Skip to main content

Posts

Keburukan pokok cerita

  Salam sayang buat sahabat dan pengunjung blog ku. Bertahun yang lalu relax ada terbitkan artikel kebaikan pokok cerita. Korang boleh klik lin di bawah untuk melihat artikel tersebut. Kebaikan daun pokok cerita. Artikel di atas bagi tahu kebaikkan. Artikel kali ni relax nak bagi tahu pula keburukkan daun pokok cerita dan mudaratnya pada badan. Artikel ni di tulis berdasarkan pengalaman relax sendiri. Keburukkan dia iailah kalau korang terlalu kerap minum air atau makan daun pokok cerita ni dalam erti kata lain korang makan terlalu banyak, korang akan kehilangan suara. Suara susah keluar. Itu yang terjadi kepada relax bila relax makan terlalu banyak. Cerita dia sebab relax geram sebab relax asyik batuk ja, jadi nak cepatkan sembuh batuk tu relax minum air dan makan pokok cerita ni dalam kuantiti yang banyak. Esoknya terus hilang suara. Tapi sehari jela suara tu tak keluar. Takda la sampai bisu, cuma suara tak keluar macam orang sakit tekak tu. Lebih kurang macam tu la. Keburukkan...

Apa itu smart tv dan apa keburukannya???

Hai all, hai semua, Menyapi daripada dunia blog tak bermakna tulisan dan idea ku makin usang. Idea ku makin banyak cuma tak tercapai di dalam blog gara-gara tangungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Ada masa lapang ni boleh la update sikit balik blog ni. Hehe.. Eeermm relax rasa nak buat tutorial tentang jadikan tv anda smart tv.  Korang tau tak smart tv tu apa??? Kepada yang tak tau mai relax nak terang sikit smart tv tu apa dia. Smart tv tu ialah tv yang berfungsi macam PC or android. Ada internet, youtube dan macam-macam lagi lah. Tapi korang kena ingat bila main dengan teknologi ni, smart tv korang akan berat bila bertahun pakai sebab app dalam tv tu makin update dan sistem tv korang pula masih seperti dahulu jadi berat la app dalam tv korang tu. Keburukkan smart tv. (Relax tahu la sebab bapa relax sendiri ada smart tv) Jadi cari punya cari relax jumpa idea macam mana nak selesaikan masalah ni. Nanti dulu, artikel ni akan besambung ye. hehe Buat masa sekarang yang ni dulu re...

Serba ringkas maksud Raudhah

Raudhah!!!! Satu novel yang relax baca karya Ramlee Awang Murshid. Cerita dan plot yang menarik. Berkisah tentang seorang jejaka bernama Faris yang membuat banyak dosa sepanjang hidup dia. Akhirnya di beri hidayah oleh Allah di dalam bentuk mimpi sepanjang komanya selepas 3 minit jantungnya terhenti seakan mati. Seakan mati hidup kembali, itulah peluang yang di gunakan sebaik mungkin oleh Faris untuk meraih keredhaah dan keampunan Allah. Dua dunia yang mempunyai perbezaan watak membuat Faris seakan keliru siapa dirinya dan orang sekelilingnya. Karya Ramlee Awang Murshid memang tak pernah mengecewakan. Korang beli, alami dan baca sendiri cerita ni, memang best bagi relax.  Cerita lebih-lebih tak best la kan. Karya dia lebih kepada islamik tetapi berbentuk aksi.  Kenali watak Faris di dalam novel Raudhah: - Faris di kenali Joker di alam mimpi yang mempunyai karakter kejam dan seorang pembunuh (Contract Killer ). Di alam realiti Faris seorang pemabuk,...

Mengapa pin bumi di plug lagi besar dan panjang daripada pin lain

Hai kembalik lagi kita dalam relax tenang blog. Ku gelar diri ku relax. Jumpa luar just call me lex. Cheehhh nama orang putih ja tak nak kalah. Tapi cakap orang putih kelaut. Apa-apa jela wei.. Hari ni relax cuma nak kongsi sikit pengetahuan dekat korang. Pengetahuan  yang relax dapat setelah membaca buku-buku ilmiah dan baca dalam blog. Korang pernah tengok tak 3 pin soket 13A korang.  Pernah perasan tak yang pin untuk bumi lagi besar daripada wayar hidup dan neutral. Pernah tak korang terfikir kenapa jadi macam tu. Haaa, ni lah sebab artikel ni di wujudkan, untuk memberitahu korang kenapa diorang cipta pin sedemikian rupa. Baca bawah ni kalau korang nak tahu kenapa 3 pin untuk 13A soket macam tu. Pertama sekali relax bagi intro dulu 13A 3 pin soket ni atau di dalam English nya di panggil 13A 3 pin plug top selalu di gunakan di dalam aplikasi elektik di rumah kita atau sebagainya. Paling senang korang nak tengok, korang boleh la pergi ke dapur dan tengo...

Kenapa lipas mati terbalik????

Kenapa lipas selalunya mati terbalik?????? Hai bertemu kembali kita dalam blog ku. Kata nama ku di dalam blog ini ialah relax. Suka menaip di masa lapang, masih single oopppss silap, dah beristeri satu. Nak yang no. 2 tak tau la bila bro and sis. Ok lah intro pasal diri relax dah settle sekarang kita masuk ke jawapan kepada soalan di atas. Sedikit sebanyak tentang lipas yang korang perlu tahu, lipas ni ada perbagai jenis. Jenisnya pula bergantung kepada suasana dan persekitaran mereka tinggal. Dalam erti kata lain setiap negara mempunyai lipas yang berbeza bentuk dan warnanya. Ini adalah di sebabkan suasan persekitaran mereka. Jenis-jenis lipas adalah seperti berikut:- 1. German Cockroach 2. American cockroach (Jenis di Malaysia) 3. Brown banded cockroach 4. Oriental Cockroach Antara jenis lipas adalah seperti di atas ya teman-teman. Antaranya ya, banyak lagi sebenarnya. Letih nak taip dalam ni cukup lah 4 je kan. Nak tau lebih-lebih...

Downloads and watch avengers end game for free.

Downloads and watch avengers end game for free. Lihat avengers end game secara percuma online. Dua tajuk yang selalu orang cari di masa ini. Sambungan daripada avengers infinity war. Relax cerita sedikit al kisahnya macam mana dalam avengers end game ni. Spoilers versi relax la kiranya ni. Hehehe. +_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+ Kesah bermula sambungan daripada iron men yang tersangkut di angkasa selepas tewas di tangan thanos. Saat iron men putus harapan kerana oxygen dah nak habis di dalam kapal, Captain Marvel datang menolong iron men. Di bawanya iron men ke bumi kembali. Di bumi pula saki baki avengers masih cuba untuk kembalikan dunia seperti sedia kala. Dalam erti kata lain kembalikan semula semua yang hilang selepas menjadi debu di dalam peristiwa Thanos memetik jari dia. Perbincangan di buat di antara avengers untuk mencari Thanos lalu merampas kembali sarung tangan milik Thanos. Semua avengers berkumpul dan pergi ke satu planet yang di huni Thanos dan men...

Akhirnya boleh menulis kembali dalam blog

Hai all. Assalamualaikum semua, Hari ni rasa best sangat sebab berjaya menghidupkan laptop lama yang diri ku ambil di SYM. Baiki dan kaji habis semata-mata nak hidupkan laptop lama. Cuma ada sikit lagi yang belum di baiki iaitu suara computer ni. Tak pa kaji lagi dan terus mengkaji. Hehe. Sekian daripada relax. Pai2.