Sunday, November 27, 2016

Kahwin


Ok hari ni nak luah perasaan sikit. Satu satu kawan relax dah kahwin.

Tiba tiba tertanya dalam diri. Relax pula bila lagi..

Eermmm entah lah.

Tido tarik nafas dan ikut aturan Nya.

Sekian..

Pai..

Friday, November 25, 2016

Bodek kena kuat dalam alam pekerjaan


Hai korang... Rasa nak tulis sesuatu dalam blog ni. 

Tak selalu update sebab kerja. Balik kerja penat. Rehat-rehat kan badan lepas tu online seketika, lepas tu tidur. Rutin diri relax selalu bergitu lah.

Hari ni ada la bersembang sedikit dengan seseorang. Relax cakap lah, dekat tempat kerja relax buat kerja tapi jenis tak cakap dekat siapa-siapa. Jumpa masalah, selesaikan masalah tersebut dan senyap. Orang tengok settle dah benda tu.

Sebab relax merasakan tak penting pun bagi tahu semua kerja kita ni. Asal siap problem tu kira okay dah. Okay begitu lah relax rasa selama ini.

Tetapi kali ini tiba tiba berbincang dengan seseorang. Dia cakap bila di alam pekerjaan ini. Kau kena la bagi tahu apa kerja kau buat dekat orang. Baru lah okay sikit. Bukan apa, nak bagi tahu kau buat kerja. Nanti orang ingat kau tak buat kerja pula. Alam pekerjaan ni lain sikit, semua kerja and apa-apa masalah kau kena bagi tahu. Baru betu kerja tersebut. Lepas ni kau kena ubah cara kerja kau. Jangan senyap dah.

Okay lebih kurang begitu lah perbualan kami berdua tadi. Bab nak ubat tu lah susah sikit sebab relax ni jenis buat apa-apa senyap je. Sebab rasa tak penting pun nak bagi tahu. Ye la bila sesuatu masalah timbul, orang hanya nak tengok masalah tersebut selesai. Bukan nak tau siapa yang buat. 

Betul tak korang????


Hehe..

Okay tengok dahulu relax nak ubah ke tidak cara kerja relax ni.

Okay lah,

Sekian..

Aiyo berapa banyak okay lah..

Apa-apa nak bagu tahu komen di bawah.


Monday, November 14, 2016

Kenapa sukar untuk ku memberi


Sudah puas ku mencuba

Memberi dan ikhlas kan hati

Dalam memberi yang di sayangi

Kenapa masih sukar

Persoalah yang bermain di fikiran

Mencari jawapnya.

Sekian
Luahan hati ini.

Wednesday, November 09, 2016

How to link Visual Nastran (VN) to Matlab


Nantikan artikel di atas. Bakal di tulis nanti. Sabar ye semua.

Tajuk lain yang berkaitan:

Cara nak sambungkan Visual Nastran to Matlab.

How to design model in Visual Nastran.

What is FLC?

What is Fuzzy Logic Controller.?

How to fix error in Visual Nastran?

How to install Visual Nastran?

Cara nak install Visual Nastran?


Perbincangan dajal.


Hai semua,

Kemenangan presiden baru di US buat relax takut.

Bukan sebab apa, hanya sebab ada orang mengatakan dia ialah geng iluminati, geng dajal lah dan banyak lagi lah,

Nampak lah dunia makin di penghujungnya. Terasa takut pula. Nampak lah nipis lagi iman relax.

Eeermmmm..... 

Tiba-tiba dalam whasapp ada kami berbincang tentang hal ini, relax pun hantar la message:-

"Kenal Allah pun tak lagi ni. Dunia dah penghujung ni. Macam mana ni. 

Lalu ada seorang yang balas:-

"Kita selalu duk bersyukur atas nikmat yang di beri... Dah redha selalu... Dah kira kenal dah la tu."


Ayat yang di beri oleh seseorang di atas buat relax dapat bertenang seketika dan kurang sedikit rasa takut.

Terima kasih si pemberi ayat.


Sekian nukilan kali ini.

Pai.

Tuesday, November 08, 2016

Aku merindu


Puisi rindu buat dia

Aku rindu

Rindu diri kamu

Cinta hadir

Pasti berbekal rindu

Kerana cinta setulus hati

Pasti ada merindui

Jauh merindu

Dekat merindu

Di biar rasa pedih

Kalih rindu

Sibukkan diri.

Itu sahaja yang ku tahu.

Peace yoo.



Erti sebenar ukhuwah U__C

Hai semua. Jumpa lagi kita. Lama tak update. Maaf la yo. Dengar sikit luahan daripada seseorang ini.

Malam ini aku ada terbaca ayat panjang lebar daripada sahabat aku. Baca pada mulanya tiada masalah. Tiada apa apa perasaan. Lalu aku melihat komen status tersebut.

Di situ aku melihat kawan kawan seperjuangan di dalam kelab ku komen. Melihat mereka bergurau  senda dalam komen tersebut.

Tersenyum aku selepas itu. Terhibur melihat komen mereka. Lalu aku teringat kembali waktu dahulu.  Kita duduk semeja di kedai makan dan meeting.

Kita bergurau senda. Terkenang semuanya kenangan lalu. Gelak tawa mereka segalanya tentang mereka.

Tiba tiba air mata keluar. Hahahaha. tersenyum aku sendirian.  Mungkin aku merindui saat itu. Sekeras hati aku. Merindu juga kepada mereka.

Kini mereka semua makin hilang.

Hilang kembali ke tempat asal.

Walau pertemuan sesingkat ini

Cukup memberi ku pengalaman

Pengalaman merasai

Erti sebenar sebuah ukhuwah.

Walau di mana mereka berada

Kenagan kita akan segar dalam ingatan

Semoga berjaya semuanya

Sekian coretan rindu  daripada  diri ku.

Aku hilang dahulu

Hahahaha

Nak lap air mata jap.

Lalala..

Pai

Oklah sekian luahan hati mamat kesedihan.

Selamat semua

Daripada diri ku

Relax

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!