Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Dilema cinta Mu

Puasku coretkan kata cinta ini Beiringan kata seindah bicara Lautan api telah pun ku selami Namun geloranya tetap sama Oh tuhan Di manakah cinta Mu Oh tuhan Dimanakah rindu Mu Dan ke manakah redha Mu Ke manakah restu Mu Di lema cinta ini merungsingkan hati ku Ku harapkan cinta mu Ilahi Hanya ku dapat laknat dari mu. Dilema cinta Ilahi.

Orang memberi nasihat dah korang menjawab

Sebelum relax mula berbicara, ketahuilah segala isi di bawah ini hanyalah pendapat ku dan hanya di ambil dari otak ku. Aku lain, engkau lain, pendapat kita tak serupa. Harap faham ye. Orang memberi nasihat dan kadang korang menjawab:- Contoh 1: Si a: "Janganlah pakai macam 2, seksi sangat" Si b: "Ala ko, macam la baik sangat nak nasihat orang, ko pergi ubah diri ko jadi baik dulu baru datang nasihat aku" Kepada si b, Relax nak tanya sikit "Apa definisi baik bagi kau?" Adakah seorang manusia yang tidak melakukan kesalahan langsung? Adakah seorang manusia yang memakai jubah+serban ataupun seorang yang berjanggut +berkopiah dan sewaktu dengannya? Kenapa! Kau nak tunggu ustad, ahli ulamak or wali tegur kau ke baru kau nak dengar. Soalan akhir dari ku, berhak kah kau menentukan seseorang itu tak baik kerana kau hanya nampak zahirnya sahaja? (lainlah kalau kau ada kasyaf dan sewaktu dengannya). Contoh 2: ...

Kepalsuan dan kebenaran

Perkara yang dapat ku fikirkan di masa kelapangan...... Situasi: Ayat boy or girl minta putus dengan korang. Kepalsuan: Kita putus la, sebab awak terlalu baik untuk saya. Kebenaran: Sebenarnya saya dah ada girl lain dah or saya dah boring dengan awak. Comment: Kalau sesorang itu baik, sepatutnya kita lagi terima, sebab dia baikkan. Ini tidak, nak putus sebab dia terlalu baik. Apa kes. Situasi: Apabila seseorang meletakkan gambar di dalam FB or sewaktu dengannya. Seterusnya tulis dekat gambar 2, saya tak cantik la. Kepalsuan: Saya tak cantik la dalam gambar ni. Kebenaran: Cantiknya gambar yang aku baru upload ni. Comment: Kalau gambar tak cantik or hodoh ada ke orang nak upload dalam FB or sewaktu dengannya. Situasi: Apabila orang yang tak sihat menjawab pertanyaan "Kau sihat tak? or apa khabar?"  Kepalsuan: Aku sihat je. Kebenaran: Aku sebenarnya tak sihat. Comment: Sebenarnya ikut suka korang la nak bagi jawapan apa pun. Lagi pun orang yang ...

Asal usul perkataan "bla bla bla...."

Tiiiinnnnggggg tiba-tiba terdetik di dalam otak ku berkaitan asal usul  “bla bla bla….” Relax rasa semua orang mesti tertanya-tanya or pernah terfikir dari mana perkataan “bla bla bla..” itu muncul. (ada ke orang terfikir tentang hal ni….) Korang tahu tak perkataan bla bla bla itu apa dia.  Kalau tak tahu klik disini . Kalau korang klik link di atas korang akan nampak sedikit apa itu “bla bla bla” dan bila nak gunakan perkataan “bla bla bla” ni.   Ala mesti korang pernah guna perkataan ”bla bla bla” ni dalam karangan korang. (betul ke??? ) Tanpa membuang masa dan membazir masa lagi, hari ini 12 Aug 2012 bersamaan 23 Ramadhan satu rahsia besar akan terbongkar. Rahsia yang akan menceritakan asal usul “bla bla bla”. “Bla bla bla” berasal dari perkataan melayu iaitu boleh belah. Perkataan boleh belah selalu digunakan oleh orang-orang otai untuk menghalau orang yang diorang tak puas hati. Contoh ayatnya ialah kau boleh belah la wei dan sebagain...

Download video dalam youtube tanpa software

“Apahal youtube tak letak button download kat setiap video. Senang sikit nak download video dalam 2 kan.” Pernah korang terfikir or tertanya dalam diri korang macam kat atas ni tak??? Asal download video dari youtube mesti kena guna software. Software yang sering digunakan untuk download video dari youtube ialah download accelerator plus (DAP), internet download manager (IDM), real player dan banyak lagi lah. Dah la software tersebut susah nak jumpa yang free. Dah install software tersebut lepas tu kena crack or patch la pulak sebab nak bagi jadi full version. Tetapi lainlah kalau korang beli software 2 kan. Hehe.. Jadi sekarang ni, pernah tanya dalam diri korang tak “Bagaimana caranya untuk download video dari youtube tanpa menggunakan software?” Kalau anda penanya soalan tersebut. Ye betul, anda sedang membaca artikel yang betul. Manakala jika anda bukan or tak pernah langsung bertanya soalan di atas, apa salahnya korang baca artikel ni bertujuan untu...

