Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Drop down list in excel

Selamat malam, pagi dan tengahari semua. Hari ni relax nak berkongsi dengan korang sedikit pasal satu ilmu yang relax pelajari di tempat kerja relax. Relax buat semata-mata sebab malas nak key in data pekerja yang sama setiap kali dalam excel. Jadi relax carilah macam mana tak nak key in data yang sama dalam excel. Lagi satu memudahkan sebab tak payah dah nak risau type-type bagai sebab dah tersedia datanya semua dalam ni. Hanya pilih melalui mouse sahaja data-data tersebut. Senang dan mudah. Ilmu yang relax nak ajar korang ni ialah macam mana nak hadirkan list di dalam excel. Atau dalam English nya "How to make drop down list in excel". Okay kita saksikan tutorialnya di bawah. 1. Korang buka excel korang dan pilih petak yang korang nak hadirkan list tersebut di dalam nya. 2. Okay sebelum relax terlupa, korang buat dahulu satu data untuk di munculkan di drop down list yang bakal korang hasilakan nanti. Contohnya seperti dibawah, relax nak hadirkan...

Abang Long Fadil 2 full movie

Bertemu kembali kita. Tajuk movie yang menjadi perbualan gempak orang Malaysia. Jangan risau, Full Movie Abang Long Fadil 2 akan ada tidak lama lagi. Buat masa sekarang full movienya hanya dapat di lihat di dalam panggung ye kawan-kawan.  Okalah cerita ni bagi relax. No bad orang putih cakap. Kali ni Abang Long Fadil yang di lakonkan oleh Zizan Razak terlibat pula di dalam dunia Mafia. Di tuduh pula pembunuh upahan. Jadi kisah ni menceritakan perjalanan Abang Long Fadil dalam membersihkan namanya sebagai pembunuh upahan. Ringkasnya begitulah. Nak tahu lebih lanjut korang tunggu full movie nya ya. Kalau tak boleh tunggu korang pergi la tengok dalam panggung. Sekian review ringkas daripada Relax. Pai.

23 September 2017: Hari selangkah ke arah ikatan.

Selamat semua. Lama betul tak post ni. Bukan bermakna dah berhenti ber blog ye. Cuma terlalu penat balik kerja tu. Hari ni tulis blog pun daripada tempat kerja ni. Peristiwa yang perlu di ingati, relax pun post la dalam blog ni. Hari Sabtu yang lepas iaitu pada 23 September 2017. Hari diri ku selangkah ke arah satu ikatan teguh. Semoga di permudahkan segala urusan. Ayuh kumpul duit.  Cerita bermula bila relax tengok dalam kalendar tempat kerja ku. Di situ ada tulis 4 hari cuti. Rancang nak pergi hiking. Di sebabkan faktor hujan, relax tangguhkan hiking. Lalu terfikir pula aktiviti lain yang lebih berfaedah, iaitu aktiviti selangkah ke arah satu ikatan. So, relax pun ajak la semua my family ke tempat tersebut. Sambil-sambil tu diorang ni boleh lah jalan-jalan tempat ni. Ok, jom lah rancang langkah seterusnya pula.  Bila tu nanti ibu ayah ku bincang. Okalah sekian post kali ini.

Angan-angan ku....

Pejam celik rupanya dah puasa. Dah nak habis bulan lima ni. Pejam celik juga dah lama blog ni tak di update. Biasa lah sibuk kerja kan. Macam ni lah. Entah lah, tengok barang  bawah ni berkenan sangat, rasa nak beli. Tapi mahal la pula. dan banyak lagi lah. Tak tersenarai benda-benda yang di inginkan.... Biasa lah, angan-angannya kalau dah ada rumah sendiri nak ada satu bilik untuk bertukang, dimana semua barang ada dalam tu. Senang nak buat apa-apa. Bila angan-angan ni nak tercapai entah lah. Barang-barang bertukang yang elok mahal. Kaya boleh lah beli semua tu. Angan-angan akan menjadi kenyataan atau tidak, Kita tengok je la masa depan nanti. Okalah sekian luahan untuk kali ini. Yang benar Relax tenang.

