Assalamualaikum,
Terima kasih ku ucapkan kepada relax kerana bagi aku post artikel dekat blog kau.
Hari ni terjawab
segala yang ku tanya dalam hati ku.
Terima kasih kerana jujur dengan
ku.
Terima kasih kerana tak buat ku
ternanti-nanti.
Artikel yang terkeluar dari apa yang aku pikirkan. Biarlah korang nak percaya ke tidak.
Hari ini ialah hari penamat kisah
cinta ku,
Memang ada ku bayangkan perkara
ini,
Kini betul-betul terjadi,
Semasa ku bayangkan,
Ku fikirkan,
Apa diri ku hendak lakukan,
Jika perkara itu benar-benar
terjadi,
Bersyukor ku pada ilahi,
Kerana memberi ku kekuatan,
Untuk ku berkata sedemikian pada
nya,
Harapan hanya tinggal harapan,
Kini ku bayangkan kau di
pelaminan,
Bersama orang lain,
Sudah ku katakan dulu,
Kita memang tak mungkin bersama,
Sudah ku bayangkan segalanya,
Kini benar terjadi,
Memang tak salah apa yang ku
bayangkan selama ini,
Jawapan yang kau berikan,
Memang benar seperti apa yang ku
bayangkan,
Itulah sebabnya aku tak sedih,
Aku senyum keseorangan apabila
membaca jawapan mu itu,
Senyum ku kerana benda yang aku
pikir kini benar terjadi,
Ok,
Kini ku tahu,
Kau bukan untuk ku,
Perasaan itu memang takda pada
diri mu,
Itulah petunjuk kau bukan untuk
ku,
Kata orang perasaan cinta tak
boleh di paksa,
Memang kau tengok aku tidak
sedih,
Tetapi realitinya,
Ketahuilah aku sedih sebenarnya,
Perlukah aku menangis di depan mu,
Meminta cinta dari mu,
Menagih kasih kepada insan yang
bukan untuk ku,
Biarlah ketangisan ku hanya di
dalam hati ku,
Kenapa perlu ku luahkan kesedihan
ini,
Jika sudah tertulis kau bukan
untuk ku,
Apa ku lakukan sekarang hanyalah
redha pada ketentuannya,
Jika benar apa kau katakan “Perasaan
itu memang tak ada dalam diri ku”,
Sudah terbukti lagi jelas,
Kau dan aku memang tak di
takdirkan bersama,
Pergilah,
Kali ini ku rasai pula,
Apa itu patah hati,
Begini rupanya perasaannya,
Sungguh pahit untuk di terima,
Tetapi memang begitu kisah cinta
kepada manusia,
Ada kegembiraan ataupun
kesedihan,
Jadi,
Perlu ku kikis perasaan ini,
Perlu ku buangkan segala harapan,
Aku tahu,
Allah maha besar,
Mungkin ini terbaik untuk ku,
Harus ku terima dengan hati yang
tenang dan penuh redha,
Jika benar dia bukan untuk ku,
Kikis kan terus sisa-sisa cinta
ku padanya,
Ini kerana ku tak mahu hati ku
terpesong kerana cinta ini,
Kuatkan diri ku,
Aku tahu,
Setiap yang berlaku ada
hikmahnya,
Terima kasih ku ucapkan kepada
diri mu,
Kerana berterus terang kepada ku,
Inilah apa yang ku inginkan,
Terima kasih banyak-banyak ku
ucapkan,
Aku tahu,
Aku yakin,
Ada hikmah di sebalik semua ini….
Kepada orang di luar sana,
Ingin ku katakan,
Janganlah korang mencintai kepada
kawan korang,
Kawan akan kekal sebagai kawan,
Tidak boleh lebih dari itu,
Memang pahit jika korang
mencintai kawan korang,
Jika ada sesiapa di luar sana
menyintai pada kawannya,
Berhati-hatilah untuk menerima
kesudahan yang menyakitkan,
Ingat juga saudara saudari
sekalian,
Janganlah sebab perkara ini
korang putus sahabat dengan nya,
Ini kerana,
Putus sahabat dengan kawan
korang,
Ibarat memutuskan silatulrahim sesama
islam,
(tertakluk pada takdir dari Nya)
Kata akhir dari ku,
Aku tak akan serik untuk
menyintai, tetapi kali ini pastikan aku menyintai pada insan yang memang benar
di takdirkan untuk ku.
Semoga berbahagia dengan orang
lain di masa depan kasih ku……
Itulah doa ku untuk mu….
Kebahagian mu kebahagian ku juga….
3,
2,
1,
Reset…….
Buat masa sekarang cinta ku bukan
untuk mu lagi……
Jodoh dan petemuan adalah rahsia
Ilahi, kita tak mampu pikirkan. Berdoalah pada Ilahi, jika seseorang itu benar untuk kita, permudahkan urusan kita
untuk meminangnya… Di samping berdoa, usaha juga untuk meminangnya. Ingatnya,
meminang dan bukanya ber couple…
Sekian artikel ku kali ini….
(Cinta ku pada akhlaknya dan
bukan pada rupanya…. Adakah diri ku akan menyintai lagi perempuan sedemikian
rupa.)
J
Relax-relax sudah….
Comments
Post a Comment