Kunci di dalam kehidupan

Tersebut la kisah selama ini…………………………………….. Sekian pendahuluan dari ku. Asyik-asyik menggunakan ayat panjang. So, hari ni buat ayat pendek balik. Pasal apa? Jom bersama kita pikirkan. Mengubah segalanya, Mengikut apa ku mahukan, Aku tak mampu, Usaha, Itu je yang termampu, Dialah penentu segalanya, Kalau Dia kata tak boleh, Maka tak boleh lah, Kalau Dia kata boleh, Maka boleh lah, Hanya satu pilihan selepas berusaha, Terima segalanya… Berdasarkan ayat diatas, ketahuilah korang sesungguhnya sebagai orang yang tak punyai apa-apa korang cuma ada dua pilihan iaitu: -Berusaha. -Redha. Inilah kunci di dalam kehidupan.  Cuma nak ingatkan diri sendiri dan orang sekeliling je. Relax tau korang pun tau tentang hal ni. Kata akhir dari ku: Seperti selalu, yang mana salah perbetulkan dan yang mana betul jadikan pedoman. Sekian… Bukan selalu nak tunjuk baikan... Blah lu..

Tip solat terawih 20

Satu tip yang di ciplak dari otak ku, ingin ku kongsikan kepada semua orang yang punyai mata, akal dan sedang melihat artikel ini. Ada orang kata malas nak buat 20 sebab terlalu lama dan pelbagai lagilah alasan yang pernah ku dengari (eerrrmmm tersentak boboy)... Buka minda buka hati kasi tenang lu orang punya diri. Tip untuk solat terawih 20 ialah jangan membilang setiap rakaat dalam solat yang 20 tu. Sebaliknya bilang lah: - Salam bagi solat terawih tu... 10 je tau... - Kalau rasa banyak lagi bilanglah doa bagi setiap solat terawih tersebut... 5 je tau... - Kalau rasa banyak juga, bilanglah jenis solat... 2 je tau... solat terawih dan solat witir... Semakin pendek kan angka tersebut. So, lepas ni kalau rasa banyak sangat 20 tu. kira la seperti di atas. Mesti korang rasa sekejap je solat terawih 2. Selamat mengira ye saudara dan saudari sekalian... Apa salahnya korang start mengira macam kat atas kan. Memang nampak macam tak ikhlas je solat terawih 2, tetapi...

5 jenis golongan dalam solat

Ilmu-ilmu untuk perkongsian bersama. 5 jenis golongan dalam solat: 1. Orang yang bersolat sekadar solat, x ingat Allah s.w.t dan lambat solat. Dlm erti kata lain hanya melakukan perbuatan solat. X di terima. 2. Orang yang bersolat mengikut syarat yang cukup tetapi  tidak mengingati Allah s.w.t. X di terima. 3. Orang yang bersolat mengikut syarat tetapi sekejap ingat Allah sekejap lagi tak ingat Allah s.w.t. Boleh di terima. 4. Orang yang bersolat mengikut syarat dan mengingati Allah sepanjang solatnya. Boleh di terima. 5. Orang yang bersolat mengikut syarat, mengingati Allah s.w.t dan lupa segala isi dunia. Boleh di terima. Kisah untuk no. 5 (relax pasti korang penah dengar cerita ni): Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau be...

Garam pengubat darah tinggi

Berbicara tentang garam dari sudut kimia Rasanya semua orang tahu, untuk meneutralkan bisa ular, bisa ular itu juga digunakan. Manakala untuk meneutralkan sesuatu virus, virus juga digunakan dan virus ini seterusnya dijadikan vaksin. Dalam erti kata lain jika doctor menyuntik vaksin dekat korang, ketahuilah dia sebenarnya menyuntik virus dalam badan korang. Tetapi virus yang sudah di neutralkan lah. Apa yang relax tau macam 2 la. Berdasarkan apa yang di katakan di atas, boleh di simpulkan di sini bawasanya ubat untuk menyembuhkan virus/penyakit akan di cari menggunakan virus or penyakit tersebut (ayat pening sikit, sory la ye). Seperti yang kita tahu, penyakit strok bermula dari darah tinggi dan salah satu punca darah tinggi adalah di sebabkan oleh pengambilan garam yang berlebihan. Persoalan yang relax nak tanya sekarang ni dekat korang, bolehkah kita menggunakan garam untuk mengubati darah tinggi? Jawapan ku boleh. Tetapi haruslah dengan cara yang betul. ...

Perbuatan yang salah semasa bergaduh

Asyik relax je berbicarakan. So, hari ni relax nak kasi mamat tak puas hati berbicara pulak. ********* Di dalam artikel ini, pergaduhan = betumbuk / bersepak / bertolak Di tuju kepada lelaki di luar sana. Bukan pergaduhan biasa hendak ku katakan di sini tetapi pergaduhan yang melibatkan pukulan, tolak menolak dan sebagainya. (ala pegaduhan macam budak-budak lelaki kat sekolah 2) Jadi sekarang ni, aku nak cite sikit kat korang fakta yang di rujuk dari otak ku. Perbuatan yang salah korang buat semasa bergaduh: *Bergaduh di tempat awam. Relax nasihat kan kalau betul korang nak bergaduh jangan bergaduh di tempat awam. Ini kerana bergaduh di tempat awam hanya membantutkan pergaduhan korang. Tetapi kalau tujuan asal korang nak bergaduh hanya untuk menunjuk hero, berlagak hebat, nak meraih publisiti murahan dan segala macam mak nenek lagi yang berkaitan, ok tak pa bergaduh la di tempat awam. Manakala jika tujuan asal korang bergaduh kerana tak pua...