Saturday, July 16, 2016

Kenangan ini akan ku simpan semat dia pikiran

Kadang aku malas terkenang saat saat indah

Takut merindui seterusnya menangisi

Terkenang peristiwa indah sudah mula membuat air mata ini berair

Kadang kadang sebak aku rasa saat terkenang

Jadi aku cuba simpan kenangan ini hindar daripada menjelma

Sedih dan rindu aku dapat rasa

Hendak ku luahkan apa guna

Hanya air mata mengalir nanti

Jadi ku biar dalam diri

Luah hanya dia dalam ini

Tempat mengucap kata hati

Mungkin relax tenang menjadi kata hati

Sekian nukilan ku kali ini.

Wednesday, July 06, 2016

Benarkah itu jodoh ku


Jodoh,

Entahlah,

Diri ku merasakan kau bukan jodoh ku,

Tetapi hati ku berkata sebaliknya,

Ku ungkap kata bukan jodoh ku,

Hanya semata menyedap diri ini,

Bila ku fikir,

Ku takut,

Takut jodoh itu tiada,

Bagaimana perasaan ku nanti,

Perasaan kau nanti,

Entah lah,

Tidak ku tahu,

Di dasar hati ku,

Ku merasakan jodoh itu ada,

Hanya belum tiba masanya,

Untuk kita di permudahkan..


3 zaman yang kita akan lalui


Selamat hari raya semua,

Belum terlambat lagi rasanya relax nak ucap ucapan di atas. Baru raya kedua kan. Hehehe...

Hari ni rasa macam nak luah perasaan sikit dalam blog ni. Bukan apa, pening kepala bila di letakkan di dalam akal fikiran. Hendak ku ceritakan kepada manusia, takut tidak di endahkan, takut juga orang jemu mendengar luahan rasa ini, takut juga diri ini di cop lemah. Eerrmm manusia gitu la. Weeerrkk nak ke tidak relax nak cerita juga kalau relax rasa perlu di ceritakan kepada manusia masalah ku. hahaha.. lalalalaa...

Zaman sekolah kita memikirkan Universiti mana akan kita masuk dan kos apa akan kita ambil. 

Zaman Universiti pula, kita fikir pula tentang kerja apa lah nanti kita nak kerja lepas habis universiti ni.

Zaman kerja pula kita mula lah fikir pasal kahwin, rumah, motor, kereta dan barang keperluan lain untuk diri kita.

2 zaman yang relax nyatakan di atas telah berjaya ku lalui, sekarang masuk di dalam pekerjaan. Alam yang agak memeningkan bagi relax sebab relax kena rancang hidup relax di masa hadapan. Apa yang lebih utama perlu ku laksanakan. Perancangan demi perancanga di lakukan, masih memikirkan perancangan lain. Memikirkan cara untuk mencapai matlamat. 

Addooiiii pppeeenniiinngg wwwwoooiii......

Semoga berjaya relax lalui zaman ini.

Sekian luahan hati ku kini..

Peace yoo..

Tak apa, percaya dan yakin kepada Dia... Pasti boleh..

Hip hip huray..


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!