Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Ayat pengubat hati yang duka

Tersenyum sendirian saat terbaca ayat di bawah. Sometimes we fall. Tapi adakah tuhan sengaja nak gelincirkan kita? Tak. Semua tu, sebab kita terlalu selesa dengan iman kita. Kita ingat, iman kita dah cukup elok. Tapi rupanya, Allah datangkan ujian, seperti ujian hati, untuk lihat betul ke iman kita ni cukup kuat?  Dan kita pun jatuh tersungkur.  Adakah itu hukuman? No, itu tandanya, Allah nak bangunkan kita pada satu tahap yang lain. Mungkin lepas jatuh tadi, kita akan lebih berjaga-jaga.  Ada bahagian-bahagian hati yang selama ini kita terlepas pandang nak pagar.  Jadi Allah nak ajar kita, kita tak boleh selalu selesa, sebab syaitan ni memang suka tengok orang selesa. -sederhanaindah Sumber 'Aku Islam.' Aku tidak bersendirian, Segala puji bagi mu Ya Allah. Terima kasih. Alhamdulilah, subhanallah. Ingatlah, Dia sentiasa ada untuk kita. Tidak akan sesekali membiarkan kita berduka. Serius aku suka sangat dengan ayat di atas. Terasa mengubat hati ini

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, Itulah air

Saat hati di landa kesedihan

: ) "Tak adil, ini tak adil, mana boleh hati aku je sakit. Hati dia pun kena sakit gak. Aaaaahh ini tak adil. Aku tak suka macam ni. Aku akan pastikan hati dia pun sakit." Macam mana kau tahu hati dia tak sakit wahai sahabat, mungkin hati dia sakit tetapi dia pandai sembunyikan. Berbeza dengan kau, tak pandai sembunyikan kesakitan hati tu. Andai dapat kau lihat hati ku, Mesti kau terkejut, Bertapa banyak luka dan coretan di atasnya, Bertukar ganti antara penyembuhan dan luka, Hati, Bagaimana keadaanya, Tiada siapa yang tahu melainkan Allah dan pemiliknya. Mengapa perangai ku gila-gila. Mengapa aku buat perangai yang pelik-pelik. Mengapa aku buat semua ini, sebab apa?????  Tidak perlu ku jawab semua ini, kerana jawapan nya ada di dalam diri mu wahai kekasih.  Renung dan berfikir lah. . Ok, sekian ayat intro untuk kali ini. (intro ke ayat mengarut.. :) apa-apa je la) Eeeerrrmmm artikel pendek dan sesangat pendek untuk hari ini sebaga