Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Zikir itu ibarat pedang

Suka relax dengan ayat di bawah. Copy paste daripada FB. *************** "Zikir kita ni macam parang", kata ustaz. "Maksud ustaz?" "Zikir akan kuat apabila kita meminta tolong dan berharap pada Allah. Kalau zikir tanpa ingat Allah, ia tumpul dan tak sharp" "Boleh ustaz terangkan lanjut kaitan parang tu?" "Parang kalau dah lama dibiarkan, ia akan tumpul dan berkarat. Kalau tiba-tiba musuh datang, saat kita nak gunakan parang, ia tak berfungsi" "Maksud ustaz, zikir ni kalau kita tak biasa amal, ia tak kuat?" "Ya. Zikir perlu diasah. Supaya apabila terpaksa berlawan dengan musuh, ia ‘tajam’ untuk kita pertahankan diri" — via saturindu via aku islam ***************** Zikir itu ibarat pedang, kita perlu mengasahnya. Barulah zikir itu berguna untuk melawan musuh-musuh di hadapan. Asahlah ia dengan mengamalkannya. Eeerrmmm menarik... Begitu rupanya. Sebenarnya benda apa-apa pun, kita kena am...

Jangan terlalu mudah membuat tafsiran

Hola lalo, lola... artikel penhujung bulan december dan seterusnya artikel penhujung tahun. Apa-apa je la. Belum tentu apa orang kata itu benar, Belum tentu apa yang kita rasa itu benar, Belum tentu apa yang kita anggap itu benar, Belum tentu apa yang di tunjuk kan benar, Belum tentu apa yang kita lihat benar, Ingatlah, Kita manusia, Punyai akal yang terbatas. Usah di fikirkan jawapan kepada jawapan yang terpendam, Orang hanya melihat, Seterusnya mentafsir, Melihatnya pula hanya lah pada yang di lihat, Mana mungkin betul, Kita dicipta, Bukan pencipta, Tinggalkan tafsiran, Bergerak ke depan, Berbaktilah kepada pencipta. Sekian kata-kata pendek dari ku, Harap korang faham la ye. Kalau tak faham, buat-buat faham. Kalau masih lagi tak faham sila lah komen di bawah ni. Biar relax bagi fahamkan sikit orang yang tak faham ni.  Kata akhir dari ku, Jangan mudah membuat tafsiran wahai saudara dan sa...

Makanan sunnah yang baik untuk kesihatan

Assalamu'alaikum... Pusing kanan, kiri, depan, belakang, atas, dan  bawah. Mencari idea untuk di masukkan dalam ni. Jumpa ideanya, tetapi bila nak tulis dalam ni takda idea pula. Eeerrmm pelik kan. Lalu ku relax, berserah padaNya, akhirnya terjumpa satu artikel dalam raga motor ku. Tengok macam best je nak menulis dalam blog ni. Tanpa ku membuang masa, ku capai artikel tersebut. Selepas itu ku letakkan di meja study ku. Ku biar artikel tersebut di situ berminggu-minggu. Baru kini artikel tersebut ku copy dan paste kan dalam ni. Persoalanya sekarang, sempoi tak relax?????? Sekian cerita artikel tersebut. Tata.... Ok, tukar kepada mode copy paste. 3, 2, 1 Copy 1, 2, 3 Paste.................. Kurma: Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Menguatkan hati Memberi tenga tambahan melancarkan buang air besar. Memudahkan wanita bersalin. Membentuk minda kanak-kanak. Menyembuhkan radang kerongkong. Mengurangkan r...

Tenung pokok dan berselawat. Insha Allah tenang hati tu.

