Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Ayat daripada seorang sahabat

Ayat daripada seorang kawan lalu di olah sedikit daripada empunya diri yang sangat besar maknanya bila ku mendengarnya: "Sesungguhnya diri ku tidak baik,  tetapi ku  teringin jadi baik.  Lalu ku lakukan apa orang baik  lakukan,  dengan harapan ku jadi baik." Sekian artikel ku kali ini. Tegur ku andai ku salah.

Benarkah sayang wahai lelaki?

Aip-aip semua, Salam ku hulur kepada kalian, Assalamualaikum. Wahai adam, Benarkah sayang akan di kau kepada si hawa, Jika tidak membimbing si hawa mengenal Ilahi, Bukankah di kau sebagai pembimbing, Di kau juga sebagai penajaga hawa, Mengapa tidak di didik si hawa sebenar didik, Wahai adam, Engkau seorang pemimpin, Harus tegas di dalam keputusan, Jangan di biar diri di tindas, Engkau harus kuat, Kerana engkau di lahir punyai kekuatan, Engkau berbeza daripada sang hawa, Wahai adam, Ku seru kalian mendidik hawa, Jangan biarkan mereka hanyut, Dengan dunia yang semakin gelap, Tegaslah dalam mendidik,  Lembutlah jika semakin rapuh, Ketahuilah wahai adam, Engkau dayus jika tidak membimbing mereka, Pengakhiran ayat, Jika sayang mereka wahai sang adam, bimbinglah mereka sang hawa. Sekian daripada ku, Relax Pai.

Benarkah sayang???

Asssalamualaikum, relax kembali kini, di hujung bulan. 31/12/2014. Esok dah tahun baru. Lebih baik mulakan tahun baru dengan azam yang baru dan buat satu perubahan di dalam diri. Apa perubahannya? Pikir la sendiri. Mejoriti di luar sana sayangkan keluarga mereka. Mereka sayangkan ibu dan ayah mereka. Apabila orang lain memaki ibu dan ayah mereka, sudah tentu mereka akan marah dan melenting sebab orang lain maki kedua ibu bapa mereka. Selalunya begitu lah. Tak tau lah kalau korang jenis diam je bila ibu dan ayah korang di maki.  Selalunya isu ibu dan ayah ni sensitif sikit. Ramai yang akan melenting bila sentuh hal ibu dan ayah ni. Melenting tak melenting, kebenaran harus ku tegakkan dan memberi tahu kepada kalian. Sekian intro kali ni, Post ni relax tujukan khas kepada si hawa di luar sana, Dosa hawa di tanggung oleh bapanya, Jika si bapa tidak menegur anaknya, Jika dah kahwin, Dosa hawa di tanggung pula oleh suaminya, Jika si suami ...

Si pemberi tapak biru

Mereka di luar sana mengelar ku romeo, mereka di luar sana mengelar ku jiwang, mereka di luar sana mengelar ku pencinta wanita. Aaaahhhhh, tidak ku tahu di mana jiwang, romeo dan pencinta wanita nya diri ini. Nanti sekejap, asyik bagi bebelan je dalam blog ni kan, hari ni nak cuba jadi mat jiwang pula. Kita santai saja dalam penulisan ku ini ye. 3,2,1 mat jiwang, ku seru mat jiwang muncul. Datanglah memenuhi artikel ku kali ini. Wahai pemberi tapak biru, Terharunya ku rasa saat penulisan kertas ku lihat, Tanpa ku sedar, Titisan jernih mengalir di pipi ku, Tiada tertahan sebak di dada, Saat ku lihat tulisan itu, Maaf kerana meninggalkan si pemberi tapak biru, Di saat sebak nya dada ini, Ku perlu mencari satu ketenangan, Untuk menenangkan sebaknya hati ini, Walau diri mu melihat, Ku biasa-biasa sahaja saat melihat pemberian itu, Percayalah wahai si pemberi tapak biru, Terharu ku rasa saat itu, Tiada ungkapan yang keluar...

