Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Ayat daripada seorang sahabat

Ayat daripada seorang kawan lalu di olah sedikit daripada empunya diri yang sangat besar maknanya bila ku mendengarnya: "Sesungguhnya diri ku tidak baik,  tetapi ku  teringin jadi baik.  Lalu ku lakukan apa orang baik  lakukan,  dengan harapan ku jadi baik." Sekian artikel ku kali ini. Tegur ku andai ku salah.

Benarkah sayang wahai lelaki?

Aip-aip semua, Salam ku hulur kepada kalian, Assalamualaikum. Wahai adam, Benarkah sayang akan di kau kepada si hawa, Jika tidak membimbing si hawa mengenal Ilahi, Bukankah di kau sebagai pembimbing, Di kau juga sebagai penajaga hawa, Mengapa tidak di didik si hawa sebenar didik, Wahai adam, Engkau seorang pemimpin, Harus tegas di dalam keputusan, Jangan di biar diri di tindas, Engkau harus kuat, Kerana engkau di lahir punyai kekuatan, Engkau berbeza daripada sang hawa, Wahai adam, Ku seru kalian mendidik hawa, Jangan biarkan mereka hanyut, Dengan dunia yang semakin gelap, Tegaslah dalam mendidik,  Lembutlah jika semakin rapuh, Ketahuilah wahai adam, Engkau dayus jika tidak membimbing mereka, Pengakhiran ayat, Jika sayang mereka wahai sang adam, bimbinglah mereka sang hawa. Sekian daripada ku, Relax Pai.

Benarkah sayang???

Asssalamualaikum, relax kembali kini, di hujung bulan. 31/12/2014. Esok dah tahun baru. Lebih baik mulakan tahun baru dengan azam yang baru dan buat satu perubahan di dalam diri. Apa perubahannya? Pikir la sendiri. Mejoriti di luar sana sayangkan keluarga mereka. Mereka sayangkan ibu dan ayah mereka. Apabila orang lain memaki ibu dan ayah mereka, sudah tentu mereka akan marah dan melenting sebab orang lain maki kedua ibu bapa mereka. Selalunya begitu lah. Tak tau lah kalau korang jenis diam je bila ibu dan ayah korang di maki.  Selalunya isu ibu dan ayah ni sensitif sikit. Ramai yang akan melenting bila sentuh hal ibu dan ayah ni. Melenting tak melenting, kebenaran harus ku tegakkan dan memberi tahu kepada kalian. Sekian intro kali ni, Post ni relax tujukan khas kepada si hawa di luar sana, Dosa hawa di tanggung oleh bapanya, Jika si bapa tidak menegur anaknya, Jika dah kahwin, Dosa hawa di tanggung pula oleh suaminya, Jika si suami ...

Si pemberi tapak biru

Mereka di luar sana mengelar ku romeo, mereka di luar sana mengelar ku jiwang, mereka di luar sana mengelar ku pencinta wanita. Aaaahhhhh, tidak ku tahu di mana jiwang, romeo dan pencinta wanita nya diri ini. Nanti sekejap, asyik bagi bebelan je dalam blog ni kan, hari ni nak cuba jadi mat jiwang pula. Kita santai saja dalam penulisan ku ini ye. 3,2,1 mat jiwang, ku seru mat jiwang muncul. Datanglah memenuhi artikel ku kali ini. Wahai pemberi tapak biru, Terharunya ku rasa saat penulisan kertas ku lihat, Tanpa ku sedar, Titisan jernih mengalir di pipi ku, Tiada tertahan sebak di dada, Saat ku lihat tulisan itu, Maaf kerana meninggalkan si pemberi tapak biru, Di saat sebak nya dada ini, Ku perlu mencari satu ketenangan, Untuk menenangkan sebaknya hati ini, Walau diri mu melihat, Ku biasa-biasa sahaja saat melihat pemberian itu, Percayalah wahai si pemberi tapak biru, Terharu ku rasa saat itu, Tiada ungkapan yang keluar...

