Salam kepada kalian semua. Terjumpa sesuatu yang membuat ku berfikir sama ada perkara itu benar atau tidak. Pelbagai persoalan bermain di minda. Ku serahkan segalanya kepada yang maha Esa, agar memberi ku petunjuk tentang perkara tersebut. Sesungguhnya, aku tidak mahu tersesat dan menduakan diri Mu kekasih ku. Setelah beberapa ketika, terjumpa ayat di bawah:- Umar Sulaiman (1985:59-60) menyatakan bahawa syaitan tidak semestinya datang menipu manusia menyuruh manusia meninggalkan perkara-perkara yang baik dan menyuruh melakukan perbuatan jahat. Sekiranya ia berbuat demikian manusia akan menyedari bahawa perbuatan tersebut adalah daripada syaitan. Sebaliknya, makhluk itu akan melakukan pelbagai helah untuk mengelirukan, mengelakkan dirinya daripada diketahui siapakah dirinya yang sebenar menyebabkan manusia beranggapan bahawa syaitan itu adalah wali Allah lalu menganggap perbuatan yang salah itu baik. Menurut Umar Sulaiman (1985:87) lagi, pengulas at-Tahawiyah menye...
Aku akan meredhakan segala yang berlaku