Tercatatnya kenangan pada 12/12/2014

Assalamualaikum semua, 12/12/2014 Satu hari yang ku ingati dan harus ku pampangkan di dalam blog ku ini. Hari di mana terharusnya diri dengan sikap-sikap orang sekeliling ku.  Thanks bro and sis sebab buat relax rasa macam ni.  Walau tiada perasaan saat itu, tetapi percayalah wahai teman, terharu pula rasa saat tu. Jarang juga orang buat benda macam tu kat relax. Cerita bermula pada 11/12/2014 hari khamis di mana 7 orang telah terlibah di dalam cerita ini. Orang tersebut ialah: 1. F_nd_ 2. Sy____n 3. A___ina 4. N_z_m 5. A__zul 6. Z__iah 7. S_afi__h (ika) 3 sekawan yang memang ku rapat sangat mereka ialah A__zul, N_z_m dan Sy____n. Maaf tak pandai bercerita, tulis ringkasan je la. Dah nama pun catatan pada 12/12/2014. Di dalam pukul 9:00pm bertolak ke seberang untuk pergi bermain Ultimate. Sampai je dah habis ultimate tu. Lepas tu kami pergi makan dekat kedai burger _______(apa tah nama dia, dah lupa). Relax order curry d...

Ayuh ubah diri

Salam sejahtera dan assalamualaikum semua. Tiba-tiba rasa idea datang dan terus datang untuk ku membebel dalam blog ni. (Apa-apa je la, tengok je la relax nak tulis apa) Allah dah tutup aib kita. Di tutup sebenar tutup pula tu. Tetapi kita sendiri yang membukanya. Kita menunjukkan buruk kita di kalayak ramai. Kita memberi tahu buruk kita kepada kalayak ramai(memberi tahu dengan cara menunjuk). Lalu kita bersedih orang memandang rendah kepada kita. Kita bertanya kepada diri kita, “Mengapa orang kata aku begini dan begitu?”. Saat persoalan itu bermain di fikiran, cuba renungkan sejenak dan berfikir sebentar, kenapa orang ramai berkata begitu kepada kita. Mungkin kita ada menunjukkan perlakukan yang kurang sopan dengan orang lain, mungkin juga kita ada menunjukkan sikap yang orang lain tidak suka. Ketahuilah wahai teman, orang sekeliling akan bertindak mengikut siapa kita di mata mereka, jika keganasan yang kita berikan kepada orang lain, makanya keganasan lah yang kita akan te...

Santai saja

Proposal, Assignments, Study, Ooohhh tidak, Otak ku rasa nak pecah, Pecah memikirkan semua ini, Hahaha... Apa-apa pun relax saja, Jom enjoy, Relax tenang, Harus ku kuatkan langkah ini, Jangan mengalah, Saya boleh lakukannya, Senyum saja.

Jangan terlalu mudah menilai orang

Sungguh ku insan biasa dan bukan luar biasa. Salam sejahtera ku hulur wahai pembaca sekalian. Ada masa kita perlu berfikir dan bermuhasabah diri kita. Di dalam bermuhasabah, harus kita ingat Dia, jangan ingat benda lain. Takut anasir jahat pula yang masuk. Diam kan diri sejenak, Memikirkan pasal diri, Apa ada di dalam hati ini, Memang luar nampak sama, Sama daripada manusia lain, Tetapi bezanya di dalam hati, Yang tiada terlihat, Hanya Allah yang tahu, Hati itu yang di lihat Allah, Biarkan mereka berkata-kata, Menilai diri ini, Mereka tiada nampak apa di dalam hati, Jangan terlalu mudah menilai orang, Kerana kita tidak tahu apa yang Allah tahu, Boleh jadi jahatnya orang di mata kita, Tetapi Allah redha dengan nya, Boleh jadi baiknya orang di mata kita, Tetapi Allah tidak redha dengan nya, Hati orang bro n sis, Kita tak tahu, Jangan terlalu mudah menuduh dan menilai wahai manusia, Lagi satu, ...

Kebahagian bukan milik manusia

Mencari kebahagian melalui manusia, Benarkah kebahagian itu manusia yang bagi? Benarkah boleh mencari kebahagian melalui manusia? Ku tinggal pembaca sekalian memikirkan persoalan ku di atas. Bagi ku, Kebahagian itu hanya boleh di kecapi apabila adanya Allah di dalam hati, Kebahagian itu Allah yang bagi, Jika hubungan kita dengan Allah okay, Makanya kita akan bahagia, Jika hati kita hanya ada Allah, Percayalah, Bahagialah kita, Tetapi harus di ingat, Kebahagian yang hakiki hanya di sana nanti, Jika adanya Allah di dalam hati, TakdirNya kita akan redhai, Tiada sifat tercela di dalam hati, Tenang sahaja kita rasai, Itu sebab ku kata bahagianya diri hanya jika Allah di dalam hati, Langkah awal istiqfar setiap hari, Istiqfar nya haruslah sebanyak mungkin, Mungkin juga boleh di buat 100 kali setiap hari, Atau pun lebih lagi baik, Jangan menafikan perkara ini dahulu, Cuba dahulu baru tahu. Selamat mencuba. Assalamualaikum Pai.

