Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Siap pada Nov 2012... (Rumah ku)

Lama dah rasanya tak upload progress terbaru rumah ku... Inilah langkah akhir sebelum pasang atap. Buat kening (relax pun tak tau apa nama sebenar dia. Orang panggil kening relax pun panggil kening la...) Awan yang cantik...  Nampaknya rumah ku dah ada border la Dalam banyak-banyak kening, bucu lah yang paling mencabar nak buat Kira sama la 2 bucunya... Lurus ke tidak jika korang tengok dari sini.. (Jari di mulut, jangan bagi tau orang..) Ini pun mecabar gak nak buat... dah la tanah rendah kat sini.  Cara pasangnya senang je, perlukan tiga orang untuk memamasangnya. Sorang akan masukkan skru, manakala lagi 2 orang pegang papan ni. Kalau tak silap ambil masa 4 hari kut nak pasang benda ni. Takpa-takpa dah nak siap dah rumah ku, langkah seterusnya pasang bumbung pulak.... Lepas 2 plaster.. Dah nak siap dah nampaknya... Macam selalu, time ni la belajar nak buat, time ni jugaklah praktik kan terus apa yang di belajar. Terbaik.. ...

Casing hanphone mengunakan kulit pig (beware)

Teknik baru pemasaran kulit babi. Eeerrrmm, rasa macam nak update blog ni la... Tapi tak tau nak tulis apa... Aaaaahhhh, macam mana tu.. hehe.... Hari ni relax cuma nak bagi peringatan kat korang je, Terjumpa satu casing tab yang di jual di kedai menggunakan kulit Pig. Tetapi casing ni lain sikit, sebab luar di salut dengan plastik lepas 2 casing itu di warna dengan warna hitam. Bila korang tengok betul-betul casing seperti ini, memang tak nampak macam kulit pig pun. Tapi korang kena teliti betul-betul baru nampak macam kulit pig. Cakap saja tanpa bukti, boleh jadi fitnah, so, korang tengok sendiri la gambar di bawah dan nilai sendiri betul or tidak apa relax cakap. Inilah kulit pig (bahagian dalam casing)  Plastik (bahagian luar casing) Nampak tak titik tiga yang duduk secara bedekatan, inilah petunjuk mengatakan ianya kulit pig Inilah bahagian dalamnya yang guna kulit pig Ini pulak bahagian luar, di salut dengan plastik (mengaburi kulit...

Pengakhiran kisah cinta ku

Assalamualaikum,  Terima kasih ku ucapkan kepada relax kerana bagi aku post artikel dekat blog kau. Hari ni terjawab segala yang ku tanya dalam hati ku. Terima kasih kerana jujur dengan ku. Terima kasih kerana tak buat ku ternanti-nanti. Artikel yang terkeluar dari apa yang aku pikirkan. Biarlah korang nak percaya ke tidak. Hari ini ialah hari penamat kisah cinta ku, Memang ada ku bayangkan perkara ini, Kini betul-betul terjadi, Semasa ku bayangkan, Ku fikirkan, Apa diri ku hendak lakukan, Jika perkara itu benar-benar terjadi, Bersyukor ku pada ilahi, Kerana memberi ku kekuatan, Untuk ku berkata sedemikian pada nya, Harapan hanya tinggal harapan, Kini ku bayangkan kau di pelaminan, Bersama orang lain, Sudah ku katakan dulu, Kita memang tak mungkin bersama, Sudah ku bayangkan segalanya, Kini benar terjadi, Memang tak salah apa yang ku bayangkan selama ini, Jawapan yang kau berikan, Memang benar seperti apa yang k...

Variable voltage source

Apa yang variable nya relax pun tak tau. Artikel ini, adalah sambungan dari artikel ------> ini Seperti yang di janjikan, di sini relax nak tunjukkan sama ada, circuit yang di buat di rumah boleh ke tidak untuk di gunakan. Circuit ini akan mengeluarkan tiga output iaitu 24V and 48V alternating current (AC) and 12V direct current (DC). Inilah gambar circuit di dalam artikel yang lepas setelah di solder. Dengan menggunakan transformer output 12V Hehe, nak tunjuk gak casing yang serba canggih yang di reka khas dari ku. (homemade casing). Result untuk circuit ni: Output untuk circuit ni Output 24Vac (lebih kurang) Output 12V dc Output 48Vac (lebih kurang) Input 12Vac (lebih kurang) Semua lebih kurang je sebab output depend on Input. Change in the input will cause a change in output. Circuit ni prototype je, memang tak boleh pakai lagi pun untuk kegunaan harian sebab output dia tak stable. So, ...

Cara nak buat PCB di rumah

Waaahh hari ni rasa macam nak update blog la... Kepada kawan ku yang medapat berita baik... tahniah ku ucapkan... Seperti aritkel yang lepas, relax ada post kan cara nak buat PCB dengan menggunakan Machine seperti developing machine, stripper machine, ethcing machine dan banyak lagi lah. Kalau korang nak tengok artikel yang lepas sila click di sini -------> how to make printed circuit board Sebelum itu, relax nak tanya korang, artikel yang lepas relax tunjukkan cara buat PCB mengunakan machine, pernah korang terfikir tak macam mana orang zaman dahulu buat PCB. Realitinya pada zaman dahulu, machine seperti ini masih tak wujud. Pernah terfikir tak???? Hehe pada pandangan relax, orang dahulu nak lekatkan circuit pada copper dengan cara jemur tengah panas. (maybe, saya hanya meneke). Pernah korang terfikir tak macam mana nak buat PCB dekat rumah. Haaaa, cam ne pernah terfikir tak.. ???? Kadang kalau kita nak buat PCB dekat makmal susah gak, sebab kita kena ikut ...

