Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Tempat kenangan satu ketika dahulu

Hai semua. Jumpa lagi kita. Ok mana ada jumpa. Selamat membaca kembali semua. Hehe.  Hari ini takda kerja. Saja berjalan jalan di satu tempat. Boleh dikatakan tempat kenangan.  Tempat meninggalkan sepuluh satu kenangan. (Sepuluh sahaja sebab tak banyak sangat kenangan di sini).  Tempat relax mendapatkan wang dahulu. Sekejap je keja sini tak lama pun.  Tapi ada la kenangan tu. Hari ni saja datang sini setelah 6 tahun tak datang.  Nak tengok orang dahulu ada lagi tak sini. Setelah di teliti. Orang lain pula yang ganti. Mana pergi orang lama itu relax tak tahu. Biarlah apa pun.  Tempat masih sama. Orang dah bertukar.  Itulah kesimpulannya. Sekian coleteh relax kali ini. Inilah tempat yang meningalkan sepuluh satu kenangan.

Apabila ayah ku berbicara 1

Apabila ayah relax berbicara: "Jarang la abah dengar orang hutang bayar rm200 bulan-bulan akan bayar lebih jika dapat duit lebih. Selalu duit lebih tu akan di gunakan untuk keperluan diri sendiri ." Lebih kurang begitu lah ayat dia. Betul juga kata ayah ku itu. Apa pun jika berhutang. Kita perlu lunas kan secepat mungkin. Sekian daripada relax.

Yakin dan percaya itu kunci keimanan

Pernah ku dengar Percaya dan yakin itu kunci iman Percaya dengan Ilahi Yakin dengan Ilahi Percaya dan yakin Mudah mengungkap Mudah di laksanalan Sampai bila Itu menjadi persoalan Masa berlawan dalam diri Sukar hendak ku singkir Semoga mendapat kekuatan Mendapat juga keberkatan Tidak lupa satu pentunjuk Untuk ku terus utuh dengan satu keyakinan Sekian

Saat rindu menjelma

Saat rindu menjelma Ku pejam mata Memikir tetang dia Saat rindu datang Ku pejam mata Cuba menyingkir perasaan rindu Jauh nun di sana Bila di fikir Baru ku tahu Apa erti berjauhan Mengapa perlu di satukan Apa harus ku lakukan Buntu seketika Moga diberi satu kekuatan

Aku pening kepala

Okay, hari ni rasa nak luah sesuatu dalam blog ni.  Hanya nak luah gelisah dan pening di dalam diri sahaja. hehe.. Boleh tak gitu.  Biasa la pening sebab bila fikirkan soal masa depan, kawin, kereta, motor dan rumah. Pening bila relax fikir nak kahwin nanti modal banyak. Nak beli kereta untuk masa depan pun model banyak. Makna kata nak beli kereta baru lepas tu besar sikit. Yela nak ready berkeluarga kan ada anak, isteri bagai. Lepas tu nak ada rumah sendiri, sebab rumah makin naik harga. Takut pula relax bila tengok harga rumah. Motor pula tak ada lagi, motor sekarang motor my dad. Aiyo... Lepas tu ptptn pula kena settle kan. Kena bayar diploma dan ijazah.  Duit pula tak boleh nak dapat kan semua sekali gus. Kena satu-satu. Aduh pening kepala bila fikir nak dapatkan yang mana dulu. Kahwin ka, Selesaikan PTPTN dulu ka, Kereta dulu ka nak dapatkan, Motor dulu ka nak dapatkan, Ke adakan rumah sendiri dahulu. Entah la.. Ku...

Nampaklah aku cepat kesian dekat orang

Assalamualaikum. Rasa nak cerita sesuatu dekat korang. Hari ni message seseorang tentang fyp.  Lepas tu dia hantar ayat ni dekat relax. "Awk npe x nk jumpe sy? Sy bkn nk kt awk ape pn. Sy nk fyp sy ni settle je. Sy dh xtau ade silap kt mne lg dh." Mula mula memang la rasa nak biar je dia ni buat sendiri fyp dia. Nak bagi dia usaha sendiri la. Malas nak ambil tau sangat sebab relax memang tak tau sangat nak selesaikan masalah dia tu.  Tetapi bila dia bagi je ayat macam atas tu, adduuhhhh lemah semangat pula. Rasa tergerak hati nak tolong la pula. Ish2.. Nampak la relax ni cepat kesian kat orang. Aiyo susah macam ni. Ish2.. Okay lah nak bagi tau yang ni je. Nak tengok macam mana nak selesaikan masalah dia ni. Pai..

