Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Zikir itu ibarat pedang

Suka relax dengan ayat di bawah. Copy paste daripada FB. *************** "Zikir kita ni macam parang", kata ustaz. "Maksud ustaz?" "Zikir akan kuat apabila kita meminta tolong dan berharap pada Allah. Kalau zikir tanpa ingat Allah, ia tumpul dan tak sharp" "Boleh ustaz terangkan lanjut kaitan parang tu?" "Parang kalau dah lama dibiarkan, ia akan tumpul dan berkarat. Kalau tiba-tiba musuh datang, saat kita nak gunakan parang, ia tak berfungsi" "Maksud ustaz, zikir ni kalau kita tak biasa amal, ia tak kuat?" "Ya. Zikir perlu diasah. Supaya apabila terpaksa berlawan dengan musuh, ia ‘tajam’ untuk kita pertahankan diri" — via saturindu via aku islam ***************** Zikir itu ibarat pedang, kita perlu mengasahnya. Barulah zikir itu berguna untuk melawan musuh-musuh di hadapan. Asahlah ia dengan mengamalkannya. Eeerrmmm menarik... Begitu rupanya. Sebenarnya benda apa-apa pun, kita kena am...

Jangan terlalu mudah membuat tafsiran

Hola lalo, lola... artikel penhujung bulan december dan seterusnya artikel penhujung tahun. Apa-apa je la. Belum tentu apa orang kata itu benar, Belum tentu apa yang kita rasa itu benar, Belum tentu apa yang kita anggap itu benar, Belum tentu apa yang di tunjuk kan benar, Belum tentu apa yang kita lihat benar, Ingatlah, Kita manusia, Punyai akal yang terbatas. Usah di fikirkan jawapan kepada jawapan yang terpendam, Orang hanya melihat, Seterusnya mentafsir, Melihatnya pula hanya lah pada yang di lihat, Mana mungkin betul, Kita dicipta, Bukan pencipta, Tinggalkan tafsiran, Bergerak ke depan, Berbaktilah kepada pencipta. Sekian kata-kata pendek dari ku, Harap korang faham la ye. Kalau tak faham, buat-buat faham. Kalau masih lagi tak faham sila lah komen di bawah ni. Biar relax bagi fahamkan sikit orang yang tak faham ni.  Kata akhir dari ku, Jangan mudah membuat tafsiran wahai saudara dan sa...

Makanan sunnah yang baik untuk kesihatan

Assalamu'alaikum... Pusing kanan, kiri, depan, belakang, atas, dan  bawah. Mencari idea untuk di masukkan dalam ni. Jumpa ideanya, tetapi bila nak tulis dalam ni takda idea pula. Eeerrmm pelik kan. Lalu ku relax, berserah padaNya, akhirnya terjumpa satu artikel dalam raga motor ku. Tengok macam best je nak menulis dalam blog ni. Tanpa ku membuang masa, ku capai artikel tersebut. Selepas itu ku letakkan di meja study ku. Ku biar artikel tersebut di situ berminggu-minggu. Baru kini artikel tersebut ku copy dan paste kan dalam ni. Persoalanya sekarang, sempoi tak relax?????? Sekian cerita artikel tersebut. Tata.... Ok, tukar kepada mode copy paste. 3, 2, 1 Copy 1, 2, 3 Paste.................. Kurma: Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Menguatkan hati Memberi tenga tambahan melancarkan buang air besar. Memudahkan wanita bersalin. Membentuk minda kanak-kanak. Menyembuhkan radang kerongkong. Mengurangkan r...

Tenung pokok dan berselawat. Insha Allah tenang hati tu.

Ok, teguran dari Nya, suruh bersabar. Alhamdulilah... Pesanan daripada D buat insan di luar sana Dalam diam, diri mu menyimpan satu sikap yang sukar nak di terjemahkan. Sikap inilah yang diri mu jarang keluarkan. Tetapi setiap kali diri mu ku lihat, ku nampak sikap ini. Dalam kecerian, tersembunyi satu kematangan yang sukar di lihat, menarik nya diri mu yang itu, membuat orang sekeliling mu tertarik, diri itu, kekalkan diri itu. Sekian intro untuk hari ini, jom kita tengok pula apa pesanan daripada D untuk kita semua. *********************************************** Ku lihat hijau  Hijau warna kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap hari kita akan memulakan hari dengan hijau. Bila kita bangun tidur, Kita keluar rumah kita nampak apa? Pokok kan? Pokok kan hijau. Tak tau lah kalau pokok depan rumah relax biru. Itu teori ayah saya. Saya ingat sampai bila-bila. Sebab itu saya suka hijau. Esok cuba tengok pokok hijau selepa...

