Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Persoalan tentang handphone???

Salam dan selamat malam or pagi or tengah hari or petang. Apa itu android? Apa kelebihan Samsung, nokia, or sony? Apa beza jualan di internet dan di kedai? Apa beza Ap dan original? Jika semua soalan di atas bermain di minda korang. Ye memang betul, anda berada di tempat yang betul untuk segala soalan di atas. Macam selalu, kalau korang tak pernah pun bertanya soalan di atas, apa salahnya membaca bertujuan untuk menambahkan ilmu. Tak salah kan. Bagi diri ku, ilmu itu ada di mana-mana. Bukan sahaja di sekolah ataupun university. Korang kena pandai je mengorit ilmu tersebut ataupun mencari ilmu itu. Cara mencarinya adalah dengan percakapan, pendengaran, bacaan dan pembelajaran. Jadi, tuntut lah ilmu di mana sahaja anda berada. Korang mesti pernah dengar pasal android kan. Korang tahu tak android tu apa? Sebenarnya android adalah OS kepada handphone. Macam computer la ada OS window 7, window xp, Mac, linux dan banyak lagi lah. Sama seperti computer, hand...

Aku jadi jepun sekejap

Hola.. Tak payah introduction, tak payah bermadah-madah. Terus ke topic utama..... Samurai-samurai, nampak macam sedap burger samurai ni. Hari ni try pergi makan. Daging burger tu rasa biasa je tetapi sos burger ni sedap. Eeeeerrrrrrmmmmm nyum-nyum.... Ni la gambar samurai burger...... Samurai burger MCB Awek relax, dia makan ayam je Cute tak, hehehehe Keluar semata-mata merasai samurai burger dan ++++++. Memang takda kejekan... hehe... Sekian untuk post hari ini... :) Senyum2... Relax je....

Makna di sebalik lagu itu

Kulit- Tersingkap kini rahsia tersembunyi Tersingkap kini rahsia tersembunyi Yang tak pernah lagi ku ketahui Baru kini aku menyedarinya takku sangka Kau telah dimiliki Sungguh kejamnya engkau Bersandiwara dengan lagu nan mainan cintamu Sehingga aku terpesona keasyikan Di dunia impian ciptaan mu Mengapa dulu tak berterus terang Yang dirimu kini telah berdua Dan diriku... Kau anggap persinggahanmu Untuk melepaskan kesepian mu Kaulah insan bertopeng kepuraan Kecuranganmu menghiris hatiku Kembalilah pada yang menantimu Dia yang harusnya engkau cintai Tak tergamak hati ini Meyakiti insan sepertimu Jangan cuba kau merayuku Tertutup sudahlah hatiku Maafkan diriku biar dunia tentukanmu Terus berlagu di pintu hatiku Sedangkan aku hanya mampu menjawab Salam kasih mesramu oh kekasih Antara kita tiada lagi cinta Seperti ku katakan dalam artikel yang lepas. Kadang lagu boleh menjadi medium untuk menyampaikan sesuatu message....

Kenapa aku study kat sini???

1,2,3…………………….. Sekian intro untuk hari ini. Berbalik kepada yang asal. Ada orang cakap kat relax  “Apa hal kau tak keluar dari sini, dari dulu sampai sekarang duduk kat sini je. Tak teringin nak keluar ke (merantau) cari pengalaman baru.” (ayat yang keluar lepas diorang tengok relax sambung belajar kat sini) Ku balas pertanyaan tu dengan “besa la, aku memang nak duduk sini je, nak belajar sini, nak kawin dengan orang sini dan nak keje pun kat sini gak. Tak nak keluar dah” , kata ku secara spontan. Wahai orang yang berkata begitu kepada ku, korang tak tahu sebenarnya asal usul aku dan di mana asal aku. Ish2 main cakap je. Orang tanya la relax dulu. Untuk pengetahuan korang, relax berasal dari KL dan hidup kat sana pun dah lama dah. Siap berpindah ke Selangor lak lepas 2. Setakat nak suruh relax keluar dari sini, then pergi shah alam untuk sambung belajar. Memang relax tak pergi la. Sebab kalau betul relax nak keluar dari sini, bukan shah ala...

