Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Perkara yang boleh di lakukan oleh ibu mengandung

Ibu mengandung Apakah amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh mereka. Selain menjaga tingkah laku mereka, ibu mengandung juga boleh mengamalkan surah-surah di bawah. Dengan amalan ini boleh lah anak-anak di dalam kandungan jadi seperti apa yang di catitkan di bawah. Dengan izin Nya. Kita hanya berusaha, selebihnya Allah yang tentukan. Tawakal dan berdoa. Ingat ye wahai ibu mengandung dan bapa-bapa kepada anak kandungan ibu-ibu tersebut. Bagaimana untuk malhirkan anak yang pandai akalnya dan cerdik jiwa? Baca surah Luqman Bagaimana untuk melahirkan anak yang punyai sifat berhati-hati dan membanyakkan susu ibu? Baca surah Hujurat Bagaimana untuk melahirkan anak yang berdisiplin? Baca surah An-Nahl Bagaimana untuk memperoleh anak yang sabar dan taat di samping memudahkan ibu bersalin? Baca surah Maryam Bagaimana untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan baik akhlaknya? Baca surah Yusuf Bagaimana untuk mengelakkan anak daripada terpengaruh dengan godaan syaitan yang ...

Cinta antara dia dan Dia

Bukan dia yang harus di cari, Tetapi Dia, Mengapa Dia? Dia pencinta sebenar, Sentiasa bersama suka dan duka, Mengapa bukan dia? Ada apa dengan dia, Apa dapat kalau cinta dia, Cinta dia dari Dia, Jangan di cintai dia, Cintai pemilik cinta dia, Itulah Dia, Usah ragu, Teruskan mencintai Dia, Cintai sedalam-dalam nya, Sanggup renangi lautan berapi, Semata-mata kerana Dia, Yang indah itu sukar di dapati, Tetapi tak mustahil mendapatkannya, Kuasa bermujahadah, Kuasa istiqomah, Kedua-duanya perlu ada, Doa dan tawakal jangan di lupakan, Semoga kita teguh berdiri di jalan hakiki. Ayuh tingkatkan amal, Kejar cinta yang sepatutnya, Sekian ayat pendek untuk post kali ini. Peringatan bersama : Indah diri bukan pada wajahnya tetapi pada hatinya. dia ialah cinta manusia, Dia ialah cinta Ilahi, Jangan di kejar cinta manusia, Kejarlah cinta Ilahi. Ingat ye aku dan saudara saudari sekalian. Andai kesilapan itu ada, jangan malu-malu untuk menegur ku. (...

Ini kisah antara aku, dia dan Dia

Salam kenal semua. Ini kisah antara aku, dia dan Dia Pernah satu ketika dulu, Cinta itu bertandang dalam hatiku, Perasaan ini pertama bagi ku, Indah dan sukar di kawal, Saat ini lah diri ku hanyut dalam dakapan cinta, Fikiran ku runsing, Diri ku lemah, Sedikit demi sedikit, Diri ku semakin hanyut, Hanyut di lautan cinta, Hidup ku mulai tak keruan, Fikiran ku sentiasa ada dia, Kini, Cinta itu tidak lagi indah, Tetapi menyiksakan, Aku harap cinta itu lenyap, Aku tidak mahu cinta ini, Apa ada dengan cinta??? Ini lah persoalan yang sering bermain di fikiran ku, Aku di biarkan bersendirian, Tiada jawapan yang ku temui, Kini, Aku mulai sedar, Cinta itu hadir pemberian dari Nya, Tak semua dapat merasainya, Beruntungnya diri ku, Hadirnya mengusik jiwa, Menguji sejauh mana cinta ku kepada Dia, Di berinya rasa ini, Untuk mengajar aku kuat, Untuk mengajar aku erti tabah, Untuk mengajar aku erti pengharapan, Dia mengajar aku erti redha, Ya Dia ingin mengaj...

Berdoa dan teruslah berdoa

Assalamualaikum semua, Minggu ni selalu jumpa artikel yang berkaitan doa. Di sebabkan itu sudah menjadi kewajipan ku untuk menggabungkan artikel tersebut menjadi satu, untuk tantapan kita sekalian. (Eeeerrkk, poyo nya ayat... Apa jela)  Hiraukan ayat di atas. Mungkin Dia suruh kita sentiasa berdoa pada Dia.  Andai diri di landa kesedihan,  Andai diri lelah dalam ujian, Dia ada untuk kita, Mengadulah pada Dia dengan penuh pengaduan, Berdoalah agar kesedihan itu hilang, Berdoalah agar di beri kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut.  Peringatan untuk kita hari ni: Jangan pernah mengambil kata orang yang berunsur negative. Kerana mereka itu manusia, kata mereka tiada apa-apa. Di sisi kita ada Allah. Terus lakukan jika perkara itu tak salah dari sudut agama.  (Relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan. ) (Hanya Allah yang mengetahui benar atau tidak sesuatu perkara) Artikel copy paste daripada D yang d...