Perkara yang di benci Allah swt

Perkara yang terlarang (haram) dalam Islam: (Tafsir Al Israak 17:31-17:38) Membunuh anak sndiri, kerana takut miskin, sebab memberi belanjanya. Maka membunuh anak ialaah satu dosa yan besar. Berbuat jahat (zina). Maka ini amat keji, kerana dari kejahatan ini terjadi bencana dan mudarat, umpamanya penyakit perempuan dan sebagainya.  Membunuh orna gyang tidak bersalah. Tetapi jika seorang di bunuh dengn azlaim, maka walinya berhak menuntutu bela. Memakna harta anak yatim, kecuali apabila dia telah dewasa, maka ketika itu boleh di akan dengan izinnya. Melanggar perjanjian yang telah ditetapkan. Mengurangkan sukatan atau timbangan. Mengerjakan sesuatu urusan tanpa ilmu pengetahuan, malah semata-mata menjadi pak turut sahaja.  Berjalan di muka bumi dengan sombong dan takbur, padahal kau tidak dapat menembus bumi dengan tapak kakimu dan tinggimu tidak sampai setinggi bukit.  Semuanya ini adalah perkara yang di benci Allah swt dan wajib tiap-tiap orang meninggalk...

Kembalikan persoalan kepada Allah

Salam ku hulur kepada hamba Allah di luar sana, tok tok tok.. Assalamualikum, mohon buka hati korang untuk menerima perkara di bawah. Suka pula relax dengan ayat copy paste di bawah. Pendapat daripada sinar hidup tentang _______ (Cari sendiri tentang apa) "Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Bahkan kami telah memberikan peringatan kepada mereka , tapi mereka berpaling dari peringatan itu". {Surah Al-Mukminun : Ayat 71} Maka jelas bahawa jika manusia memulangkan banyak persoalan kepada diri mereka sendiri, pastinya persoalan itu akan dijawab oleh nafsu mereka semata-mata.Jawapan mereka pasti akan menjurus untuk menyelamatkan diri mereka dan cuba membenarkan apa yang mereka sedang lakukan.Jawapan yang ingin merasakan diri mereka selamat dan sedang berada pada landasan kebenaran.Hati mereka terasa tenang pada zahirnya.Padahal jauh di sudut hati mereka tahu itu adalah satu kes...

Jangan kamu menghampiri zina

Assalamualaikum sayang-sayang relax. Harap korang sihat-sihat aja. Kita di larangan untuk menghampiri zina. Menghampirinya pun kita tak boleh. Apatah lagi melakukannya. Hindari zina. Apa itu zina? (Pergi tanya Ustaz) Al-Israak (17:32) Ingat ye.. Dia larang kita menghampiri zina. So, jangan lah buat. Lakukan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Ok bai.. :)

Kunci pembuka mutiara

Hidup ku kerana Dia, Mati ku kerana Dia, Dia mengatur segala-gala nya. Tetapi kita boleh memilih, Yang baik atau buruk untuk di lakukan. Keyakinan yang sangat tinggi kepada Dia, Yang mimpi menjadi realiti, Yang realiti menjadi mimpi, Yakin, Ingat Dia, Kenal Dia, Inilah kuncinya, Kunci pembuka pintu yang tertutup, Yang di sebaliknya punyai pelbagai mutiara, Mutiara yang berlainan daripada yang terlihat, Semoga dapat lah kita kunci itu. Relax tenang selalu.