Bagaimana caranya memudahkan segala urusan anda

Hai semua. Selamat membaca semua. Okay hari ini mood bercerita. Nak certai sikit dekat korang. Cerita dia macam ini: Ahad 4 dec 2016. Relax pergi sesuatu tempat. Nak buat urusan sedikit di situ. Pergi dah lewat dah. Tekan mesin number dapat la number 2059. Number semasa itu dalam 2026.  Masa dapat number tu terfikir dah aadduhh lama lagi giliran relax.  Dah rasa tak best dah time tu. Tapi nak buat macam mana urusan relax perlu di selesaikan juga. Jadi relax pergi la di satu sudut untuk menunggu giliran relax di panggil dan tepapar di atas screen number. Dalam berlalu untuk ke tempat menunggu, ada melintas dekat seorang mamat ni. Tiba-tiba mamat tersebut hulur satu number yang bernumber 2031. Okay masa dia hulur tu tergamam relax, tak tengok dah muka dia, terus ambil number tu dah pergi menunggu di satu sudut. Masa tu masih tergamam, jadi relax tak cakap la terima kasih ke apa dekat mamat tu. Hahaha... Yela cuba korang bayangkan jika ...

Kahwin

Ok hari ni nak luah perasaan sikit. Satu satu kawan relax dah kahwin. Tiba tiba tertanya dalam diri. Relax pula bila lagi.. Eermmm entah lah. Tido tarik nafas dan ikut aturan Nya. Sekian.. Pai..

Bodek kena kuat dalam alam pekerjaan

Hai korang... Rasa nak tulis sesuatu dalam blog ni.  Tak selalu update sebab kerja. Balik kerja penat. Rehat-rehat kan badan lepas tu online seketika, lepas tu tidur. Rutin diri relax selalu bergitu lah. Hari ni ada la bersembang sedikit dengan seseorang. Relax cakap lah, dekat tempat kerja relax buat kerja tapi jenis tak cakap dekat siapa-siapa. Jumpa masalah, selesaikan masalah tersebut dan senyap. Orang tengok settle dah benda tu. Sebab relax merasakan tak penting pun bagi tahu semua kerja kita ni. Asal siap problem tu kira okay dah. Okay begitu lah relax rasa selama ini. Tetapi kali ini tiba tiba berbincang dengan seseorang. Dia cakap bila di alam pekerjaan ini. Kau kena la bagi tahu apa kerja kau buat dekat orang. Baru lah okay sikit. Bukan apa, nak bagi tahu kau buat kerja. Nanti orang ingat kau tak buat kerja pula. Alam pekerjaan ni lain sikit, semua kerja and apa-apa masalah kau kena bagi tahu. Baru betu kerja tersebut. Lepas ni kau kena ubah cara kerja k...

How to link Visual Nastran (VN) to Matlab

Nantikan artikel di atas. Bakal di tulis nanti. Sabar ye semua. Tajuk lain yang berkaitan: Cara nak sambungkan Visual Nastran to Matlab. How to design model in Visual Nastran. What is FLC? What is Fuzzy Logic Controller.? How to fix error in Visual Nastran? How to install Visual Nastran? Cara nak install Visual Nastran?

Perbincangan dajal.

Hai semua, Kemenangan presiden baru di US buat relax takut. Bukan sebab apa, hanya sebab ada orang mengatakan dia ialah geng iluminati, geng dajal lah dan banyak lagi lah, Nampak lah dunia makin di penghujungnya. Terasa takut pula. Nampak lah nipis lagi iman relax. Eeermmmm.....  Tiba-tiba dalam whasapp ada kami berbincang tentang hal ini, relax pun hantar la message:- "Kenal Allah pun tak lagi ni. Dunia dah penghujung ni. Macam mana ni.  Lalu ada seorang yang balas:- "Kita selalu duk bersyukur atas nikmat yang di beri... Dah redha selalu... Dah kira kenal dah la tu." Ayat yang di beri oleh seseorang di atas buat relax dapat bertenang seketika dan kurang sedikit rasa takut. Terima kasih si pemberi ayat. Sekian nukilan kali ini. Pai.

