Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

How to fix undefined date problem on your blog.

Aik, salam sejahtera ku ucapkan kepada anda sekalian. Moga sihat-sihat hendaknya orang di luar sana. Hari ni terjumpa satu masalah apabila relax menukar theme dalam blog ni. Rasanya korang dah dapat meneka apa masalah yang relax hadapi berdasarkan tajuk di atas. Hehe, betul tak??? Setelah penat mencari, menjelajah alam maya yang tak berapa nak maya ni, terjumpa lah penyelesaian untuk masalah ini. Di sebabkan sukar juga relax nak dapatkan solution nya, relax berbesar hati menulis atau pun menaip artikel tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini. Di harapkan lepas ni, korang di luar sana tak susah lah mencari cara nak selesaikan masalah ini yo. (hehe, susah la sangat kan) Ok, tinggalkan karangan di atas yang tak berapa nak karangan tu. Kita tengok je lah macam mana cara nak selesaikan masalah ini. How to fix undefined date probelm on your posts / Cara selesaikan masalah undefined date di ruangan posts. 1. Korang akan dapati ruangan posts korang akan jadi seperti di b...

Janganlah bersikap sombong

Salam ku ucapkan kepada pembaca sekaian. Hari ini relax tak nak tulis karangan dan ayat yang panjang-panjang. Cukup lah ayat di bawah untuk menjadi pedoman kepada diri sendiri dan orang di luar sana. (Walaubagaimanapun ayat di bawah memang tak layak ku huraikan) Saranan Al-Quran supaya kita buang sifat sombong di dalam diri:- Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi memabanggakan diri. (Luqman ayat 18) Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman ayat 19) Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi gunung. (Al - Israa' ayat 37) Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejaha...

Perempuan cantik menakutkan diri ku.

Bertemu kita kembali di dalam rancangan relax dan tenang yang di hoskan oleh saya relax.  Di malam yang tak berapa nak malam ni, bermula jam 9:56PM pada tarikh 23 JUN 2013, saya bakal mengupas tajuk yang sesangat lah popular di masa ini iaitu putih, hitam dan sedang-sedang.  Ooohhh maaf kan saya, terlupa pulak diri ku hendak memberi salam. Assalamualaikum sahabat-sahabat, kekasih hati, dan saudara-saudara ku di luar sana. Sebelum relax menyampaikan apa yang relax nak sampaikan ni. Ketahuilah korang ini ialah blog ku.........(tak tau dah nak tulis apa. Haha). Tajuk untuk hari ini sebenarnya ialah Perempuan yang lawa itu menakutkan diri ku. Serius ini hakikat dan bukannya menipu atau pun auta. Semenjak dua menjak ni terjumpa banyak perempuan yang lawa-lawa. Ok, bukan niat nak melihat pun sebenarnya. Cuma menjelajah di blog-blog orang untuk  membaca artikelnya dan ternampak muka-muka lawa ni. (Percaya tak percaya ikut suka korang la yo.. haha) ...

Lagu memberi keinsafan

Assalamualaikum kepada saudara ku di luar sana. Membuka facebook dan tiba-tiba terjumpa kembali video di bawah. Video yang di waktu dulu memberi keinsafan kepada diri ku. Haha.. Ayat poyos di situ. Ketahuiah fakta ini: Banyak orang menginsafi sesuatu perkara, tetapi tidak ramai orang mengekalkan keinsafan tersebut. Selamat memahami. : ) Tiada dua, tiada tiga dan tiada beramai-ramai. Dia hanya lah satu. Dia lah yang satu, Allah SWT.

Cinta datang dan pergi

Assalamualaikum kepada saudara ku di luar sana dan salam sejahtera kepada manusia di luar sana. "Hatiku masih resah, resah bila memikirkan diri mu yang kian jauh dari ku. Adakah ini penyudahnya hubungan kita. Hubungan yang terbina bertahun lamanya kini semakin pudar. Adakah kau sedar hakikat itu?" Ok, kita lupakan ayat di atas, fokus ayat di bawah pula. Selamat memahami ku ucapkan. Cinta datang dan pergi, Di saat pergi, Ke manakah ia, Di saat datang, Dari manakah ia, Satu sifat yang hanya boleh di rasai, Tanpa sedar, Mengalir di dalam diri, Beruntunglah siapa yang dapat merasainya, (rasa macam pernah buat dah ayat ni) Di samping menjernihkan hati, Ia juga mampu merosakkan hati, Ini semua kita yang tentukan, Dunia ini satu persinggahan, Persinggahan dari perjalanan ke abadi, Di hujung jalan di manakah kita, Pernah terfikir kah kita? Persinggahan ini membuat kita lupa, Persoalan dari mana, Tujuan apa, Siapakah kita, Sedih, ...

