Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Jenis-jenis bumbung

Disebabkan dah jadi tukang bumbung skang ni. So, kena la bik tau sikit pasal jenis-jenis bumbung ni.  Di antara jenis-jenis bumbung:. Senang nak dibuat dan lebih murah. Bumbung KFC and MacDonald rasanya  Bumbung gudang ] Bumbung store rumah ku Sekian untuk hari ini... :)

Tentang apakah artikel ini?

Pening, pening, artikel ini tetang apa sebenarnya. Ce try baca kut korang tau pasal apa.  Maximum top speed telah di capai, Inilah saat yang menyedihkan, Hendak ku pecut, Sudah sampai ke limit nya, Ku ambil langkah akhir, Motor itu ku biar pergi, Dengan hati yang hampa, Ku harap satu keajaiban, Agar motor itu terkandas di pertengahan, Dengan itu ku menang perlawanan ini, Tapi sayang, Keajaiban tak selalu berlaku, Ku terima kekalahan ini, Tapi ingat lah, Minyak dan angin kan ku satukan, Sekatakan kedua-duanya, Block ku korek, Piston ku ganti, MIT Jet ku tukar, Carburetor  kasi besar, Ku pasti, Kemenangan kan ku kecapi, Kau tunggu la…. Sekian pemberitahuan ku kepada anda sekalian… (Best la pulak tulis pendek2 ni) Sila isi tempat kosong di bawah: Selamat______. (waktu korang baca artikel ni) A. Pagi B. Tengahari C. Malam D. Tengah malam Relax2 selal...

Makin ramai orang seperti ini rupanya

Hai-hai, Makin lama relax hidup, makin relax jumpa orang-orang macam ni. Dulu relax ingat ka orang-orang macam ni dah tak ramai dah. Rupanya masih ramai lagi orang macam ni. Macam tak percaya orang seperti ini ada. Pernah baca satu novel yang mempunyai watak seperti ini. Pernah tengok juga drama dalam TV yang punyai watak seperti ini. Lepas tu tertanya dalam diri “Ada ke orang di dalam dunia ni macam watak dalam buku and novel 2?” Tak sangka pula persoalan itu di jawab, Alhamdulilah. Kuasa Allah SWT. Makin lama, relax rasa makin ramai orang-orang yang dalam drama and novel ni dalam alam reality. Apa yang relax rasa, Di ajar untuk mematuhi, tapi tak di ajar untuk mendalami. Sekian, “Ku harap Diri Mu akan terus bersama ku.” Tenang-tenang selalu… Pai…

Apa yang diri ku rasa

Percayalah, ini bukan imaginasi ku. Tetapi benda yang relax nampak di masa depan. Terhasilnya segala yang di bawah selepas relax fikir sedalam mungkin dan menganalisa dari pelbagai aspek. Memang dengar macam entah apa-apa, tetapi demi mencari kesudahannya ku sanggup lakukan semua ini. (Ayat kena mantop sikit + nak jadi poyo gak) Kau dan aku tak boleh bersatu, Sudah ku fikirkan sejauh mungkin, Sudah ku membuat penghitungan, Kini ku punyai matlamat, Aku mulai fikir kehadapan, Tiada jalan ku temui, Umur dan masa sehaluan, Inilah penyebabnya, Kiraan ku cukup melebihi waktu sepatutnya, Jalan yang ku pilih terlalu lama, Aku lelaki, Engkau perempuan, Waktu kau dan aku berbeza, Ku lihat di sekeliling, Waktu kau ialah waktu itu, Masa itu ku masih tak mampu, Di waktu itu, Kaum sejenis mu banyak bersatu, Ku pasti kau pun begitu, Jangan kau menafikan, Ku tahu sekarang kau tak fikirkan, Tetapi sampai bila, ...

Banyak dalam satu (? in 1)

(Dari banyak menjadi satu.) Wahai ….h…t ku, Menemani ku di kala aku kesunyian, Menjadi penghibur di kala aku kesedihan, Suka dan duka bersama mu, Akan ku semat di dalam ingatan ku, Akan ku cuba menjaga dan lindungi mu, Sebagai mana diri ku menjaga keluarga ku, Bersama mu membuat aku lupa segala masalah ku, Walau kadang ku rasakan kita tiada keserasian, Pandangan kita berbeza, Cita rasa kita berbeza, Tapi itulah pengukuh hubungan kita, Diri mu ku jadikan ikutan, Aku kagum dengan ketekunan mu, Terlintas di fikiran ku, Ingin menjadi setekun itu, Tapi apa kan daya, Diri ku ialah diri ku, Tidak boleh menjadi orang lain, Tetapi ku simpan hasrat di hati, Ku kuatkan azam untuk jadi seperti itu, Kerana ku tahu, Hakikatnya kita sama, Kita adalah manusia.

