Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Terkenang dia

Terkenang dia yang sudah pergi jauh. Terkenang dia yang memasakkan keropok saat pergi rumahnya. Terkenang dia yang tak pernah mengeluh saat menjamu kami yang bertandang di rumah. Hahaha... Begini rasanya kehilangan seseorang selamanya di dunia. Sedih. Walau ku cuba bertenang, Takungan air tetap ada di mata itu, Saat kenangan itu hadir di fikiran, Saat itu juga titisan sukar ku tahan, Ok, Bertenang saja. Pai..

Berbicara ku lagi tentang cinta

Hai semua, Salam sejahtera dan semoga di rahmati Allah selalu wahai saudara seIslam dengan ku. Entah mengapa relax rasa nak tulis tentang cinta akhir-akhir ni. Eeermmm pelik betul. Berbicara tentang cinta. Usah berbohong dan berbicara tentang cinta jika hanya teori semata. Cinta itu perlu di rasai untuk di ungkap dan di ceritakan. Sakit lah diri jika terlalu menyinta. Di sebabkan itu relax pohon kepada orang di luar sana. Usah la terlalu menyinta. Sakit nya sukar ku ungkap. Cintai manusia, cukup lah sekadarnya sahaja kerana cinta itu pemberian dariNya. Dia bagi untuk kita rasa. Boleh jadi satu ujian, boleh jadi juga sebaliknya. Sudah berulang kali ku kata, cinta itu milik Dia sepenuhnya. Dia sahaja yang layak di beri cinta. Setulu Ikhlasnya hati. Dia pandang hanya hati. Hati yang ikhlas kerana Dia. Makanya hati itu harus di cuci. Di cuci dengan amal. Eeehhhh relax masih memikirkan, perlu tidak ku ceritakan. Perkara bermain di minda. Sekian daripada...

Berbicara kembali tentang cinta

Berbicara soal cinta. Tentu sakit andai di sakiti. Ditinggal oleh yang di cintai. Tentu punah hati. Punah juga andai cinta itu ditolak. Ku melihat sekeliling ku. Banyak juga kecewa kerana cinta. Tiba tiba takut hadir dalam diri. Takut pula ingin bercinta. Takut di sakiti. Takut juga di tinggalkan. Tentu sakit tak terperi. Luka dalam sukar dilihat. Mungkin kena berhati hati. Dengan cinta sebelum kahwin. Mudah mudahan berhati hatilah kita sekalian. Ok habis dah bab tulisan pendek. Meh sini relax nak terangkan sikit perbezaan antara cinta sebelum dan sesudah kahwin. Cinta belum kahwin Cuba bayangkan korang suruh awek korang buat sesuatu. Lalu awek korang tak nak buat. Lepas tu korang marah awek korang. Korang sedar tak, awek korang sebenarnya tak wajib pun ikut perintah korang. Tak dapat dosa pun kalau awek korang tak ikut perintah korang. Nak tahu tak kenapa? Sebab korang bukan suami dia. Sedar tak korang. Hehe. Dalam erti kata lain korang tak ada hak sepenuhnya lagi t...

Kerana cinta itu

Aku kuat kerana cinta. Cinta yang begitu mendalam. Demi cinta ku belajar segalanya, Kerana cinta ku kenal erti dunia, Semua kerana cinta, Jika cinta, Pelbagai rasa di rasai, Jika tiada, Itu bukan lah cinta, Boleh jadi, Suka atau pun sayang, Cinta, Jika ku ulas, Pasti tiada yang mempercaya, Ini kerana, Cinta itu ilmu rasa, Hanya yang rasa, Dapat mengungkap, Apa itu cinta. Sekian daripada relax, Untuk mereka yang bercinta, pahit manis tempuh la jua. Semoga di bawah rahmatnya kita bersama. Tegur ku andai ku silap.

Maaf daripada ku

Berbicara tentang harapan ni, jujur nya relax tak suka orang letak harapan kepada relax, sebab relax manusia, harapan kepada manusia takut di kemudian hari patah hati dan tidak temui satu ketenangan. Harapan hanya kepada Dia. Mohon ingat ye saudara dan saudari sekalian. Relax tahu siapa diri relax, Dia tahu siapa diri relax, Tidak sempurna diri relax, Ada juga kesilapan diri relax, Kadang terkandas di persimpangan, Sehinggakan ku biar diri terkandas, Bergerak sedikit demi sedikit walau terkandas, Jadinya, Maaf ku ucap daripada ku. Pai pai.

Tips bertemu jodoh

Tips daripada kakak relax untuk mencari pasangan hidup. Buat selama 3 hari berturut-turut. Bangun pagi dalam lingkungan pukul tiga: Lepas tu solat: 1. Taubat 2. Tahajud 3. Istikharah 4. Hajat Dia kata dia pernah buat, menjadi katanya. So, kepada sesiapa yang nak mencuba tu boleh la kut cuba tips di atas. Walahu'alam. Sekian daripada relax.

Tenang di rasa bila berjumpa jodoh kita

Ada satu ayat yang relax tak faham, Ada orang kata, apabila kita dah bertemu jodoh kita, kita akan berasa tenang. Eeeermmmm bila bermain soal hati dan cinta ni, boleh kah kita bertenang. Eeerrmm entah la. Relax tak tau, masih mencari dan menafsir apa kah maksud tenang. Sebab relax tengok, orang yang dah kahwin, ada je yang bergaduh sana sini. Adakah mereka merasakan ketenangan di dalam diri??? Masih mencari jawapan kepada ayat ni. Sesiapa yang tahu jawapan nya mohon bagi tau relax ye. Peace yoo..