Nasihat menasihati

Salam ku hulur kepada pembaca sekalian. Diri ku dipanggil relax. Empunya blog ini. Relax tenang nama blog ku. Sudah sekian lama tidak ku post tentang nasihat kepada kalian dan diri ku sendiri. Tidak ku nafi, diri ini masih tidak betul dan banyak kekhilafan. Diri ini bukan juga baik sangat. Selalu juga terkandas ke lembah kegelapan.  “Nasihat saya sebelum bagi nasihat kat orang, tengok kita tu dulu.” Satu ayat yang di jumpai  yang membuat ku berfikir sejenak lalu terkeluarlah post kali ini. Sudah ku kata kan di artikel yang lepas. Tidak kiralah siapa pun orang itu, sama ada pencuri, penjahat dan lain-lain, jika keluar daripada mulut mereka kata-kata nasihat atau pun sesuatu yang baik, kita kena mendengarnya dan boleh di ambil kata-kata mereka sebagai satu peringatan kepada diri kita. Untuk memberi nasihat mahupun peringatan kepada seseorang, kita tak perlu tunggu diri kita baik dulu. Tidak perlu tunggu diri kita menjadi ustaz atau pun ustazah. Bagi je...

Dunia ini tempat persinggahan

Mana mungkin ku temui kebahagian, Jika ku masih di sini, Masih di dunia ini, Dunia ini tempat persinggahan, Tempat kita di uji, Jika lupa kita kepada Dia, Datang lah sesuatu dugaan, Dunia ini juga tempat kehilangan, Tempat kita kehilangan insan tersayang, Hanya di sana kita boleh bersama, Bersama selama lamanya, Itulah lumrah hidup di sini, Pasti akan meninggalkan dan di tinggalkan, Oleh satu kepastian yang sangatlah pasti, Ia ialah satu kematian, Ayuh kuatkan kaki yang lemah, Kuatkan hati yang lembut, Untuk menerima satu hakikat yang sangatlah pasti ini, Hidup di sini harus redha, Belajarlah diri untuk redha, Semoga kita kuat menempuh segalanya. Sekian ayat daripda relax, Untuk saat ini, Hidup ini singkat sahaja, Tegur ku andai ku salah. Assalamualaikum.

Untuk mu bergelar wanita

Wanita, Wanita itu istimewa, Kerana di anugerah hati yang tabah, Walau di luarnya lemah, Tetapi hatinya kuat, Itulah kelebihan seorang wanita, Wahai wanita, Sekeras mana pun di kau, Masih ada lembutnya, Kerana itulah fitrah wanita, Ketahuilah wahai wanita, Wanita itu penyayang, Walau kadang nampak brutal, Ini kerana, Itulah sifat wanita, Memang di lahir begitu, Jadinya, Selamilah hati hawa kalian wahai wanita, Dengar bisikan hati kalian, Hiasilah iman di hati kalian, Sesungguhnya korang istimewa, Cuba lah selami, Mengapa ku kata begitu. Selami berfikir di luar sana. Adam dan hawa, bertemu di syurga, kerana hasutan syaitan kepada si hawa, hawa menyuruh nabi Adam ambil buah itu, lalu turun lah keduanya ke dunia, di atas hukuman kerana melakukan perkara itu. Tutasnya, jika tiada dapat syaitan menghasut kita, di gunakan orang  yang kita sayang untuk menghasut kita. Itu lah syaitan, sang...