Cara daftar penerapan UiTM

Cara daftar penerapan uitm pada sep 2012. Artikel diterbitkan untuk mengelakkan korang yang di panggil manusia jadi macam relax (tak tau nak daftar macam mana, hehe). Bila tanya senior-senior dalam fb, diorang senyap. Cari dalam internet pun tak jumpa macam mana nak daftar. Untuk pengetahuan semua, pelajar penerapan berbeza dengan pelajar biasa. Ini kerana pelajar penerapan boleh memohon pc (pengecuaian kredit ). Disebabkan itu, mereka boleh skip sem (bagi uitm, u lain tak tau la). Bagi kejuruteraan elektrik, 2 sem boleh di skip daripada 8 sem. Manakala kejuruteraan awam (ijazah di kampus penang) 3 sem boleh di skip daripada 8 sem. Jadi cepat sikit la masa belajar. Apa yang relax tahu dua programe tu je, program lain tak tau. Selain itu pelajar penerapan juga tidak perlu menjalani orintasi (yang ni paling penting). Di sebabkan pelajar penerapan tidak ada orintasi, pendaftaran mereka lambat sikit dan pendaftaran di buat semasa orang lain ada kelas. Bagi pelajar penera...

Kenallah Dia

Pada mulanya kita kenal siapa Dia. Masuknya kita di dalam si mati kita lupa siapa Dia. Timbulnya satu benda baru dalam diri. Benda itu lah antara hijab antara kita dan Dia. Hidup di sini melupakan Dia. Kita makin jauh kepada Dia. Lagi di kejar yang di sini, Makin jauh lah kita dan Dia, Kita tak cuba selami yang di dalam, Mana mungkin kenal Dia, Kita tak cuba mencari diri kita, Lagi jauh lah kita dan Dia, Hanya yang nampak solat, Macam mana nak kenal Dia, Yang di luar nampak bersih, Tapi di dalam kotor, Macam mana nak kenal dia, Hanya kata di mulut, Tak berserta perbuatan, Macam mana nak kenal Dia, Pengetahuan tentang itu ada, Tapi tak menempuh jalan itu, Bolehkah kenal Dia? Kalau betul mahukan Dia, Tempuhi jalan itu, Bersih hati dari sifat tercela, Gantikan dengan sifat yang baik, Baru kenal kita akan Dia, Jalan ini bukan mudah, Kerana akhirnya adalah nikmat, Han...

Lagu bagi diri ku

Cara ku meluahkan apa yang di hati, Cara ku meluahkan keinginan hati, Cara ku untuk menenangkan hati, Cara ku menyampaikan message kepada orang, Cara ku menceritakan keadaan diri ku, Cara ku mencari idea, Cara ku ………… Cara ku ……… Buat masa ini, yang di atas je dapat ku fikirkan.. Kasi update blog, Selamat….. Kenallah Ak, baru dapat Dia…. Paaiiii… J

Macam ni rupanya perasaan korang

Waahhh lama gile tak update blog ni. Almaklum la… hahaha Lupa pulak, Assalamualaikum kepada anda-anda sekalian.. Kalau korang tengok kebanyakkan girl suka shopping or window shopping. Benda yang diorang shopping pula selalunya baju, kasut handbag dan segala lagi la macam benda yang berkaitan girl. Kadang tertanya gak dalam diri relax, apa la best sangat shopping benda-benda 2 kan. Tetapi kini, relax dah mula faham kenapa diorang minat beli benda-benda cam 2. Perasaan yang rasanya boleh di kaitkan dengan perasaan girl yang suka shopping ni rasanya perasaan relax apabila melihat gadget. Perasaan yang rasa macam nak beli semua gadget yang ada kat kedai 2. Selamat la diri masih kuat, dapat menahan diri dari membeli semua gadget kat kedai 2. (Kuat la sangat… hehehe) Mungkinkah perempuan yang gile shopping punyai perasaan yang sama macam relax bila pergi kedai gadget, Cuma diorang tak dapat mengawal nafsu diorang. So, di belinya segala macam barang yang dior...

Apa itu blog?

Apa itu blog? Blog ialah satu tempat di alam maya digunakan untuk menulis or mencatit segala benda di dalam otak (Bagi relax la, korang tak tau la). Ada sesetengah orang menggunakan blog untuk merai keuntungan, publisiti, populariti dan sebagainya. Tetapi tidak bagi relax, kerana relax menganggap blog sebagai satu tempat untuk mengarut, meluahkan apa di hati,  mengeluarkan apa yang difikirkan, menghentam or perli orang, mencatit segala ilmu yang dijumpai, berkongsi ilmu, tegur-menegur, mencatit kenangan,  dan menyatakan ketidak puasan kepada seseorang. Dalam erti kata lain, kadang blog ni jadi dairy, tempat pembelajaran dan banyak lagi lah. Yang pasti, kebenaran lagi banyak dari kepalsuan. ;-) Relax n cool selalu. Selamat ku ucapkan kepada semua. Sekian dari relax, PPPaaaaaaiiiiiii. (artikel pendek yang dapat ku fikirkan)