Jangan terlalu mudah menghukum seseorang

Salam hari jumaat... Hari ni rasa macam nak berletar dalam blog ni. Hehehe... Tahan mata dan hati korang ya.  Kerana satu kesalahan yang dia lakukan, hilang segala beribu kebaikan yang dia lakukan. Seterusnya kita menghukum dia di atas kesalahan yang dia lakukan. Bukan kah itu tidak adil namanya. Manusia macam kita ni tak lari daripada melakukan kesilapan.  Seperti ayat ku sebelum ini, manusia itu kalau di lihat keburukkannya mesti ada. Ini kerana kita tak sempurna. Tetapi ini tak bermaksud kita boleh menjadikan perkara ini sebagai alasan di dalam sesuatu kesalahan yang kita lakukan.  Setiap perkara kita di beri pilihan bukan. So, buat lah pilihan yang baik. Andai kita melakukan sesuatu kesalahan, jangan di ulangi kesalahan tersebut. Ini lah perkara yang harus kita lakukan. Bukannya berulangkali melakukan kesalahan tersebut. Pelbaiki kesalahan dan bukannya ulangi kesalahan.    Sudah ku terangkan mengapa manusia yang di anggap baik itu juga...

Bermimpi melihat Rasulullah

Andai korang bermimpi melihat Rasulullah SAW. Adakah itu benar atau pun sebaliknya. Hadis ini menjawab persoalan di atas: "Barangsiapa melihat ku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diri ku kerana setan tidak dapat menyerupai ku." (H.R Tirmidzi, Ibnu Majah, Darami, dan Ahmad) Sumber: Keperibadian Rasulullah Persoalannya sekarang, bagaimana korang nak pastikan yang di mimpi itu benar Rasulullah saw??? Maaf relax tak berani jawab soalan ini. Pergi tanya orang yang lebih arif tentang ilmu ini. Cuma nak share hadis ni je. Hanya Allah yang tahu sesuatu itu benar atau pun tidak. Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang di rejam. Sekian artikel ku kali ini. Indahkan muka kalian dengan senyuman.

Akhlak Rasulullah SAW

Hari ni relax nak sentuh sekali lalu tentang akhlak Rasulullah SAW berdasarkan satu hadis: "Rasulullah saw, tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan bersikap lapang dada." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud dan Ahmad) Sumber:- Kesimpulannya: Selalulah bersabar dan buang sifat amarah di dalam diri. Biarkan orang buat buruk dekat kita, dan kita jangan membalas keburukkan orang tersebut.  Tetapi kalau korang nak tau, marah itu juga ada dua. Pertamanya marah kepada sesuatu kebatilan dan keduanya marah kepada sesuatu yang tidak perlu. Marah yang perlu kita buang ialah marah yang keduanya iaitu marah kepada sesuatu yang tidak perlu. Selamat mencontohi akhlak Rasulullah saw. Relax Tenang saja. Pai.

Berdoalah dengan penuh pengharapan

Assalamualaikum, Segala puji bagi Nya, Alhamdulilah... Hari bersejarah 11/2/2014 Selasa pada pukul atas 10pm. Ini baru permulaan, Lebih banyak yang akan ku tempuh lepas ni, Aku harus kuat, Terima kasih Ya Allah, Serius, Berdoalah kepada Dia dengan penuh pengharapan, Insyaallah dia makbul kan... The power of Doa. Dengan izin Nya... Selamat beramal...

Cara mendidik kanak-kanak di dalam Islam

Pengakhiran yang baik bermula dengan permulaan yang baik. Tetapi permulaan yang buruk, tak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. Selamat berfikir. Comel dan menghiburkan, tidak tahu apa-apa, belum kenal erti hidup, sentiasa ceria seakan tiada masalah yang berlaku. Kata ungkapan yang sesuai di berikan kepada kanak-kanak di luar sana.  Teringin rasanya menjadi kanak-kanak kembali. Tetapi ini semua mustahil. Masa itu sentiasa ke depan dan tidak akan berpatah balik. Inilah kehidupan. Segala puji bagi Dia, mendetik hati ini untuk menulis artikel buat saudara saudari sekalian tentang cara melayan kanak-kanak di dalam Islam.  Bagaimana nak melayan kanak-kanak di dalam Islam????   * Dekatkan kanak-kanak kepada sunnah dan kenal kan mereka dengan Rasulullah. * Bawa mereka ke majlis-majlis ilmu dan dekatkan mereka kepada ahli ulamak. -Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara baik. Jadinya di waktu inilah kita perlu didik m...