Mama sayang kamu

Pejam celik dan pejam celik, akhirnya dah bulan december dah. Tak perasan pula. Cepat masa berlalu. Hehe.  Assalamualaikum orang di luar sana. Tidak pandai ku berkata mahupun menulis. Yang ku pandai hanya menulis apa yang terlintas di fikiran ku. So, tulis sahajalah. Mama menangis kerana sayang, Mama menangis kerana tahu anaknya tidak boleh hidup tanpanya, Mama menangis kerana mama nampak kesedihan di mata anaknya, Mama sentiasa risau anaknya kerana mama tahu anaknya tidak boleh berdikari, Walau sebesar mana di kau wahai anak mama, Mama masih menganggap kau seperti dahulu, Bagi mama, Kau adalah seperti kanak-kanak, Yang sentiasa mahu diri mama, Wahai anak mama, Sesungguhnya mama mahu menjaga mu, Jangan lah kau menangis, Sesungguhnya mama sentiasa dengan mu, Tidak pernah tinggal mu, Jika tiada sudah mereka di luar sana mahu mu, Mama masih mahu mu, Ini kerana kau ialah anak mama, Anak yang pernah mama lahir...

Pintu keramat minta dibuka

Idea tiba-tiba datang. Meminta ku curahkan di dalam blog ini. Hehe Islam itu harus di susuri melalui satu pintu, Pintu yang akan membawa kita kepada Dia, Banyak pintu yang boleh di dapati, Tetapi hanya satu pintu yang boleh ke Dia, Pintu itu sudah ku temui, Tetapi tidak pernah ku buka pintu itu, Hanya memundar mandir di hadapan pintu itu, Mengharap pintu itu di buka oleh seseorang, Tetapi ku silap, Ku lupa sesuatu, Ku yang ingin tempuh jalan itu, Mana mungkin mereka ingin membuka pintu itu, Sudah tentu diri ku yang harus membuka nya, Baru memundar mandir di hadapan pintu, Ada sahaja halangan untuk ku buka pintu itu, Memang benar kata dia, Jalan ini bukan mudah, Hanya yang kuat dapat hadapi nya, Tunggu masa dan waktu, Ku cuba kembali buka pintu itu, Semoga kuat ku membuka pintu itu. Sekian ayat yang terpacul di minda ku di saat ini.. Pai.

Bicara kembali tentang keinginan

Ayuh kita bicara kembali tentang nafsu, Nafsu itu ringkasnya bermaksud keinginan atau pun satu kemahuan. Jadinya jika kita mahu sesuatu yang melanggar hukum syarak atau pun hukum Islam. Itu ialah nafsu yang harus di buang dan di benteras sebenterasnya. Jangan di layan keinginan seperti ini. Lawan dan terus lawan keinginan yang serupa ini. Jangan risau, anda tidak keseorangan di dalam hal ini. Ini kerana relax berani jamin, semua manusia sedang melawan keinginannya. Keinginan kepada sesuatu yang tidak perlu atau pun melanggar hukum agama.  Mengapa relax benar-benar yakin semua manusia sedang melawan keinginannya? Ini kerana setiap manusia punyai nafsu, sudah tentu mereka punyai keinginan. Di samping itu, syaitan sentiasa ada di sekeliling kita. Tukang penghasut itu sentiasa adakan. Ada juga ayat mengatakan, melawan nafsu itu merupakan jihad yang terbesar. So, sudah jelas mengapa relax benar-benar yakin nafsu itu di lawan oleh semua orang Islam di dunia ini. (Har...

Mereka tidak mengerti

Rasa nak update pula. Sekali dan membebel, memang ada je ayat yang nak tulis. Hehe. Mereka di luar sana pandai berkata-kata, Berkata-kata menyuruh ku buat begitu dan begini, Tetapi mereka tidak pernah merasai apa diri ku rasa, Mereka hanya melihat diri ku, Melihat apa yang boleh di lihat, Pernah kah mereka selami hati ku, Bertapa susahnya menahan semua ini, Tetapi ku tidak pernah menyesali, Kerana ini semua anugerah daripada Ilahi, Ada hikmah di sebalik semua ini, Mengapa sifat ku pelik di masa ini, Tentu ada penyebabnya, Di luar ku nampak okay, Cuba mereka selami hati ku, Tentu mereka tahu apa penyebabnya, Penyebab kenapa ku jadi begini, Maaf jika diri ini terlalu menjengkelkan, Terlalu manja di mata mereka, Maaf dan maaf ku ucapkan. Krik krik krik... Apo bondo ni yang relax mengarut ni. Hehe.. Pening-pening makin pening pula rasa akal ini. Kena cari diri itu nampaknya, Tak nak berpisah, Assalamualaikum semua, hehe.