Ibu pngubat kedukaan

Tengok gambar ni dalam istagram. Relax bersetuju dengan gambar ni. Peluk memang hilang stress habis. Tapi tula. Selalu peluk nanti di cop lemah pula. Jadi kalau betul betul perlu tak boleh tahan stress. Baru peluk. Apa apa pun masih bertahan sehingga kini. Alhamdulillah semakin kuat.

Ya Allah aku dah penat 2

Hari ni cuma nak cakap. Aku makin penat. Hari ni rasa nak menangis. Nampak kuat x berapa kuat sebenarnya. Mana taknya, email mengatakan gaji tahun ni tak naik. Padahal setiap tahun gaji naik. Tahun ni tak naik. Lepas tu bila fikir dengan kerja yang makin menjadi-jadi. Adoi entahlah malas cakap apa. Semoga makin kuat diri ini.

Semakin penat ku rasa

Satu kisah daripada mamat yang ingin meluahkan perasaannya. Relax itu nama owner relax tenang. Lalalala...  3 2 1 . . . . . . . . . Ini kisah benar, lahir daripada hati yang tulus mengharap satu perubahan dalam diri. Kisah ku bermula daripada awal pagi. Bangun pagi, ku celik kan mata lalu gagah ku berdiri. Kata zikir dan berdoa ku “Allahhuakbar, Allahhuakbar, subahanallah, berikan lah ku kekuatan hari ini untuk menjalani hidup ini, Allahhuakbar. Subhanallah.” Zikir dan doa ku ucap, semata mencapai kekuatan untuk ku redha dengan kerja ku kini. Untuk memunculkan kekuatan di dalam diri. Memancar satu semangat dalam diri. Untuk meninggikan keimanan ku yang goyah ini. Untuk melawan segala anasir jahat semakin hampir kini. Yup, benar, diri ini makin penat dengan kerja ku kini. Tiada tentu hala, lari daripada bidang. Itu ini, semua harus ku lakukan. Bohong kalau ku katakan tidak penat. Kontraktor, tukang besi, cleaner, juruteknik, segala-...

Cerita juruteknik menjadi buruh kasar

Pejam celik dah nak dekat sebulan dalam bulan March 2017 ni relax buat kerja yang lari daripada bidang relax.  Memang la diri rasa tak best. Tetapi bila fikir balik relax perlukan duit untuk meneruskan segala misi relax, relax kekal kerja di sini. Dapat kerja lain, memang cabut dah, cerita dia tak dapat lagi. Mungkin rezeki di sini. Bertabah je la. Bukan itu yang relax nak cerita sebenarnya, cuma relax nak cakap sikit, sepanjang relax yang bekerja sebagai technician ni tiba-tiba sebulan jadi buruh kasar (terpaksa kerja). Adalah orang cakap "Kerja apa tak kuat, lembik." Okay ini lah sebab utama relax tulis artikel kali ini. Nak menjawab kata orang diatas. Memang la relax tak kuat dah buat kerja buruh. Relax minta kerja sini sebagai technician. Bukan buruh kasar. Kalau relax kuat, dah lama relax minta kerja sebagai buruh kasar. Ini dah lari bidang, memang la jadi lembik.  Sampai disini dahulu relax nak bagi tahu..  Sekian.

Kerja tak ikut bidang kerja, bertabahlah wahai diri.

Hai dan Assalamualaikum semua. Update terbaru tentang diri relax ialah relax tengah stress pasal kerja dan kehidupan. Bukan apa rasa tertekan sedikit bila fikir tentang kahwin, nak ada kereta, nak ada motor dan nak ada rumah. Fikir semua ni jadi stress pula. Dengan fikir kerja yang tak ikut job scope lagi. Semua kerja kena buat. Yang ni tak kesah sangat, ni dah sebulan jadi kontraktor, siapa tak stress woi.... Kerja sebagai technician tapi buat kerja buruh binaan. Letih badan oit. Adoi.. Mungkin dugaan buat diri relax ni. Bertabah dan sabar la wahai diri. Semoga di permudahkan segalanya... Ameen. Jangan stress-stress ye wahai diri. Relax tenang sahaja. Bagi semangat dekat diri sendiri sikit. Chaiyok wahai diri..