Mahukan kebenaran

Rasa macam dah lama tak post ayat pendek-pendek ni. Nak post ayat pendek lah. Sudah ku katakan,  Kebenaran dan kepalsuan, Diri ku lebih gemar kepada kebenaran, Walau kadang kebenaran itu menyakitkan, Aku perlu menerimanya, Jangan kau cuba menjaga hati ku, Kerana ku nampak kebenaran daripada kelakuan mu, Kini ku faham segalanya, Tak guna kau jaga hati ku, Jika kebenaran sudah ku temui, Sifat mu itu menyakitkan hati ku, Kenapa kau tidak berterus terang, Agar boleh ku buang harapan ini, Aku pelik dengan diri mu, Kadang kau beri harapan, Kadang kau musnahkan harapan, Aku tak faham semua ini, Apa kau mahukan sebenarnya, Kebenarannya dapat ku agak, Hanya satu ku pinta dari mu, Berterus terang, Agar dapat ku pastikan kebenaran ini. Siapa rasa garam dia rasa masin. Kata akhir dari ku: The bitterest truth is better than the sweetest lies Hehe, hanya menulis apa yang ada di otak ku...

Suci hati, jika mahukan kasih itu

Masih banyak perlu diperbaiki, Jika benar mahukan itu, Suci hati, Gantikan segala perkara yang perlu di ganti, Baru dapat pergi ke tahap itu. Hiraukan apa orang kata, Kerana mereka tak nampak yang di dalam, Tetapi kena ingat, Luar sebenarnya cermin kepada dalam. Kalau betul begitu, Pandang luar nampak dalam, Dalam dan luar, Satukan keduanya, Tentu kasih itu dapat. Apa relax mengarut ni. Entah la labu... Macam selalu la, hanya menulis apa yang ada di fikiran ku. ^__^ Relax itu penting Tata

Hypothesis tentang perlawanan

Bercakap je, siapa pun boleh. Relax pun boleh juga. Cuba berlaku betul-betul,  baru kau tahu macam mana rasanya.  Lagi senang berbicara daripada melakukan. Semakin kuat sesuatu pukulan, semakin banyak tenaga dan stamina diperlukan. Semakin pantas sesuatu pukulan, semakin banyak tenaga dan stamina diperlukan. Berdasarkan hipotesis di atas ketahuilah bukan senang nak berlawan dengan ramai orang. Jadi, dapat disimpulkan di sini bahawa, selain kemahiran dalam berlawan, tenaga dan stamina perlulah banyak. Makna kata, kalau betul anda nak berlawan dengan ramai orang pastikan anda tingkatkan stamina, tenaga dan kemahiran dalam berlawan. Bukan tingkatkan percakapan tentang hal ini. Harap mengerti. Jangan marah ya. Adoi, kenapa aku terasa ni.... Pai...

Kata-kata dari pakcik Ujang

Remajo hanya sekali, jangan disio-sio walau sekali. Mencari cinta takpo berkali-kali, tapi jangan sekali-kali khianati cinto sejati. Berani hadapi kenyataan untuk terus hidup memang hebat tapi menyatakan berani pertaruhkan hidup nak jadi hebat itu hampeh.

Kepada bakal isteri ku

Tajuk memang pelik, tengok dalam FB semua duk sembang pasal kawin. Keluar dengan member pun diorang sembang pasal kawin. Pelik gak la pehal diorang ni duk sembang pasal kawin. Semua dah tak sabar nak kawin kut, entahlah relax pun tak tau kenapa. Di sebabkan itulah hari ini relax berfikiran terbuka sikit untuk menerbitkan ayat di bawah. Hehe.... Ku zahirkan cinta ku untuk mu, Hendak ku berikan kepada empunya, Empunya yang layak, Cinta ku bukan untuk di mainkan, Tetapi untuk kau simpan, Menjadi sebahagian diri mu, Melengkapkan diri ku, Menambah kekurang dalam diri ku, Jika benar kau pemilik cinta ini, Akan ku jaga dan melindungi mu selalu, Ku semai kasih sayang dalam diri mu, Ku pegang amanah dari ayah mu, Ku bimbing diri mu kejalan redha Nya, Inilah hasrat ku, Tetapi kuasa bukan ditangan ku, Semua nya tertakluk pada yang Esa, Sebagai insan biasa, Diri ku hanya mampu mencuba, Mencuba ke arah itu. ...