Aku merindu

Puisi rindu buat dia Aku rindu Rindu diri kamu Cinta hadir Pasti berbekal rindu Kerana cinta setulus hati Pasti ada merindui Jauh merindu Dekat merindu Di biar rasa pedih Kalih rindu Sibukkan diri. Itu sahaja yang ku tahu. Peace yoo.

Erti sebenar ukhuwah U__C

Hai semua. Jumpa lagi kita. Lama tak update. Maaf la yo. Dengar sikit luahan daripada seseorang ini. Malam ini aku ada terbaca ayat panjang lebar daripada sahabat aku. Baca pada mulanya tiada masalah. Tiada apa apa perasaan. Lalu aku melihat komen status tersebut. Di situ aku melihat kawan kawan seperjuangan di dalam kelab ku komen. Melihat mereka bergurau  senda dalam komen tersebut. Tersenyum aku selepas itu. Terhibur melihat komen mereka. Lalu aku teringat kembali waktu dahulu.  Kita duduk semeja di kedai makan dan meeting. Kita bergurau senda. Terkenang semuanya kenangan lalu. Gelak tawa mereka segalanya tentang mereka. Tiba tiba air mata keluar. Hahahaha. tersenyum aku sendirian.  Mungkin aku merindui saat itu. Sekeras hati aku. Merindu juga kepada mereka. Kini mereka semua makin hilang. Hilang kembali ke tempat asal. Walau pertemuan sesingkat ini Cukup memberi ku pengalaman Pengalaman merasai Erti sebenar sebuah ukhuwah. Walau di mana mereka berada Kena...

Projek besar daripada diri ku

First step untuk memulakan hidup di kemudian hari. Tebang dan buang semua pokok. Lepas ni tanah pula kena letak. Lepas tanah kena tarik benang. Tiang dan sebagainya. Masih banyak yang perlu di lakukan. Semoga kuat diri ini melakukan semua ini. Sekian daripada ku. Relax Tenang.

Cerita sang penderhaka

Sang penderhaka.... Menjadi tungangan sang penderhaka, Menjadi kawan sang penderhaka, Mungkin sang penderhaka peluk erat tubuh ini, Bila boleh ku lepaskan, Masih menjadi persoalan, Sukar pula hendak di lepaskan, Setelah sekian lama menjadi tungangan, bila nak di lepaskan, Masih menjadi persoalan.... Sekian coretan kali ini... Relax tenang selalu...

Cerita tentang jodoh

Menyepi dahulu, Kembali kini, Itulah diri ku, Nama relax di gunakan... Jodoh, Tak perlu di cari, Hadir sendiri, Jika benar jodoh bersatu nanti. Hadir sendiri??? Jika benar-benar yakin boleh dapat. Biarlah apa pun. Peganglah pengangan masing-masing. Pengang pula sebenar pegang. Jangan ada keraguan. Barulah dapat. Faham ke tidak apa relax nak sampaikan.. Harap faham la ye.

Kematian pasti menjemput kita

Group Telegram Daripada sS: SAJAK KEMATIAN Lagu ini sebuah lagu sepi Irama ini sebuah irama tanpa melodi Aku karangkan sebuah sajak kematian Kerana angin sudah tiada lagi nyanyian Kerana gema sudah kehilangan getaran Terkaku beku tanpa gerak lakuan Terpadam sudah cahaya mentari alam Tertumpah sudah lautan angan dan impian Saat diusung tandu kepergian Untuk melangkah ke alam pembaringan panjang Dalam ruang kegelapan yang misterinya masih belum terpecahkan Kerana pengunjung yang telah berkunjung tiada pernah pulang membuka selubung Bagaimana ketakutan perasaan ketika disana Hanya khabar berita dan cerita-cerita yang amat jauh dari suasana hakikatnya Yang telah pergi saja yang tahu bagaimana kesukaran atau kesenangannya Jangan engkau memandang kepada jasad kakumu itu Itu hanyalah tembikar tanah yang pulang kepada ketanahannya Pandanglah sebenar dirimu itu roh yang selama ini menggerakkan jasadmu Dan rasamu tetap hidup dan bakal merasakan kesakitan atau kesejahteraan ...