Apakah wanita itu?

Hari wanita sedunia iaitu pada 8 March 2017 Rabu. Tergerak hati nak tulis pasal artikel tentang wanita yang dituju khas kepada wanita. Hari ni hari wanita hari merai sang wanita. Tergerak hati terlintas di buah fikiran wanita bagi ku seorang insan yang sentiasa memerlukan teman. Tidak boleh di biar bersendirian. Ada saja yang menjaga nya. Ayah tiada adik lelaki menjadi penjaga. Tiada adik bapa saudara menjadi penjaga.  Pendek kata sentiasa memerlukan teman dan di lindungi. Lumrah sang wanita. Itulah apa yang ku tahu. Tetapi lain pula dengan seseorang yang relax bincang tetang wanita itu. Relax kongsikan pendapatnya tetang wanita. "Wanita bersifat luhur dan murni. Murni disebabkan kebaikan dia dan luhur disebabkan kesopanannya dan perilakunya dalam menangani sesuatu masalah dunia. Dengan dua sifat murni dan luhur inilah seseorang wanita mampu untuk menggoncang dunia. Definisi murni. Murni berkait rapat dengan hati manakala luhur pula lebih kepada perwatakan luaran. dari lua...

Jangan penat wahai sahabat

Hai dan assalamualaikum semua. Hari ni rasa nak luah sesuatu dahulu. 3 2 1 okay start. Adduuuhhhh hari ni 10 Februari 2017, rasa penat selepas balik daripada kerja. Nak kata guna banyak tenaga rasanya tak. Tapi memenatkan. Semalam 9 Februari 2017 lagi memenatkan. Relax pun tak tau apa yang relax buat. Balik je rumah terus tak bermaya. Mungkin penat layan kereneh orang di tempat kerja tak pun penat sebab terlalu banyak berjalan. Tak tau nak kata lah. Tapi dua hari ni rasa penat balik kerja ni. Apa apa pun demi sesuap nasi harus ku kuatkan langkah ini. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen. Sekian daripada relax.

Cukup sampai di sini

Hai semua. Relax nama di beri dalam blog ni. Rasa nak luah sikit perasaan kali ini. Serius relax cakap. Ini yang terakhir relax bercinta. Selepas ini tak mau dah. Sakit wei sakit tau tak. Hahaha... Dituduh macam-macam. Mengikut pengalaman yang relax handle n kaji pasal orang bercinta ni. Tiada siapa salah sebenarnya. Salah diri sendiri. Redha jelah lepas ni. Sama ada mati sampai dulu atau jodoh dgn manusia sampai dulu. Terdengar satu ceramah. Alam barzakh itu lagi luas. Macam alam ini juga. Tapi lebih luas. Wallahu'alam.

How to fix Unfortunately, the process com.android.systemui has stopped in phone.

Hello guys.. We will meet again in here.. My blog is relax tenang. I call myself Relax. Just call me relax..... Okay,, I have Samsung Note 3 but My samsung faced a problem. The problem was my home button always show dialog box " Unfortunately, the process com.android.systemui has stopped. " So, how to fix this it??????? Don't worry, this is the solution: No need to worry, this cause only because of sofware or app issue. Just go to play store and try to find google as picture below: Then, just click uninstall. Picture above in my phone. I already uninstall this app. If you click uninstall this app. It will as to uninstall update for this goole or not. Just click ok or yes. After you have done it, supposely you have fix this problem. CONGRATULATION YOU HAVE SOLVE THIS PROBLEM.  Sorry for my bad english. Lalalala...  Malay version. Semenjek dua menjak ni relax hadapi masalah dengan phone relax. Masalah dia ialah apabila relax tek...