Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Maksud sebenar Insya Allah?

Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian, Satu kalimah yang di anggap kecil tetapi punyai maksudnya yang besar. Satu janji yang di ungkap kepada manusia dan hanya Allah mampu meleraikannya. Itu lah kalimah Insyaallah.  Insyaallah (jika Allah menghendaki): Satu kata janji dan bukannya kata kosong yang boleh di permainkan Pernah dulu mendengar Ustaz membincangkan bab ni, tapi apa kan daya, mendengar sahaja nak ulas balik tunggang langgang. Di sebabkan itu, ku cari blog yang mengulas makna Insyaalah lalu ku edit sikit + copy paste secara pendek dari blog tersebut (Fikir sendiri kenapa relax bagi tau perkara ni dekat korang) Hehe.. Tuntasnya, artikel kali ini copy paste + edit dari blog orang je.  Bermulalah artikel copy paste yang di edit sikit oleh ku: Soalan Bolehkah ustaz menjelaskan makna dan fungsi sebenar kalimat insya Allah dalam Islam? Sebab saya sering menjumpai beberapa orang menggunakan kalimat ini sebagai alasan untuk tidak melaksanaka...

Antara dua pilihan (Isi yang berjaya di ambil)

Lalalalalalalalalalala........ Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. So, sembahyang la kamu sebelum kamu di sembahyangkan. Ingat tu.... Hari ni relax  nak berkongsi sikit ilmu yang di sampaikan ustaz tentang antara dua pilihan. Ada dua ustaz yang sampaikan benda ni, Ustaz ____wood dan Ustaz ______ (Namanya tidak ku ingat, sory ye ustaz) Macam selalu, untuk berubah daripada jahat ke baik perlulah bersih kan hati tu. Jadi, Cara bersihkan hati nabi kata: Baca al quran dan fahami maknanya. Dalam erti kata lain hayati isi Al quran dan bukan baca ja. Ingat akan kematian.  Pesanan akhir daripada Ustaz tersebut (kata penutup ustad) Ingatlah, muda dan tua tak wajib, yang wajib ialah mati. Masjid sebagai tempat berhijrah? - Masjid adalah satu tempat untuk berubah (Untuk berhijrah) - Masjid adalah satu tempat orang jadi baik. Sebab itulah nabi akan bina masjid di sesuatu tempat yang baru baginda tiba. - Pelbanyakkan...

Mana mungkin ke syurga jika tidak di uji

Assalamualaikum insan-insan yang di sayangi sekalian. Jangan penat, Teruskan perjuangan, Dia sentiasa menemani kita, Dia tak akan membiarkan kita bersendirian, Sentiasa ada untuk kita. Dia tidak akan memberi ujian kepada kita jika kita tak mampu, In other words Dia percaya kita, Dia percaya kita boleh hadapi ujian tersebut, So, tabahkan hati,  Kumpulkan kekuatan, Hadapilah ujian tersebut, Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Surah Al Baqar...

Ayat pengubat hati yang duka 3

Entah la kenapa jadi macam ni. Relax pun tak tau. Perkara yang ghaib jangan di pikir kan. Itu je kuncinya. Salah satu sebab ujian di turunkan ialah: Pertamanya: Iman makin berkurang, di turun kan ujian untuk meningkatkan iman. Keduanya: Iman nak bertambah, di turun kan ujian untuk meningkatkan keimanan kepada Nya. Dan lain-lain... Menyendiri ku di sini, Memikirkan perkara lalu, Mencari dan terus mencari jawapanya, Pelbagai jawapan yang ku terima, Sampai satu waktu, Terkaku dan terdiam diri ku, Tak tahu yang mana jawapan yang tepat, Tak tahu memilih, Hanya mampu memikirkan, Hati ku resah, Resah dan terus resah, Di saat ini, Hadir insan-insan yang menggubat keresahan ini, Walaupun sedikit apa yang di lakukan, Cukup meriangkan hati ku, Menghilang keresahan di hati ku, Terima kasih ku ucapkan.. Semua atas kehendak Nya.. Terima kasih kepada Mu... Berpenat lelahlah kerena sesungguhnya kesenangan itu seleaps kepayahan... Janganlah berdu...

Wahai pemilik hati ku

Ting tong, kedengaran bunyi alarm sayup-sayup di telinga ku. Diri ku pun bangun lalu memotong kuku. Lalu ku lihat di luar rumah ku, ternampak kucing ku yang bernama kaku. Ku cuba membelai kaku, lalu dia menggigit kuku ku, Sedih nya diri ku melihat kuku ku patah berbentuk liku liku, sampai hati kamu kaku, dah tak lawa dah kuku ku, merajuk dengan kamu kaku.  Sekian intro untuk artikel kali ini. Kita teruskan kepada isi utama nya: Wahai hati, Ku pohon di kau menjadi tenang, Ku pohon di kau menjadi kuat, Sungguh banyak liku-liku yang harus ku tempuhi, Andai goyang diri mu, Maka goyang lah aku, Kukuh mu, Kukuh lah diri ku, Usah terlalu terguris, Seksanya ku rasa, Usah bersedih, Sedih mu ku rasa, Jika tenang diri mu, Bertapa gembira nya diri ku, Terasa bebasnya aku, Aku rindu saat itu, Cinta kau, Cinta Ilahi, Terisinya cinta itu, Terlihatlah yang tak kelihatan, Semua orang mahukan itu, Moga saat itu kan bertemu Memang...