Ok, teguran dari Nya, suruh bersabar. Alhamdulilah... Pesanan daripada D buat insan di luar sana Dalam diam, diri mu menyimpan satu sikap yang sukar nak di terjemahkan. Sikap inilah yang diri mu jarang keluarkan. Tetapi setiap kali diri mu ku lihat, ku nampak sikap ini. Dalam kecerian, tersembunyi satu kematangan yang sukar di lihat, menarik nya diri mu yang itu, membuat orang sekeliling mu tertarik, diri itu, kekalkan diri itu. Sekian intro untuk hari ini, jom kita tengok pula apa pesanan daripada D untuk kita semua. *********************************************** Ku lihat hijau  Hijau warna kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap hari kita akan memulakan hari dengan hijau. Bila kita bangun tidur, Kita keluar rumah kita nampak apa? Pokok kan? Pokok kan hijau. Tak tau lah kalau pokok depan rumah relax biru. Itu teori ayah saya. Saya ingat sampai bila-bila. Sebab itu saya suka hijau. Esok cuba tengok pokok hijau selepa...

Perkara yang di benci Allah swt

Perkara yang terlarang (haram) dalam Islam: (Tafsir Al Israak 17:31-17:38) Membunuh anak sndiri, kerana takut miskin, sebab memberi belanjanya. Maka membunuh anak ialaah satu dosa yan besar. Berbuat jahat (zina). Maka ini amat keji, kerana dari kejahatan ini terjadi bencana dan mudarat, umpamanya penyakit perempuan dan sebagainya.  Membunuh orna gyang tidak bersalah. Tetapi jika seorang di bunuh dengn azlaim, maka walinya berhak menuntutu bela. Memakna harta anak yatim, kecuali apabila dia telah dewasa, maka ketika itu boleh di akan dengan izinnya. Melanggar perjanjian yang telah ditetapkan. Mengurangkan sukatan atau timbangan. Mengerjakan sesuatu urusan tanpa ilmu pengetahuan, malah semata-mata menjadi pak turut sahaja.  Berjalan di muka bumi dengan sombong dan takbur, padahal kau tidak dapat menembus bumi dengan tapak kakimu dan tinggimu tidak sampai setinggi bukit.  Semuanya ini adalah perkara yang di benci Allah swt dan wajib tiap-tiap orang meninggalk...

Kembalikan persoalan kepada Allah

Salam ku hulur kepada hamba Allah di luar sana, tok tok tok.. Assalamualikum, mohon buka hati korang untuk menerima perkara di bawah. Suka pula relax dengan ayat copy paste di bawah. Pendapat daripada sinar hidup tentang _______ (Cari sendiri tentang apa) "Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Bahkan kami telah memberikan peringatan kepada mereka , tapi mereka berpaling dari peringatan itu". {Surah Al-Mukminun : Ayat 71} Maka jelas bahawa jika manusia memulangkan banyak persoalan kepada diri mereka sendiri, pastinya persoalan itu akan dijawab oleh nafsu mereka semata-mata.Jawapan mereka pasti akan menjurus untuk menyelamatkan diri mereka dan cuba membenarkan apa yang mereka sedang lakukan.Jawapan yang ingin merasakan diri mereka selamat dan sedang berada pada landasan kebenaran.Hati mereka terasa tenang pada zahirnya.Padahal jauh di sudut hati mereka tahu itu adalah satu kes...

Jangan kamu menghampiri zina

Assalamualaikum sayang-sayang relax. Harap korang sihat-sihat aja. Kita di larangan untuk menghampiri zina. Menghampirinya pun kita tak boleh. Apatah lagi melakukannya. Hindari zina. Apa itu zina? (Pergi tanya Ustaz) Al-Israak (17:32) Ingat ye.. Dia larang kita menghampiri zina. So, jangan lah buat. Lakukan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Ok bai.. :)

Kunci pembuka mutiara

Hidup ku kerana Dia, Mati ku kerana Dia, Dia mengatur segala-gala nya. Tetapi kita boleh memilih, Yang baik atau buruk untuk di lakukan. Keyakinan yang sangat tinggi kepada Dia, Yang mimpi menjadi realiti, Yang realiti menjadi mimpi, Yakin, Ingat Dia, Kenal Dia, Inilah kuncinya, Kunci pembuka pintu yang tertutup, Yang di sebaliknya punyai pelbagai mutiara, Mutiara yang berlainan daripada yang terlihat, Semoga dapat lah kita kunci itu. Relax tenang selalu.

