Skip to main content

Perbezaan beli handset di internet dan kedai



Hola n selamat petang ku ucapkan (ikut masa menulis petang).

Jika anda dari golongan bz or malas or sewaktu dengannya. Skip artikel di bawah dan baca terus ringkasannya.

Hari ni relax nak story sikit tentang perbezaan beli handphone di internet dan kedai. Pembelian di internet juga dipanggil pembelian secara online, pembelian sebegini selalunya meminta korang supaya bank in dahulu duit dan seterusnya pihak penjual akan post handphone korang dekat alamat korang. Untuk pembelian handphone di kedai pula macam biasa la, pergi kedai dan beli.

Antara perbezaannya ialah:

Beli di internet
1. Handphone datang dari kilang terus.
2. Korang kena ambil risiko takut duit korang lesap dan barang tak dapat.
3.Korang kena install sendiri software yang tidak diberikan seperti sofware GPS, game Dan sebagainnya.
4. Kepastian segala barang yang ada di dalam kotak handphone korang. Dalam erti kata lain segala barang yang di dalam kotak memang diberikan oleh company handphone tersebut.
5. Korang tak boleh meneliti handphone tersebut. Di sebabkan itu, untuk meneliti specification handphone tersebut korang kena usha Kat kedai, internet Dan Tanya orang.
6. perjanjian di buat sebelum anda beli, disebabkan itu korang tak boleh tukar ke handphone lain misal kata tiba-tiba korang rasa tak jadi beli phone tersebut.
7. Korang kena pergi centre handphone tersebut kalau jadi apa-apa dekat handphone korang.

Dekat kedai pulak
1. Kedai selalunya menyediakan perhidmatan install sofware. Korang cuma kena mintak je Kat diorang.
2. Sebelum beli korang boleh meneliti dahulu handset tersebut Dan kalau tak suka dengan handset tersebut korang boleh tengok handset lain.
3. Korang kena ambil resiko barang korang tak cukup di dalam kotak kerana kotak tersebut sudah dibuka oleh penjual. Boleh jadi barang di dalam kotak tersebut akan diambil oleh penjual Dan barang tersebut seterusnya dijual asing. Korang gak yang rugi...
4. Jika handset korang rosak, korang boleh hantar di kedai tersebut or pergi centre.

Kalau bab harga pula, antara kedai dan internet lebih kurang je harga dia. Korang kena pandai cari je tempat mana murah.

Tapi kalau kat official kedai macam kedai sony, nokia, Samsung dan sebagainya selalunya lebih mahal dari kedai biasa. Sebab apa relax pun tak tau.

Bagi diri ku, antara kedai dan internet, relax akan pilih beli di kedai kalau pembelian di internet melibatkan post dan bank in. Relax hanya akan beli sesuatu dari internet jika relax percaya website 2. Tetapi kena ingat, banyak gak penipuan dalam internet ni.

Tetapi kalau penjual internet tersebut mengunakan kaedah cash on delived (cod), ada la gak kepercayaan nak beli dari internet 2. Hehe….

Berbalik kepada penjualan handphone di kedai, relax usha handphone sony xperia arc s dalam internet dia kata 8gb memory card include. Lepas 2 usha kat dua kedai di dunia reality lak, yang satu kedai bagi harga RM950 no memory card, manakala lagi satu kedai dia cakap harga phone tu RM950 with memory card 8gb. Haaa macam mana 2, siapa betul dah siapa salah, bersamalah kita fikirkan…..


Dalam internet kata dapat memory card 8gb


Lepas 2 usha handset lain lak, kat kedai kata takda memory card tapi bila usha kat internet dapat memory card (maybe free gift dari penjual tersebut). Lagi sekali persoalan siapa betul dan siapa salah bermain di minda ku…. 


Tip-tip dari ku:

Jika nak beli handset
-Korang kena tahu apa yang korang nak dari handset tersebut, adakah kamera HD, adakah processor laju dan sebagainya.
-Korang kena tengok apa yang akan korang dapat jika beli handset tersebut
-Apa free giftnya.
-Usha banyak kedai sampailah korang puas hati.

Cara membuat kepastian sama ada barang dalam kotak handset tersebut sedia ada (provided by company) or tidak.
-Korang tengok la pelekat macam dalam gambar di bawah.



Jadi masa korang beli, kalau pelekat tersebut dah di buka, ada dua kemungkinan yang mungkin berlaku: sama ada barang dalam kotak yang korang dapat sama macam barang dari yang asal ataupun sudah di tukar. Kalau dah di tukar, itu maknanya korang kena tipu la 2.


Korang penat membaca aritkel yang panjang di atas, baca lah ringkasannya sahaja:-

Secara ringkasnya…
*Pembelian handphone di kedai or internet punyai risiko yang tersendiri.
*Kalau tak nak kena tipu, beli terus la dari kilang dia. Kalau korang kena tipu gak, itu tandanya korang memang tak bernasib baik la 2. Hehe..
*Korang tak akan dapat handphone yang perfect. So, pilihlah perkara utama yang korang nak dari handphone tersebut.
*Pembelian di kedai mahupun internet punyai kebaikan masing-masing.

Pengajarannya,
Hindarilah diri dari di tipu oleh si kaki penipu.

Sekian artikel kali ini.

Kepada yang tak sihat, moga cepat sihat,
Kepada yang sihat, moga bertambah sihat,

Sekian dari ku,

J

Comments

  1. Tapi bang saya nak beli handphone second hand bang.Ada tip tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...