Dalam ku jaga dia hadir

Hari ni mood menulis tiba-tiba datang, hehe,,, So, hari ni rasa nak menulis je. Oohh.... boleh pulak begitukan. Mood boleh datang-datang pula kan.. Senyum-senyum, senyum tiga. Pertemuan yang tidak di jangka, Melahirkan satu rasa yang sukar ku ungkap, Dalam sedar, Dia hadir, Sudah ku tahan, Bermacam ku lakukan, Demi mengelak perkara lalu berulang, Dalam ku jaga, Tiba-tiba muncul, Apakah pertanda nya, Adakah ini satu ujian untuk ku, Saat ku meminta jawapan daripada Mu, Apa yang harus ku lakukan saat ini, Kau menyuruh ku sabar dan pendamkan, Mungkin ini yang terbaik, Ku turut perintah Mu, Kerana Kau lebih tahu daripada ku, Ku sabar dan terus menahan, Moga hati ku makin kuat, Ku pohon pada Mu, Andai ini hanyalah ujian untuk ku, Tabah kan aku, Andai ini petanda daripada mu, Dekatkan kami, Baikkan pengakhiran kami, Hindari kami daripada perkara mungkar, Tenang kan aku, Tabahkan aku, Berikan petunjuk kepada ku, Moga kuatlah diri ka...

Saranan berkahwin di dalam Al Quran

"Live your dream." kata yang ada di meja ku sekarang. Siapa yang bagi tah... Main tukar-tukar hadiah lepas tu dapat benda ni. Hehe... Lupa pulak, Salam sejahtera, salam sihat-sihat kalian semua. Assalamualikum ku ucapkan. Situasi pertama: Wahai lelaki, Andai anda meminta seorang perempuan, Andai anda mengayat seorang perempuan, Saat anda rasa diri dia mahukan anda, Lalu korang pun mengatakan kepada nya, Nak kawin dengan saya tak????? Lalu dia menjawab (Perempuan tersebut menjawab), Maaf, Saya hanya menganggap awak sebagai teman saya, Saya hanya menganggap awak sebagai abang saya, Saya hanya menganggap awak sebagai sahabat saja, dan jawapan yang sewaktu dengan nya. Situasi dua: Wahai lelaki, Saat anda rasa diri dia mahukan anda, Lalu korang pun mengatakan kepada nya, Nak kahwin dengan saya tak????? Lalu perempuan itu menjawab: Saya terima, Sila lah datang ke rumah mak bapa saya, Dengan izin Nya saya ...

Kebaikan berterus terang

Aik, assalamualaikum kepada yang di sayangi di luar sana.    Artikel pertama, selepas hari terjadinya aku di dunia ini 10/12/, artikel pertama juga untuk bulan 12 ni. Haha, banyak pulak pertamanya. Tajuk artikel kali ini agak pelik, eerrmmm pelik ka. X pelik pun, siapa yang kata pelik, entah... Oooookkkk... Tinggalkan pendahuluan ini, terus ke artikel utama. Berterus terang, Satu kata indah yang manis bila di ungkap, Kata yang orang nantikan, Senang diucap atau melafazkan, Usah di pendam, Luahkan apa yang tersimpan, Bukan dengan orang lain, Tapi pada dia, Ye pada dia, Dia yang menyakitkan hati itu, Baru selesai masalah, Diam, Tidak berbincang, Ini bukan menyelesaikan masalah, Tapi membiarkan masalah, Berkata buruk, Ini meningkatkan masalah, Ayuh berterus terang, Jangan menipu, Jangan juga memendam, Relax saje. A...

Maksud sebenar Insya Allah?

Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian, Satu kalimah yang di anggap kecil tetapi punyai maksudnya yang besar. Satu janji yang di ungkap kepada manusia dan hanya Allah mampu meleraikannya. Itu lah kalimah Insyaallah.  Insyaallah (jika Allah menghendaki): Satu kata janji dan bukannya kata kosong yang boleh di permainkan Pernah dulu mendengar Ustaz membincangkan bab ni, tapi apa kan daya, mendengar sahaja nak ulas balik tunggang langgang. Di sebabkan itu, ku cari blog yang mengulas makna Insyaalah lalu ku edit sikit + copy paste secara pendek dari blog tersebut (Fikir sendiri kenapa relax bagi tau perkara ni dekat korang) Hehe.. Tuntasnya, artikel kali ini copy paste + edit dari blog orang je.  Bermulalah artikel copy paste yang di edit sikit oleh ku: Soalan Bolehkah ustaz menjelaskan makna dan fungsi sebenar kalimat insya Allah dalam Islam? Sebab saya sering menjumpai beberapa orang menggunakan kalimat ini sebagai alasan untuk tidak melaksanaka...