Jiwang ke ayat ini

Satu dua dan tiga. Rasa nak bagi mat jiwang tulis pula artikel kali ni. Korang nilai sendiri ye jiwang ke tidak. haha... Relax dan tenang saja. Kita santai kali ni. Asyik tulis tadahan je dalam ni, so, sekarang ni nak bagi mat jiwang tulis pulak. Jom kita tengok apa yang mat jiwang nak tulis. Ku cemburu kerana ku sayang, Kadang tidak dapat ku kawal perasaan ini, Perasaan rindu dan sayang kepada diri mu, Sehinggakan, Tanpa ku sedar, Air mata ini mengalir, Mengalir kerana manahan rasa di hati, Ku pendam kan rasa rindu, Ku pendam kan rasa sayang, Ku pendam kan hasrat ingin bertemu, Tetapi sayangnya, Diri ku tak menentu, Sifat ku tak menentu, Emosi ku tak menentu, Dek kerana memendam rasa ini, Lalu ku pikir, Adakah semua orang seperti ku, Tetapi tiada jalan lain, Hanya satu jalan yang ku tahu, Pendam dan terus pendam, Itu lah jalan yang terbaik, Di samping itu, Kawal juga diri itu, ...

Cemburu buta

Salam semua, terdetik hati nak tulis tentang benda ni. Macam selalulah, bukan puisi atau pun pantun. Hanya kata pendek yang hadir di dalam fikiran ku. Itu sahaja. Saksikanlah>>>>>>>> Hati ini makin tak betul, Cemburu dan terus cemburu, Kadang tidak perlu ku cemburu, Tetapi ku cemburu juga, Cemburu dan asyik cemburu, Jika dapat ku buang, Sudah lama ku buang kan, Tetapi apa kan daya, Tidak mampu ku buang, Tak pa, Harus ku cuba buang sifat ini, Sifat ini yang akan membakar jiwa, Menghancurkan jiwa ini, Ku tak tahu bagaimana, Membuang sifat ini, Yang ku tahu, Harus ku kuatkan hati, Yakin kepada diri, Membuang sifat cemburu ini, Jangan pernah dengki mendengki, Itu yang ku tahu. Satu kata ringkas yang dapat ku katakan berkaitan cemburu buta ini. Tahukan anda apa itu cemburu buta?  Cemburu buta ialah cemburu yang terhasil jika kita terlebih cemburu. Dengan kata lain, cemb...

Nasihat menasihati

Salam ku hulur kepada pembaca blog ku dan assalamualaikum ku ucapkan kepada kalian. Bicara daripada seorang manusia yang ada silap dan salahnya. Mintak tunjuk daripada kalian ye, Mohon tegur ku andai ku salah.  Terlalu ramai yang ku kenal. Suka benar menegur. Teguran nya kadang-kadang terlalu tajam, susuknya sampai ke kalbu, tiada hikmah yang di terapkan. Hanya omongan kosong di dalam katanya. Teguran seperti ini selalunya tidak memberi kesan malahan menjatuhkan martabat seseorang. Jadinya saksikan ayat pendek tentang nasihat yang hendak ku sampaikan kepada kalian dan diri ini. Kita boleh menasihati orang lain, Tetapi ada caranya, Kena kawal emosi itu, Jangan biar diri di rasuk anasir jahat, Jika merasakan diri di rasuk anasir jahat, Diam kan diri sebentar, Tenangkan hati, Baru bercakap kembali. Berhati hati dlm bercakap, Takut tersalah cakap, Sia sia pulak jadinya, Kata akhir drpd ku: Lidah itu tajam kan, T...

Hati dan hati segalanya daripada hati

Assalamualaikum semua, Lama tak update tiba-tiba rasa nak update pula.. Tapi ayat santai sahaja. Ayat yang takda lah berbunga mekar seperti orang lain. Oopppss apa relax mengarut ni Ku luah rasa di hati, kepada relax tenang, my best partner during sad, happy and bla bla bla bla bla.... Aiyo apa relax mengarut ni. haha. Ingin ku curah rasa di hati, Memberi tahu kata hati, Bertapa rindunya hati, Bertapa sayangnya di hati, Ingin menjadi tempat di hati, Tempat meluah segala isi hati, Menjadi pengubat kepada laranya hati, Itulah rasa di hati, Diri ku punya hati, Alamak mengarut lagi pula. Aduh, mengarut je semenjak dua menjak ni relax. Apa-apa pun diri sebenar ku sentiasa ada buat insan tersayang di luar sana. Adiusta. Assalamualaikum. Peace yoo. Cahaya harapan kami. Pai

