Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Kejar-kejar cinta

Selamat berpuasa semua. Ku kejar-kejar cinta, Cinta dunia dan akhirat, Ku berhenti sejenak lalu berfikir, Cinta dunia ku cuba dapatkan, Tetapi bagaimanakah kesudahanya, Cinta akhirat ku cuba dapatkan, Oohh, Dapat sekali segalanya, Kejar akhirat, Di minta juga kejar dunia, So, harus ku kejar yang mana, Senyum ku sendirian, Kejar akhirat sangatlah perlu, Tiada lagi henti tadi, Ku terus kan langkah mengejar pilihan ku, Semoga kuat di jalan ini, Sekian dari ku, Relax Pai. Allah, Allah, Allah, Dia di dalam hati, Sematkan namanya di hati, Akan ku cuba sedaya upaya, Sedaya mampu, Semoga di permudahkan, Ku tinggal kegelapan sebenar tinggal, Ok, Pai, Sekian ayat pendek daripada ku, Relax tenang.

Siapakah diri itu???

Semoga di bawah rahmatnya saudara saudari sekalian. Mereka berkata-kata, Diri ku berkata-kata juga, Benarkah??? Tafsiran di buat berdasarkan hati itu, Andai bersih, Barulah kebenaran itu ada, Siapa diri ku, Siapa sebenarnya diri ini, Tanyalah Dia yang tahu, Allah yang Esa, Maha mengetahui, Maha besar. Ku tingga kalian kepada Allah, untuk mengetahui siapa insan ini. Bukan juga insan ini, malahan insan lain juga. Selamat kembali kepada Dia, Semoga kebenaran itu terungkai, Hehe Pai.

Readykah kalian untuk mati

Assalamualalikum semua, Diri ku relax sentiasa meminta tadahan. Daripada kalian di luar sana. Kerana ku tahu, diri ku tidak sempurna di mata mereka di sana. Akan ku pejam kan mata. Meminta yang Esa memberi petunjuk. Saat mati itu berkunjung. Bagaimankah rasanya. Ku bayang diri ku di saat sakaratul maut.  IsyaAllah, akan di terbit artikel tentang mati dalam masa terdekat ni. Untuk menyedarkan diri di luar sana yang terlalu leka dengan dunia. Dunia yang bersifat sementara. Lebih baik membayangkan mati daripada membayangkan satu kenikmatan di dunia ini. Membayangkan mati membuat kita sentiasa berhati-hati di dalam langkah di dunia ini. Jika kenikmatan yang di bayangkan, sudah tentulah kita lupa kepada Dia yang Esa.  Sebelum relax post tentang mati, ingin ku ajak kalian di luar sana. Membayang saat diri kita di rangkul nafas yang terakhir. Saat di mana kita tinggal di alam barzakh, menanti malaikat datang menyoal kita. Andai tinggi amalannya di dunia, makanya ...

Aku yang dahulu bukan aku yang sekarang

Sejarah lalu, Membuat diri ku lupa siapa diri ku, Hanyut ku dahulu, Tenggelam di lautan dalam, Seronok ku dengan dunia, Dunia yang bersifat sementara, Lupa ku kepada Dia yang satu, Haha, Itu dahulu, Sudah lama ku tinggalakan, Setelah banyak amal ku lakukan, Akhirnya ku temu satu sinar, Alhamdulilah, Segala puji bagi Allah, Pengajaranya: Nak dapat sinar, Mestilah sukar, Tetapi tak mustahil mendapatkanya. Tidak ku nafi walau ada kadang terkandas, Bangun kan kembali diri itu, Kita kan perjuang, Relax tenang Pai.