Antara dua pilihan (Isi yang berjaya di ambil)

Lalalalalalalalalalala........ Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. So, sembahyang la kamu sebelum kamu di sembahyangkan. Ingat tu.... Hari ni relax  nak berkongsi sikit ilmu yang di sampaikan ustaz tentang antara dua pilihan. Ada dua ustaz yang sampaikan benda ni, Ustaz ____wood dan Ustaz ______ (Namanya tidak ku ingat, sory ye ustaz) Macam selalu, untuk berubah daripada jahat ke baik perlulah bersih kan hati tu. Jadi, Cara bersihkan hati nabi kata: Baca al quran dan fahami maknanya. Dalam erti kata lain hayati isi Al quran dan bukan baca ja. Ingat akan kematian.  Pesanan akhir daripada Ustaz tersebut (kata penutup ustad) Ingatlah, muda dan tua tak wajib, yang wajib ialah mati. Masjid sebagai tempat berhijrah? - Masjid adalah satu tempat untuk berubah (Untuk berhijrah) - Masjid adalah satu tempat orang jadi baik. Sebab itulah nabi akan bina masjid di sesuatu tempat yang baru baginda tiba. - Pelbanyakkan...

Mana mungkin ke syurga jika tidak di uji

Assalamualaikum insan-insan yang di sayangi sekalian. Jangan penat, Teruskan perjuangan, Dia sentiasa menemani kita, Dia tak akan membiarkan kita bersendirian, Sentiasa ada untuk kita. Dia tidak akan memberi ujian kepada kita jika kita tak mampu, In other words Dia percaya kita, Dia percaya kita boleh hadapi ujian tersebut, So, tabahkan hati,  Kumpulkan kekuatan, Hadapilah ujian tersebut, Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Surah Al Baqar...

Ayat pengubat hati yang duka 3

Entah la kenapa jadi macam ni. Relax pun tak tau. Perkara yang ghaib jangan di pikir kan. Itu je kuncinya. Salah satu sebab ujian di turunkan ialah: Pertamanya: Iman makin berkurang, di turun kan ujian untuk meningkatkan iman. Keduanya: Iman nak bertambah, di turun kan ujian untuk meningkatkan keimanan kepada Nya. Dan lain-lain... Menyendiri ku di sini, Memikirkan perkara lalu, Mencari dan terus mencari jawapanya, Pelbagai jawapan yang ku terima, Sampai satu waktu, Terkaku dan terdiam diri ku, Tak tahu yang mana jawapan yang tepat, Tak tahu memilih, Hanya mampu memikirkan, Hati ku resah, Resah dan terus resah, Di saat ini, Hadir insan-insan yang menggubat keresahan ini, Walaupun sedikit apa yang di lakukan, Cukup meriangkan hati ku, Menghilang keresahan di hati ku, Terima kasih ku ucapkan.. Semua atas kehendak Nya.. Terima kasih kepada Mu... Berpenat lelahlah kerena sesungguhnya kesenangan itu seleaps kepayahan... Janganlah berdu...

Wahai pemilik hati ku

Ting tong, kedengaran bunyi alarm sayup-sayup di telinga ku. Diri ku pun bangun lalu memotong kuku. Lalu ku lihat di luar rumah ku, ternampak kucing ku yang bernama kaku. Ku cuba membelai kaku, lalu dia menggigit kuku ku, Sedih nya diri ku melihat kuku ku patah berbentuk liku liku, sampai hati kamu kaku, dah tak lawa dah kuku ku, merajuk dengan kamu kaku.  Sekian intro untuk artikel kali ini. Kita teruskan kepada isi utama nya: Wahai hati, Ku pohon di kau menjadi tenang, Ku pohon di kau menjadi kuat, Sungguh banyak liku-liku yang harus ku tempuhi, Andai goyang diri mu, Maka goyang lah aku, Kukuh mu, Kukuh lah diri ku, Usah terlalu terguris, Seksanya ku rasa, Usah bersedih, Sedih mu ku rasa, Jika tenang diri mu, Bertapa gembira nya diri ku, Terasa bebasnya aku, Aku rindu saat itu, Cinta kau, Cinta Ilahi, Terisinya cinta itu, Terlihatlah yang tak kelihatan, Semua orang mahukan itu, Moga saat itu kan bertemu Memang...