Mengapa perlu sombong?

Assalamualaikum dan salam bahagia dari ku buat insan di luar sana. Moga sihat-sihat lah hendaknya, moga tenang-tenang hati kalian dan yang paling penting stress itu tolak ketepi. 3, 2, 1, Start...... Mengapa perlu sombong, Apa kita dapat bila sombong, Antara kau dan aku, Keduanya bersujud pada yang Esa, Rendah kan kita, Kaya atau miskin, Kepala yang tinggi di rendahkan sehingga tanah, Kalau ingkar dosa la balasannya, Kita di suruh menurut perintah, Kita di tegah melakukan perkara di larang, Kita tidak boleh melakukan sesuka hati, Kita di kawal, Ternyata kita memang hamba, Apa milik kau, Apa yang kau ada, Datang dari mana, Mengapa perlu sombong, Segalanya pemberian dari Nya, Tiada apa kau miliki sebenarnya, Kau dan aku sama, Berpegang pada status hamba, Buangkan sifat sombong, Sedari hakikat, Wujud Dia adanya kita, Tanpa Dia tiada apa lah kita, Datang daripada Dia, Kembali kepada Dia, Kejar Dia, Dapat kan Dia, Mudah mud...

Kembalilah kita kepada Nya.

Salam sejahtera dan berbahagiahlah insan di luar sana. Isi dari artikel yang lepas . Relax ambil dan jadikan satu post baru untuk menampakkan kepada korang isi-isi yang patut di jadikan iktibar buat korang. Moga korang sedar tentang hal di bawah.  Wahai insan di luar sana, Ku seru kalian supaya berbalik pada pencipta, Teguhkan hati, Perbetulkan kembali hati kalian, Cinta datang dan pergi, Itulah cinta manusia, Cintai lah Al Haq, Diri mu akan gembira selalu, Kerana Dialah segala-galanya, KepadaNya kita datang, KepadaNya kita kembali, Dia lah yang satu, Cinta pertama hatiku, Akan ku kekalkan cinta ini, Kerana ku tahu, Tanpa Dia, Siapalah aku, Aku lah hamba, Hamba pada Al Haq, Tunjuki aku jalan yang benar, Hindari diri ku dari sesat.. Kau lah yang satu, Tiada akhirnya… Sekian dari ku, Sedarlah wahai manusia sekalian, Relax tenang selalu, Moga hati kita tenang dan ti...

Pendakian Bukit Bendera pada pukul 2 pagi (sambungan)

Semoga di bawah rahmat Nya wahai insan bergelar manusia di atas muka bumi ini. Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada orang yang baru mengenai diri ini dan blog ini. Seperti yang di janjikan, kini ku kembali untuk membetulkan apa yang sedia tak betul. (Bila relax janji tah, hehe). Semenjak dua menjak dan tiga menjak ni dan empat menjak ni hati ni sering kali goncang dan tak keruan, relax pun tak tau apa sebabnya. Mungkin sesuatu telah berlaku or hati ini perlu di beri makan dengan zikir mengingati diri Nya. Mungkin selama ini terlalu alpa dan lupa kepada Nya. Di sebabkan itu, di turun Nya gundahan hati untuk ku memuhasabah diri kembali mengingati dosa-dosa dan perkara yang di lakukan diri ku selama ini. Sekian luahan ku kali ini, Kita berbaik kepada topik asal yang juga sambungan kepada artikel Pendakian Bukit Bendera . Serba sedikit gambar yang berjaya di ambil atas Bukit Bendera:- Sementera tunggu nak turun kita tidor dulu Kawan-kawan seperjuangan yang ...