Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Kini baru ku sedari

Senyum kepada korang :) Senyum kan orang kata sedekah. Tu la sebabnya relax senyum. Haha. Apa-apa je la labu. 3,2,1 ok, idea dah datang. Kini baru ku sedari, Penatnya mencari, Dulu tidak ku sedar semua ini, Diri ku hanya melihat dia pergi dan kembali, Apabila ku selami dia, Menjadi dia, Baru ku sedar, Bertapa penatnya dia mencari, Demi kebahagian kami, Dialah pemimpin di dalam keluarga ini. Apabila balik, Kepenatan di rasai, Ingin kan rehat, Mahukan ketenangan, Membelai jiwa dan diri daripada kepenatan, Itulah diri ku, Tetapi, Semua itu tidak ku peroleh, Di sebabkan itu, Letih ku rasa, Bukan mengeluh, Hanya mengungkap apa ku rasa, Mungkin badan ku belum menyesuaikan diri, Untuk menempuh semua ini, Masa itu masih ada, Mungkin di lain hari, Diri ku makin dapat menyesuaikan diri, Dengan keadaan seperti ini, Inilah hidup di dunia, Penuh lelah, Tiada masa berehat-rehat, Harus ku kuatkan diri, Menempuh segala-ga

Di mana perginya sebuah ketenangan

Kembali ku disini, Setelah sekian lama, Menahan mata daripada tertutup, Meluah rasa terbuku, Menyepi ku menyepi, Mencari sebuah ketenangan, Yang dulu ada, Kini menghilang, Tidak ku tahu mana perginya, Mana silapnya, Diharap datang kembali, Menyelubungi hati nan sunyi ini. Relax tenang, Pai. Tenang aja.

14 JULAI 2014 bermulalah menuntut ilmu dengan kilang.

Assalamualaikum manusia dan blog ku. Sudah lama ku diam kan diri. Kini ku kembali, membawa berita kepada kalian. Ingin ku beritahu kepada kalian, Sesungguhnya diri ku sedang menuntut ilmu di sebuah kilang ni. Ok, tengah praktikal la maksudnya. So, secara ringkasnya banyak juga lah ilmu dapat dekat tempat praktikal tu. Ok, nak bagi tau yang tu je kepada semua. Tak pandai pula relax nak bercerita ni. Ayat pendek-pendek pandai la buat. Ok lah, Cau lu, Semoga di bawah perlindungan Nya wahai manusia sekalian. Relax tenang Pai.