Tuesday, February 02, 2016

Tips untuk orang bekerja di luar sana


Satu petua untuk mereka yang sudah bekerja di luar sana.

1. Sebelum pergi kerja jangan meluahkan kata-kata negatif seperti "adoi kerja pula dah, malasnya."

2. Selalu redha dengan kerja kita.

3. Jangan mengangap kerja kita satu beban.

4. Jangan di pandang sudut negatif kerja kita.

5. Pandang lah benda positive di dalam kerja kita. Sebagai contoh
"Kita sering di marahi orang atasan, jangan di teringat marah ini tetapi teringatlah kerja ku ini ingin mendapt kewangan untuk melansai hutang-hutang yang ada."

6. Selalu berfikiran positive.

7. Hiraukan kata-kata negative orang lain.

8. Senyumlah walau di marahi dan stress.

9. dan sebagainya...

Yang lain korang fikir sendiri. Apa-apa pun ingatlah mana ada kerja yang senang dalam dunia ni. Lagi satu ingatlah mana ada kita duduk saja lepas tu duit datang dekat kita. Usaha itu kena ada baru lah duit itu mari maa... Bertabah lah dalam menghadapi ragam-ragam manusia di sekeliling kita.

Oklah itu sahaja untuk artikel kali ini.

Pai.


Fasa-fasa hidup manusia


Hai,

Alang-alang relax dah duduk di depan laptop ni. Relax tergerak hati nak tulis dalam blog ni pula. Eh silap bukan tulis tapi taip.

Sebagai seorang manusia, relax berpendapat kita punyai fasa-fasa di dalam hidup. Fasa-fasa di mana akan mematangkan kita. Fasa di mana mengikut diri dan umur kita.

Sebagai contoh di waktu kecil kita tidak memikirkan tentang kewangan dan segala bagai. Benda yang kita fikir kan hanya mainan dan ingin bermain.

Selepas itu kita masuk alam di mana kita ingin berseronok dan terikut ikut cara orang lain. Kita nak jadi itu kita nak jadi ini. Biasalah masih mencari identiti sendiri lah katakan. Dalam erti kata lain masih mencari atau pun membentuk diri sendiri. 

Di waktu terikut ikut ni kita tidak mempunyai pendirian tetap dan sering berubah ubah. Fasa ini juga bagi relax fasa yang bahaya. Bahaya kerana kita terikut ikut dengan orang. Fasa ini kita enjoy diri kita. Tidak kisah apa orang kata, matlamat masih pudar. 

Selepas itu datanglah pula fasa di mana dia dah mula bosan bersendirian, dia dah mula bosan melayan kehendak diri nak itu dan ini. Berjalan sorang-sorang yang dahulu menyeronokkan semakin tak seronok. Bagai ada yang tak kena. Dia dah rasa diri itu memerlukan sesuatu yang baru. Di saat ini barulah sedar mengapa di dalam Al Quran menyebut manusia itu di cipta berpasang pasangan. Rasa tak lengkap diri ini. Bagai ada yang kekurangan. 

Adakah kasih Nya yang kurang? 
Entah lah tiada jawapan di dalam diri ku saat ini.


Selepas fasa yang relax cakap tu relax pun tak tau fasa apa lagi. Berhenti dahulu dekat fasa ni eak. Nanti relax tulis fasa lain pula ye. 

Oklah sekian daripada ku....
Relax tenang

Pai.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!