Untuk diri itu

Artikel petama untuk bulan november ini. Walau relax hilang, tidak mungkin relax hilang terus, kerana blog ini adalah teman ku di waktu sepi, sedih, gembira, sahabat karib yang tidak akan pernah meninggalkan ku. I love my relax tenang.  Salam ku hulur pembuka bicara, Assalamualaikum sekalian alam. Tap tap tap, nak tulis apa yang terlintas di fikiran ku. Padam kan kisah lalu, Kisah duka di waktu itu, Sekarang dan masa depan lebih utama, Embun pagi, Jernih nya dilihat, Sejuk nya di sentuh, Sejernih itukah diri itu, Sekeras kaca, Keras lagi permata, Jangan di keraskan hati itu, Menerima satu kebaikan. Mengapa masih tidak sedar, Satu kelalaian yang sangatlah nyata, Mana pergi mentari yang ku dambakan dahulu, Kini pergi meninggalkan diri ku. Mentari itu ada, Masih ku kejar, Jangan risau, Tidak ku lupa mentari itu. Sekian ayat yang sangat lah pendek yang muncul di waktu pagi ini. Relax tenang, Ikut sahaja takdir Allah...

Perlu di lakukan sebelum kahwin

Salam sejahtera dan assalamualaikum semua. Kita berucap kata semangat, semangat untuk diri kita, menempuh segala yang mendatang. Entah lah, apa yang relax mengarut tah. Sebelum kita berkahwin, Harus di ubah mana perlu, Jika tidak di ubah, Perangai kita di turun ke anak, Jika kita keras kepala, Keras kepalalah anak itu, Jika tidak sopan kepada orang tua, Tidak sopanlah anak itu kepada ibu bapanya, Susah kembali kepada kita, Untuk mendidik anak itu, Anak itu cermin kepada ibu bapa, Apabila di lihat anak, Akan ternampak diri kita, Bezanya cuma satu, Kita sudah besar dan berumur, Anak kita masih kecil, Sikap kita ada di dalam diri sang anak, Di waktu itu, Barulah kita sedar, Susah juga nak urus anak ini, Dek kerana perangai orang tuanya melekat kepada anak, Bak kata ustaz, Ubah perangai kita, Perangai kedua ibu bapa, InsyaAllah baik sang anak itu, Seterusnya senang di bentuk o...

Adap sopan di dalam Islam

Assalamualaikum ku buka bicara, Orang yang matang mampu berfikir baik buruk  di dalam syariat Islam, Dalam erti kata lain, Orang yang matang di dalam Islam akan malakukan suruhan Allah dan meninggalkan larang Allah, Jika larangan Allah masih di lakukan, Ketahuilah, Diri itu belum matang, Untuk pengetahuan korang juga, Matang tidak seiring dengan umur, Jika seseorang budak sekolah rendah itu sudah tahu bezakan baik buruk untuk di lakukan, Itu bemakna budak sekolah rendah itu sudah matang, Eeeerrrmm, Itulah apa yang relax tahu, Betulkan diri relax andai relax salah. Teguran untuk diri kita, Di akhir perbualan sering kali di ungkap kata k bye. Mengapa tidak di akhir perbualan di ungkap kata Assalamualaikum, Adap sopan di dalam Islam jangan di lupa. Islam itu bukan pada nama sahaja, tetapi harus di tunjuk di dalam akhlak setiap orang Islam. Harus di jaga perlakuan dan adap sopan sebagai seorang Islam. ...

Mencari kamu

Assalamualaikum semua, Hilang dan terus hilang di dalam blog, di sebabkan kerja yang tak berapa nak banyak dan boleh di katakan banyak.  Allah dah bagi 24 jam. Sebenarnya cukup untuk kita nak buat semua kerja. Cuma masalahnya, kita tak pandai urus masa dan sering buang masa. Itu lah apa yang ku tahu. Jadinya belajarlah urus masa. Kamu, Hilang entah ke mana, Mencari kembali kamu yang hilang, Rindu kamu,  Mengapa tidak bersatu kembali di dalam diri ini, Jangan pernah tinggal ku lagi, Ingin ku bahagia dengan kamu, Tiada jumpa, Ku terus mencari, Mencari kamu yang hilang, Biar apa rintangang, Ku cari kembali kamu itu. Semoga kuat diri ku mencari kamu, Entah mengapa,  Ku rasa kehilangan, Kesunyian ku seketika, Menunggu empunya hati, Menjadi seperti dahulu, Jangan pernah tinggal diri ku, Kuat dan terus kuat, Menempuh segala halangan. Sekian ayat ringkas untuk kali ini. ...