Luahan selepas sudah bekerja

Salam semua, Nampak gayanya dah lama sangat tak update blog. Sebulan lebih dah kut. Gila aahhh.. Biasa lah, bila dah kerja ni. Nak update tu letih sikit. Bukan letih sebab apa, letih di tempat kerja tu membawa ke rumah. Barulah tau sukarnya nak cari duit dan penatnya mencari duit. Addooiiii penat weeeiii.. Nak bayar hutang PTPTN lagi, sebulah nak dekat RM400 gak lah campur diploma dan degree. Amboi dah macam ada kereta or motor sebuah dah. Nak buat macam mana, tak ada pilihan, hutang wajib di bayar sehingga selesai semuanya. Sabar je lah, mungkin ada hikmahnya nanti. Sabar lah wahai diri.... Okay sekian luahan dari relax untuk kali ini. Aduh... Saat luah benda di atas. Terlupa pula apa sebenarnya relax nak tulis. Aiyo, masalah betul. Tak pa la, relax ingat nanti relax tulis balik artikel baru. Pai pai semua.. Yoooo...

Kenangan ini akan ku simpan semat dia pikiran

Kadang aku malas terkenang saat saat indah Takut merindui seterusnya menangisi Terkenang peristiwa indah sudah mula membuat air mata ini berair Kadang kadang sebak aku rasa saat terkenang Jadi aku cuba simpan kenangan ini hindar daripada menjelma Sedih dan rindu aku dapat rasa Hendak ku luahkan apa guna Hanya air mata mengalir nanti Jadi ku biar dalam diri Luah hanya dia dalam ini Tempat mengucap kata hati Mungkin relax tenang menjadi kata hati Sekian nukilan ku kali ini.

Benarkah itu jodoh ku

Jodoh, Entahlah, Diri ku merasakan kau bukan jodoh ku, Tetapi hati ku berkata sebaliknya, Ku ungkap kata bukan jodoh ku, Hanya semata menyedap diri ini, Bila ku fikir, Ku takut, Takut jodoh itu tiada, Bagaimana perasaan ku nanti, Perasaan kau nanti, Entah lah, Tidak ku tahu, Di dasar hati ku, Ku merasakan jodoh itu ada, Hanya belum tiba masanya, Untuk kita di permudahkan..

3 zaman yang kita akan lalui

Selamat hari raya semua, Belum terlambat lagi rasanya relax nak ucap ucapan di atas. Baru raya kedua kan. Hehehe... Hari ni rasa macam nak luah perasaan sikit dalam blog ni. Bukan apa, pening kepala bila di letakkan di dalam akal fikiran. Hendak ku ceritakan kepada manusia, takut tidak di endahkan, takut juga orang jemu mendengar luahan rasa ini, takut juga diri ini di cop lemah. Eerrmm manusia gitu la. Weeerrkk nak ke tidak relax nak cerita juga kalau relax rasa perlu di ceritakan kepada manusia masalah ku. hahaha.. lalalalaa... Zaman sekolah kita memikirkan Universiti mana akan kita masuk dan kos apa akan kita ambil.  Zaman Universiti pula, kita fikir pula tentang kerja apa lah nanti kita nak kerja lepas habis universiti ni. Zaman kerja pula kita mula lah fikir pasal kahwin, rumah, motor, kereta dan barang keperluan lain untuk diri kita. 2 zaman yang relax nyatakan di atas telah berjaya ku lalui, sekarang masuk di dalam pekerjaan. Alam yang agak memenin...

Alam pekerjaan 1

Hai and Assalamualaikum relax ucapkan kepada pembaca sekalian. Lama menghilang bukan kerana diri ku sudah tidak berminat untuk menulis artikel di dalam blog ini, tetapi relax tiada daya upaya untuk menulis dek kerana penat selepas balik daripada kerja. Barulah relax tahu kenapa orang kerja balik-balik penat lalu rasa nak tidor awal. Tambah-tambah kerja yang dilakukan teruk. Lagi lah penat lepas nak balik tu. Kerja ni macam-macam orang relax jumpa, ada kaki cucuk belakang, ada yang keras kepala, ada yang suka buat pala dan banyak lagi lah. Sebagai seorang yang masih baru di alam pekerjaan, relax lebih banyak diam dan melihat cara diorang bekerja dan pemikiran diorang. Tak nak tunjuk memandai lagi, relax dan ayuh lihat orang dahulu. Lantaklah diorang kata relax tak pandai dalam sesuatu bab. Nak tengok juga diorang punya pemikiran macam mana. Setelah melihat lalu melihat pernagai orang relax dapat satu kunci yang di pegang oleh diorang. Pengangan itu ialah keyakinan. Di dal...

