Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Jangan terlalu menyintai insan

Okay lah, nak post lagi pasal artikel perkahwinan ni. Wahai insan, Dulu ku berharap kepada insan, Tetapi apa ku dapat??? Hanya sakit di hati, Lalu ku ambil keputusan, Jangan berharap kepada insan, Tetapi berharaplah kepada Ilahi, Tenang dan redha juga hati ini. Wahai insan, Jangan terlalu menyintai, Banyakkan cinta Allah bukan sang insan, Dulu ku banyakkan cinta insan, Apa ku dapat?? Hanya kesakitan yang teramat sangat, Seksanya ku rasa, Di sebabkan itu, Ku pohon kalian, Jangan terlalu menyintai insan, Takut sakit nya tak terperi, Harus menyintai pencipta cinta itu, Dialah Allah SWT, Cinta lah Allah sepenuhnya, Cinta manusia itu insyaAllah datang kemudiam, Datangnya juga cinta murni, Kepada insan suri di hati, Halal lah ia kemudian hari, Dengan izin Allah. Tegur ku andai ku salah, Peace yoo. Relax tenang saja.

Segalanya tentang perkahwinan

Assalamualaikum semua, Bertemu kembali kita di dalam blog ku ini. Sebelum ni relax ada tulis pasal pertunangan. Kali ni relax rasa nak tulis pasal perkahwinan pula. Tahukan anda perkahwinan itu bukan sahaja satu tempat yang menghalalkan semua perkara. Tetapi perkahwinan itu lebih daripada itu. Untuk berkahwin, kita perlulah kuat daripada segi semua perkara termasuklah fizikal dan mental. Jika diri masih lemah atau pun mental masih lemah, lebih baik korang kuatkan jika korang nak berkahwin. Apabila berkahwin, korang akan ada lebih banyak tanggungjawab. Itu sebab ku mengatakan kita perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal. Bermacam ilmu perlu kita tuntut jika nak berkahwin dan mendapatkan keluarga yang bahagia. Ibu bapa yang bertunjangkan Islam sebagai kehidupan mereka, InsyaAllah akan melahirkan keluarga Islam. Wahai lelaki, Apabila berkahwin, Perlu dikau medidik Isteri, Perlu juga menyara keluarga, Itu sebab pemilihan isteri sangatlah penting, Sebab kit...

Segalanya tentang tunang

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk bulan empat dah kan. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik ramai dah member yang dah di ijab kabul. Ramai juga member yan dah berkahwin. Tahiah kepada mereka yang dah berkahwin ku ucapkan. Tetapi tak nak bagi tahniah kepada orang  yang dah bertunang.  Tahukah anda?  Tunang itu hanya satu tempat untuk mengenali pasangan kita dan juga satu persetujuan untuk kita berkahwin dengan dia. Tunang bukan kata putus mahupun sesuatu tempat yang pasti yang mengatakan orang yang kita tunang akan menjadi isteri atau suami kta. Eeermm relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan kepada kalian. Pertunangan hanya persetujuan untuk berkahwin dan satu tempat untuk mengenali pasangan kita. Tak semestinya orang yang kita bertunang tu kita wajib berkahwin dengan dia. Dalam erti kata lain, jika tunangan kita itu di rasakan tidak sesuai dengan diri kita, kita boleh je nak putus kan tali pertunangan itu.  Itu se...

Usah lah menyakiti hati seseorang

Hati yang di sakiti tidak akan kembali seperti sedia kala seperti mana permulaan cinta di terima. Banyangan kesakitan sering hadir di dalam permikiran. Perlukan masa menyembuh hati yang terluka. Jadinya, usah menyakiti hati seseorang.

DIY tali jam

Assalamualaikum semua, Di sebabkan tali jam selalu sangat putus dan rosak. Dah letih asyik tukar tali jam baru je dengan harga RM10 (tak ingat berapa, rasa nya RM10) So, relax terfikir apa la relax nak buat dengan tali jam ni nak bagi tahan lama dan murah sikit. Fikir punya fikir akhirnya relax buat la macam dalam gambar di bawah. Tali anyaman daripada tali kasut yang berharga RM1.20 sahaja. Murah dan ringan. Bila pakai rasa macam tak pakai jam.  Oooh lupa bagi tau, tali kasut baru tau, bukan yang lama. Hehe... Tutorial nak buat anyaman tali jam ni nanti-nanti relax buat ye.  Okaylah,  Relax sahaja, Segalanya sudah di tentukan oleh Allah.

14/3/2015 pertandingan frisbee

Frisbee. Korang tahu tak apa itu frisbee???? Ala senang cerita frisbee tu yang macam piring terbang tu. Ala apa susah, kalau nak tahu juga pergi je google. Mr google sedia membantu korang. 14/3/2015 satu petandingan frisbee telah di adakan di UUM. Dengan selamba badak nya relax masuk pertandingan ni. Jarang training pula tu. Dalam pertandingan tu jangan cakap la, rasa nak muntah semua ada. Penat punya pasal. Kena jaga orang la dan kena lari dapatkan disc la. Oooohh sangatlah memenatkan. Ok, nak bagi tau yang tu je sebagai pengisian di dalam blog ku ni. Bagi berbunyi sikit blog ni, takda la sunyi sangat. Okalah, Kata akhir daripada ku, Jadilah ciptaan bukan pencipta. Jangan lupa hakikat diri wahai manusia se Islam dengan ku.