Pandangan ku tentang jodoh

Dah lama tak bersoal tentang jodoh ni. Hari ni rasa nak tulis pasal jodoh ni. Jodoh ni seperti yang kita tahu sudah di tetapkan sejak azali lagi. Usaha kita ialah berkawan untuk kenal hati budi kita masing-masing. Tetapi dalam berkawan tu kena jaga juga la adab-adab sesama kita. Di dalam berkawan, jangan pula letak pengharapan kepada manusia. Harapan hanya kepada Dia. (Eeerrrmm relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan). Pengang ayat "Kalau dah jodoh tak ke mana. P mai p mai tang tu." Bila korang pegang ayat di atas, mesti korang rasa tenang sikit. Tetapi nak pengang dan percaya ayat di atas tentu tentu la kena iman yang kuat. Tak semua orang boleh pegang ayat di atas. Tetapi yang relax belajar bab jodoh sebelum ni memang macam tu. Usaha la macam mana pun, kalau di takdirkan jodoh korang bukan dengan dia. Tak jadi bersatu juga. Sama la juga, tolak la macam mana pun, kalau dah jodoh korang dengan dia, bersatu juga. So, tenang aja. Faham ku kini tenta...

Semoga termui jodoh yang baik semua

Mengikut peredaran waktu juga di kenali masa. Relax mulai sedar hakikat hidup. Hakikat perkahwinan. Kenal siapakah diri ini. Kelemahan dan kelebihan diri. Segala puji bagi Nya. Banyak lagi kena pebetul sebelum melangkah ke alam yang lebih advance. Kini ku tiada harapan kepada manusia, ku berharap kepada Dia. Dengan izin Nya. Jujur nya kini relax lebih memikirkan cara sara diri dan bayar hutang. Al maklumlah, belajar dulu guna duit pinjamankan. Apa apa pun kepada siapa yang sedang mencari jodohnya. Satu tips relax nak bagi, dekat kan diri kepada Dia. Nanti datang la tu jodoh. Lepas tu berdoa banyak-banyak. Sekian kata yang terpancar di fikiran. Doa baik-baik ku kepada kalian. Semoga termui jodoh yang baik juga. Peace yoo...

Beristeri 10

Salam semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Di atas limpah dan kurniaNya. Dapat ku tulis di sini tentang apa yang ingin relax tulis. Ok baru lepas interview hari ni. Ok lah. Segala puji bagi Nya. Tertengok video di laman sosial tentang seorang lelaki yang punyai 10 isteri. Semua isterinya tinggal sebumbung. (Berita dekat Ind.............) Eermmm korang cari sendiri video 2 eak. Tak pakar sangat bab hadis dan terjemahan ni. Cuma tertanya la boleh kah kahwin lebih daripada 4? Lalu proses mencari jawapan pun bermula. Inilah hasil carian relax.

Perginya seorang yang di segani

Hujan turun bagai mengerti satu kesedihan tersemat di hati Tidak terluah di bibir Tersembunyi di dasar hati Hanya mampu memberi Satu potongan ayat di masa ini Begitulah hidup di sini Kembali juga kepada Ilahi Redha kan diri Menerima takdir ini Ayuh melangkah mencari kembali Benda yang tiada pasti Syurga atau neraka Itu urusan Ilahi Hidup bukan hanya disini Di sana pula nanti Amalan di sini Penentu kita di sana nanti Khamis 6/8/2015 0810 (tak pasti masanya. Dalam lingkungan ni) Perginya mak tok ku Kerajinan dan kebaikannya menjadi contoh Semoga di rahmati Dia selalu

Terjumpa ayat ni

Ayat copy paste drpd Misbah Zubir. ⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇ Assalamualaikum ustazah..seorg sedara sy nie sgt suka memburuk2kan dan melaga2kan koga sedangkan yg sebenar2nya dia yg melakukan tp dia menuduh org lain yg buat cth pinjam wang,berbohong pd org tuanya,mgumpat,pecah belahkan koga dan mcm2 lg sehinggakan koga dh jd sedih dan menyampah pd dia..apakah yg harus kami lakukan utk menginsafkan diri dia dr terusan bersikap begitu..tksh. 👉Nabi saw sendiri pun Allah tak suruh ubah perangai orang. Yg boleh ubah perangai orang hanyalah Allah. Kita nak nak pi ibah orang memei laa kita akan pening 😊 Soo apa yg kita boleh buat, Ubah diri kita terlebih dahulu, Kalau urusan kita dgn Allah selesai.. Kemudian kita minta (Doa) Allah ubah orang lain untuk diri kita.. Hanya Allah yang mengetahui sesuatu perkara itu benar atau tidak. Tegur relax andai relax salah.

Berteman menyapa alam

Hari ni di temani alam lagi, Kali ini ku membawa teman, Beramai ramai menikmati alam, Berusaha menyapa alam, Demi satu ketenangan, Demi satu kegembiraa, Sudah ku kata, Keseorangan itu ketenangan, Beramai itu kegembiraan, Dalam diam ku senyum keseorangan, Melihat telatah teman, Tetapi mereka kuat, Kuat menempuh rintangan, Nampak satu semangat, Dalam diri wahai teman, Semangat itu lah di bawa dalam kehidupan, Menempuh segala rintangan, Berjuang dan terus berjuang, Semoga kuatlah kita sekalian.