Cara tenangkan hati di dalam Al Quran

Semoga korang sentiasa mendapat pentunjuk dari Nya. :) Zahir boleh menipu, Tetapi tidak hati, Tabah dan kuatkanlah hati mu, Moga kembali tenang wahai _____. Baru terfikir, nama blog ku ialah relax tenang. Tetapi artikel yang mengajar orang untuk bertenang takda pun. Di sebabkan itu, hari ni rasa macam nak ajar korang cara nak tenangkan diri. Relax hanya menyampaikan, sebenarnya Dia yang ajar. Macam mana nak tenangkan hati? Dia menjawab: Sekian dari ku, Memang mudah berkata daripada melakukan. Tetapi dengan berkata itu, Ku harap dapat mengubat hati yang duka, Andai kata ini, Hanyalah kata-kata kosong, Maaf ku pinta, Aku hanya mampu mencuba, Mencuba mengubat hati yang terluka, Moga makin kuatlah diri mu, Senyum saja, Redha dan tenang juga jangan lupa, Pai..

Ayat pengubat hati yang duka 2

Suka dengan satu page FB ni. Hehe... Terima kasih admin.. *********** Kadangkala, kita akan jatuh. Bukan sekali, malah berkali – kali. Tetapi ini bukan alasan untuk kita berputus asa. Ini adalah peluang untuk kita mencari setiap kelemahan yang berlaku dan memperbaikinya, sehingga kita muncul dengan lebih baik dari sebelumnya. Ingat tak kisah Thomas Edison, manusia yang pertama mencipta mentol? Beliau telah menemui 1000 kegagalan dalam experimen – experimennya, sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol yang nilainya amat penting pada hari ini. Jelas, kita perlu menempuh kegagalan demi kegagalan dalam menimba pengalaman, seterusnya menghasilkan kematangan (kejayaan) kerana kita belajar dari kesilapan yang lalu. ************ Klik sini untuk ayat pengubat hati yang duka 1 Ok moga hati kalian juga akan terubat bila baca ayat di atas. Segala puji bagi Nya. Allah maha besar. Sekian dari ku. Yang benar. Seorang musafir yang masih mencari-cari cahaya kehidupan. ...

Pembahagian waktu untuk istighfar, selawat dan zikrullah.

Moga Allah merahmati kalian dan se isi keluarga kalian.  Macam selalu, menjelajah FB, terjumpa artikel ni dekat sesuatu page. Pagi itu ialah................. (sory tak nak gtau.) Sory ye admin FB, artikel korang terbaiklah itu lah pasal relax nak letak dalam ni. Di harap jangan marah ye. Credit kepada kamu (Empunya FB). Artikel tersebut berkaitan cara melaksanakan amalan selawat, zikir dan istighfar. Artikel tersebut ialah:- *************** Ada tips yang ingin saya kongsikan, yang saya dapat dari ustaz saya. bagaimana kita boleh mengamalkan istighfar, selawat dan zikrullah sepanjang hari. nak tahu tak?  Begini caranya. bahagikan hari kita kepada tiga bahagian. Bahagian 1 : Subuh hinnga zuhur (pagi hingga tengahari) Bahagian 2 : Zuhur hingga maghrib (tengahari hingga senja) Bahagian 3 : Maghrib hingga sebelum tidur (senja hingga malam) Untuk bahagian 1(Subuh - Zuhur): Peruntukkan untuk Istighfar. Dari bangun pagi hinnga tengahari, lazi...

Cintai lah Allah

Hai, Holla, Assalamualaikum.. Moga kalian sentiasa di bawah rahmatNya... Mulut kata mahu, Hati kata sebaliknya, Siapa yang sanggup melepaskan cinta nya pergi begitu sahaja, Bukan mudah melepaskan orang yang kita cinta pergi, Begitu lah cinta manusia, Ada mula dan akhirnya, Sebelum waktu itu tiba, Aku akan cuba bersama mu, Mencipta kenangan kita berdua, Untuk di semat di dalam hati ku, Menjadi ingatan di fikiran ku, Akan ku kenang selalu, Saat-saat indah ini. Memang sakit ku rasa, Tetapi apa kan daya, Aku perlu melepaskan, Kerana itu lah jalan terbaik, Andai di takdir kita bersama, Akan bertemu jua, Selamat tinggal ku ucapkan. Sekian ayat yang seperti biasa diambil dari otak ku. Ter mood romeo pulak malam-malam ni. Hehe… Kata akhir dari ku: Cinta kepada Allah, Cinta yang abadi, Sandarkan cinta manusia kepada Nya Barulah hati sentiasa redha. Sekian artikel pendek dari ku...

Dugaan

Tak terucap di bibir, tidak mampu meluahkan, biarlah rahsia antara aku dan pencipta ku, sakitnya biar ku tanggung, tidak pada mu, pergilah, jangan menunggu ku, moga bertemu kembali andai kau untuk ku. Sekian pendahuluan ku.. Dugaan Usah bersedih ke atas sesuatu dugaan, Sesungguhnya dugaan itu mendekatkan kita kepada Nya, Bersyukurlah andai anda di duga, Itu tandanya Dia sayang kita, Di turunkan ujian sebagai satu proses tarbiah kepada diri, Dia nak latih kita kuatkan hati, Dia nak kita tabahkan hati kita, Dia tahu kita mampu hadapinya, Dia percaya kita, Kita pun haruslah percaya Dia, Kata dalam diri, "Aku mampu hadapinya" Insyaallah, Benda baik bakal berlaku lepas ni, Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sabar ye.. Sekian post untuk awal bulan 11 ni. Eerrmmm kenapa relax rasa macam penah baca je ayat di atas. (Hehe, apa-apa je la) Paaaiii, :) Relax2...