Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Sambungan: Jadi diri sendiri

Jadi diri sendiri Sambungan dari entri jadi diri sendiri Rasa serba salah rasanya kalau relax tak bagi tau, apa yang relax cakap dalam entri yang lepas hanyalah pada luaran atau zahirnya Sebenarnya diri itu punyai maksud yang sangat-sangat mendalam dan mungkin juga susah diterima akal bagi siapa yang tidak merasainya . Tidak beberapa arif lagi rasanya relax nak menceritakan. Just nak korang tau. “Barang siapa mengenal dirinya nescaya kenallah ia akan tuhanya” Cuba fikirkan ayat di atas. WHY? Jasmani dan rohani Apa itu jasmani, apa itu rohani. Zahir dan batin Apa itu zahir, apa itu batin. Jiwa dan raga Apa itu jiwa, apa itu raga. Dah la tak nak post banyak-banyak pasal ni… Takut nanti kena tegur dengan orang yang lebih arif. Akhirkata:- -Hindari dari salah sangka, itulah sebabnya sambungan ini diadakan. -Tegur diri ini jika melakukan kesalahan. Cau lu….

Senyum itu satu sedekah, tersilap senyum mengundang padah

Senyum itu satu sedekah, tersilap senyum mengundang padah … Apa tu? Ambil ayat ni dari mana? Kalau tak senyum orang kata kita sombong. Nak buat apa ni? Senyum kepada sesama ahli keluarga dan kaum sejenis tidak ada masalah. Tapi macam mana kalau senyum kepada kaum lawan jenis? Pernah terfikir tak….. Akibat senyum  kita ke atas bukan mahram, antaranya:- Dari sudut positive: orang 2 akan kata kita tak sombong. Dari sudut negative: Timbul perasaan bukan-bukan dalam diri orang tu. Memanglah senyum itu adalah sedekah. Kita digalakkan untuk senyum, kerana senyum boleh menimbulkan suasana harmoni di kalangan manusia. Senyum juga boleh mengelakkan pemusuhan sesama kita. Selain itu, senyum juga adalah penawar mujarab dalam memperbaiki pemasalahan antara manusia. Tetapi senyuman juga haruslah kena pada tempatnya. Jangan senyum bertujuan maksiat seperti senyum antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sehingga lahir perasaan yang bukan-bukan. Kesimpulannya, pandailah memilih yan...

Jadi diri sendiri

Salam semua orang yang berkunjung kat blog relax yang tidak seberapa ni… Sudah menjadi tugas ku menyampaikan. Walaupun  tidak lah sepandai ahli ulama, tidak sepandai ahli sufi, tidak sepandai ustad-ustad, tidak sepandai orang-orang yang mengaji agama dan ahli-ahli ilmu yang lain.. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, ketahuilah relax sering melakukan kesilapan.. Jadi tergurlah jika apa relax cakap kat bawah ini salah…. Ada terjumpa seseorang yang bercakap dia nak menjadi diri dia sendiri …. Apa ertinya JADI DIRI SENDIRI ? Anda faham tak? Pernah dengar tak seorang artis Malaysia mengunakan perkataan ini, sehinggakan dia pergi haji tapi balik tak ubah pun penampilan dia. Bila ditanya dia jawab "Tak perlu hipokrit, jadilah diri sendiri . Sebelum pergi macam ni, balik pun macam ni la"… Lebih kurang macam tu lah ayat dia. JADI DIRI SENDIRI ………. Apa tu? Pernah fahamkan betul-betul tak apa maksud ayat ni sebenarya. Relax rasa semua orang tahu, kenapa kita di atas muka bum...

Final Year Project aku....

Yoyo kicap tamin…. Lama gila relax tak update blog ni… Maklumlah kepala tengah pusing, tengah pening…. Kecewa, sedih, cemburu, marah, dan bla bla bla bla bla… Relax sedih sebab tengah potong bawang tadi… sedih nya… ada sapa-sapa boleh bagi ubat tak... pusing sebab relax tengah memusingkan diri… kecewa sebab dah nak rasa kecewa , nak buat macam mana lagi. K2 tinggalkan segala yang merapu… Jom berbalik pada topic sebenar… Study kat Universiti ehem ehem ehem… Ambil cos berkaitan elektronik... Dalam otak punyai ilmu elektronik Tapi Tapi Tapi Tapi Bila dah sem akhir buat Final year project berkaitan System. Pe ni, ilmu elektronik relax ada la. pehal lak programming ni. adoiya… Pada mulaya sengaja nak buat sesuatu di luar bidang, nak mengkaji dan belajar benda-benda barulah katakan. Nak cabar diri la kononnya…. Ambil kau tercabar gila…. Relax membuat satu software untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industry sekarang. Buat system ini menggunakan visual studio 2008. ...

Tinggalkan segalanya...

OK or KO mana satu aku nak pilih ni…. Tak tahu, tak tahu, tak tahu…. Tolong aku pilih boleh tak…. Hehehe….. Cabaran untuk melupakan segalanya… Cabaran terhadap diri ku…. Ok aku sahut cabaran ni…. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Reset data… 3 2 1 Overwrite data… 2 1 Update data… Tinggalkan segalanya… Tinggalkan segala yang tidak punyai harapan. Tinggalkan segala yang sia-sia. Jangan risau ya… lepas ni aku tak akan cakap dah pasal perkara-perkara macam ni kat kau. Baru aku sedar, rupanya ini semua hanyalah satu dugaan dan balasan kepada ku… Hikmah yang aku dapat:- -Jaga mulut bila bercakap. -Kembali kepada Nya jika ada sebarang masalah. Dan banyak lagi… Sekian, Tamat….. (Buang yang keruh ambil yang jernih) (Buang yang buruk ambil yang baik)  Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabara...

Kenapa kau suka dia

Sory2... Mintak maaf banyak2 relax. Aku jadikan ko punya blog tempat 143. Jangan marah ye.... Ada orang tanya, aku kena jawab la.. Eeem setelah difikirkan dan di pertimbangkan. Oklah hari ni aku akan jawab soalan kawan aku.  Ada seorang kawan aku ni tanya aku "Kenapa aku suka si Dia sangat." Wahai kawan ku yang ku kasihi cintai, rindui, sukai baca ni ye. Biar aku  bagi pembayang je. Penah dengar tak cintun itu buta. Ha, macam kes aku la. Memang la kalau tengok dia, muka tak macam Diana Daniel pun. Tapi nak buat macam mana dah hati aku suka dia. Bab cintun ni memang kita tak boleh nak hilangkan or nak munculkan. Kita hanya boleh mengawal je.  Kalau boleh di hilangkan memang aku nak hilangkan. Biar tinggal cinta pada yang Esa, ilmu n family aku.  Sebab waktu belajar ni perasaan 2 tak perlu ada lagi, pada aku la. Tapi nak buat  baut  macam mana, kat mana silap aku entah, tiba-tiba je perasaan ni muncul. Ada la 2 hikmah dia.  Hehehe aku hanya ...