Sunday, December 18, 2016

Tempat kenangan satu ketika dahulu


Hai semua. Jumpa lagi kita. Ok mana ada jumpa. Selamat membaca kembali semua. Hehe. 

Hari ini takda kerja. Saja berjalan jalan di satu tempat. Boleh dikatakan tempat kenangan. 

Tempat meninggalkan sepuluh satu kenangan. (Sepuluh sahaja sebab tak banyak sangat kenangan di sini). 

Tempat relax mendapatkan wang dahulu. Sekejap je keja sini tak lama pun.  Tapi ada la kenangan tu. Hari ni saja datang sini setelah 6 tahun tak datang. 

Nak tengok orang dahulu ada lagi tak sini. Setelah di teliti. Orang lain pula yang ganti. Mana pergi orang lama itu relax tak tahu. Biarlah apa pun. 

Tempat masih sama. Orang dah bertukar.  Itulah kesimpulannya. Sekian coleteh relax kali ini.

Inilah tempat yang meningalkan sepuluh satu kenangan.

Saturday, December 17, 2016

Apabila ayah ku berbicara 1


Apabila ayah relax berbicara:

"Jarang la abah dengar orang hutang bayar rm200 bulan-bulan akan bayar lebih jika dapat duit lebih. Selalu duit lebih tu akan di gunakan untuk keperluan diri sendiri ."

Lebih kurang begitu lah ayat dia. Betul juga kata ayah ku itu.

Apa pun jika berhutang. Kita perlu lunas kan secepat mungkin.

Sekian daripada relax.

Yakin dan percaya itu kunci keimanan


Pernah ku dengar

Percaya dan yakin itu kunci iman

Percaya dengan Ilahi

Yakin dengan Ilahi

Percaya dan yakin

Mudah mengungkap

Mudah di laksanalan

Sampai bila

Itu menjadi persoalan

Masa berlawan dalam diri

Sukar hendak ku singkir

Semoga mendapat kekuatan

Mendapat juga keberkatan

Tidak lupa satu pentunjuk

Untuk ku terus utuh dengan satu keyakinan

Sekian

Saat rindu menjelma


Saat rindu menjelma

Ku pejam mata

Memikir tetang dia

Saat rindu datang

Ku pejam mata

Cuba menyingkir perasaan rindu

Jauh nun di sana

Bila di fikir

Baru ku tahu

Apa erti berjauhan

Mengapa perlu di satukan

Apa harus ku lakukan

Buntu seketika

Moga diberi satu kekuatan

Monday, December 12, 2016

Aku pening kepala


Okay, hari ni rasa nak luah sesuatu dalam blog ni. 

Hanya nak luah gelisah dan pening di dalam diri sahaja. hehe.. Boleh tak gitu. 

Biasa la pening sebab bila fikirkan soal masa depan, kawin, kereta, motor dan rumah.

Pening bila relax fikir nak kahwin nanti modal banyak.

Nak beli kereta untuk masa depan pun model banyak. Makna kata nak beli kereta baru lepas tu besar sikit. Yela nak ready berkeluarga kan ada anak, isteri bagai.

Lepas tu nak ada rumah sendiri, sebab rumah makin naik harga. Takut pula relax bila tengok harga rumah.

Motor pula tak ada lagi, motor sekarang motor my dad. Aiyo...

Lepas tu ptptn pula kena settle kan. Kena bayar diploma dan ijazah. 

Duit pula tak boleh nak dapat kan semua sekali gus. Kena satu-satu. Aduh pening kepala bila fikir nak dapatkan yang mana dulu.

Kahwin ka,
Selesaikan PTPTN dulu ka,
Kereta dulu ka nak dapatkan,
Motor dulu ka nak dapatkan,
Ke adakan rumah sendiri dahulu.


Entah la.. Kusut kepala dan pening.

Ok pai..


Sunday, December 11, 2016

Nampaklah aku cepat kesian dekat orang


Assalamualaikum.


Rasa nak cerita sesuatu dekat korang.

Hari ni message seseorang tentang fyp.  Lepas tu dia hantar ayat ni dekat relax.

"Awk npe x nk jumpe sy? Sy bkn nk kt awk ape pn. Sy nk fyp sy ni settle je. Sy dh xtau ade silap kt mne lg dh."

Mula mula memang la rasa nak biar je dia ni buat sendiri fyp dia. Nak bagi dia usaha sendiri la. Malas nak ambil tau sangat sebab relax memang tak tau sangat nak selesaikan masalah dia tu. 

Tetapi bila dia bagi je ayat macam atas tu, adduuhhhh lemah semangat pula. Rasa tergerak hati nak tolong la pula. Ish2..

Nampak la relax ni cepat kesian kat orang. Aiyo susah macam ni.

Ish2.. Okay lah nak bagi tau yang ni je.

Nak tengok macam mana nak selesaikan masalah dia ni.

Pai..

Sunday, December 04, 2016

Bagaimana caranya memudahkan segala urusan anda


Hai semua.


Selamat membaca semua.

Okay hari ini mood bercerita. Nak certai sikit dekat korang. Cerita dia macam ini:


Ahad 4 dec 2016. Relax pergi sesuatu tempat. Nak buat urusan sedikit di situ. Pergi dah lewat dah. Tekan mesin number dapat la number 2059. Number semasa itu dalam 2026. 




Masa dapat number tu terfikir dah aadduhh lama lagi giliran relax. 

Dah rasa tak best dah time tu. Tapi nak buat macam mana urusan relax perlu di selesaikan juga. Jadi relax pergi la di satu sudut untuk menunggu giliran relax di panggil dan tepapar di atas screen number.

Dalam berlalu untuk ke tempat menunggu, ada melintas dekat seorang mamat ni. Tiba-tiba mamat tersebut hulur satu number yang bernumber 2031. Okay masa dia hulur tu tergamam relax, tak tengok dah muka dia, terus ambil number tu dah pergi menunggu di satu sudut.

Masa tu masih tergamam, jadi relax tak cakap la terima kasih ke apa dekat mamat tu. Hahaha... Yela cuba korang bayangkan jika tiba-tiba orang tak di kenali bagi number dekat korang. Korang pun mesti macam relax, tergamam tak tau nak kata apa. 

Di sebab kan kejadian ini, relax dapat lah selesaikan urusan relax dengan cepat. Terima kasih relax ucapkan kepada mamat tersebut. hehe...

Okay point dia sekarang, relax cuma nak bagi tahu korang bahawa setiap yang berlaku atas ketentuan daripada Nya. Kita datang lambat di sesuatu tempat belum tentu kita akan balik lambat. Kalau Allah dah kata kita boleh balik awal maka terjadilah. Macam kes relax ni la. 

Contoh lain dapat relax bagi ialah orang yang tak tinggi dalam pelajaranya belum tentu akan miskin dan tidak dapat kerja bagus. Kalau Allah berkehendak mahu menjadikan dia kaya maka jadi lah dia kalah.

Setiap berlaku atas ketentuan Dia bro and sis. Jadi di sini sebagai hamba redha and berserah lah diri tu kepada Allah dalam sesuatu perkara. Baru lah Allah bantu ye... 

Okay lah sekian coleteh relax hari ini. 

Tegur ku andai ku salah.

Lalalala, pai pai...


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!