Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Aku tulis apa yang ku tahu 3

Pandang ku di dalam diri, Depan ku 3, Kanan ku 3, Kiri ku 3, Penjuru kiri belakang ku 3, Penjuru kanan belakang ku 3, Depan barisan depan 1, Atas baik, Bawah jahat, Makhluk taat kiri kanan belakang, Segala berlaku kehendakNya, Segala puji bagi Nya itu 5, Pembuka Islam itu 3, Wujud itu hanya satu 3, Besarnya Dia itu 5, Wujud itu hanya satu 3, Berkumandang Maha berkuasa dalam diri, Redha lah wahai diri.

Aku tulis apa yang ku tahu

Kita nampak apa yang kita nampak, Ada satu di dalam diri tiada nampak, Kita lah itu, Darah mengalir, Itu yang di nampak, Satu aliran tiada nampak, Mengalir di dalam diri, Mengikut alunan lagu, Lagu datang daripada diri,, Sebati ia di dalam diri, Meletup lah ia, Segala rahsia bukan rahsia, Nampak segala yang tiada nampak, Dahulu hijab, Tidak kini, Sampai di sini, Mudah jangan di cakap, Lawan lah wahai diri, Syurga mananti. Sekian nukilan ku.

Aku tumbuk orang marketing

Hari ni tak nak cakap banyak, relax nak post lagi tentang seseorang yang meminta relax post luahan dia dalam blog relax. Korang pun kalau ada luahan apa-apa yang nak di ceritakan email lah kepada relax atau pun post di ruangan komen dia bawah. Mana la tau, korang punya cerita relax post dalam blog relax ka.  .............................................................. Tajuk macam gempak. Tapi tak gempak mana pun. Cumanya aku tumbuk bukan menggunakan tangan tetapi mengunakan kata-kata sahaja. Gila la kalau aku guna tangan, aku tak kerja sini dah rasanya. Ala kepada yang susah nak faham tu, bahasa mudahnya aku marah orang marketing. Aku marah sebab dia suruh buat kerja dia. Makna kata kerja yang selama ni aku tak pernah buat, dia suruh aku buat. Dia suruh buat kerja dia pula guna orang yang berpengaruh. Orang berpengaruh tula yang suruh aku buat. Pada mulanya aku tak kesah sangat sebab kerja dia senang je kut. Tapi bila aku tanya perangai dia ni dekat orang lain, ora...

Stress kerana adat

Hai semua. Seorang mamat bagi dekat relax suruh post artikel dia. Katanya luahan perasaan dia. Haha. Kita layang kan je la artikel mamat ni. Jom kita tengok artikel dia. ................................................................ Aku dah penat, aku makin stress. Semua benda tak settle lagi. Aku pun tak tau orang yang nak kahwin ni macam mana. Aku pun tak tau salah aku kah, salah family aku kah salah pasangan akukah. Yela, stress di tempat kerja, stress pula di rumah. Kalau tak ada pegangan agama ni, boleh la nak bunuh diri semua tu. Hahaha... Stress pasal kahwin sebab: Duit yang sedia ada takda la banyak sangat, aku pun cakap la nak jemputan kecil kecilan sahaja, tapi bila bincang-bincang diorang kata tak boleh, kena buat jemputan dalam 1000 orang juga. Aduh stress pula aku. Keluarga aku mahukan hantaran, bincang punya bincang belah sana tak nak hantaran pula. Cakap dekat keluarga aku, diorang tetap mahukan hantaran. Aku yang orang tengah ni pening k...

Kata-kata untuk hari ini

Hai. Lama benar tak update blog ni. Sorry blog ku. Hari ni relax terbuka hati untuk bicara tentang satu pegangan. Satu pegangan yang di pegang oleh relax sendiri. Relax rasa boleh juga dipegang oleh korang semua. Diri kita. Kita tahu tahap mana. Baik ka. Buruk ka diri kita. Kita sahaja tahu. Pejam mata nilai sendiri. Cuma satu relax nak ingatkan dan nak korang pegang jadikan pegangan. Jika merasa kan diri tak baik. Jangan sesekali menyusahkan orang lain. Rasa diri malas jangan sesekali menyusahkan orang lain dan sewaktu dengannya. Jadinya pegang lah pegangan walau diri masih bertatih untuk baik. Jangan sesekali menyusahkan orang lain. Oklah. Sekian daripada relax. Harap korang faham la apa relax nak sampaikan ya. Peace yoo.