Skip to main content

Membebel or babbling



Salam sejahtera dan Assalamualaikum ku ucapkan kepada semua orang yang punyai mata dan seterusnya baca entri ku ini….



Dia aku suka sangat. Muslimah dia bagi aku. Bagi aku rasa la. Kenal selama dengan dia, aku perangai kaji dia. Aku perangai tertarik dia. Tak tahu aku kenapa dia . Perempuan jumpa aku banyak. Tetapi dia tertarik hati aku. Cinta perasaan kita munculkan tak boleh. Sedang aku mencari seperti perempuan dia. Kadang hati tertanya dalam diri. Adakah perempuan sebegini lagi ada. Mencari aku mencari terus. Akhirya jumpa aku sini dekat. Berkawan dia dengan aku. Tak pernah fikiran aku terlintas berkawan akan aku dengan dia. Takdir dari yang Esa. Kawan sepanjang bagi aku dia marah. Kaji perangai dia. Kaji mengkaji terus. Aku nak tahu dia perangai, macam benda aku buat. Semata-mata aku perangai dia nak tahu. Aku bagi, dia OK bagi aku. Ciri perempuan cari aku dalam dia. Nampak aku, perangai ok bagi aku. Seperti biasa, manusia tak sempurna. Apa aku Nampak ok, ciri aku cari ada. Itulah sebab suka aku akan dia. Akhirkata bagi aku, serius tertarik aku perangai dia. Itu apa yang ku tahu. Itu sebab suka aku akan dia. Lain perempuan tertarik aku rupa paras. Lain bagi diri dia. Perangai aku tertarik, itu sebab I love you. 2u.   

Haha, stop jangan terlalu stress.  Faham tak apa yang relax tulis atas ni.


Kalau nak tau, inilah yang di katakan salah satu contoh bagi membebel (bagi relax la sis n bro). Ingat salah satu je, banyak lagi sebenarnya. Fahamkan maksud membebel mesti korang tahu apa itu membebel.

Mengikut kamus dewan edisi ketiga muka surat 121, membebel membawa maksud:-

Bebel; membebel - mengeluarkan kata-kata secara yang tidak tersusun atau yang sukar difahami, mengomel.


Mengikut website:

Ramblng or babbling – merepek/merayau, merepek/membebel


Sebelum kita menceritakan lebih lanjut pasal membebel ni, ketahuilah korang bawasanya relax ni tak pandai cakap sangat. Selain itu relax juga tak pandai susun ayat bila melibatkan secara live. Itulah sebabnya kadang-kadang kalau korang dengar relax bercerita apa-apa dekat korang mula A lepas 2 C lepas 2 T lepas 2 A balik.

Perkara ini telah di buktikan semasa relax membentangkan tentang projek FYP ku kepada supervisor ku. Dah terang A sampai Z dekat supervisor ku. Lepas 2 boleh supervisor ku cakap, “apa kamu cakap ni, saya tak faham.”


Berbalik kepada maksud membebel, cuba cari hubung kait sifat relax dan maksud membebel. Agak-agak korang la, relax ni jenis yang membebel ke tidak? Hehe, jawapan di tangan anda.

Dah alang-alang ketahui maksud membebel apa kata kita tengok maksud nasihat lak.

Dalam kamus dewan edisi ketiga muka surat 923, nasihat membawa maksud:-

Nasihat-ajaran, petunjuk yang baik, peringatan…


Jadi sekarang ni cuba bayangkan orang macam relax ni kalau bagi nasihat dekat orang (nasihat guna ayat tak tersusun), agak-agak korang la. Apa diorang kata, relax bagi nasihat or sedang membebel?

Seperti selalu jawapan di tangan anda….


Apa yang relax dapat ketahui selepas menyelidik dan mengkaji maksud membebel dalam internet mahu pun buku (nak jadi poyo gak). Dapat di ketahui di sini “ye betul, aku memang seorang yang suka membebel.”


Penambahan,

“Membebel macam mak and ayah aku la dia ni” or “membebel macam orang tua  la dia ni” or sewaktu dengannya, selalu relax dengar ayat ni. Ketahuilah korang orang tua-tua or mak ayah korang membebel dekat korang sebab dia sayang dekat korang, tak kan la tiba-tiba je dia nak membebel. 

Jadi  sekarang ni, agak-agak korang la kan, kenapa relax membebel dekat korang? Jawapan di tangan anda.

Korang mampu memikirkannya kerana korang di kurniakan akal untuk berfikir.


Akhir kata dari ku, setiap manusia punyai dua pilihan dalam mengharungi liku-liku kehidupan mereka; perkara baik atau tak baik hendak di pilih. Anda yang tentukan.

(kena berubah ni)

Harap maklum…

Sekian dari ku…

I don’t like formality.

Cau cin cau….

Pai pai….

Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...