,
Jalan kita berlainan,
Diri ku di duga begini,
Diri mu di duga begitu,
Tetapi akhirnya tetap sama,
Kembali semula kepada Dia,
Bukan kah dugaan itu mendekatkan kita kepada Dia,
Jangan pernah mengalah,
Menempuh dugaan ini,
Kuatkan diri,
Ayuh maju ke hadapan,
Tinggal kan perkara lalu,
Tinggal kan titik-titk hitam,
Pancarkan sinar dalam diri,
Ingat lah Dia selalu,
Selamat berjuang wahai insan.
Comments
Post a Comment