Skip to main content

Kini baru ku sedari


Senyum kepada korang :)
Senyum kan orang kata sedekah. Tu la sebabnya relax senyum. Haha. Apa-apa je la labu. 3,2,1 ok, idea dah datang.


Kini baru ku sedari,
Penatnya mencari,
Dulu tidak ku sedar semua ini,
Diri ku hanya melihat dia pergi dan kembali,
Apabila ku selami dia,
Menjadi dia,
Baru ku sedar,
Bertapa penatnya dia mencari,
Demi kebahagian kami,
Dialah pemimpin di dalam keluarga ini.

Apabila balik,
Kepenatan di rasai,
Ingin kan rehat,
Mahukan ketenangan,
Membelai jiwa dan diri daripada kepenatan,
Itulah diri ku,

Tetapi,
Semua itu tidak ku peroleh,
Di sebabkan itu,
Letih ku rasa,
Bukan mengeluh,
Hanya mengungkap apa ku rasa,
Mungkin badan ku belum menyesuaikan diri,
Untuk menempuh semua ini,
Masa itu masih ada,
Mungkin di lain hari,
Diri ku makin dapat menyesuaikan diri,
Dengan keadaan seperti ini,

Inilah hidup di dunia,
Penuh lelah,
Tiada masa berehat-rehat,
Harus ku kuatkan diri,
Menempuh segala-galanya,



Pengajaran, usah mengeluh wahai sahabat, hidup ini memang begitu, redha dan bergantung harap hanya kepada Allah.

Tiada daya upaya melainkan Allah,

Setiap berlaku atas ketentuan Allah,

Sebagai hamba,

Harus kita redha kan diri,

Demi mencari redhaNya

Di sana dan sini,

Semoga berbahagia lah kita yang bergelar insan,

Salam malam dari ku,

Relax

Pai.

Tenang aja.


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...