Hendak ku lupakan perkara lalu

Kadang ku pelik, kenapa namanya sering di kaitkan. Seronokkah anda mengenangkan perkara lalu, tidak rasa bersalah kah kepada Dia. Tidak ku nafi, diri ku juga ada sejarah silam, ada juga seseorang di sisi, tidak pernah pula ku sebut. Kerana ku rasa bersalah dengan Dia di atas perkara lalu. Kini tiada siapa yang tahu, melainkan diri ku dan Dia. Begitu juga dengan dia. Bersalah lah diri itu, jangan di ungkit perkara lalu, kuburkan dan kuburkan perkara lalu. Diri mu dan diri ku, kita punyai sejarah tersendiri, Diri ku makin melupakan, diri mu jua harus begitu. Diri ku manuasia biasa mampu melupakan, begitu juga diri mu, mesti mampu melupakan.  Cerita ini bukan hanya tentang diri mu dan dia. Tetapi harus di ingat Allah itu ada, Mengkhinati Dia, Melakukan perkara yang di tegah Dia, Harus memohon ampun kepada Dia, Andai tiada kata ampun dari mu, Menanti lah azab Dia, Tidak di dunia, Di sana nanti, Mesti kena, Pengadilan Allah sebaik penga...

Sebutlah kalimah itu

Bertemu kembali kita di dalam blog yang tidak seberapa ini. Diri ku relax. Blog ku relax tenang. Diri ku milik mutlak Ilahi, Bukan diri ku sahaja, diri mu jua wahai manusia. Ok pai.. Allah, Allah, Allah, Ku sebut kalimah ini berkali-kali, Sehingga getaran ku rasa, Lupa ku dengan tiada wujud, Hanya mengingat yang wujud, Bercakaplah kalian sebagai seorang hamba, Jangan di lupa siapa diri, Terpaculnya diri ku di relung masa, Tiada ku tahu di mana ini, Tetapi hanya sementara, Kerana hati balum suci, Kadang dekat, Kadang jauh, Akan ku nafi selepas ini, Tipu daya yang ku tahu, Tunggu diri ku kekasih hati, Akan ku bersama tak lama lagi, Allah yang satu, Tiada akhirnya. Sekian ayat pendek dari relax. Allah maha besar. Pai. Bimbing ku ke jalan hakiki, :) Relax tenang

Tidak akan ku kenang perkara lalu

Assalamualaikum saudara saudari sekalian. Hari ni rasa nak bagi mat mengarut bercerita pula. Tiga dua satu. Ok lah relax serahkan kepada mat mengarut. Memaksa diri ku bercerita perkara lalu, tiada keseluruhan hanya sedikit ku sampaikan. Cukup lah itu yang harus diri mu tahu.  Sungguh, Tidak ku nafi perkara lampau, Semua orang ada masa lampau, Semua orang ada zaman kegelapan. Zaman di mana, Tiada nur di hati, Tidak ku suka bercerita perkara lalu, Yang penuh dosa dan onar duri, Mengapa perlu ku ceritakan, Sungguh pahit ku rasa, Lalu ku gagahi akal, Ku gagahi diri, Melupakan perkara lalu, Segala puji bagi Allah, Dia permudah kan diri ku, Melupakan perkara lalu, Semua nya di atas tekad ku, Harapan ku, Ku fokus hanya kehadapan, Diri mu nampak apa yang terlihat, Tiada nampak apa tersembunyi, Usah di lihat kita dahulu, Lihatlah siapa kita sekarang, Kita sekarang orang baharu, Ingin melupa perkara lalu, Mengejar kasih yag s...

Harus di ingat Dia selalu

Minggu exam. Baru habis paper 25 hari tu. Paper seterusnya 4,6 dan 8 bulan 7. Diharap di mudahkan segalanya. Semoga diri ku kuat menempuh bulan exam ni. Mudah mudahan. Seiring melangkah, Mengingat yang satu, Yang akhirnya tenggelam, Di lautan rindu. Mencari pelangi, Di kegelapan malam, Tidak ku temu pelangi itu, Aahh hati ku meronta, Gelap gelita, Bagaimana harus ku cari, Tiada nampak, Apatah lagi terlihat, Keseorangan di kegelapan malam, Tiada di tarik, Di tinggal keseorang, Hampa ku rasa saat ini, Lalu ku renung di mana silapnya, Ku berharap di temu cahaya, Ku kuat langkah yang longlai, Ku cari semangat dalam diri, kK redah lautan malam, Tiada henti ku tempuh, Akhirnya, Usaha ku terhasil, Ku nampak cahaya di hadapan, Di sebalik cahaya tersegam indah  Pelangi yang ku cari dahulu, Ku kuat langkah mencapai pelangi, Lega ku di sini, Tiada risau kini, Ku dapat yang dicari, Pelangi indah 7 warna, Yang ...