Falsafah cinta buat insan di luar sana

Semoga Allah sentiasa melindungi kalian. Hari ni rasa nak tulis topik yang 18 tahun ke atas. Al maklumlah umur pun makin dewasa kan. So, topik pun kena agak-agak dewasa juga la kan (apa-apa aja la). Mungkin juga topik kali ni akan memualkan sesetengah orang. Tetapi korang nak tau satu perkara tak, andai korang mual bila baca topik ni, mungkin korang ni belum cukup dewasa kut. Ok, relax melawak ja. Jangan marah. Cuma nak minta maaf andai topik ku ini memualkan korang. Sorry.... *+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+ Sekilas lalu tentang jodoh:- "Time can also break a waiting heart" Kalau dah seperti apa yang ungkapan ni tulis, maknanya tiada jodoh la tu. Orang kata, kalau dah jodoh tak kemana, pi mai pi mai tang tu. Senang faham macam ni la, "andai dia untuk untuk ku, maka dia akan datang kepada ku. Andai dia bukan untuk ku, maka tidak datang lah dia kepada ku." Ye betul, memang jodoh sudah di tentukan, tetapi kita kena usaha juga. Kalau bab nak usaha ni pul...

Jangan sesekali memutuskan silaturahim

Jangan sesekali memutuskan sebuah ukhuwah Ku coret kata hati,  Yang mengikut hati,  Yang ditulis berhati-hati,  Takut orang sakit hati,  Habis lah diri ku nanti... Pembuka kata di waktu pagi, begitulah jadinya... Salam ku hulur buat saudara saudari, abang, adik, kakak dan lain-lain... Assalamualaikum... Kita bertemu Allah dah tetapkan, Sama ada diri ku memberi sesuatu kepada mu, Atau diri mu memberi sesuatu kepada ku, Atau mungkin ada hikmah lain, Dia sayang kita, Tidak pernah menzalimi kita, Maha pengasih, Berbaik sangka lah wahai teman, Di sebabkan itu, Jangan menyesal dengan setiap pertemuan, Dulu pernah diri ku ingin memutuskan satu ikatan yang terbina sekian lama gara-gara emosi, Setelah ku renung dan fikirkan, Dia menyedarkan ku, Segala puji bagiNya, Memutus sesuatu silaturahim itu adalah sesuatu yang tidak patut di lakukan, Hakikatnya, Kita bersaudara, Se agama, Punyai matlamat yang sama, Dia...

7 amalan yang berguna semasa mati

Sebenarnya semua bentuk amalan baik itu berguna di kemudian hari dan di sana nanti. Seperti selalu, Seperti hari-hari biasa, Sebagai pembuka bicara, Assalamualaikum kalian di luar sana, Selamat awal pagi... (1:28am kan masa di tulis.. Hehe.. apo jo la) Bagaimanakah iman kalian untuk hari ini? Bagaimanakah diri kalian di waktu ini? masih seperti semalam atau semakin baik? (jawapan di dalam diri sendiri) Dunia satu persinggahan atau pun satu perjalanan untuk ke hakiki. Di sini lah tempat untuk kita mengumpulkan bekalan untuk ke sana nanti. Persoalannya sekarang, cukupkah bekalan kita untuk ke sana???? Semua orang kalau di tanya "Nak cinta Allah tak???". Relax berani jamin, mesti ramai dan boleh jadi semua akan menjawab "Yee, saya nak cinta Allah..". Tetapi tetapi tetapi dan tetapi, amalan kita cukup kah untuk mendapat cinta Allah??? Cukup persoalan hari ni untuk korang renungkan. Hari ni relax cuma nak share tentang 7 amalan-amalan ' B ...

Untuk mu yang bergelar hamba

Di bawah rahmatlah korang di luar sana. Waaaahhh.... buka mulut tutup mulut dah masuk bulan 2 dah. Cepat masa berlalu. Umur bergerak seiring dengan tarikh. Di sebabkan itu, semakin ke depan tarikh semakin tua lah diri kita. Sedar kah kita.  Sebelum relax tulis selanjutnya, relax nak korang jawab dulu persoalan di bawah: Dah bersedia kah korang untuk mati, sedangkan mati itu pasti? Macam mana iman korang hari ni? Kanan dan kiri, amalan mana yang banyak? Di terimakah amalan kita selama ini? Macam mana hati kalian di luar sana? Sekian persoalan untuk kali ini. Untuk mu yang bergelar hamba: Maaf, tidak ku pandai berbicara realiti. Hanya ungkapan tulisan dapat ku beri. Menjadi peringatan buat diri penggelar hamba. -Peliharalah iman sehingga pohonnya tumbuh menjulang. -Janganlah engkau berbuat kebaikan untuk yang lain selain Allah. -Jika engkau bersandar kepada yang maha Haq dan bertakwa kepadaNya, maka Dia akan memberi rezeki kepadamu tan...