Saya tak suka bawa kereta

Pemberitahuan kepada semua. Kepada orang yang bertanya "Kenapa kau tak bawa kereta?" Jawapan relax "Aku tak suka bawa kereta sebab aku tak rasa bebas bila bawa kereta. Selain itu relax tak suka main brake dan aku rasa macam bawa satu benda or bebanan yang besar bila bawa kereta." Harap maklum ye.  Jadi, bawa la kereta besar mana pun. Relax tak rasa apa-apa pun. Tetapi kalau korang bawa motorsport yang besar, teruja terus relax... Marah pun ada gak (sebab relax takda motor 2...) Maklumat tambahan: Jujur ku katakan, adrenaline ku akan semakin bertambah mengikut kelajuan motor . Kesimpulannya, lagi laju sesebuah motor, lagi bertambah keterujaan ku . atau Semakin laju sesebuah motor, semakin seronok ku rasakan.     Kenapa! kenapa! kenapa!. Kenapa adrenaline ku bertambah bila milihat motor bawah ni. dan motorsport yang lain. Tunggu aku, tunggu aku jangan pergi mana-mana. Come to papa, come to papa......

Tanda-tanda dan cara mencegah Strok

Sorry ye, ada emergency semalam. 25.6.2012, terima satu panggilan menyuruh ku pergi ke rumah tok ku. Tebaring tanpa pergerakkan itulah yang di beritahu. Disebabkan itu, relax menjadi mat rempit n mak ku menjadi ....... (pikir sendiri). Manakala ayah ku menjadi drifter. Sampai di sana sayu ku rasakan, melihat sekujur tubuh terbaring tanpa terdaya. Senang cite macam ni la. Relax pun tak sangka tok ku akan kena strok. Selama ni dia cakap elok je, bergelak tawa n bergurau dengan kami. Tiba-tiba relax tengok dia jadi macam ni (kuasa Allah). Memang bohong la, kalau relax kata tak sedih. :-( Masa tengok dia, terfikir gak macam mana la relax bila tua nanti dan banyak lagi la perkara yang relax fikir. Pesoalan yang muncul "penyakit strok ni penyakit keturunan ke?" sebab arwah tok belah mak relax pun kena penyakit yang sama. Tapi nak buat macam mana, redha je la. 117. Allah jualah Yang menciptakan langit dan bumi (dengan Segala keindahannya); dan apabila ia b...

Jadi inilah matlamat kau?

Idea ku datang dari yang lain. Kawan ku: “Jadi inilah matlamat ko?” Relax: …………(terkelu lidah untuk berkata-kata.) (buat masa ni, yang ni je yang relax ingat. Perbualan penuh tak ingat sangat) Ayat “Jadi inilah matlamat ko?,” sampai skang relax pikir. Tertanya dalam hati ku “apa matlamat aku? Betulkah ini matlamat aku?” Eeeerrrmmm entah la relax pun tak pasti apa matlamat relax. Pikir dari hari 2 sampai skang tak pasti lagi apa matlamat relax. Sory sahabat ku, sewaktu kau bertanyakan pasal matlamat ku, sebenarnya aku masih tak pasti apa matlamat aku. Adakah bahagiakan kedua ibu bapa ku or lain-lain, aku tak pasti. Serius aku tak pasti. Nak story sikit: Dari sekolah rendah lagi. Relax tak tau kenapa relax belajar or tak tau apa matlamat relax belajar. Relax tak tau kenapa kita perlu belajar bahasa Arab, ilmu sains, ilmu tauhid, ilmu Fiqah, ilmu sirah, matematik dan pelbagai lagi lah ilmu. Ikut je apa mak ku kata. Dia kata kena pergi s...