Cara tenangkan hati di dalam Al Quran

Semoga korang sentiasa mendapat pentunjuk dari Nya. :) Zahir boleh menipu, Tetapi tidak hati, Tabah dan kuatkanlah hati mu, Moga kembali tenang wahai _____. Baru terfikir, nama blog ku ialah relax tenang. Tetapi artikel yang mengajar orang untuk bertenang takda pun. Di sebabkan itu, hari ni rasa macam nak ajar korang cara nak tenangkan diri. Relax hanya menyampaikan, sebenarnya Dia yang ajar. Macam mana nak tenangkan hati? Dia menjawab: Sekian dari ku, Memang mudah berkata daripada melakukan. Tetapi dengan berkata itu, Ku harap dapat mengubat hati yang duka, Andai kata ini, Hanyalah kata-kata kosong, Maaf ku pinta, Aku hanya mampu mencuba, Mencuba mengubat hati yang terluka, Moga makin kuatlah diri mu, Senyum saja, Redha dan tenang juga jangan lupa, Pai..

Ayat pengubat hati yang duka 2

Suka dengan satu page FB ni. Hehe... Terima kasih admin.. *********** Kadangkala, kita akan jatuh. Bukan sekali, malah berkali – kali. Tetapi ini bukan alasan untuk kita berputus asa. Ini adalah peluang untuk kita mencari setiap kelemahan yang berlaku dan memperbaikinya, sehingga kita muncul dengan lebih baik dari sebelumnya. Ingat tak kisah Thomas Edison, manusia yang pertama mencipta mentol? Beliau telah menemui 1000 kegagalan dalam experimen – experimennya, sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol yang nilainya amat penting pada hari ini. Jelas, kita perlu menempuh kegagalan demi kegagalan dalam menimba pengalaman, seterusnya menghasilkan kematangan (kejayaan) kerana kita belajar dari kesilapan yang lalu. ************ Klik sini untuk ayat pengubat hati yang duka 1 Ok moga hati kalian juga akan terubat bila baca ayat di atas. Segala puji bagi Nya. Allah maha besar. Sekian dari ku. Yang benar. Seorang musafir yang masih mencari-cari cahaya kehidupan. ...

Pembahagian waktu untuk istighfar, selawat dan zikrullah.

Moga Allah merahmati kalian dan se isi keluarga kalian.  Macam selalu, menjelajah FB, terjumpa artikel ni dekat sesuatu page. Pagi itu ialah................. (sory tak nak gtau.) Sory ye admin FB, artikel korang terbaiklah itu lah pasal relax nak letak dalam ni. Di harap jangan marah ye. Credit kepada kamu (Empunya FB). Artikel tersebut berkaitan cara melaksanakan amalan selawat, zikir dan istighfar. Artikel tersebut ialah:- *************** Ada tips yang ingin saya kongsikan, yang saya dapat dari ustaz saya. bagaimana kita boleh mengamalkan istighfar, selawat dan zikrullah sepanjang hari. nak tahu tak?  Begini caranya. bahagikan hari kita kepada tiga bahagian. Bahagian 1 : Subuh hinnga zuhur (pagi hingga tengahari) Bahagian 2 : Zuhur hingga maghrib (tengahari hingga senja) Bahagian 3 : Maghrib hingga sebelum tidur (senja hingga malam) Untuk bahagian 1(Subuh - Zuhur): Peruntukkan untuk Istighfar. Dari bangun pagi hinnga tengahari, lazi...

Cintai lah Allah

Hai, Holla, Assalamualaikum.. Moga kalian sentiasa di bawah rahmatNya... Mulut kata mahu, Hati kata sebaliknya, Siapa yang sanggup melepaskan cinta nya pergi begitu sahaja, Bukan mudah melepaskan orang yang kita cinta pergi, Begitu lah cinta manusia, Ada mula dan akhirnya, Sebelum waktu itu tiba, Aku akan cuba bersama mu, Mencipta kenangan kita berdua, Untuk di semat di dalam hati ku, Menjadi ingatan di fikiran ku, Akan ku kenang selalu, Saat-saat indah ini. Memang sakit ku rasa, Tetapi apa kan daya, Aku perlu melepaskan, Kerana itu lah jalan terbaik, Andai di takdir kita bersama, Akan bertemu jua, Selamat tinggal ku ucapkan. Sekian ayat yang seperti biasa diambil dari otak ku. Ter mood romeo pulak malam-malam ni. Hehe… Kata akhir dari ku: Cinta kepada Allah, Cinta yang abadi, Sandarkan cinta manusia kepada Nya Barulah hati sentiasa redha. Sekian artikel pendek dari ku...