Dalam ku jaga dia hadir

Hari ni mood menulis tiba-tiba datang, hehe,,, So, hari ni rasa nak menulis je. Oohh.... boleh pulak begitukan. Mood boleh datang-datang pula kan.. Senyum-senyum, senyum tiga. Pertemuan yang tidak di jangka, Melahirkan satu rasa yang sukar ku ungkap, Dalam sedar, Dia hadir, Sudah ku tahan, Bermacam ku lakukan, Demi mengelak perkara lalu berulang, Dalam ku jaga, Tiba-tiba muncul, Apakah pertanda nya, Adakah ini satu ujian untuk ku, Saat ku meminta jawapan daripada Mu, Apa yang harus ku lakukan saat ini, Kau menyuruh ku sabar dan pendamkan, Mungkin ini yang terbaik, Ku turut perintah Mu, Kerana Kau lebih tahu daripada ku, Ku sabar dan terus menahan, Moga hati ku makin kuat, Ku pohon pada Mu, Andai ini hanyalah ujian untuk ku, Tabah kan aku, Andai ini petanda daripada mu, Dekatkan kami, Baikkan pengakhiran kami, Hindari kami daripada perkara mungkar, Tenang kan aku, Tabahkan aku, Berikan petunjuk kepada ku, Moga kuatlah diri ka...

Saranan berkahwin di dalam Al Quran

"Live your dream." kata yang ada di meja ku sekarang. Siapa yang bagi tah... Main tukar-tukar hadiah lepas tu dapat benda ni. Hehe... Lupa pulak, Salam sejahtera, salam sihat-sihat kalian semua. Assalamualikum ku ucapkan. Situasi pertama: Wahai lelaki, Andai anda meminta seorang perempuan, Andai anda mengayat seorang perempuan, Saat anda rasa diri dia mahukan anda, Lalu korang pun mengatakan kepada nya, Nak kawin dengan saya tak????? Lalu dia menjawab (Perempuan tersebut menjawab), Maaf, Saya hanya menganggap awak sebagai teman saya, Saya hanya menganggap awak sebagai abang saya, Saya hanya menganggap awak sebagai sahabat saja, dan jawapan yang sewaktu dengan nya. Situasi dua: Wahai lelaki, Saat anda rasa diri dia mahukan anda, Lalu korang pun mengatakan kepada nya, Nak kahwin dengan saya tak????? Lalu perempuan itu menjawab: Saya terima, Sila lah datang ke rumah mak bapa saya, Dengan izin Nya saya ...

Kebaikan berterus terang

Aik, assalamualaikum kepada yang di sayangi di luar sana.    Artikel pertama, selepas hari terjadinya aku di dunia ini 10/12/, artikel pertama juga untuk bulan 12 ni. Haha, banyak pulak pertamanya. Tajuk artikel kali ini agak pelik, eerrmmm pelik ka. X pelik pun, siapa yang kata pelik, entah... Oooookkkk... Tinggalkan pendahuluan ini, terus ke artikel utama. Berterus terang, Satu kata indah yang manis bila di ungkap, Kata yang orang nantikan, Senang diucap atau melafazkan, Usah di pendam, Luahkan apa yang tersimpan, Bukan dengan orang lain, Tapi pada dia, Ye pada dia, Dia yang menyakitkan hati itu, Baru selesai masalah, Diam, Tidak berbincang, Ini bukan menyelesaikan masalah, Tapi membiarkan masalah, Berkata buruk, Ini meningkatkan masalah, Ayuh berterus terang, Jangan menipu, Jangan juga memendam, Relax saje. A...