Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Kita kena ubah

Hai semua. Hari ni cuma nak bagi tahu, sudah tiba ku mencari duit dan kumpul banyak-banyak untuk masa depan. Yeah otak duit sekarang. Ok tak lupa juga Ilahi.  Ayah relax ada lah cakap, kerjaya engineer ni tak mudah, kena sentiasa bersedia. Ada masalah memang kita akan di panggil. Tiada alasan yang dapat di berikan. Makna kata sibuk juga ah. Dengar macam tu relax takut pulak nak jadi engineer. Jadi minta begitu gitu jelah. Tak bersungguh. Ingat kalau kerja sekarang ni boleh la rehat rehat bersama yang tersayang ke. Buat aktiviti apa apa ka. Tetapi selepas berbincang, katanya nak ada kerjaya juga. Jadinya dia nak berkerjaya relax pun perlulah bekerjaya juga. Muda lagikan, fokuslah kerja dahulu. Tapi tulah rezeki dekat mana tu tak tau, kena cari dahulu. Apa apa pun redha dengan segala ketentuanNya.  Ok nak tambah sedikit, perubahan itu harus ada, tak kanlah nak kekalkan perangai buruk dahulu sehingga kini. Bongok namanya tu. Opppsss terkasar pula. Lal...

Aku stress

Hai. Penulisan yang relax rasa sesuai la nak di kongsi dengan korang. Korang tengok  je lah. Aku stress. Korang nak tahu kenapa? Aku umur dah 26. Tapi aku rasa diri aku macam di kongkong. Di kongkong oleh parent aku. Keputusan aku, keputusan my parent. Kadang aku rasa badan aku je kecik tapi daripada segi dalaman aku tak besar. Diorang kadang tak hormat keputusan aku. Aku diam ja. Tapi tu lah diam diam ni la susah. Aku takut meletus. Mungkin aku kena duduk jauh sedikit daripada  keluarga aku. Bab kata orang keluar daripada zon selesa. Entah lah. Aku tak tahu.

Pasti ada kemanisan di dalam satu kepahitan

Hai semua. Baru-baru ni ada dengar ceramah. Katanya kita haruslah betul-betul pegang dengan kalimah: " Lahaulawalaquwataillahbillahhil'alihilazim " ( Tiada daya upaya melainkan Allah, setiap berlaku atas ketentuan Allah). Jadi ku cuba lah berpegang dengan dengan kalimah ni. Ku cuba bayangkan diri ku di dalam perahu di lautan tanpa ada pendayung. Lalu ku membiarkan perahu ku hanyut di bawa lautan. Pejam mata dan membiarkan. Rupanya tidak semudah seperti yang ku bayangkan. Di uji nya diri ku dengan jari ku. Lalu di uji juga dengan tiada gaji di waktu kemuncak penikahan. Terduduk diri ku. Linangan air mata membasahi pipi. Resah gelisah di buatnya. Sisa iman ku kuatkan. Mencari jalan pemulihan. Alhamdulillah, makin pulih daripada rebah. Kita mahukan pegangan. Kita mahukan keimanan. Bukankah ia bermaksud percaya. Bukankah ia bermaksud keyakinan. Yakinlah  dengan Zat Allah. Dugaan datang menguji.  Mengukuhkan satu pegangan. Menguatkan satu keyakinan. Di sebalik kepahit...

Ubat untuk tekanan atau depress...

Hai semua, hari ni relax nak kongsi sikit satu penulisan seseorang. Korang tengok jelah sebab relax rasa penulisan ini berguna untuk mereka yang rasa diri tertekan saat ini. Atau English nya Depress. *%*%*%*%*%*%*%*%*%*%* Hari ini ialah hari ke 34 jari ku patah dan masih belum sembuh.  Bleh dikatakan waktu yang agak lama diri ku berehat dan tidak buat apa-apa. Boleh dikatakan 34 hari diri ku jadi seorang yang pasif. Aku boleh dikatakan seorang yang aktif, jarang lah duduk rumah ja. Ada ja benda yang aku nak buat.  Jadi sepangjang tempoh tu, aku belajar banyak benda. Bertapa penting nya segala anggota badan kita ini. Semua mempunyai fungsi yang tersendiri. Lumuh, hilang atau rosak salah satunya membuatkan kita menghadapi kesukaran.  Itulah apa aku rasa sekarang ini. Rasa murung, sedikit tekanan, haha banyak lagilah benda ku rasa. Sampai satu ketika ada juga terlintas nak makan panadol banyak-banyak biar tak sedar diri. Ini serius aku caka...

Ku tulis bait bait kata buat insan bertakhta hati ini

Inilah tunang ku, Walau kadang menyakitkan, Dialah yang menghiburkan, Dia tegas, Aku relax ja, Garang-garang penyayang gitu, Nampak keras, Lembut dia ni, Gelak tawa serah kat dia, Senyuman manis lembut hati ini, Gigi putih (Aku tak tahu macam dia jaga) Jumpa geng dia ni lah banyak mulut, Kasar-kasar dia, Lemah lembuh sebenarnya. Semoga kita berdua kuat menempuh dugaan mendatang. Maaf tak romantik seperti lain, Ketahuilah,  Sebenarnya sayang dan rindu itu ada di dalam diri ku. Harap ku hubungan kita sehingga sana. Tempat abadi nanti, Kaulah bidadari ku.... Perkenalan bermula berkawan, seterusnya usik mengusik, lalu ungkapan menghalal.  Harap di permudahkan. 19 June 2018 hari pernikahan.

How do I uninstall an app that has no name and no icon in Android.

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Lama manyepi sebab sibuk mencari duit untuk kahwin kan. Almaklumlah rasa macam seru tu dah sampai. Hahaha...Apa jela.. Hari ni relax ada masalah sedikit dengan relax punya phone. Masalah dia ialah phone relax tiba-tiba keluar iklan. Sikit-sikit keluar iklan. Annoy juga lah. Jadi relax ambil langkah cek app yang relax install. Cek punya cek lepas tu jumpa satu app yang mencurigakan, app yang tak ada nama dan icon. Kurang ajar punya app, dah macam pencuri pula tak ada icon bagai, dah macam mencuri pengintip. Korang boleh refer gambar di bawah nak tau apps tu macam mana. So, relax buat keputusan app ini sebenarnya membahaya, boleh jadi dia nak curi data ka apa ka. Relax pun bukalah nak uninstall, nah cuak pulak relax, nak force stop tak boleh nak uninstall pun tak boleh. Kurang ajar kau app. Selamat lah relax cuak sekejap ja, dalaam 30 minit tu relaxtenang balik dan berfikir nak settle dengan buang apps ni macam mana. Fikir punya fi...