Tercatatnya kenangan pada 12/12/2014

Assalamualaikum semua, 12/12/2014 Satu hari yang ku ingati dan harus ku pampangkan di dalam blog ku ini. Hari di mana terharusnya diri dengan sikap-sikap orang sekeliling ku.  Thanks bro and sis sebab buat relax rasa macam ni.  Walau tiada perasaan saat itu, tetapi percayalah wahai teman, terharu pula rasa saat tu. Jarang juga orang buat benda macam tu kat relax. Cerita bermula pada 11/12/2014 hari khamis di mana 7 orang telah terlibah di dalam cerita ini. Orang tersebut ialah: 1. F_nd_ 2. Sy____n 3. A___ina 4. N_z_m 5. A__zul 6. Z__iah 7. S_afi__h (ika) 3 sekawan yang memang ku rapat sangat mereka ialah A__zul, N_z_m dan Sy____n. Maaf tak pandai bercerita, tulis ringkasan je la. Dah nama pun catatan pada 12/12/2014. Di dalam pukul 9:00pm bertolak ke seberang untuk pergi bermain Ultimate. Sampai je dah habis ultimate tu. Lepas tu kami pergi makan dekat kedai burger _______(apa tah nama dia, dah lupa). Relax order curry d...

Ayuh ubah diri

Salam sejahtera dan assalamualaikum semua. Tiba-tiba rasa idea datang dan terus datang untuk ku membebel dalam blog ni. (Apa-apa je la, tengok je la relax nak tulis apa) Allah dah tutup aib kita. Di tutup sebenar tutup pula tu. Tetapi kita sendiri yang membukanya. Kita menunjukkan buruk kita di kalayak ramai. Kita memberi tahu buruk kita kepada kalayak ramai(memberi tahu dengan cara menunjuk). Lalu kita bersedih orang memandang rendah kepada kita. Kita bertanya kepada diri kita, “Mengapa orang kata aku begini dan begitu?”. Saat persoalan itu bermain di fikiran, cuba renungkan sejenak dan berfikir sebentar, kenapa orang ramai berkata begitu kepada kita. Mungkin kita ada menunjukkan perlakukan yang kurang sopan dengan orang lain, mungkin juga kita ada menunjukkan sikap yang orang lain tidak suka. Ketahuilah wahai teman, orang sekeliling akan bertindak mengikut siapa kita di mata mereka, jika keganasan yang kita berikan kepada orang lain, makanya keganasan lah yang kita akan te...

Santai saja

Proposal, Assignments, Study, Ooohhh tidak, Otak ku rasa nak pecah, Pecah memikirkan semua ini, Hahaha... Apa-apa pun relax saja, Jom enjoy, Relax tenang, Harus ku kuatkan langkah ini, Jangan mengalah, Saya boleh lakukannya, Senyum saja.

Jangan terlalu mudah menilai orang

Sungguh ku insan biasa dan bukan luar biasa. Salam sejahtera ku hulur wahai pembaca sekalian. Ada masa kita perlu berfikir dan bermuhasabah diri kita. Di dalam bermuhasabah, harus kita ingat Dia, jangan ingat benda lain. Takut anasir jahat pula yang masuk. Diam kan diri sejenak, Memikirkan pasal diri, Apa ada di dalam hati ini, Memang luar nampak sama, Sama daripada manusia lain, Tetapi bezanya di dalam hati, Yang tiada terlihat, Hanya Allah yang tahu, Hati itu yang di lihat Allah, Biarkan mereka berkata-kata, Menilai diri ini, Mereka tiada nampak apa di dalam hati, Jangan terlalu mudah menilai orang, Kerana kita tidak tahu apa yang Allah tahu, Boleh jadi jahatnya orang di mata kita, Tetapi Allah redha dengan nya, Boleh jadi baiknya orang di mata kita, Tetapi Allah tidak redha dengan nya, Hati orang bro n sis, Kita tak tahu, Jangan terlalu mudah menuduh dan menilai wahai manusia, Lagi satu, ...

Kebahagian bukan milik manusia

Mencari kebahagian melalui manusia, Benarkah kebahagian itu manusia yang bagi? Benarkah boleh mencari kebahagian melalui manusia? Ku tinggal pembaca sekalian memikirkan persoalan ku di atas. Bagi ku, Kebahagian itu hanya boleh di kecapi apabila adanya Allah di dalam hati, Kebahagian itu Allah yang bagi, Jika hubungan kita dengan Allah okay, Makanya kita akan bahagia, Jika hati kita hanya ada Allah, Percayalah, Bahagialah kita, Tetapi harus di ingat, Kebahagian yang hakiki hanya di sana nanti, Jika adanya Allah di dalam hati, TakdirNya kita akan redhai, Tiada sifat tercela di dalam hati, Tenang sahaja kita rasai, Itu sebab ku kata bahagianya diri hanya jika Allah di dalam hati, Langkah awal istiqfar setiap hari, Istiqfar nya haruslah sebanyak mungkin, Mungkin juga boleh di buat 100 kali setiap hari, Atau pun lebih lagi baik, Jangan menafikan perkara ini dahulu, Cuba dahulu baru tahu. Selamat mencuba. Assalamualaikum Pai.