Kata-kata untuk korang

Assalamualaikum semua, Bulan 10, bulan yang mendiamkan relax. Diam tiada kata apa-apa. Diam dan terus diam. Diam dalam blog ni je la. Kat luar tak diam pun. Ok lah apa-apa je la. Jangan lupa satu benda, sabar dan terus sabar. Allah bersama-sama orang yang sabar. Itu yang ku tahu, tak tahu la korang. Soalan sekali lalu untuk korang. Bolehkah kita mengukur iman seseorang? Tak boleh kerana yang tahu perkara itu hanya lah Allah. (Wallahu'alam) Jalan-jalan menjelajah alam maya terjumpa ayat di bawah: Daripada blog seseorang. Bukan daripada relax ye. Oooohhh ok baiklah. Ingat dan terus ingat ye benda ni Semoga kata-kata di atas menyedarkan dan menyentapkan sesiapa yang baca.  Adiosta, Relax tenang. Pai.

Love keeps us kind

Love keeps us kind. It keeps us kind. Dua petikan lirik yang dapat ku ambil daripada lagu Linkin Park: The messenger. Cuba kalian fahamkan petikan lirik tersebut. Love keeps us kind but hate keeps us blind. Cinta murni itu membuat kita jadi baik dan memunculkan sinar di dalam hati. Itulah cinta hakiki. Jika sesuatu cinta itu membuat kita membenci dan membuat kita jauh daripada Ilahi. Itu bukan cinta, tetapi perosak cinta. Cinta itu suci sebenarnya. Tetapi di kotori oleh nafsu diri. Kita menodai cinta, kita mengotori cinta itu. Akhirnya cinta yang murni dan bersih itu menjadi kotor seterusnya merosakkan cinta. (Harap korang faham apa yang relax nak sampaikan ni) Cinta, Hadir tiada ku minta, Melihat dia, Lalu ku jatuh cinta, . . . . . . . (Seterusnya korang sambung sendiri) Saksikan video clips di bawah dan cuba keluarkan maksud tersiratnya. Cinta hakiki itu harus kita dapatkan. Kerana semuanya daripada Ilahi. Cinta Ilahi itu sebenar cinta. Ayuh kejar cin...

Nafi segalanya

Assalamualaikum semua, Ringkas meluah dan memberi tahu kepada kalian. Ku tolak segalanya, Ku tangkis segalanya, Semata-mata kerana sesuatu, Belum lagi ku temui, Masih mencari dan terus mencari, Sungguh kekuatan itu harus ku cari, Mencapai nikmatnya kepercayaan, Tunggu di sana, Ku sedang mendaki ke sana. Sekian kata ku kali ini. Pai. Relax tenang.

Belajarlah untuk sabar

Assalamualaikum semua. Apa khabar, sihat ke tidak. Harap-harap semua sihat aja. (Tak tau nak buat intro terus je la kepada apa yang hendak ku tulis.) Terjumpa di dalam facebook ayat ni: Marah itu mudah, sabar itu payah. Bukakan minda, bukakan mata, bukakan hati dan fahami isi artikel ku kali ini. Akhir sekali, tegur ku andai ku salah.  Diri, Sangatlah istimewa, Punyai pelbagai perasaan dan sifat di dalamnya, Marah sedih tegas sabar, Ini semua sifat di dalam diri, Yang hendak ku  ulas sekarang ialah tentang marah. Marah itu ada kegunaannya tersendiri. Jika ternampak sesuatu kemungkaran atau pun orang melakukan kemungkaran lalu kita marah. Marah ini tiada masalah.  Tetapi jika orang itu melakukan kebaikan dan kita marah. Marah ini ada masalah dan harus di elakkan.  Apabila marah juga, kita tidak boleh berlebihan. Kerana marah yang berlebihan membuat kita di rasuk syaitan dan kita hilang pertimbangan. Akal kita tidak lagi ber...