Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Makna di sebalik pasti

“Pasti” Satu ungkapan yang menunjukkan sesuatu itu akan berlaku. Kalau di tambah dengan “takda keraguan pasti……..” Ungkapan yang menunjukkan memang betul-betul sesuatu perkara itu akan berlaku. Persoalannya sekarang ini bolehkah ungkapan ini di gunakan? Bukankah bila kita menyebut perkataan di atas umpamanya kita sudah mengetahui sesuatu perkara di masa hadapan sedangkan hakikatnya kita tak tahu. Kajian yang dilakukan hanya berlandaskan sains dan logic akal. Kesimpulan akhirnya meletakkan kepastian terhadap kajian tersebut. Apa ni? Sedarkah kita bawasanya kita tidak mengetahui apa akan terjadi di masa hadapan. Mengapa mesti meletakkan kepastian terhadap masa hadapan itu. J adi selepas ini jangan cakap pasti, sabaliknya cakaplah “inshallah.” (mengikut waktu) Sebagai contoh “aku pasti pergi kedai 2 esok. Serius pasti aku perginya.” (tak bagus tak bagus) “aku pergi kedai 2 esok. Serius aku perginya. Inshaallah” (macam ni kan lebih bagus...

Kategori dosa besar

Abu Talib Al-Maliki, seorang ahli sufi dan pakar hadis mengkategorkan dosa besar pada 17 jenis. Manakala, dosa kecil adalah yang tidak disebutkan di bawah ini. Dosa besar yang dimaksudkan adalah: * 4 jenis di hati iaitu: 1. Syirik. 2. Melakukan maksiat tanpa henti. 3. Berputus asa. 4. Tidak takut dengna seksa Allah SWT. * 4 jenis pada lisan iaitu: 1. Menjadi saksi palsu. 2. Menuduh wanita baik berzina. 3. Melakukan sumpah palsu. 4. Mengamalkan sihir. * 3 jenis di perut iaitu: 1. Minum arak. 2. Memakan harta anak yatim. 3. Memakan riba. * 2 jenis dosa di kemaluan iaitu: 1. Melakukan zina. 2. Melakukan homoseksual. * 2 jenis dosa di tangan iaitu: 1. Membunuh. 2. Mencuri. * 1 jenis dosa di kaki iaitu: 1. lari dalam peperangan. * 1 jenis dosa seluruh badan iaitu: 1. derhaka terhadap orang tua. Sumber: Al Islam April 2012, muka surat 71. 4+4+3+2+2+1+1=17 ************ Secara ringkasnya begitu la. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya lah orang yang le...

Hukum Al-Quran di dalam gadget elektronik?

Tertanya-tanya di dalam diri ku, adakah software Al-Quran di dalam Komputer or gadget elektronik yang lain mempunyai hukum nya sama seperti Al-Quran? Mengikut artikel di dalam majalah Al Islam April 2012, muka surat 69 yang bertajuk “perisian Al Quran bagaimana pula hukumnya”. Dalam artikel tu tertulis: Menurut pejabat Mufti Kerajaan Brunei bertarikh 28 Februari 2007, hukum membawa alat-alat seperti telefon bimbint, PDA, atau lainnya yang mengandungi perisian Al-Quran ke tandas adalah harus, dengan syarat unsure tulisan dan bacaan Al-Quran itu tidak muncul, dair alat-alat tersebut ketika berada di tandas. Dalam hal ini, telefon bimbint, computer riba, MP3, CD atau gajet elektonik yang lain, di mana terdapat di dalam perisian membaca Al-Quran, tidaklah dihukumkan sebagai Al-Quran. Ini kerana pancaran tulisan Al-Quran pada skrin tersebut adalah berbentuk elektronik dan tidak kekal sebagaimana mashaf Al-Quran. Bahkan ia juga tidak di panggil Al-Quran. Oleh it...