Kenapa bercerai

Caakk muncul relax hari ni. Relax berfikir menagapa orang yang sudah berkahwin lama. Tiba tiba bercerai dalam erti kata lain berpisah. Kenapa orang yang dah lama berkahwin pun ada perpisahan. Padahal dah lama kan pelik kan. Cerai atau perpisahan di dalam rumah tangga ialah satu kaedah terakhir yang di lakukan apabila persefaham dalam satu perhubungan sudah tidak dapat di capai. Boleh jadi tiada jalan lain lagi boleh di lakukan melainkan bercerai. Mungkin si suami sudah tidak dapat menerima si isteri. Mungkin juga si isteri susah tidak dapat menerima si suami. Dalam kes yang berlaku di persekitaran relax, si suami tidak melafazkan kata cerai malahan si isteri pula tidak pula meminta fasakh. Anak mereka pula ramai. Si isteri tidak menghormati si suami. Bergaduh tu boleh di katakan selalu juga la. Pelik kan. Kenapa mereka tidak berpisah. Pening juga relax bila memikirkan. Ish2. Kalau relax jadi laki tu. Relax rasa dah ceraikan isteri dia. Yela isteri yang dah tak pandai hormat suam...

Perlunya menipu di alam pekerjaan

Hari ni rasa macam nak tulis artikel dalam bahasa utara la. Walau tak pandai sangat takpa la. Hentam saja la labu. Terlalu banyak kerja, pecah itu, pecah ini adoi penat badan malam baru balik. Duit tu alhamdulilah. Okay saja. Hehe. Alam kebudak budakkan alam keremajaan alam kedewasaan alam belajar dan kini alam pekerjaan. Masih menempuh dah cuba serasikan diri di alam pekerjaan ini. Harap di permudahkan di alam ini. Bermacam yang relax belajar di alam pekerjaan ini. Salah satu nya dan paling kena buat ialah sabar sabar dan sabar. Tiga kali relax ulang pekertaan sabar ni sebab alam ini memang kena banyak bersabar. Tak sabar mampuih semua orang kena bedai atau kena kerja tempat tukar tukar. Kita kena sabar juga di alam pekerjaan ini kerana kita perlu berurusan dengan manusia yang mempunyai pelbagai perangai dan ragam. Aduh letih bak hang. Pandai cakap dan menipu. Dua faktor yang relax rasa perlu ada juga di dalam diri seorang pekerja. Hehe. Pelik kan bila relax memasukkan katerial ...

Semua nya sudah di takdir kan

Salam kembali pembaca sekalian. Terbaca dan hendak baca, itu semua ketentuan daripada Nya. Dia dah aturkan segalanya.... Redha itu sangatlah penting. 8/3/2016 Relax terbabit di dalam kemalangan. Kereta company yang di naiki oleh relax nak masuk kilang tempat relax bekerja sekarang. Lalu sebuah motor EX5 melanggar penjuru kiri tepi kereta. Alhamdulilah penunggan wanita tersebut terselamat dan tiada kecederaan serius yang berlaku. Kaki dia terseliuh dan luka sedikit. Masa mula-mula kena tu, relax macam biasalah, relax je. Tak cuak sangat sebab budak tu tak serius sangat. Tetapi bila dah lama sikit baru lah terpikir, kalaulah budak tu kecederaan serius, mampus relax. Confirm kena saman dan lain-lain. Aduh parah. Di sebabkan terlalu banyak fikir kejadian kemalangan tersebut, relax rasa tak best sikit bila bawa kereta ni. Tambah-tambah bila nak belok belah kiri. Terkenang kejadian tersebut. 11/3/2016 hari tu, di sebabkan terkenanang kejadian tu sewaktu bawa kereta. Ta...