Belajar jadi manusia

Pada 19.6.2012, hari di mana relax belajar naik kereta api dan bas (kali pertama dalam hidup ku naik kete api, hehe). Macam kawan ku kata "Belajar jadi manusia." Apa relax rasa bila naik bas rapid, transnasional dan kereta api: Kereta api: Serius memang tak best bila nak tidor. Bunyi besi la, bunyi kerusi la, bunyi hon la, bunyi landasan la dan banyak lagi la bunyi. Bas transnasional: Lenguh kaki + sempit. Bas rapid: Memboringkan. Nak pergi tempat dekat je, tapi bas 2 pusing punya la jauh lepas 2 duk berhenti-henti lak. Bakal menyusul belajar naik teksi.... Hehe Sekian yang di atas, Sambung dengan yang di bawah,  ******************* Pelbagai halangan perlu ditempuhi, Di tambah dengan halangan dalam diri, Halangan yang paling sukar ditempuhi, Usaha dan tekad perlu ada, Angan-angan sahaja tak boleh, Semakin dekat semakin sukar, Beruntung pada siapa milikinya, Ramai yang mahukan, Tetapi ter...

Ketahuilah

Relax!!!!, pinjam blog kau nak buat teruk sikit…… Wahai ……h….t ku, Aku ingin berkongsi suka dan duka bersama diri mu, Aku ingin menjadi pelindung kepada diri mu, Itulah sebabnya aku desak supaya kau memberitahu tentang hal itu, Walau kau katakan “takda apa-apa.”   Kenapa hati ku berkata sebaliknya, Kenapa aku rasakan satu kepahitan yang kau tanggung, Sehingga kini hal itu ku pikirkan, Makin resah bila ku pikirkan tentang hal itu, Terlalu banyak benda yang bermain di fikiran ku, Ku cuba hilangkan segala yang buruk, Gantikan dengan yang baik, Apakah sebenarnya hal itu, Tertanya aku sendirian, Biar la apa kau nak kata, Aku penyebuk, Aku buat teruk, Aku tak peduli, Yang aku tahu, Kau sembunyikan satu kepahitan, Kepahitan yang tak boleh di kongsi, Hanya Allah tempat kau bergantung, Aku faham, Kalau itu keputusannya, Aku akan cuba tidak bertanyakan tentang hal itu, Cuma satu ing...

Tiada siapa kenal aku

Hendak ku katakan kepada semua. Supaya korang tahu siapa aku.  Tiada siapa kenal aku, Korang silap tentang diri ku, Aku bukan macam tu, Perangai berubah mengikut suasana, Untuk mendapatkan keserasian, Ye betul aku memang hipokrit, Kalau dah macam tu, Korang memang tak kenal aku, Jangan kecewa bila tahu siapa aku, Hidup ibarat pentas lakonan, Akulah pelakonnya, Korang pula penontonnya, Melihat segala lakonan ku, Andai korang tertipu, Akulah pelakon terhebat, Akhir kata dari ku, Korang tak akan kenal siapa aku. Peace yo.... Relax-relax selalu....

Cukup sampai di sini (tamat)

(Keyword) (catatan peristiwa) Tidak aku sedar kehadiran kamu, Sehingga saat itu, Bukan aku pinta, Muncul tanpa di duga, Tetanya aku kenapa kamu, Apa istimewanya kamu, Aku cuba mencari jawapan, Berbagai jawapan aku temui, Sehingga satu ketika, Tak mampu aku pikirkan, Aku biar segalanya berlalu, Cukup sampai di sini, Sudah sampai ke akhirnya, Aku tidak akan, Memang tak akan, Ingatlah...... Sekian dari ku, Tamat sudah, :-D Relax selalu.

Siap semasa cuti sem

Projek bermula awal bulan 4 dan semalam 10/6/2012 sudah tamat projek sepenuh masa ku buat rumah.Di buat pada hari relax tamat dan adik ku cuti sem. Dah tamat sebab cuti dah habis. Dah nak kena start belajar balik. Hehe adik aku la. Jadi sepanjang tempoh cuti 2, ini je la yang dapat di siapkan or dapat di buat.... Proses menaikan segi Preparation nak angkat segi Sudah naik 10% segi Ok dah naik kasi ikat Jom-jom ambil gambar dulu sebelum pasang segi Ok, masa untuk memasang segi Memikirkan cam ne nak pasang segi Eeerrmm cam ni kut pasang Takpa2 kita buat je, asal nampak segi Siap sudah segi nya Inilah puncak bumbung ku Potong-potong kasi cantik sikit (step akhir sebelum tamat) Pemandangan dari bumbung ku, hehe Waah adik siapa 2.. Adiks aku (ada 's' sebab dua org) Cam kenal rumah, va...