Ilmu mengelak peluru

Assalamualaikum semua, Sudah ku kata di dalam artikel sebelum ini. Pistol or sewaktu dengan nya adalah ciptaan manusia. Mana mungkin boleh lawan dengan kekuasaan Allah SWT. Kenapa masih ada orang menanyakan soalan "kenapa kau belajar seni mempertahankan diri sedangkan sekarang orang menggunakan pistol." Kepada penanya soalan ini ingin ku katakan kepada anda: "Ilmu di dunia ini banyak saudara dan tak akan habis jika di tuntut. Jadi, tak mustahil jika ku katakan ada cara nak mengelak peluru pistiol sebenarnya. Ye betul, memang dengar macam mengarut dan tak boleh diterima oleh akal. Tetapi ketahuilah saudara, tiada yang mustahil di sisi Allah SWT. Harap saudara faham la ye." Mungkin apabila saudara membaca artikel di bawah akan membuka dan membuatkan saudara berfikir bawasanya pistol tak semestinya akan menang jika di masukkan di dalam perlawanan. ************ Boleh elak peluru TAJUK di atas itu dari pertanyaan seorang guru tua beladir...

Benarkah anda takut kepada Allah SWT

Kertas soalan ini mempunyai bahagian A,  B, C dan D. Sila jawab kesemua bahagian persoalan ini.  Selamat menjawab. Bahagian A Korang takut tak kepada Allah SWT? Bahagian B 1. Kalau takut apa buktinya? 2. Macama mana korang tahu bawasanya korang takut kepada Allah SWT. 3. Benarkah korang takut kepada Allah SWT? Bahagian C 1. Pernah tak korang pergi sesuatu tempat yang menyeramkan sorang-sorang or sewaktu dengannya? 2. Kalau pernah, apa perasaan korang? (Takutkan, kadang 2 sampai berdiri habis bulu roma. Tapi kalau korang berani lain cite lakan.) Bahagian D 1. Sekarang cuba bandingkan jawapan bahagian A dan C. Cuba cari hubung kait keduanya dan cari perbezaannya dari segi perasaan takut itu.  2. Selepas itu, jawab persoalan di bahagian B. (Jawapan di dalam diri masing-masing) --Tamat— Jika dah jawab persoalan di atas, relax nak tanya lagi sekali benarkah anda   takut kepada Allah SWT? Akhirk...

Penawar batuk (Pokok ruku-ruku)

Selamat ku ucapkan kepada semua Satu lagi tip yang relax ketahui daripada tukang urat. Hehe, dah alang-alang tukang urat tu datang sini, apa salahnya kita menuntut ilmu sikit kan... Seperti artikel sebelum ni, ilmu tukang urat tu juga relax nak kongsikan dengan anda sekalian. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh tukang urut 2, kalau korang batuk, cuba la makan pokok ruku-ruku. Lagi baik, korang jadikan ulam. Then makan selalu. Dari apa yang dilihat hari 2. Rasanya macam ni kut pokok ruku-ruku Pokok ruku-ruku Ala try tanya orang lama, mesti diorang tahunya pasal pokok-pokok ni. Macam-macam lagi lah dia bagi tau pasal pokok yang baik untuk kesihatan ni. Kalau relax rajin, relax cite lagi dalam blog ni ye. hehe... (Orang kata ilmu lebih baik sebarkan, jangan di simpan.) Selamat jawab exam ye (sementara sempat) Sihat-sihat selalu.. Tak mau stress-stress.... Pai...

Penawar sendi, lumpuh dan patah

Seperti tajuk di atas, artikel ini akan memberi tahu korang cara nak buat ………..(tak tau nama apa, yang pasti kalau korang tengok dekat orang yang baru lepas bersalin selalu ada benda ni dekat dahi dia) Lebih kurang macam minyak la kut. Di gunakan untuk memulihkan sendi-sendi yang bermasalah dan patah. Bahan-bahan 1. Halia biasa: 100 gram 2. Beras biasa: 50 gram 3. Bunga cengkih: 27 kuntum 4. Ubi cekuk: 9 ketul 5. Ragi:1/4 Cara buat 1. Beras dan bunga cengkih di blended kering. 2. Blended halia dan bahan yang lain. 3. Gaulkan semua. 4. Letak air. Cara pakai Sapu di sendi (bahangian yang sakit) Cara penyimpanan Lepas pakai letak di dalam peti sejuk. Penambahan Jika kering tambahkan air. Terima kasih tukang urat... Sekian dari ku. Pai…