Pengutamaan tanggungjawab isteri dan suami

Semoga di bawah rahmatNya selalu. Artikel seiring dengan umur ku. Semakin ke depan dan ke depan. Sudah tiada masa untuk memuntah hijau apabila berbicara bab ini. Selagi perkara itu baik, harus ku sampaikan. Itu lah yang ku tahu. Haha. Apa-apa aja lah. Ingatlah wahai isteri, suami, anak lelaki, anak perempuan dan ibu bapa. - Ibu itu lebih utama daripada isteri. - Suami itu lebih utama daripada ibu - Anak perempuan mereka perlu mementingkan suami daripada ibu bapa. - Suami perlu mengutamakan ibunya sendiri melebihi isteri. - Tanggungjawab menjaga ibu bapa tergalas di bahu anak lelaki dan bukan pada anak perempuan. - Anak perempuan terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibubapa suami lebih daripada ibu bapa kandung sendiri. Ringkasannya seperti di bawah (Berdasarkan ayat di atas). Peringkat tanggungjawab si suami. 1. Ibu bapa kandung. 2. Isteri. n lain2. Peringkat tanggungjawab si isteri. 1. Suami 2. Ibu bapa suami. 3. Ibu bapa kandu...

Rintihan ku

Jauh Perjalanan Telahku Jelajahi Membawa Seribu Impian Berbekal Pengalaman Mampukah Aku Melangkah Menuju Satu Daerah Masihkah Ada Sinar Yang Menanti Masa Dijanji Pasti Tiba Ku Kan Dijemput Ke Sana Bimbang Langkah Ku Terhenti Ku Terpaut Dipersimpangan Tak Inginku Mengingati Detik Hitam Semalam Tinggallah Semua Jadi Kenangan Keranamu Kan Ku Gagahi Untuk Terus Sisa Hidup Ini Biar Ku Tebus Segala Dosa Selagi Jasad Bernyawa Leraikanlah Rasa Hatiku Padaku Hanya Engkau Yg Satu Belum Pernah Ku Terasa Hebatnya Cintamu Sungguh Kau Lebih Mengerti Apa Tersirat Di Dalam Diri Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi Jujur Ikhlaskah Hati Ini Menyintai Mu Sepenuh Hati Ataukah Sekadar Bila Diuji Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian Dihasut Dengan Pelbagai Godaan Satu lirik seribu makna. Membawa ku menjelajah dunia tanpa ruang, tanpa masa, tanpa benda, tiada apa.  Apa-apa pun terima kasih kepada pe...

Usah di hirau kata mereka

Biarkan yang rahsia menjadi rahsia. Biarlah mereka berkata apa. Yang pasti aku tahu siapa aku. Penilaian manusia tidak ku hirau. Cukup lah Dia tahu siapa aku. Siapa aku, Tanyalah Dia yang tahu. Baik di sini baiklah di sana, Mati pun senang, Segalanya senang. Segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam.

