Skip to main content

Bersama kita berjuang di jalan ini


Selamat malam, pagi dan tengahari.

Jangan bersedih wahai saudara dan saudari sekalian. Kita harus kuat, kuat menempuh jalan ini. Ayuh bersama kita tempuh jalan ini. Andai diri ku jatuh, mohon tarik ku kembali. Andai diri mu jatuh, akan ku tarik kembali. Ini kerana kita berjalan di atas jalan yang sama. Bertujuan kan Dia di akhirnya. Bla bla bla bla bla bla bla........... Selebihnya korang sambung sendiri.

Sekian pendahuluan untuk kali ini.

Hati,
Dalam di jaga cinta manusia hadir,
Itu tandanya diri itu masih normal,
Bersyukur lah diri mu diberi perasaan itu,
Hadirnya sebagai peringatan,
Peringatan untuk menguatkan hati,
Harus di cuci kembali hati itu,
Zikrullah menjadi airnya,
Harus kembali semula kepada yang abadi,
Hidup ini jangan sesaat terleka,
Andai terleka di baham dunia,
Kotor kembali yang dulu bersih,
Sia-sia lah perkara lalu,
Tetapi begitu lah hidup,
Perlu bersedia setiap masa,
Melawan tentera dunia,
Tarik pedang diri,
Cantas tentera dunia,
Amal dan terus beramal,
Mengasah kembali pedang diri,
Biar tajamnya menakutkan dunia,
Supaya tidak hampir ia kepada kita.


Ayat pendek untuk hari ini 6/4/2014 pukul 12:02 pagi.


Kata tambahan dari relax:

Wahai pencinta manusia di luar sana, dengar dan bacalah ayat ku ini. Semoga menjadi peringatan buat kalian.

Cinta kepada manusia,
Harus kuatkan hati,
Kerana cinta manusia tertakluk kepada Dia,
Dia pencipta cinta itu,
Harus mencintai manusia melalui Dia,
Semoga kita kuat dalam hal ini.


Sekian kata pendek dari ku,

Yang benar:
Relax

Published: Relax tenang


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...