Cara mengatasi dan merawat penyakit prostate

Cuba bayangkan dunia tanpa hospital. Di tambah pula kita bukan lah orang yang berduit sangat. Sebelum adanya hospital, korang pernah terfikir tak macam mana caranya untuk mengubati ataupun  mencegah penyakit prostate. Kalau korang pernah terfikir apa yang dikatakan di atas, teruskanlah bacaan artikel ini. Jika korang tak terfikir pun apa yang dikatakan di atas korang boleh teruskan juga bacaan dalam ni, untuk penambahan ilmu la katakan, tak salah rasanya. Jangan duk buat kerek lak. Cara-cara mencegah atau merawat penyakit prostate secara tradisional: Bahan-bahan: 1. Apple hijau: 1 buah 2. Carrot merah: 1 (besar dalam sedang) 3. Beef root   Beetroot: 1 4. Lobak ungu: 1 Cara buat: Blended kesemua bahan diatas. Cara mengatasi: Kepada sesiapa yang tidak punyai masalah prostate bolehlah mengamalkan air blended tadi segelas sehari. Cara merawat: Manakala kepada yang punyai masalah prostate bolehlah meminum air blende...

Saat persatuaan telah tiba

Lagu sedih… So, entry pun mesti mengikut lagu… Saat persatuaan telah tiba, Antara dia dan dia. Itulah pilihan hatinya, Apa boleh ku lakukan, Aku tak mampu lakukan apa-apa, Memang dari awal telah ku jangka saat ini, Pergilah jika itu membuat kau bahagia, Aku rela melepaskan cinta ini, Aku redha dengan takdir ini, Segalanya sudah tertulis, Memang tak mampu ku lawan takdir yang Esa, Mungkin ada hikmah di sebaliknya, Biarkan aku disini, Menahan sebak di dada, Melihat cinta ku pergi, Cuma satu ku ingin kau tahu, Aku suka melihat kau bahagia, Pergilah, Aku merelakan, Berbahagialah kau dengan si dia, Selamat tinggal cinta ku…. Erm, artikel sedih or buat teruk (korang pilih sendiri) Kalau pilih buat teruk: Ye betul, aku suka buat teruk. Saksikan lah entry buat teruk aku seterunya.. hehe Kalau pilih sedih: Memang hebat kalau relax dapat membuat kan korang sedih. Hehe Study-st...

Dapat or tak dapat

Assalamualaikum semua orang yang bergelar orang. Hari ni try check pemohonan. Dia tulis:  Ewah-ewah... Siap kasi padan muka lagi dekat relax Cek kali kedua pulak dia tulis cam ni:   Yes2 relax dapat melanjutkan pelajaran ke IJAZAH SARJANA MUDA BLOGGER (KEPUJIAN) MALAYSIA di University of relax=tenang blogger . Seronoknya, dapat juga relax sambung study dekat University of relax-tenang blogger. Happy sesangat, serius seronok sesangat... hehe...  Yang atas ni tipu je .  K2 tinggalkan segala yang di atas. Tenangkan diri korang dulu. Ni baru cerita betul….. Hari sabtu try check keputusan pemohonan dia cakap: Check banyak kali kut. Jawapan tetap sama. Perasaan relax masa tu memang sedih gak la. Hehe… Takda la sedih sampai terguling-guling macam orang putus cinta. Lepas 2 kawan relax post dalam facebook dia satu link untuk check keputusan pemohonan.  Dengan berbekalkan harapan yang tak tau ada harap...

Dukung anak

Dukung anak or amin (benda apa amin tah, dah lupa) Inilah nama pokok yang disebut oleh tok wan semasa relax pergi rumah dia. Tip yang diberikan selepas tok wan tengok nenek relax makan kut hidung. Dia cakap minum air rebusan pokok ni selama 7 hari berturut-turut. Secara ringkasnya: Masalah-tak boleh makan kut mulut sebab esophagus ada masalah. Penyelesaian- minum air rebusan pokok dukung anak. Cara: - Cari 17 batang pokok dukung anak yang berwarna hijau muda. - Then, potong sedikit kesemua akar pokok tersebut. - Selepas itu, rebus akar tersebut bersama gula batu. - Seterusnya air rebusan tadi haruslah diminum waktu malam selama 7 hari berturut-turut. Insyaallah, selepas itu bolehlah dimakan melalui mulut balik. Apa yang relax dengar dari tok wan macam 2 la. Kalau nak kepastian, try tanya tok-tok aka orang lama. Warning, Jangan tanya Dr or nurse sebab diorang belajar based on science. Confirm diorang kata tak tau. Lagi pun kala...