Mencari ketenangan

Assalamualaikum semua, hari ni ada seorang mamat ni minta izin kepada relax nak tulis sesuatu dalam blog ku. Katanya nak luah kata yang tersimpan di dalam diri. Kita tengok je la apa yang dia nak luah ye.  Ni la luahanya: +-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+ Penat dan penat. Baru awal sem. Relax dah rasa penat. Penat fikir fasal semua benda. Rasa diri lemah je. Bila fikir sikit fasal sesuatu terus rasa pening dan penat. Macam-macam fikir. Di sebabkan terlalu banyak fikir. Relax rasa banyak nak menyendiri je. Nak diamkan diri je.  Paling tertekan bila fikir fasal final year project. Tak tau apa-apa, padahal final year project ni la penentu habis degree ni. Tengah cuba positive kan diri. Cuba tenangkan diri. Tak nak fikir bermacam-macam. Di sebabkan tertekan, rasa moody je. Tak boleh bising sikit, rasa tertekan je. Entah la, masih mencari kenapa diri ku begini. Masih mencari ketenangan.  Baru la tau kenapa member ku dahulu nampak kalut je sem akhir...

Diam

Baru ku sedar bisanya mulut, Baru ku sedar tajamnya lidah, Masuknya merobek hati, Kini ku diamkan diri, Diam ku  takut menyakiti, Diam ku mencari kekuatan, Rasa diri makin lemah, Bagaimana hendak ku pimpin, Jika diri ku makin lemah, Kini ku diam dan terus diam, Hanya berserah pada Ilahi, Tetapi benarkah diam ku ini, Betulkah cara ku ini, Entahlah, Ku rasa ku perlu kurangkan bercakap, Takut di katakan hanya sembang, Kurangkan bercakap dan banyakkan apa yang di cakap, Mungkin ini yang terbaik, Mungkin, Tidak ku pasti benar atau tidak, Cara ku ini. Tegur ku Andai Ku salah. Peace yoo.

Sweet touching and sweet talking

Assalamualaikum semua Tengah ber whatsapp. Tiba-tiba seorang kawan memberi dua kalimah di dalam whatsapp itu. Kalimat tersebut ialah "Sweet talk" dan "Sweet touching". Pernah dengar tak dua kalimah ni???? Okay harap korang pernah dengar kalimah di atas. Cuma nak cakap beza keduanya pada pendapat relax. Bagi ku, manusia itu ada empat jenis di dalam bercinta: Manusia yang pertama (Sweet touching):   Manusia yang pertama ialah manusia yang tidak pandai di dalam berkata-kata. Tetapi pandai di dalam memberi kasih sayang dengan perbuatan. Manusia jenis ini selalunya sukar atau pun sering gagal di dalam memujuk pasangan melalui telefon atau pun mesage. Ini kerana manusia seperti ini tidak pandai di dalam berkata-kata.  Manusia seperti ini selalunya pandai memujuk pasangan dengan perbuatan. Dalam erti kata lain, manusia seperti ini tidak perlu membuka mulut untuk memujuk pasangan. Dia hanya melakukan sesuatu untuk memujuk pasanga. Manusia se...

Musuh yang paling utama perlu di perangi

Eeermm ku kembai lagi membawa berita gembira daripada diri ku ini yang bergelar relax. Hai semua. Hari ni rasa nak tulis sikit pendapat relax pasal dunia sekarang ni. Pada pemerhatian ku, orang Islam zaman sekarang banyak yang pandai-pandai. Mereka tak jahil tetapi cuma degil. Jahil yang relax maksudkan kat sini ialah jahil daripada ilmu asas agama. Relax rasa semua orang di Malaysia ni tahu hukum hakam di mana yang mana boleh di lakukan dan yang mana tak boleh di lakukan di dalam Islam. Cuma nya walaupun diorang tahu hukum hakam. Diorang lakukan juga perkara yang di tegah. Ini kerana sifat degil di dalam diri. Diri degil untuk mematuhi perintah Allah. Diri degil untuk mengikut syariat Islam. Diri degil untuk mengikut undang-undang Islam.  Mengapa diri ku benar-benar yakin semua orang di Malaysia ini tahu undang-undang asas di dalam Islam? Sebab setiap sekolah di Malaysia ini majoritinya ada subjek agama. Di dalam subjek agama ini kan kita di ajar asas-asas...

Buku yang ku nanti kemunculannya

Assalamualaikum, Yooo what up, blog ku yang ku kasihi, tempat ku meluah segala isi hati, tak kurang juga satu bebelan ku beri, nasihat pun boleh gak, semuanya ku luah di dalam blog ku. Wahai blog, selalu ada di kala suka, gembira dan juga sedih. Sentiasa ada di samping ku. Okay, don't forget Allah juga selalu ada di samping kita. Jalan-jalan di dalam library sebab ingat nak pinjam buku tulisan Ramlee Awang Murshid yang lama-lama. Search punya search tengok-tengok ternampak la dua buku ni. Paakkkkk, tap tap dup dap dup dap hati ni bila nampak dua buku ni. Nak tahu tak kenapa??? Sebab dua buku ni la relax impikan nak baca. Selalu kalau pergi kedai buku mesti tengok buku ni. Nak beli rasa sayang pula sebab harga nya boleh tahan. Nak baca pula sekali je pun.  Pernah juga cari dalam library lain, tapi tak jumpa. Tiba-tiba sem ni masuk library ni jumpa terus buku ni. Dengan hati yang gembira dan teruja relax pinjam la buku ni.  Pinjam sambil hati riang gemb...