Siapalah diri ku

Hai semua, Salam sejahtera semua, Sentiasa di bawah perlindungan Nya wahai kalian. Padat dan ringkas. Maaf mencelah mat sedih. Relax nak tulis sikit satu artikel. Insan biasa, Tiada istimewanya, Tersalah bicara, Menjadi peluka, Tidak ku sedar kesalahan diri, Andai diam tiada teguran, Tolonglah bantu ku, Menyedar kealpaan diri, Jangan di biar aku hanyut, Di lautan dunia penuh muslihat, Aku perlu di tarik, Jangan di biar diri ku hanyut, Bantulah diri ini wahai kalian. Orang kata senyum itu satu sedekah. So senyumlah. Jangan lupa bertenang aja. Relax tenang. Setiap berlaku di bawah ketentuanNya, Sekian dari ku, Relax

Saat kata kesat di lontar

Assalamualaikum semua, Bertemu kita kembali di dalam blog relax tenang yang di punyai oleh relax yang di pinjamkan kepada mat sedih untuk sementara waktu untuk memberi mood kesedihan untuk bulan enam ini. Krik krik krik. Pppaaaiii... Kata kesat di lontar, Membuat hati terpaku, Berdarah dan terus berdarah, Aku mencari di mana silapnya, Adakah aku puncanya, Atau pun dia puncanya, Tidak pernah ku herdik, Kerana ku tahu, Luka dalam susah di ubati, Walau apa pun, Jangan di putus satu ikatan, Harus di bincang mengapa begitu, Biarkan mereka melukakan, Jangan jadi seperti itu, Setiap berlaku akan terus berlaku, Tidak menghirau siapa di kau, Pilihan di buat itu lah engkau, Baik buruk di tangan engkau, Harus memaaf semua orang, Kerana siapa aku tidak memaafkan, Sedangkan Dia maha pemaaf, Aku hanya seorang hamba, Redha pada ketentuan Dia, Tiada jalan selain redha, Aku redha ketentuan Mu ilahi. Baca lah petikan di atas. Cuba kalian keluar...

Siapa aku di mata mu

Semoga kalian sentiasa di rahmati Nya. Seperti ku katakan di dalam artikel lepas. Sebenarnya untuk bulan enam ni relax nak bagi mat sedih je tulis blog ni. Mat sedih ni duk kacau relax sangat. Jom kita tengok apa lah yang mat sedih ni nak tulis sangat dalam blog ni. Ish2... Mencari sebab di atas segalanya, Mengapa semua ini terjadi kepada ku, Siapa aku di mata mu, Aku bukan siapa-siapa bagi mu, Habis tu siapa aku, Adakah hanya seorang abang, Adakah hanya seorang guru, Adakah hanya seorang kawan, Adakah hanya seorang ayah, Entah la aku tak tahu, Tidak ku sangka, Diri ku keseorangan dalam perkara ini? Tidak dan tidak sama sekali, Dia sentiasa ada untuk ku, Perkara lalu terasa menujah di fikiran, Luka lalu terasa terbuka kembali, Harus ku berhati hati selepas ini, Cinta manusia, Aku cuba mencari di mana keseronokannya, Andai bahagia hadir, Kepahitan menjelma, Itulah cinta manusia, Itulah juga cinta, Harus ada pasang surut nya, Kerana itulah yang menco...

Berhati-hatilah dalam berbicara

Assalamualaikum semua, hai, bertemu kembali kita di dalam rancangan relax2 aje. Hehe... Lama nye tak update blog ni. Relax tenang, satu blog yang santai dan relax aje. Eeeerrmm mungkin, relax rasa begitu lah. Tak tau la korang. Suka, cinta, sayang, cemburu, takut dan berharap. Ini semua adalah sifat fitrah manusia. Normal la ada sifat yang di sebut tadi. Cumanya harus di kawal dengan akal. Akal pula di kawal oleh hati. So, sucikanlah hati tu. Bulan enam, relax membawa konsep kesedihan, relax akan cuba memberi kepada mat sedih untuk menulis seberapa banyak artikel yang sedih untuk korang selami dan rasai. Eeeerrmm mungkin. hehe... Ala kut mana pun dah lama sangat mat sedih tak tulis artikel dalam ni. Dia rasa nak tulis pula bulan ni. Ayuh saksikan apalah yang mat sedih ni nak tulis. tiga, dua, satu dan kosong. Mat sedih kusai blog relax. So, rasanya tak salah nak biadap dengan awak. Satu ungkapan yang membawa seribu makna yang berjaya diri ku ambil semasa pemba...