Nasihat menasihati

Salam ku hulur kepada pembaca sekalian. Diri ku dipanggil relax. Empunya blog ini. Relax tenang nama blog ku. Sudah sekian lama tidak ku post tentang nasihat kepada kalian dan diri ku sendiri. Tidak ku nafi, diri ini masih tidak betul dan banyak kekhilafan. Diri ini bukan juga baik sangat. Selalu juga terkandas ke lembah kegelapan.  “Nasihat saya sebelum bagi nasihat kat orang, tengok kita tu dulu.” Satu ayat yang di jumpai  yang membuat ku berfikir sejenak lalu terkeluarlah post kali ini. Sudah ku kata kan di artikel yang lepas. Tidak kiralah siapa pun orang itu, sama ada pencuri, penjahat dan lain-lain, jika keluar daripada mulut mereka kata-kata nasihat atau pun sesuatu yang baik, kita kena mendengarnya dan boleh di ambil kata-kata mereka sebagai satu peringatan kepada diri kita. Untuk memberi nasihat mahupun peringatan kepada seseorang, kita tak perlu tunggu diri kita baik dulu. Tidak perlu tunggu diri kita menjadi ustaz atau pun ustazah. Bagi je...

Dunia ini tempat persinggahan

Mana mungkin ku temui kebahagian, Jika ku masih di sini, Masih di dunia ini, Dunia ini tempat persinggahan, Tempat kita di uji, Jika lupa kita kepada Dia, Datang lah sesuatu dugaan, Dunia ini juga tempat kehilangan, Tempat kita kehilangan insan tersayang, Hanya di sana kita boleh bersama, Bersama selama lamanya, Itulah lumrah hidup di sini, Pasti akan meninggalkan dan di tinggalkan, Oleh satu kepastian yang sangatlah pasti, Ia ialah satu kematian, Ayuh kuatkan kaki yang lemah, Kuatkan hati yang lembut, Untuk menerima satu hakikat yang sangatlah pasti ini, Hidup di sini harus redha, Belajarlah diri untuk redha, Semoga kita kuat menempuh segalanya. Sekian ayat daripda relax, Untuk saat ini, Hidup ini singkat sahaja, Tegur ku andai ku salah. Assalamualaikum.

Untuk mu bergelar wanita

Wanita, Wanita itu istimewa, Kerana di anugerah hati yang tabah, Walau di luarnya lemah, Tetapi hatinya kuat, Itulah kelebihan seorang wanita, Wahai wanita, Sekeras mana pun di kau, Masih ada lembutnya, Kerana itulah fitrah wanita, Ketahuilah wahai wanita, Wanita itu penyayang, Walau kadang nampak brutal, Ini kerana, Itulah sifat wanita, Memang di lahir begitu, Jadinya, Selamilah hati hawa kalian wahai wanita, Dengar bisikan hati kalian, Hiasilah iman di hati kalian, Sesungguhnya korang istimewa, Cuba lah selami, Mengapa ku kata begitu. Selami berfikir di luar sana. Adam dan hawa, bertemu di syurga, kerana hasutan syaitan kepada si hawa, hawa menyuruh nabi Adam ambil buah itu, lalu turun lah keduanya ke dunia, di atas hukuman kerana melakukan perkara itu. Tutasnya, jika tiada dapat syaitan menghasut kita, di gunakan orang  yang kita sayang untuk menghasut kita. Itu lah syaitan, sang...

Mama sayang kamu

Pejam celik dan pejam celik, akhirnya dah bulan december dah. Tak perasan pula. Cepat masa berlalu. Hehe.  Assalamualaikum orang di luar sana. Tidak pandai ku berkata mahupun menulis. Yang ku pandai hanya menulis apa yang terlintas di fikiran ku. So, tulis sahajalah. Mama menangis kerana sayang, Mama menangis kerana tahu anaknya tidak boleh hidup tanpanya, Mama menangis kerana mama nampak kesedihan di mata anaknya, Mama sentiasa risau anaknya kerana mama tahu anaknya tidak boleh berdikari, Walau sebesar mana di kau wahai anak mama, Mama masih menganggap kau seperti dahulu, Bagi mama, Kau adalah seperti kanak-kanak, Yang sentiasa mahu diri mama, Wahai anak mama, Sesungguhnya mama mahu menjaga mu, Jangan lah kau menangis, Sesungguhnya mama sentiasa dengan mu, Tidak pernah tinggal mu, Jika tiada sudah mereka di luar sana mahu mu, Mama masih mahu mu, Ini kerana kau ialah anak mama, Anak yang pernah mama lahir...