Dugaan

Tak terucap di bibir, tidak mampu meluahkan, biarlah rahsia antara aku dan pencipta ku, sakitnya biar ku tanggung, tidak pada mu, pergilah, jangan menunggu ku, moga bertemu kembali andai kau untuk ku. Sekian pendahuluan ku.. Dugaan Usah bersedih ke atas sesuatu dugaan, Sesungguhnya dugaan itu mendekatkan kita kepada Nya, Bersyukurlah andai anda di duga, Itu tandanya Dia sayang kita, Di turunkan ujian sebagai satu proses tarbiah kepada diri, Dia nak latih kita kuatkan hati, Dia nak kita tabahkan hati kita, Dia tahu kita mampu hadapinya, Dia percaya kita, Kita pun haruslah percaya Dia, Kata dalam diri, "Aku mampu hadapinya" Insyaallah, Benda baik bakal berlaku lepas ni, Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sabar ye.. Sekian post untuk awal bulan 11 ni. Eerrmmm kenapa relax rasa macam penah baca je ayat di atas. (Hehe, apa-apa je la) Paaaiii, :) Relax2...

Understanding, sincere and action

Salam ku hulur sebagai pembuka kata kepada kalian yang membaca. Assalamualaikum, Moga sihat-sihat la hendaknya. Ok, terus kepada apa yang relax nak sampai kan kepada kalian. Hari tu relax ada pergi Camp S_m__. Dalam kem tu relax dapat satu ayat yang boleh di jadikan pengangan di dalam menyampaikan sesuatu kebaikan atau pun boleh di gunakan untuk menuntut ilmu. Ayat tersebut ialah USA. Maksudnya: U: Understanding S: Sincere A: Action Penerangan rigkas: U: Kita faham sesuatu ilmu yang kita pelajari. S: Seterusnya kita ikhas dalam mempelajari ilmu tersebut. Dalam erti kata lain kita belajar ilmu tersebut bukan kerana terpaksa sebaliknya kerana kerelaan hati untuk menerima ilmu tersebut. A: Seterusnya ialah action, di mana kita menyampaikan ilmu tersebut kepada orang ramai. Begitu juga lah dalam kontaks Islam. Kita fahamkan sesuatu ilmu agama yang di sampaikan dan seterusnya kita ikhlaskan hati dalam menerima ilmu tersebut dan kita sebarkan ilmu tersebut. Eeeeerrrmm...

Maafkan diri ku wahai sahabat

Kelajuan dan diri ku tidak boleh di pisahkan. Bla bla bla bla bla...... Tak tau nak kata apa dah... Tengok je la relax nak tulis apa dekat bawah ni... Wahai sahabat, Maafkan diri ku kerana meninggalkan diri mu, Andai dapat ku undur masa, Ingin ku perbaiki keadaan ini, Tetapi, Perkara ini memang mustahil untuk dilakukan, Hanya ucapan maaf boleh ku berikan, Maaf, Aku tiada di sisi mu di saat kau memerlukan, Tabahkan hati mu wahai sahabat, Ini semua ujian darinya, Usah bersedih, Ujian itu mendekatkan kita kepada Nya, Ketahuilah wahai sahabat Aku sentiasa di sisi mu, Menemani mu di kala suka dan duka, Usah bersedih, Allah bersama mu wahai sahabat. Krik-krik bunyi cengkering yang tak berapa nak cengkerik. Masih memikirkan apa kategori ayat di atas. Cuma key word nya ialah saya nak mintak maaf kepada sahabat saya. Maaf kan saya ye.... Peace yooo.. Pai-pai.. Selamat di dunia dan akhirat ku ucapkan kepada k...