Allahu akbar, kata yang begitu bermakna...

Allahu akbar, Kata yang sangat besar maksudnya, Insaflah korang jika menyebutnya, Kerana maksudnya Allah maha besar, Bukan hanya sebutan di mulut, Tetapi rasailah di dalam hati, JIka benar korang menghayati maksudnya, Getaran di hati dapat di rasai, Perkataan ini bukan untuk di permainkan, Sebutan hanya sekadar sebutan, Jika penghayatan tidak ada, Janganlah kau sekadar sebut, Jika tiada tujuan, Kerana perkataan ini begitu besar maknanya, Allahu akbar!!! Soalan terakhir, Pernah tak korang pikir, kenapa perkataan ini di gunakan di dalam peperangan or berjihad? Selamat menjawab…. Relax dan tenang lah selalu…. Pai…

Bersamalah kita bermuhasabah diri

Artikel ringkas yang meminta korang berfikir benarkah korang takut kepada Allah SWT... Artikel yang lebih kurang macam artikel lepas " Benarkah anda takut kepada Allah SWT " Korang tahu Allah SWT lah yang maha agung, maha berkuasa dan dialah yang maha besar... Jika benar korang tahu perkara di atas, kenapa korang lakukan larangannya dan seringkali meninggalkan suruhannya....??? Tak takut ke Allah SWT menurunkan azab jika korang melakukan larangannya, tak takut ke azab di akhirat nanti...??? Korang tahu bertapa besar dan berkuasanya Allah SWT, tetapi kenapa masih melakukan kemungkaran??? Sebenarnya korang takut tak kepada Allah SWT???? Benarkah korang menyakini bertapa agung dan berkuasanya Allah SWT??? Betulkah korang kenal Allah SWT??? Kalau betul korang kenal Allah SWT, korang tak akan melakukan kemungkaran??? Tetapi kenapa kita sering melakukan kemungkaran lagi??? Benarkah kita kenal siapa Allah SWT??? Apa perasaan korang bila menyebut perkataan A...

Cukupkah amalan ku untuk ke syurga?

Seperti biasa, benda yang baik dan tulisan yang formal... Relax tak pandai sangat nak menulis.... So, copy paste je la... hehe.... Saksikanlah artikl copy paste kali ini.... *************** Hari kiamat Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.  Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.  Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih...

Muntah dan cirit birit membawa maut

Salam perkenalan kepada orang yang baru perasan kehadiran blog ni. Benda pelik, memang pelik, tak pernah lagi relax tengok orang kena cam ni. hehe…. Disebabkan kepelikan inilah membuat diri ku bertanyakan kenapa jadi begitu. Cerita bermula apabila diri ku terjumpa satu kes yang pelik. Tak habis-habis pelik, mesti korang tertanyakan apa yang pelikkan. Hehe, Tak tau dah nak cerita cam ne….. Korang baca je lah bawah ni…… Problem statement: Orang pertama kena macam dekat bawah: -Symptoms pertama (days 1): Pening rasa macam nak muntah (memualkan, lebih kurang macam orang yang nak dapat baby).. -Symptoms seterusnya (days 2): Pening dan rasa nak muntah+ sakit perut sikit + cirit birit + muntah… -Seterusnya dia pergi klinik dan doctor cakap salah makan. Selepas orang pertama sembuh, symptoms ini berterusan dekat orang number 2 lak: -Orang number 2 ada penambahan symptoms iaitu kebas anggota badan dan kekejangan otot (maybe dia muntah banyak sangat kut)...

Surah-surah untuk di amalkan perempuan mengandung

Artikel copy paste untuk kali ni lak ialah: Surah Al-Fatihah Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan Surah Maryam Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat Surah Luqman Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa Surah Yusuf Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak Surah Hujurat Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati Surah Yasin Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat Surah At-Taubah Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat Surah An-Nahl Untuk melahirkan anak yang berdisiplin Kredit sepenuhnya kepada sumber Terima Kasih ku ucapkan kepada admin blog tersebut.... Jangan marah ya relax copy paste artikel kamu.... Kredit kepada admin blog tersebut.... Sekian dari ku.... Pai....

Hidup ku kerana Mu

CInta Ilahi, Cinta selamanya…. Kebahagian di dunia dan akhirat…. Nikmatnya yang tak terhingga… Cinta ini kurnian dari Nya…. Bersyukor ku pada diri Mu, Memberi ku rasa apa itu cinta….. Takdir Mu harus ku turuti, Kerana ku hanyalah hamba Mu… Jika Kau kata mati, Mati lah aku, Jika Kau kata hidup, Hidup lah aku, Jika kau kata jadi, Maka jadi lah… Jodoh itu rahsia diri Mu, Diri ku hanya mampu berusaha, Hidup ku kerana Mu, Ada ku kerana Mu, Segala di depan ku kerana Mu, Ku tiada apa-apa, Tolong dan bantulah aku, Aku ingin kenal diri Mu…. Sekian artikel kali ini, Tak mau stress... Senyum-senyum... Pai...