Pedas dalam berbicara

Macam selalu, nak karang malas. So, tulis je la isi-isi penting… hehe… Kadang pedas dalam berbicara, Itulah aku, Apa penyebabnya aku pun tak tahu, Lidah itu tajam, Bahaya sifat aku ni Kalau macam 2, Kena ubah ni. Kadang 2 cuma nak berterus terang, Ada pula terasa hati, Kena ingat, Benda salah aku kata salah, Tak kan nak kata betul, Kau pakai baju jarang, Aku cakap jarang, Kau pakai ketat, Aku kata macam sarung nangka, Kau pakai atas kepala serabut, Aku kata semak pala, Cuma nak mengatakan apa yang aku fikir, Salah ke? Kalau cara aku salah, Kenapa tak tegur? Kadang aku tak sedar kesalahan diri, Tegur-menegur itukan baik, Biar sakit hati ku, Jujur je dengan aku, Aku salah ceramahkan aku, Boleh aku pelbaiki diri, Aku buat salah korang diam, Kesian la kat aku, Kadang aku tak sedar, Tak kan nak biarkan Diri ku terus hanyut, Memang kejam kalau korang buat begitu, Aku ikut or tidak, Itu perkara nombor dua. ...

Cucu dan atoknya

Perbualan antara cucu dan atok nya.  Cucu: Hari 2 kena saman dengan polis masa nak hantar adik. Sebab adik tak pakai helmet. Dah la jalan kampung. Atok: Laaaa... Cucu: Tapi polis 2 hanya keluarkan kertas nak saman je, dia tak saman pun sebab saya buat muka . Lepas dia tengok je saya buat muka macam ni terus dia lepaskan saya. Atok: , hang memang pandai berlakon. Cucu:  Yang peliknya, jalan kampong pun polis 2 nak saman. Polis tengah cari duit la 2 skang ni. Atok: La, polis 2 bukan tengah cari duit. Jangan main cakap je. Kalau nak tau sebenarnya, setiap jalan yag punyai TAR polis berhak saman kita. Cuma kadang dia nak dengan tak nak je.. bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla b...

Jom potong connection orang

Satu peringatan hendak ku berikan kepada semua. Pernah tak korang online dekat sesuatu tempat, tiba-tiba korang punya signal jadi tanda seru, lepas tu dia tulis no internet access. Jika korang pernah kena macam tu, mungkin sebabnya ialah ada orang cutoff connection korang untuk access ke router. Dengan itu korang pun tak dapat la access internet. Haha. Padan muka korang. Selalunya orang yang buat macam ni ialah orang yang tak sedar diri. Dah la pakai internet free, internet tu pulak dia nak pakai kat dia sorang je. Ish2 teruk... Kalau relax dapat orang macam ni rasa nak ketuk-ketuk je kepala dia. Tengok gambar bawah ni kalau nak tau sama ada member korang tengah menggunakan software ni ke tak:     Kalau korang tengok ada icon macam bulatan merah 2, ketahuilah korang bawasanya dia mungkin tengah memotong connection orang or tengah cut off connection orang. Ketahuilah juga member korang tu memang tak sedar diri dan mementingkan di...

Manis dan pahit

(Apakah ini?) Manis dan pahit, Sentiasa di beri pilihan, Manis ditinggalkan, Pahit ku ambil, Ku tahu hakikat keduanya, Itulah manusia, Inginkan perubahan, Usaha ditinggalkan, Mengharap, Itu je yang tahu, Buat perkara dua, pilihan tetap salah, macam mana tu? Jangan lupa, masa ini penentunya, Akhir kata dari ku, Realitikan perkara itu. Kau mampu lakukan. Selamat... Cau lu.