Makna lut pada keris

Aaaiiiikkk..... Salam kenal semua, Seperti artikel sebelum ni, apabila relax terjumpa artikel yang menarik, relax akan paste dalam blog ni. Di sebabkan itu, mempersembahkan artikel copy paste untuk kali ini: ***************************** Artikel ini bercertia tentang dapur dan luk keris. Keris Lurus dan Keris Luk mempunyai arti simbolis. Keris Lurus melambangkan kepercayaan diri dan mental yang kuat. Keris Luk 3 melambangkan keberhasilan cita-cita. Keris Luk 5 melambangkan : dicintai oleh banyak orang. Keris Luk 7 melambangkan kewibawaan. Keris Luk 9 melambangkan kewibawaan, kharisme dan kepempiminan. Keris Luk 11 melambangkan kemampuan untuk mencapai pangkat tinggi. Keris Luk 13 melambangkan : kehidupan stabil dan tenang.   Lebih detil dapat diuraikan sebagai berikut:Luk 1 (Lurus) Dapur Tilam Upih, dalam terminologi Jawa bermakna tikar yang terbuat dari anyaman daun untuk tidur, diistilahkan untuk menunjukkan ketenteraman keluarga atau rum...

Semua tentang Cinta

Mengapa, awat, kenapa ejaan yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama.  Cinta pemberian dari Nya, Cinta itu juga adalah Ujian dari Nya, Jika hadirnya cinta, Mulalah hati berbunga-bunga, Yang halal jadi haram, Yang buruk menjadi baik, Kita buta, Di saat inilah bisikan demi bisikan hadir, Banyak yang tewas, Kita lupa kepada pencipta, Kita lebihkan yang di cipta, Kita langgar segalanya, Sedih, Di cipta melupakan pencipta, Ayuh ubah, Kenal diri kita, Tanya siapa kita, Usah lupa diri, Sentiasalah ingat, Siapakah kita?????? Sekian dari ku, Relax tenang selalu, Smile.. Cakap tidak pada marah.. :)

Kem semut 2, Lawatan Industri Terengganu dan Ekspedisi Gunung Nuang

Assalamualaikum ku hulur kepada pembaca blog ku. Mesti korang tertunggu-tunggu kan post yang akan datang. Mesti korang juga tertanya-tanya kenapa bulan 9 hari tu relax diam je dan tidak update blog ni. Usah gusar, usah sedih usah biarkan diri anda di selubungi dengan persoalan. Hari ni relax akan memberi tahu kenapa relax tak update blog ni.  Untuk pengetahuan korang, sebenarnya jari relax ni gatal juga nak update blog ni. Tetapi apa kan daya, masa tidak mengizinkan. Terlalu sibuk, (ye la tu, apa-apa je la). Sibuk sebab kena handle program yang mempunyai jarak dekat-dekat. 20/9/2013 until 22/9/2013 ada program kem semut 2. Relax di tugaskan sebagai PIC untuk program Night Walk. Program yang di lakukan di Sungai Chiling dan Gunung Kutu. Program yang sesangatlah terbaik dan perlbagai pengisian boleh di dapati daripada program ini. Di waktu ini perlaksanaan ini jugalah U ku menjadi rumah kedua ku.  Seminggu selepas itu iaitu 30/9/2013 until 3/10/2013 ada Lawata...

Ayat pengubat hati yang duka

Tersenyum sendirian saat terbaca ayat di bawah. Sometimes we fall. Tapi adakah tuhan sengaja nak gelincirkan kita? Tak. Semua tu, sebab kita terlalu selesa dengan iman kita. Kita ingat, iman kita dah cukup elok. Tapi rupanya, Allah datangkan ujian, seperti ujian hati, untuk lihat betul ke iman kita ni cukup kuat?  Dan kita pun jatuh tersungkur.  Adakah itu hukuman? No, itu tandanya, Allah nak bangunkan kita pada satu tahap yang lain. Mungkin lepas jatuh tadi, kita akan lebih berjaga-jaga.  Ada bahagian-bahagian hati yang selama ini kita terlepas pandang nak pagar.  Jadi Allah nak ajar kita, kita tak boleh selalu selesa, sebab syaitan ni memang suka tengok orang selesa. -sederhanaindah Sumber 'Aku Islam.' Aku tidak bersendirian, Segala puji bagi mu Ya Allah. Terima kasih. Alhamdulilah, subhanallah. Ingatlah, Dia sentiasa ada untuk kita. Tidak akan sesekali membiarkan kita berduka. Serius aku suka sangat dengan ayat di atas. Terasa mengub...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...