Group Telegram Daripada sS: SAJAK KEMATIAN Lagu ini sebuah lagu sepi Irama ini sebuah irama tanpa melodi Aku karangkan sebuah sajak kematian Kerana angin sudah tiada lagi nyanyian Kerana gema sudah kehilangan getaran Terkaku beku tanpa gerak lakuan Terpadam sudah cahaya mentari alam Tertumpah sudah lautan angan dan impian Saat diusung tandu kepergian Untuk melangkah ke alam pembaringan panjang Dalam ruang kegelapan yang misterinya masih belum terpecahkan Kerana pengunjung yang telah berkunjung tiada pernah pulang membuka selubung Bagaimana ketakutan perasaan ketika disana Hanya khabar berita dan cerita-cerita yang amat jauh dari suasana hakikatnya Yang telah pergi saja yang tahu bagaimana kesukaran atau kesenangannya Jangan engkau memandang kepada jasad kakumu itu Itu hanyalah tembikar tanah yang pulang kepada ketanahannya Pandanglah sebenar dirimu itu roh yang selama ini menggerakkan jasadmu Dan rasamu tetap hidup dan bakal merasakan kesakitan atau kesejahteraan ...
Aku akan meredhakan segala yang berlaku