Tips untuk orang bekerja di luar sana

Satu petua untuk mereka yang sudah bekerja di luar sana. 1. Sebelum pergi kerja jangan meluahkan kata-kata negatif seperti "adoi kerja pula dah, malasnya." 2. Selalu redha dengan kerja kita. 3. Jangan mengangap kerja kita satu beban. 4. Jangan di pandang sudut negatif kerja kita. 5. Pandang lah benda positive di dalam kerja kita. Sebagai contoh "Kita sering di marahi orang atasan, jangan di teringat marah ini tetapi teringatlah kerja ku ini ingin mendapt kewangan untuk melansai hutang-hutang yang ada." 6. Selalu berfikiran positive. 7. Hiraukan kata-kata negative orang lain. 8. Senyumlah walau di marahi dan stress. 9. dan sebagainya... Yang lain korang fikir sendiri. Apa-apa pun ingatlah mana ada kerja yang senang dalam dunia ni. Lagi satu ingatlah mana ada kita duduk saja lepas tu duit datang dekat kita. Usaha itu kena ada baru lah duit itu mari maa... Bertabah lah dalam menghadapi ragam-ragam manusia di sekeliling kita. Oklah itu sahaja untu...

Fasa-fasa hidup manusia

Hai, Alang-alang relax dah duduk di depan laptop ni. Relax tergerak hati nak tulis dalam blog ni pula. Eh silap bukan tulis tapi taip. Sebagai seorang manusia, relax berpendapat kita punyai fasa-fasa di dalam hidup. Fasa-fasa di mana akan mematangkan kita. Fasa di mana mengikut diri dan umur kita. Sebagai contoh di waktu kecil kita tidak memikirkan tentang kewangan dan segala bagai. Benda yang kita fikir kan hanya mainan dan ingin bermain. Selepas itu kita masuk alam di mana kita ingin berseronok dan terikut ikut cara orang lain. Kita nak jadi itu kita nak jadi ini. Biasalah masih mencari identiti sendiri lah katakan. Dalam erti kata lain masih mencari atau pun membentuk diri sendiri.  Di waktu terikut ikut ni kita tidak mempunyai pendirian tetap dan sering berubah ubah. Fasa ini juga bagi relax fasa yang bahaya. Bahaya kerana kita terikut ikut dengan orang. Fasa ini kita enjoy diri kita. Tidak kisah apa orang kata, matlamat masih pudar.  Selepas itu...

Apa itu jodoh?

Jodoh hadir tanpa di duga, Ada yang kenal terlalu lama, Berakhir dengan duka lara, Ada yang kenal tidak lah lama, Hidup terus bersama, Jodoh itu mana lah kita tahu, Hanya pencipta yang tahu, Rasayanya semua orang tahu, Hakikat ini. Sekian nukilan untuk hari ini. Pai. Relax

Wujud tahu segala isi hati

Aku datang jika kau mahu, Jika tiada lagi di perlukan, Aku pergi tanpa kata, Pergi tanpa sebarang nota. Hadir ku disini, Kerana ku rasa perlu, Perlu itu aku tahu, Aku rasa di perlukan, Lalu ku ada di sini, Bersama insan memerlukan. Ada juga ku tinggalkan, Pergi tanpa nota, Kerana ku rasa tidak perlu, Jadi ku pergi, Pergi jauh darinya. Perlu atau tidak, Ku cuba tangkis diri, Memerlukan yang tak wujud, Kerana ku tahu, Yang wujud yang mengerti, Segala isi hati. Sekian daripada ku. Relax tenang.

Kisah sebuah bekas

Salam sejahtera dan Assalamualaikum semua. Nampak bekas biasa, Tatapi punyai banyak makna. Mempunyai banyak kenangan. Melihat bekas ini seakan mengimbas kembali segala detik-detik yang berlaku. Terkenang la, Sedih dan seronok, Semua menjadi satu. Inilah bekas yang ku maksudkan tadi.

Cinta itu pelengkap

Sekian lama menyepi. Mencari buah fikiran untuk di makan lalu di hidam di dalam blog ini. Akhinya ketemu jua buah itu. Cinta hadir melembut hati yang keras, Hati yang dahulu keras menjadi lembut, Perasaan yang dahulu pudar semakin cerah, Semua gara-gara cinta, Air mata yang tersimpan, Kini keluar, Suka dan duka, Lengkaplah satu kehidupan, Itulah cinta.... Pendek dan padat, Pikir dan fahami, Tentu tahu apa maksud ku ini. Lalalala... Peace yoo. Pai...